Thursday, January 14, 2016

Artis Kristian Ini, Pakai Skirt Jarang Berkalimah Arab, Hina Islam?


HALAMAN HIBURAN 

Akibat memakai skirt jarang yang mempunyai kalimah Arab ketika persembahan di Konsert Raya 21 Indosiar pada Isnin lalu, penyanyi dan pelakon Indonesia, Agnes Monica, ditegur oleh netizen dan beberapa pihak.

Agnes dan beberapa bintang Indonesia lain tampil di dalam konsert tersebut bagi meraikan ulang tahun ke-21 stesen televisyen itu. Agnes memakai pakaian jarang tersebut ketika menyanyikan single antarabangsanya, Boy Magnet di pentas.

Pakaian hitam yang jarang itu mempamerkan kalimah Arab pada bahagian bawah skirt. Netizens mula tertanya-tanya apa maksud perkataan tersebut dan ada yang menegur perbualan Agnes itu. 

Sedangkan dia adalah seorang Kristian Protestan. Penampilan Agnes Monica yang menggunakan pakaian cukup menjolok tembus pandang dengan tulisan Arab bertuliskan "Al Muttahidah".

Erti Al-Muttahidah

Kostum yang dikenakan vokalis Agnez Mo (29) ketika tampil dalam acara ulang tahun salah satu stasyen tv pada Isnin (11/1/2016) belakangan menjadi sorotan lantaran terdapat tulisan "al muttahidah" dalam huruf Arab. 

Banyak netizen yang bertanyakan maksud bahasa Arab tersebut kepada pelantun "Coke Bottle" itu melalui media sosial. Agnez lantas mencuba memberikan penjelasan. 

"Itu artinya UNITED alias BERSATU," tulis Agnez singkat dalam akun Twitter @agnezmo, seperti yang dikutip Rabu (13/1/2016). 

Perempuan yang tengah merintis karier bermuzik di AS ini juga mengunggah ulang jawaban KTZ selaku produsen kostum tersebut. KTZ mengatakan bahawa tulisan Arab itu memang memiliki arti "bersatu". 

"It means United !!" tulis pihak KTZ melalui akun Instagram @ktz_official.

Hina Islam?

Adakah dia hina Islam di negara yang umat Islam terbesar di dunia?
Pihak penaja busana tersebut bagaimanapun tampil memberi penjelasan bahawa perkataan Arab itu adalah 'muttahidah' yang bermaksud 'bersatu' dalam bahasa Malaysia.

Majlis Ulama Indonesia (MUI) ketika dihubungi oleh detikHot menjelaskan bahawa kalimah terbabit bukan satu penghinaan terhadap Islam.

"Tidak ada unsur penghinaan. Kalau ada ayat Al-Quran, baru saya tidak setuju," ujar Ketua Suruhanjaya Dakwah MUI Pusat, Cholil Nafiz.

 (IH)

3 comments:

Anonymous said...

mana boleh tegur... nanti Ahli PAN dengan Ahli DAP akan buat serangan besar-besaran dengan menggunakan segala isu yang tak terfikir oleh sesiapa pun.....

Anonymous said...

Sebahagian kecil orang Indonesia bodoh seperti lembu sebab mereka tukar agama seperti tukar baju kerana 'cinta' yang teramat bangang ! Inilah akibat dari ajaran sesat sekular liberal.

Husmad Ahmad said...

Jangan jadi bodoh isu ini bukan ada sangkut paut dengan pan Dan dap.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails