Tuesday, September 17, 2013

Teruskan Bantu Keluarga Ops Bubar -DMPP

KUALA LUMPUR: Tabung yang dilancarkan Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP) bagi membantu keluarga 13 peserta Ops Bubar Dun Perak akan diteruskan sehingga mereka dibebaskan. Menurut Penyelaras Tabung OPS Bubar Mai Suharah Basaruddin, tabung tersebut bagi membantu keluarga peserta yang dihukum penjara dua tahun dan denda RM5,000.

"DMPP memberikan tumpuan kepada tabung ini dan sangat berharap orang ramai sama-sama membantu meringankan beban mereka sepanjang hukuman berlangsung," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.

Hukuman tersebut dijatuhkan Hakim Norsalha Hamzah selepas didadapati bersalah kerana menyertai demonstrasi di hadapan Masjid Ubudiah, Bukit Chandan semasa dalam Ops Bubar Perak pada 6 Februari 2009. Sehubungan itu, DMPP menyeru orang ramai yang berkemampuan agar menghulurkan bantuan bagi meringankan beban keluarga mereka.

Orang ramai yang ingin menghulurkan sumbangan boleh berbuat demikian melalui akaun Maybank DMPP 564025400711. Manakala sebarang pertanyaan boleh diajukan melalui Whatsapp: 0192135353 atau email psu1.dmpp@pas.org.my

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails