Friday, September 20, 2013

Judi Wang Baitulmal. Maaf, Dia Ikut Kerajaannya Kaki Judi..

Foto 
MESIN judi dirampas dalam serbuan di Wisma Fu Yuen, Jalan Ipoh.

Judi wang Baitulmal
Kuala Lumpur: Dia sepatutnya menggunakan wang bantuan Baitulmal yang diterima untuk meringankan beban keluarga, namun sebaliknya berlaku apabila seorang pemandu teksi sanggup menggunakan wang bantuan itu untuk berjudi kononnya dapat melipatkan gandakan wang diterima itu. 

Perbuatan lelaki berusia 30-an itu terbongkar selepas Bahagian Perjudian, Kongsi Gelap dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur menyerbu sebuah premis judi Internet di Wisma Fu Yuen, Jalan Ipoh, di sini, malam kelmarin.

Dalam serbuan jam 9.30 malam itu, tiga premis judi lain di sekitar ibu kota turut diserbu serentak selepas menerima maklumat orang awam.  Pemandu teksi terbabit yang sempat ditemu bual berkata, pada mulanya dia bermain judi hanya sekadar suka-suka dengan modal RM30 namun lama kelamaan mula ketagih.

Menurutnya, kehidupan keluarganya yang susah dan terpaksa membawa teksi untuk menampung keperluan hidup menyebabkan dia layak menerima bantuan Baitulmal sejak beberapa tahun lalu.(myMetro)

Komen Weblog Ibnu Hasyim:  Dia ikut kerajaannya yang suka berjudi atau kaki judi. 4 nombor ekor, judi bola, judi di Genting Highland dan bermacam lagi. Itulah bentuk tarbiah UMNO/BN.  Guru kencing berdiri, murid, apa lagi...                                                                         

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails