Saturday, January 16, 2016

Hilang Kepercayaan Terhadap Kepimpinan, Gunting Kad Ahli DAP..


SEPANG – DAP Cawangan Pantai Sepang Putra hari ini mengumumkan keluar parti selepas hilang kepercayaan terhadap kepimpinan tertinggi parti tersebut berikutan status Jawatankuasa Eksekutif Pusatnya (CEC) yang tidak diiktiraf oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS).

Ketua Cawangannya, N. Muthusamy berkata, selain itu, DAP turut disifatkan sebagai sebuah parti yang mengamalkan politik perkauman dan mengabaikan kebajikan masyarakat India di kawasan tersebut.

Katanya, segala rayuan yang dibuat oleh cawangan tersebut dalam hal ehwal kebajikan masyarakat setempat tidak diendahkan oleh DAP Pusat serta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Pelek, Lai Nyuk Lan.

“Pemimpin-pemimpin DAP hanya mencari kita jika mereka mahukan sesuatu sahaja. Ketika pilihan raya umum, mereka akan menghubungi dan berjumpa kita, selepas menang, tiada lagi,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Sebanyak 25 ahli cawangan tersebut selepas itu bertindak menggunting kad keahlian DAP mereka sebagai simbolik keluar parti dan seterusnya menghantar borang keahlian kepada Parti Alternatif Rakyat (PAP).

Yang turut hadir Setiausaha Agung PAP, David Dass.

ROS sebelum ini telah membuat penafian pernah mengiktiraf pemilihan CEC DAP sebagai sah.

Malah ROS turut mempersoalkan dakwaan yang dibuat oleh DAP itu dan tertanya-tanya bagaimana parti tersebut boleh mengeluarkan kenyataan sedemikian kepada mahkamah. – UTUSAN

S'gor: Selepas PRU14, PAS Mungkin Bergabung..

SHAH ALAM : Jika PAS memenangi semua kerusi  yang ditandinginya di Selangor pada Pilihan Raya Umum ke -14 (PRU14), parti itu mungkin akan bergabung dengan pihak lain bagi membolehkan mereka kekal memerintah kerajaan negeri itu.
Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS Dr Zuhdi Marzuki berkata, PAS sedar partinya tidak mampu memerintah Selangor secara bersendirian dan terpaksa membuka pintu gabungan untuk tujuan itu.
Bagaimanapun, Zuhdi berpandangan PAS ketika itu hampir mustahil untuk mengadakan gabungan dengan Pakatan Harapan, yang dibarisi PKR, DAP dan juga Parti Amanah Negara (PAN).
“Jika PAS menang pun PAS mungkin tak akan dapat bina kerajaan yang stabil kecuali seperti Kelantan yang kita menang dengan jumlah besar. Kalau ada gabungan ataupun blok yang berjaya membentuk kerajaan dia masih memerlukan sokongan kepada blok lain.
“Selepas pilihan raya kita akan tengok keadaan tapi PAS akan tetap dengan dasar kitalah. Kalau kita diminta untuk membentuk gabungan dengan mana-mana pihak, siapa yang boleh bertoleransi dengan dasar PAS. Dengan Pakatan Harapan hampir tak pasti.
“Jadi kita sedang menuju ke arah kematangan politik yang kita sebut sebagai ‘post electoral colition’ (iaitu) gabungan selepas pilihan raya,” katanya dalam satu wawancara bersama Antarapos.
Pada program PAS minggu lalu, Naib Presidennya Datuk Iskandar Abdul Samad mengumumkan parti itu akan bertanding sebanyak 25 kerusi DUN Selangor.
Ini menunjukkan pertambahan sebanyak lima kerusi yang ditandingi PAS pada pilihan raya sebelum ini, tetapi parti itu hanya memenangi 15 kerusi saja.
Bagaimanapun, dua daripada wakil rakyatnya, Hasnul Baharuddin (Morib) dan Saari Sungib (Hulu Kelang) sudahpun keluar parti bagi menyertai PAN.
Zuhdi juga tidak menolak perkara yang sama berlaku kepada Umno-Barisan Nasional (BN) jika berjaya memenangi sejumlah besar kerusi yang dipertandingkan.
“Mungkin jatuh kepada BN atau Pakatan Harapan atau PAS. PAS juga kita ada blok sendiri yang sedang mengaturkan pertemuan dengan parti-parti politik kecil, NGO.
“Seperti yang diumum presiden kita akan masuk pilihan raya dengan blok kita sendiri. Jadi kemungkinan berlaku pertandingan tiga penjuru di kerusi-kerusi tertentu tak boleh dielak.
“Kalaulah ditakdirkan BN menang, BN tak boleh bentuk kerajaan stabil di Selangor tanpa ada blok lain,” jelasnya.
Buat masa ini Selangor ditadbir Pakatan Rakyat (PR) yang dibarisi PKR, DAP dan PAS.
Bagaimanapun hubungan politik antara PAS dan DAP hanya berlangsung atas kepentingan politik Selangor sahaja.
Umum mengethui, DAP sebelum ini bertindak memutuskan hubungan dengan PAS selepas bertelagah perihal pelaksanaan hudud di Kelantan.
PAS kini hanya menjalinkan kerjasama politik bersama PKR. (semberono.com)

Benarkah PH Hanya Kosmetik?

PAKATAN Harapan, yang dianggotai DAP, PKR dan Parti Amanah Negara (Amanah), perlu membuktikan bahawa ia mempunyai kekuatan tersendiri, sekali gus berupaya mengubah landskap politik Malaysia, demikian menurut penganalisis politik.
Tekad memeterai perjanjian kerjasama pada 9 Januari lepas, ketiga-tiga parti perlu membuktikan dan tidak mengulangi kesilapan lampau ketika bersama-sama dalam PR melalui gerak kerja dan keputusan kolektif sebagai satu gabungan politik mantap.
Pilihan Raya Negeri Sarawak tahun ini pastinya ditunggu-tunggu oleh banyak pihak untuk melihat sejauh mana kemampuan ketiga-tiga parti itu bekerjasama dan memberi impak kepada dunia politik tanah air.
Bertambah kukuhkah Pakatan Harapan selepas termeterainya perjanjian baharu itu?   

Kekal formula lama
Penganalisis politik bagaimanapun melihat perjanjian pakatan kali ini masih menggunakan model serupa dengan PR yang mengamalkan politik berasaskan kepada hubungan berasaskan kepentingan tertentu.

Prof Madya Datuk Dr Samsul Adabi Mamat

Pensyarah kanan Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Datuk Dr Samsul Adabi Mamat berkata, perjanjian yang ditandatangani ketiga-tiga parti itu masih mengekalkan prinsip sama seperti ketika PR diwujudkan dahulu.
Perbezaannya cuma pada nama dan tanpa penglibatan Pas, yang kedudukannya kini diambil alih Amanah.
"Pembangkang telah pun kehilangan aset yang besar apabila Pas keluar daripada pakatan... mereka (pakatan) mengalami kemerosotan sokongan khususnya orang Melayu apabila Pas tidak menyertai mereka dan inilah realitinya," katanya kepada Bernama.

Dr Amini Amir,

Pensyarah Fakulti Ekologi Manusia Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Amini Amir, yang bersependapat dengan Samsul Adabi, berpandangan bahawa perjanjian itu sekadar kosmetik dan tidak membawa apa-apa keuntungan kepada rakyat keseluruhannya.
Beliau berkata, apa yang terjadi ketika PR boleh terjadi di dalam pakatan PKR, DAP dan Amanah.
"Apabila Pas keluar, sudah pasti Pakatan Harapan tidak kukuh dan kuat kerana yang menguatkan PR sebelum ini ialah Pas yang memiliki jentera yang besar. Amanah tidak setanding Pas meskipun parti itu diberikan peranan menggantikan Pas," katanya.

Retorik

Md Shukri Shuib

Pensyarah kanan Kajian Politik dan Antarabangsa Universiti Utara Malaysia, Md Shukri Shuib melihat tindakan mengadakan perjanjian itu hanyalah satu retorik politik.  
"Apa yang berlaku dalam pembangkang sebelum ini (PKR, Pas dan DAP) menyebabkan gabungan pakatan baharu ini (PKR, DAP dan Amanah) kononnya mahu lebih berwaspada sehingga membawa kepada perjanjian ini," katanya.
Md Shukri berkata pembangkang ketika ini sedang berusaha keras sehingga menuntut mereka mengadakan perjanjian berkenaan bagi mengikat ketiga-tiga parti, selain cuba menonjolkan kepada rakyat bahawa mereka juga mampu bertahan dan mencapai kesepaduan seperti BN.
"Persoalannya, jika sudah wujud pakatan yang baharu dengan perjanjian bersama maka apa akan jadi dengan pakatan sebelum ini yang melibatkan Pas terutamanya dalam hal pentadbiran kerajaan Selangor?
"Kerajaan Selangor nampaknya perlu membuang anggota Exco Pas dan menggantikannya dengan seseorang daripada Parti Amanah, itupun atas persetujuan dan perjanjian baharu yang dimeterai oleh ketiga-tiga parti. Tetapi, bersediakah Pakatan Harapan menguatkuasakan perkara itu atau adakah ini satu 'siri drama' pembangkang sebelum Pilihan Raya Umum ke-14?," katanya.

Gimik politik

Shamsul Iskandar Mohd Akin 

Merujuk kenyataan Naib Presiden PKR, Shamsul Iskandar Mohd Akin pada 9 Januari lepas yang dilapor sebagai berkata perjanjian itu menunjukkan komitmen serius Pakatan Harapan untuk menjadi 'government-in-waiting', penganalisis politik berkenaan berpendapat bahawa ia adalah sekadar gimik politik.
"Realitinya, mereka dah kemerosotan sokongan selepas PAS tidak lagi bersama mereka... ini hakikat yang mereka tidak boleh nafikan dan mereka juga tidak mampu menggantikan BN.
"Kenyataan ini dibuat sekadar untuk menunjukkan kepada umum bahawa pakatan masih lagi kuat meskipun tanpa Pas," kata Samsul Adabi.

Amini

Amini pula berkata: "Ia sekadar untuk mempengaruhi rakyat bahawa mereka semakin matang dan kukuh walaupun realiti adalah sebaliknya."
Perjanjian Pakatan Harapan antara lain berkenaan hala tuju pakatan termasuk proses dalam membuat keputusan membabitkan gabungan itu, calon pilihan raya dan kesetiaan terhadap kerjasama itu.
Perjanjian itu juga turut menggariskan langkah tegas termasuk memecat keanggotaan parti tidak sehaluan.

Sokongan Melayu pecah

Natijahnya, ke arah mana sokongan orang Melayu selepas penubuhan Amanah, yang berteraskan orang Melayu?
Melihat senario politik semasa ini, kedua-dua penganalisis politik ini berpendapat penubuhan parti Amanah akan membawa kepada perpecahan undi khususnya di kawasan majoriti Melayu.
Mereka juga yakin pertandingan tiga penjuru antara - Pas, Umno, Amanah - pasti tidak dapat dielakkan pada pilihan raya umum akan datang.
Amini berkata, dalam konteks Pakatan Harapan, Pas pastinya tidak akan mendapat sokongan padu daripada penyokong tegar pakatan itu sekiranya bertanding di kawasan majoriti Melayu yang turut ditandingi Umno dan Amanah.
"DAP dan PKR pastinya berhabis-habisan berjuang memastikan rakan sekutu mereka menang manakala Pas bukan lagi rakan sekutu mereka," katanya.

Samsul Adabi berpandangan ekoran pergolakan politik semasa khususnya melibatkan parti berteraskan orang Melayu akan menjadikan kumpulan atas pagar lebih ramai pada pilihan raya umum ke-14.
"Ini akan menyebabkan perpecahan di kalangan orang Melayu," katanya. - Bernama

Burung Murai Hisap Rokok, Cuba Hisap Vape?

MANCHESTER, Britain – Seekor burung murai di sini dirakamkan sedang menghisap sebatang rokok ketika bertenggek di atas pagar baru-baru ini.
Gambar itu dimuat naik ke Twitter oleh seorang pengguna menggunakan nama @WillMcHoebag dengan kapsyen 'Sementara itu di Manchester.'
Gambar itu menunjukkan sebatang rokok pada muncung burung tersebut sambil haiwan itu memandang kawasan sekitarnya.
Gambar tersebut kini menjadi perbualan hangat di laman sosial dan telah dikongsi semula sebanyak 2,500 kali.
“Burung murai ini kelihatan seperti bakal mengeluarkan album indie terhangat pada tahun 2016,” tulis seorang pengguna. – AGENSI
Mengapa tak ajar dia hisap vape pula? (IH)

Ini, Proses DAP P. Pg Hambat Orang Melayu? Hotel, Larang Muslimat Bertudung Dll.


Kerajaan DAP Pulau Pinang membina hotel lima bintang di kawasan majoriti penduduk orang Melayu tetapi mendiskriminasi penduduk tempatan, lapor Saikopen Saiko
Hotel lima bintang yang dimaksudkan itu adalah Lexis Suites, di Teluk Kumbar, Pulau Pinang yang mempunyai 650 bilik suite, dilengkapi dengan spa, kedai kopi, restoran Jepun, pub, bistro, karaoke dan dewan bankuet.
Berkonsep Lexis Hibiscus Port Dickson hotel itu dibangunkan oleh syarikat pemaju Lexis Hotel Group (KL Metro Group). 
PELIK TAPI BENAR … Buat Hotel dalam kawasan orang melayu … tetapi Islam makin dihina… terbaru isu pemakaian tudung menjadi bualan di sekitar Teluk Kumbar, Pulau Pinang.
“Di mana perempuan Islam telah mohon pekerjaan di hotel tidak diterima oleh pihak hotel kerana alasan MEMAKAI TUDUNG, ini merupakan satu DISKRIMINASI terhadap perempuan ISLAM terutamanya penghinaan yang cukup besar pada ISLAM Di Malaysia.
Pihak berwajib perlu mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap Pihak Pengurusan Hotel tersebut kerana ia tidak menghormati rakyat dinegara ini yang majoritinya beragama Islam dan negara Malaysia juga merupakan sebuah negara ISLAM..
“Kita mendesak agar pihak kerajaan mengambil tindakan yang sewajarnya agar pekerja perempuan yang memakai tudung dibenarkan bekerja di hotel tersebut… jangan kerana mencari keuntungan cukai semata-mata, kita menolak hak perempuan bertudung untuk bekerja,”lapor Saikopen Saiko. 
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Apakah ini proses menghambat orang Melayu melalui dasar pecah-pecah perintah seperti yang dilakukan oleh kerajaan PAP Singapura ke atas orang Melayu di sana..
  • Pembinaan hotel 5 bintang di kawasan majoriti penduduk orang Melayu.
  • Buat hotel dalam kawasan orang melayu … tetapi Islam makin dihina… terbaru isu pemakaian tudung menjadi bualan di sekitar Teluk Kumbar, Pulau Pinang.
  • Mungkinkah kerusi-kerusi majoriti Melayu di Pulau Pinang makin berkurangan?

(IH)

Friday, January 15, 2016

A/Majlis PBT S'gor, PAS 67 & PAN 10. Adilkah?

Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengesahkan PAS mendapat 67 kerusi dan Parti Amanah Negara (PAN) mendapat 10 kerusi Ahli Majlis pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri itu.
Ini menunjukkan pengurangan 5 kerusi Ahli Majlis yang diperuntukkan kepada PAS, sedangkan sebelum ini parti Islam itu diwar-warkan mendapat 72 kerusi.
PAN pula mengalami penambahan dua kerusi sedangkan sebelum ini parti itu hanya diwar-warkan mendapat 8 kerusi sahaja.
“Pecahan PKR sebanyak 101, 96 untuk DAP dan Pas kekal 67 manakala Amanah pula 10 kerusi selebihnya lima NGO serta sembilan wakil istana itu sudah muktamad dan kesemua ahli majlis berkenaan akan angkat sumpah minggu depan.
“Semua parti termasuk Amanah telah melalui proses perbincangan dan bersetuju dengan pengagihan tersebut. Hal demikian, saya berterima kasih kepada semua parti termasuk DAP, Pas dan juga Amanah yang mengambil sikap yang matang kerana melihat jawatan ahli majlis ini bukan sebagai ganjaran politik.
“Tapi satu tangggung jawab yang perlu dipikul untuk memastikan masalah pembayar cukai dapat diselesaikan segera,” kata Azmin ketika ditemui pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES), di Shah Alam, semalam.
Azmin mengucapkan penghargaan kepada semua parti iaitu PAS, DAP, PKR termasuk juga PAN kerana mengambil sikap matang dalam proses pengagihan 288 kerusi ahli majlis berkenaan.
Sementara itu, Ketua Penerangan PKR Selangor, Shuhaimi Shafiei berkata, PAS tidak meneruskan hasrat mereka menambah jumlah bilangan kerusi ahli majlis mereka daripada 67 kepada 70 kerana mahu mengekalkan bilangan ketua kampung sedia ada.
“Tidak ada tambahan untuk ahli majlis PAS walaupun peringkat awal nak tambah, PKR dah setuju nak serah sikit tapi mereka ubah fikiran untuk kekalkan jumlah ketua kampung pada pemilihan hujung tahun ini.
“Permintaan PAS itu kita ambil maklum, akan nilai semula hujung tahun ini selepas tamat tempoh perkhidmatan,” kata Shuhaimi yang juga Setiausaha Politik Azmin.
Sebelum ini, ramai di kalangan akar umbi PAS mengkritik Azmin kerana mengiktiraf PAN dalam PBT yang dianggap berlawanan dengan janji yang pernah diucapkan oleh Timbalan Presiden PKR itu.
Pelantikan Ahli Majlis dari PAN itu seolah-olah melanggar janji yang pernah diucapkan Azmin bahawa Kerajaan Selangor hari ini bukan Kerajaan Pakatan Harapan kerana ia dibentuk melalui semangat ‘Pakatan Rakyat’ pada Pilihan Raya Umum ke-13.
Selanjutnya, sila baca “PBT Selangor : Rumah Siap Pahat Berbunyi
Pada Rabu, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Ustaz Sallehin Mukhyi meramalkan selepas majlis perjanjian Pakatan Harapan Azmin bakal ditekan oleh DAP supaya tidak menggunapakai prinsip bersetuju untuk tidak bersetuju di dalam pentadbiran kerajaan negeri Selangor.
Ustaz Sallehin yang juga bekas Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor berpendapat prinsip itu secara langsung memberi ‘manfaat’ kepada DAP.
“Saya boleh agak… Dalam soal mendesak pun, sebelum ini DAP pun pernah mendesak keluarkan PAS daripada pentadbiran kerajaan negeri, sebagaimana Lim Guan Eng minta suatu ketika dahulu. Namun atas keprihatinan MB terhadap keperluan mempertahankan legasi Pakatan Rakyat dahulu yang tidak ada apa-apa masalah.
“Saya percaya bahawa MB kemungkinannya menerima tekanan dalam hal itu. Dan PAS bersedia dengan apa sahaja kemungkinan yang berlaku di Selangor,” katanya ketika dihubungiAntarapos.
Beliau meminta agar Azmin bertegas dalam pentadbiran kerajaan negeri tanpa mencampuri perihal perjanjian Pakatan Harapan itu.
“Sebagaimana kenyataan Azmin bahawa tiada tempat PH di Selangor, sebaliknya PR sebagaimana parti-parti yang menang pada PRU-13, pada saya tidak timbul soal PH dalam konteks pentadbiran negeri,” ujarnya lagi. (AIDCNews- 15/1/16)

DAP Mulai Takut Dan Bimbang Kemarahan Oang Melayu?


DAP mulai takut dan bimbang? DAP terpaksa memulihkan imejnya dalam kalangan orang Melayu, dan DAP perlu berhenti membuat tindakan yang boleh menyinggung perasaan mereka. 

Malah, Pengarah Strategi Pilihanraya DAP, Ong Kian Ming menambah, tindakan itu juga menyusahkan parti komponen Pakatan Harapan yang lain. 

“Persepsi orang Melayu terutama golongan muda boleh diubah, dengan syarat DAP perlu berhenti membuat tindakan yang merugikan diri sendiri (shoot ourselves in the foot),” katanya dalam forum bertajuk ‘Mampukah parti pembangkang memenangi undi Melayu pada PRU 14′, di sini, malam tadi. 

Beliau mengambil contoh Setiausaha Pemuda DAP Perak, Chong Zhe Min yang mengkritik kerajaan kerana menghalang kemasukan dua atlet warga Israel ke negara ini, bulan lalu. 

“Kenyataan itu mengejutkan ramai pemimpin parti. Akhirnya kita perlu buat banyak kerja untuk pulihkan keadaan (internal containment). Ia juga menyusahkan rakan-rakan (Pakatan Harapan),” kata Ahli Parlimen Serdang itu lagi. 

Beliau juga mengakui kecenderungan segelintir pemimpin menggunakan bahasa ibunda berbanding bahasa kebangsaan dalam berkomunikasi, sama ada dalam kenyataan atau ucapan, membuatkan orang Melayu kurang yakin bahawa DAP adalah parti untuk semua kaum. 

Justeru, beliau berharap DAP memperbaiki perkara ini agar dapat menarik lebih banyak sokongan Melayu pada PRU akan datang. Kajian Institut Darul Ehsan sebelum ini mendapati 72 peratus daripada 1,716 responden setuju bahawa DAP hanya memperjuangkan kaum Cina dan 64 peratus setuju parti itu anti-Melayu dan Islam.  (IH)

Adakan Referendum Rakyat Sebelum Tandatangan TPPA, PAS Gesa Putrajaya

Kerajaan tidak boleh membuat keputusan menandatangani TPPA berdasarkan keputusan 134 ahli Parlimen Barisan Nasional sahaja kerana ia memberi kesan besar kepada masa depan generasi dan negara. – Gambar fail The Malaysian Insider, 15 Januari, 2016. 
PAS mencadangkan satu referendum rakyat diadakan sebelum Putrajaya membuat keputusan menandatangani Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA).
Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, adalah penting untuk Putrajaya memperoleh mandat rakyat sebelum menandatangani TPPA dan bukan hanya berdasarkan undi ahli Parlimen Barisan Nasional (BN).
"Dengan referendum ini, rakyat akan lebih jelas implikasi baik buruk keterlibatan negara dalam TPPA ini melalui siri penerangan dan penjelasan semua pihak," kata Tuan Ibrahim dalam satu kenyataan hari ini.
Menurut Tuan Ibrahim, walaupun perbahasan di Parlimen merupakan langkah positif bagi memberi peluang kepada ahli Dewan Rakyat dan Dewan Negara membahaskan TPPA, namun PAS merasakan ia sekadar lakonan hiasan untuk menunjukkan Putrajaya masih sedia mendengar.
"Walhal para ahli Parlimen BN sudah diberi arahan untuk mengundi menyertai TPPA daripada pihak atasan.
"Oleh kerana isu TPPA merupakan isu yang akan meninggalkan kesan besar kepada masa depan generasi dan negara, kerajaan tidak boleh membuat keputusan untuk menandatangani perjanjian TPPA berdasarkan keputusan 134 ahli Parlimen BN yang sudah terbukti bakal bertindak seperti lembu dicucuk hidung," katanya.
Katanya, Putrajaya tidak seharusnya meletakkan negara pada situasi terdedah kepada pengaruh berlebihan pihak asing, terutamanya Amerika Syarikat (AS) dan menghadapi risiko besar terhadap kedaulatan negara.
"Negara dalam keadaan nilai mata wang negara lemah, pendapatan negara menurun kerana kejatuhan harga minyak, pimpinan negara terpalit dengan skandal besar, hutang negara yang semakin membesar dan kos sara hidup yang semakin mencekik leher dengan menandatangani perjanjian TPPA," katanya.
Tuan Ibrahim berkata, PAS turut bimbang kos perubatan melambung yang memberi kesan kepada masyarakat selepas perjanjian TPPA dimeterai.
"Hak rakyat marhaen ini perlu dipelihara dan dipertahankan kerana keadaan kos sara hidup yang semakin menghimpit kualiti kehidupan mereka.
"Jangan kerana TPPA menyebabkan hanya rakyat kaya sahaja mampu menikmati perubatan," katanya.
Menurut Tuan Ibrahim, PAS turut menyifatkan TPPA memberi kelebihan syarikat-syarikat asing untuk menembus pasaran negara-negara TPP dan membahayakan ekonomi syarikat tempatan.
"Umum mengetahui, Malaysia kekurangan syarikat tempatan yang mempunyai produk atau servis yang dapat bersaing di peringkat antarabangsa.
"Kekurangan ini berserta dengan nilai ringgit yang rendah menyukarkan syarikat kecil tempatan untuk menyaingi syarikat-syarikat daripada negara lebih maju daripada industri yang sama atas faktor modal.
"Pekerja-pekerja tempatan pasti lebih terpikat dengan tawaran gaji lebih tinggi oleh syarikat-syarikat dari negara maju yang mempunyai nilai mata wang lebih tinggi berbanding ringgit.
“Akhirnya, syarikat-syarikat tempatan terpaksa gulung tikar,” katanya lagi.
Menurut Tuan Ibrahim, TPPA akan meletakkan Malaysia di dalam blok AS dan sekutunya.
"Ia bermakna Malaysia akan melepaskan kedaulatannya sebagai sebuah negara bebas yang tidak terikat dengan sebarang blok kuasa utama dunia yang sedang bersaing hebat.
"Apakah Malaysia masih bebas bersuara tatkala Amerika dan sekutunya Israel menindas negara-negara Islam seperti Palestin tanpa sebarang risiko dikenakan sekatan ekonomi selepas TPPA ditandatangani nanti?" soalnya. – 15 Januari, 2016. 

Komplot Lee Kuan Yew-Israel Pula Didedahkan.. Hubungan DAP?

Yitzhak Rabin,
Hubungan Rahsia.

Malam Krismas, 1965, adalah tarikh tidak rasmi bermulanya hubungan rahsia antara Israel dan Singapura. 

Lee Kuan Yew mendedahkan dalam bukunya, “Dari Negara Dunia Ketiga kepada Negara Dunia Pertama: Kisah Singapura 1965-2000,” yang diterbitkan pada tahun 2000, rahsia yang telah disimpan selama hampir 40 tahun: 
Iaitu Angkatan Pertahanan Israel yang menubuhkan tentera Singapura. Misi ketenteraan Israel diketuai oleh Yaakov (Jack) Elazari, seorang kolonel, yang kemudiannya dinaikkan pangkat ke brigadier jeneral. Selepas meninggalkan tentera, beliau menjadi perunding kepada tentera Singapura. Beliau meninggal dunia 15 tahun lalu. 

“Untuk menyembunyikan kehadiran mereka, kita memanggil mereka`Mexicans’.”kata Lee.

Tentera Singapura hari ini dianggap yang paling kuat dan paling maju di Asia Tenggara. Hubungan antara Israel dan Singapura bertambah erat dan meliputi hubungan kerjasama dalam bidang industri ketenteraan.Tentera Singapura merupakan pelanggan utama Israel dalam bidang pertempuran dan teknologi ketenteraan. Singapura sedang bekerjasama dengan Israel dan Elbit Systems untuk menaik taraf F-5 pesawat pejuang Tentera Udara Turki. 

Beberapa tahun lalu, Menteri Pertahanan Singapura mendedahkan peluru berpandu anti kereta kebal Gil, yang dihasilkan oleh Raphael (Lembaga Kemajuan Persenjataan Israel), telah dibangunkan dengan kerjasama antara kedua-dua negara.

Singapura Dikelilingi Negara Muslim

Lee Kuan Yew merahsiakan hal ini kepada ramai. Beliau juga berkata “kita perlu memastikan bahawa ketibaan Israel tidak diketahui umum, supaya tidak mendatangkan tentangan dari orang Melayu Islam yang tinggal di Malaysia dan Singapura,”

Singapura yang mempunyai keluasan kira-kira 670 kilometer persegi, kebanyakannya penduduk Cina, hidup di antara dua negara Islam iaitu Malaysia dan Indonesia. Mereka takut kepada serangan Malaysia kerana merupakan sebahagian daripada negara itu. Sehingga 1965, Singapura masih lagi sebahagian Malaysia. Pada tahun itu, kerajaan British memutuskan untuk menarik diri dari jajahannya dan memutuskan untuk memisahkan Singapura daripada Malaysia dan mewujudkan ia sebagai sebuah negara yang baru dan berasingan.

Singapura diisytiharkan merdeka pada 9 Ogos 1965. Pada masa tersebut ia hanya mempunyai dua rejimen infantri, yang telah ditubuhkan dan diketuai oleh pegawai British. Dua pertiga daripada tenteranya bukanlah penduduk Singapura, dan pemimpin negara mereka sendiri tidak yakin dengan kekuatan tentera mereka. Menteri Pertahanan, Goh menghubungi Mordechai Kidron, bekas duta Israel ke Thailand, dan meminta bantuan.

Kidron tiba di Singapura dalam masa beberapa hari, bersama-sama dengan Hezi Carmel daripada Mossad. “Goh memberitahu kita bahawa hanya Israel boleh membantu mereka membina tentera yang dinamik,” Carmel berkata. 

Mereke berdua kemudian bertemu dengan Lee, namun Lee memberitahu Keng Swee untuk menagguhkan permintaan beliau sehingga Lal Bahadur Shastri, Perdana Menteri India, dan Presiden Nasser dari Mesir memberikan jawapan untuk membantu mereka dalam membina angkatan tentera . ”

Ia tidak jelas sama ada Lee sebenarnya percaya India dan Mesir mampu untuk membina tentera Singapura atau semata-mata untuk menjaga air muka mereka. Selepas beberapa minggu menunggu, India dan Mesir mengucapkan tahniah kepada Singapura tetapi tidak menawarkan sebarang bantuan ketenteraan. Lee mengarahkan Goh untuk terus berhubung dengan Israel.

Pada masa yang sama, pertahanan Israel menghantar bantuan ketenteraan kepada Singapura. Dalam perbincangan yang dikendalikan oleh Yitzhak Rabin, Mejar Jeneral Rehavam Ze’evi, diputuskan untuk membina tentera Singapura. Ze’evi (digelar “Gandhi”) telah melawat Singapura secara rahsia dan memulakan persiapan sekembalinya. “Gandhi berkata beliau mahu mewujudkan tentera yang ideal bagi Singapura,”

Ze’evi melantik Elazari, yang bekerja dibawahnya dalam Bahagian Operasi, sebagai ketua kumpulan. Lieutenant Colonel Yehuda Golan, juga dibawa masuk ke dalam pasukan. Beberapa ahli kumpulan ditugaskan untuk mengkaji dan menulis tentang pembinaan pangkalan tentera manakala Golan mengkaji tentang penubuhan infantri. 

Pada mulanya mereka menghasilkan “Brown Book,” yang menceritakan tentang doktrin pertempuran, diikuti oleh “Blue Book,” menerangkan tentang ciptaan Kementerian Pertahanan dan badan perisikan. Brown Book telah diterjemah ke dalam bahasa Inggeris dan dihantar ke kerajaan Singapura untuk penelitian. Pada Oktober 1965, delegasi tentera dari Singapura tiba di Israel.
Diterjemah oleh: Syazana Aqilah
Sumber: CS.UWEC.EDU



Sekilas Tentang DAP
4/23/2013 PANAS! Punca sebenar Lim Kit Siang menangis dalam isu DAP vs ROS didedahkan! #GE13 #Vote4BN


Selalunya kita dengar DAP ini anak haram kepada parti pemerintah chauvinis Singapura, PAP, kerana sejarah mencatatkannya begitu. Wakil rakyat PAP yang memenangi kerusi Bangsar menukar PAP kepada DAP bagi mengelakkan kemenangan beliau dibatalkan. Walaupun ianya sejarah lama, namun, PAP dan DAP tidak pernah terputus hubungan, bukan satu rahsia yang PAP sering menyalurkan dana dan bantuan kepada DAP untuk memenangi pilihanraya.
DAP adalah anak atau serpihan kepada PAP di Singapura, selatan Persekutuan Tanah Melayu . Lee Kuan Yew yang tidak setuju dengan cubaan Perikatan-UMNO bertanding dalam pilihan raya di Singapura, telah membuka cawangan PAP di Semenanjung Malaysia. Apabila Singapura berpisah dari Malaysia pada 9 Ogos 1965, pendaftaran parti PAP telah dibatalkan pada 9 September 1965, tahun yang sama. 


Devan Nair selaku ahli parlimen Bangsar yang ditinggalkan oleh PAP cuba menghidupkan PAP yang baru dengan nama Parti Tindakan Rakyat Malaysia. Tetapi pendaftar pertubuhan menolak penubuhan PAP kerana nama yang sama itu akan mengelirukan orang ramai. Oleh itu Devan Nair menggunakan nama baru iaitu 'Parti Tindakan Demokratik' atau DAP. Pada 3 Mac 1966 Surat dari Pendafar Pertubuhan menolak penubuhan DAP kerana perlembagaan parti itu tidak selaras dengan peraturan undang-undang Perdaftaran Persatuan. 

Pada 19 Mac 1966 pendaftaran DAP diluluskan oleh Pendaftaran Pertubuhan. Devan Nair berulang kali menegaskan bahawa DAP tidak akan mengamalkan dasar perkauman dan berusaha mencantumkan kembali Singapura ke dalam Malaysia.  - http://anti-rebel.blogspot.com/2011/02/sejarah-penubuhan-dan-asal-usul-dap.html

Kami di MyMassa sendiri pernah "diganggu" oleh Kerajaan Singapura melalui Google apabila mendedahkan penglibatan ejen rahsia mereka dalam perhimpunan haram Bersih dahulu. Malah KM Penang sendiri setiap minggu ke Singapura melaporkan perkembangan dan mendapatkan nasihat daripada LKY.

Namun, tahukah kita pertalian DAP dengan komunis pula? Mengapa DAP menggunakan simbol tugu kemenangan komunnis di China sebagai logo parti mereka? Apakah mereka menjadikan ia satu fokus perjuangan yang belum selesai?

Adakah ini punca sebenar Lim Kit Siang menitikkan air matanya ketika desas-desus ROS mengharamkan logo ROKET DAP?!!

Mengapakah anak saudara dan sepupu Chin Peng yang mengetuai DAP Perak? Mengapakah bekas-bekas komunis di Perak diberikan tanah selama 999 tahun sebaik sahaja DAP mendapat kuasa?!! Jika anda dapat menjawab soalan-soalan ini, segalanya akan menjadi semakin jelas tentang siapa sebenarnya DAP ini!

Cuba buat sedikit soal selidik. Anda semua tahu bukan sepanjang tempoh darurat sehinggalah ketika komunis meletak senjata, berapa ribu anggota mereka yang diampunkan dan menyerap masuk dalam masyarakat? Cuba anda buat sedikit kajian tentang nisbah bekas anggota komunis dalam satu-satu kawasan yang menjadi kubu kuat DAP.

Apa, anda mengundi "ulama'" PAS dan bukannya DAP pada PRU ini?!! Adakah ulama' PAS yang anda undi itu nanti akan lebih berkuasa daripada pemimpin DAP selepas PRU nanti?!! Anda ada terfikir sehingga ke tahap itu? Atau sindrom kejumudan mengakibatkan otak anda jem dan gagal mengoptimumkan akal?!! (mymassa)

Video: Interview with Yitzhak Rabin | i24news

(Ianya tidak semestinya pandangan IH)

Lihat sebelum ini.. 
E-Buku IH-27: Minda Lee Kuan Yew & Singapura
E-Buku IH-27: Minda Lee Kuan Yew & Singapura

Charlie Hebdo Dikecam Lagi, Tak Serik-serik..

Charlie Hebdo buat hal lagi
Kartun Charlie Hebdo yang menghina kanak-kanak Syria yang mati lemas, Aylan Kurdi.

PARIS - PERANCIS. Majalah satira Perancis, Charlie Hebdo menimbulkan kontroversi sekali lagi selepas menggambarkan Aylan Kurdi, kanak-kanak Syria yang ditemui mati lemas sebagai pencabul.
"Apakah akan jadi kepada si kecil Aylan jika dia membesar? (menjadi) pencabul di Jerman," kata kapsyen kartun tersebut.

Menurut Al-Jazeera, kartun tersebut dibuat selepas timbul kes pencabulan di Cologne, Jerman baru-baru ini yang didakwa dilakukan oleh migran, termasuk pelarian Syria.

Kartun tersebut menimbulkan kemarahan orang ramai dan warga maya kini mengecam majalah berkenaan.

"Tidak berhati perut dan rasis!" kata wartawan, Hala Jaber di laman Twitter.
"Chalie Hebdo menggunakan alasan kebebasan bersuara untuk menjadi racis dan kurang ajar," kata Chris Taylor. (IH)

Selamat Berjuang PKR/PAN Berimamkan DAP. -Lokman Ramlee



Muktamadnya proses menandatangani Perjanjian Bersama PKR, PAN dan DAP Sabtu lalu tentu melegakan pemimpin dan penyokong Pakatan Harapan betapa kemungkinan punca perbalahan hingga menguburkan Pakatan Rakyat tidak akan berulang.



Kini pakatan baru itu sudah meloloskan diri daripada ikatan rantai setiakawan  yang longgar iaitu “bersetuju untuk tidak bersetuju” dan menganut konsep kerjasama baru yang tidak mengizinkan sebarang perbalahan pendapat berlaku lagi. 



Ini bermakna semua keputusan Pakatan Harapan mestilah dipersetujui ketiga-tiga parti dan tiada mana-mana kerabat pakatan itu boleh bertindak sendiri melaksanakan keputusan parti masing-masing. 



Ini jelas menuju kesepaduan matlamat perjuangan dan strategi politik yang sama rata. Mana-mana parti yang engkar boleh dinyahkan dari pakatan yang ditilik berpotensi menumbangkan Barisan Nasional dalam pilihanraya umum akan datang. 

Yang utama sekali, perjanjian yang ditandatangani Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Presiden PAN, Mohamad Sabu itu memberi kuasa penuh pada suara majoriti Majlis Presiden Pakatan itu melucutkan keahlian anggota pakatan yang melanggar janji.

Justeru, tidak mungkin berulang kes ada ahli mahu melaksanakan ideologinya sendiri tanpa persetujuan kerabat politik lain. Ini bagi mengelakkan kes PAS, misalnya, mahu melaksanakan hukum hudud sewaktu menganggotai Pakatan Rakyat kerana kononnya itu pegangan parti Islam itu, tidak akan berulang. 

Dalam kes itu, oleh kerana DAP tegas tidak mahu hukum Islam dilaksanakan di Malaysia yang diyakininya menganut faham sekular, ia segera memutuskan hubungan dengan presiden PAS, Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang. 

Ini menerima tindak balas PAS yang menetapkan dalam Muktamarnya Jun lalu untuk bermufarakah dengan DAP. Parti dominan Cina itu kemudian secara unilateral mengisytiharkan Pakatan Rakyat sudah berkubur. 

Itu pegangan DAP dan perjanjian bersama itu kini menghirup dan mahu menghayati intipati perjuangan DAP itu. 

Maka terkabul juga hasrat mendiang pemimpin DAP, Karpal Singh, mencabar sesiapa (atau parti apapun) perlu langkah mayatnya sebelum hukum syariah dilaksanakan di Malaysia. Kini itu bukan isu lagi. Kerabat DAP, PKR dan PAN sudah faham dan akur pada “kewaspadaan” Karpal.


PAN yang mendakwa ia parti Islam dan dipimpin kumpulan yang tewas dalam pemilihan PAS dan kempunan melihat Pakatan Rakyat mengambil alih kuasa di Putrajaya, awal-awal lagi akur dan tunduk pada fahaman DAP bahawa Islam hanya rasmi-rasmian sahaja. 

Apa yang pasti ialah, baik PKR mahupun PAN tidak mungkin berdaya untuk mempertahankan lagi semangat dan azam untuk memastikan Malaysia dipimpin melalui lunas-lunas syariah Islam. 

Jika mengikut Perjanjian Bersama itu, sekuat manapun PAN atau PKR bertempik menghebahkan kepada dunia bahawa ia parti Islam, kedua-duanya itu tiada hak melaksanakan hukum Islam sesempurnanya jika DAP tidak bersetuju. 

Malaysia akhirnya sudah terjual kepada demokrasi barat dan fikiran liberalisme ala-DAP! Syabas PKR dan PAN.

Terkecuali keadaan dan pemikiran kedua-dua parti ini berubah dan bertegas mahu ajaran Islam sepenuhnya dikuatkuasakan apabila Pakatan Harapan memerintah, Malaysia bolehlah meraikan semangat sekularisme.

Ini mungkin mampu PKR dan DAP lakukan jika bilangan kerusi Dewan Rakyat mereka mengatasi DAP. Jika DAP terus tidak bersetuju, kuasa majoriti PKR dan DAP boleh menghalaunya keluar dari Pakatan Harapan. 

Maknanya, untuk meyakinkan umat Islam Malaysia supaya menyokong mereka, PKR dan DAP perlulah giat membisikkan di telinga mereka bahawa sebenarnya mereka hanya bersandiwara sahaja dengan DAP – ada jalan parti Cina itu boleh ditendang bila-bila masa, demi Islam. 

Malangnya, realiti politik hari ini tidaklah begitu. Yang pasti sehingga hari ini, DAP ialah parti terbesar di kalangan pembangkang. Sukar dibayangkan kombinasi kerusi PKR dan PAN mampu mengatasi koleksi DAP.



Sejak tahun 2008 lagi trend politik yang sama-sama dipupuk oleh DAP dan PKR ialah apa jua kosnya, rakyat perlu tumbangkan Umno dan Barisan Nasional jika mereka mendapat keadilan sosial dan ekonomi. 

Dalam proses itu, PKR nampaknya berjaya meyakinkan pengundi Melayu-Islam bahawa DAP tiada sebarang agenda yang merugikan mereka. Pada masa yang sama DAP giat mencernakan pemikiran politik pengundi bukan Melayu bahawa ia mampu “menguruskan” PKR dan PAN melalui perjanjian bersama ini.

Dalil yang terbentang luas ialah, DAP kini mempunyai 37 kerusi Dewan Rakyat berbanding dengan PKR, 30 dan PAN, lapan. Trend pertambahan kerusi DAP kini menjalar dari Semenanjung hingga ke Sabah dan Sarawak. 

Dengan hakikat undi Melayu-Islam sudah terbelah kepada Umno, PAS, dan PAN, hampir satu kemustahilan bagi PKR dan PAN  menggembleng majoriti dalam Pakatan Harapan mahupun kerajaan. 

Senario ini sudah lama dita’kuli oleh PAS yang tidak “buta warna” terhadap politik DAP ini.  Belajar dari ketegaran DAP langsung tidak mahu beranjak menolak hukum Islam, PAS sudah menghidu selera politik DAP sebenar. 

Justeru berpisah dari Pakatan Rakyat pun tidak menjadi masalah bagi PAS kerana ia yakin bersama DAP ia akan menemui jalan mati dalam cita-citanya mahu mendaulatkan Islam di bumi Malaysia. 

Ini belum lagi mengambilkira faktor semakin meningkatnya pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan badan-badan amal yang amat selesa dengan iklim politik yang dijanjikan oleh DAP.

Atas nama kebebasan, muncul pelbagai pertubuhan yang mendambakan ada entiti politik seperti Pakatan Harapan yang mungkin mampu memerangi dan menundukkan kumpulan yang mahu hukum ahkam Islam dilaksanakan, diberi kuasa terus memerintah Malaysia. 

Bagaimana agaknya pemimpin PAN seperti Salahuddin Ayub, Ustaz Ahmad Awang, Ustaz Abdul Ghani Shamsuddin mahu menolak desakan kumpulan mantan Melayu profesional seperti G-25 yang mahu hukum syariah dihapuskan ama sekali jika mahu Malaysia maju?

Selamat berjuang PKR dan PAN berimamkan DAP. 

Oleh Lokman Ramlee

Thursday, January 14, 2016

P.Pg: Cat Hijau Lorong Basikal RM30J Mula Tertanggal.. He He He

Dalam tempoh enam bulan, cat hijau untuk lorong pejalan kaki dan berbasikal yang menelan belanja RM 30 juta di Pulau Pinang sudah mulai tertanggal.
“Guna cat berkualiti rendah untuk mengecat lorong basikal tapi bonus RM30 juta.
“RM30 juta untuk mengecat laluan basikal di atas laluan pejalan kaki, menggunakan cat yang berkualiti rendah yang hilang dalam masa 6 bulan.
“Kemudian dapat lagi RM 30 juta untuk proses mengecat … setiap 6 bulan mendapat RM30 juta ?,” soal

Menurut Anti Fitnah TMI cat yang mulai tertanggal itu telah mendatangkan kemarahan warga Pulau Pinang, yang jelas memperlihatkan penipuan kerajaan DAP Pulau Pinang dalam pembinaan laluan basikal yang menelan belanja tidak masuk akal.
“dilihat hasil yang dijalankan projek kerajaan negeri itu, ia jelas hanya menelan belanja ratusan ribu kerana laluan berbasikal itu ‘menumpang’ laluan pejalan kaki sedia ada dan hanya dicat dengan warna hijau dan putih.
“Walau bagaimanapun, macai-macai pembangkang cuba mempertahan ‘tokong besar’, Lim Guan Eng dengan mengatakan cat yang digunakan itu merupakan fasa pertama dan pembinaan laluan berbasikal itu masih dalam pembinaan lagi.
“Alasan yang tak munasabah diberikan oleh mereka untuk mempertahankan ‘tokong besar’ mereka. Jika laluan berbasikal itu masih dalam pembinaan, mengapa laluan terbabit dibuka kepada orang ramai??
“Perkara ini jelas menunjukkan DAP Pulau Pinang telah menyonglap RM30 juta duit rakyat umat di negeri itu, apabila perbelanjaan projek berbasikal itu yang hanya memakan ratusan ribu tetapi di ‘makap’ menjadi RM30 juta untuk poket kroni-kroni mereka,” ulasnya. (semberono.com)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails