Wednesday, January 13, 2016

PAN P/Pinang Di Ambang Perpecahan, Dr Mujahid Diserang?




 Dari kiri; Zolkifly Md. Lazim (Pengerusi PASMA Pulau Pinang), Liew Chin Tong (Ahli Parlimen Kluang/Pengarah Pendidikan Politik DAP), Zainulfaqar Yaakub (Timbalan Pengerusi II PASMA Pulau Pinang/Pengarah Komunikasi PAN Pulau Pinang), dan Sheikh Umar Bagharib Ali (Perwakilan PASMA Johor/pegawai khas Liew Chin Tong)
Pengarah Komunikasi PAN Pulau Pinang Akan Keluar Parti ?
Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (PAN) Pulau Pinang, Zainulfaqar Yaakub disaran supaya tidak terlalu mengampu bosnya kerana perbuatan itu tidak mendatangkan apa-apa keuntungan. 

Saranan itu dibuat oleh Ketua PASMA (Pertubuhan Ummah Sejahtera Malaysia) Parlimen Jelutong, Ustaz Sophian Mohd Zain yang juga Timbalan Ketua PAN Parlimen Bayan Baru.
“Pengarah Komunikasi Amanah Pulau Pinang Tuan Zainulfaqar Yaacob … lebih baik tumpukan pada penulisan dan kerja sahaja
“Jangan terlampau dok ampu pengerusi lebih-lebih sangat bukannya dapat apa pun
“Belajaq agama tinggi-tinggi tapi dok kena pebodoh dengan orang-orang politik pasai pa ?
“Kita bukan bodoh tapi diperbodoh,”kata Sophian dalam Facebook hari ini.


faqar
Dari kiri; Zainulfaqar Yaackub (Timbalan Pengerusi II PASMA Pulau Pinang/Pengarah Komunikasi PAN Pulau Pinang) bersama Zolkifly Md. Lazim (Pengerusi PASMA Pulau Pinang/penyelaras PAN Balik Pulau)

Sophian melampirkan sekeping gambar (di atas) yang menunjukkan Zainulfaqar bersama Zolkifly Md. Lazim, penyelaras Amanah Balik Pulau.
Zolkifly juga merupakan Pengerusi PASMA Pulau Pinang, manakala Zainulfaqar pula adalah Timbalan Pengerusi II PASMA Pulau Pinang.
Menjawab saranan Sophian itu, Zainulfaqar berkata beliau juga sedang mempertimbangkan untuk meninggalkan PAN Pulau Pinang.
“Saya akan pertimbangkan meninggalkan AMANAH Pulau Pinang jua. FYI,”katanya.
Difahamkan dalam pelantikan jawatan politik oleh Kerajaan DAP Negeri Pulau Pinang semalam tiada seorang pun aktivis PASMA dipilih menganggotai jawatan bergaji itu.


angkat sumpah
Penyelaras Kawasan Dewan Undangan Negeri (KADUN), Negeri Pulau Pinang mengangkat sumpah semalam bagi penerimaan jawatan untuk sesi 2016

Menurut maklumat dalaman, Pengerusi PAN Pulau Pinang, Datuk Dr Mujahid Yusof didakwa melakukan amalan kronisme memilih orang-orangnya sahaja dan meminggirkan aktivis-aktivis PASMA yang juga merupakan tonggak utama PAN negeri.
Nada kekecewaan aktivis PAN dari PASMA itu turut diluahkan Sophian.
“Hari-hari sembang dengan kepelbagaian teori rancangan dan gerak kerja untuk memajukan wadah yang inklusif.
“Teori tak sama dengan praktikal.
“Yang pergi interview orang lain, yang diberi jawatan orang lain … hebatnya praktikal perlantikan dibandingkan dengan teori perbincangan.
“Bahasa pun dah jadi rojak, sebab depa dok buat kerja haprak,”katanya.
Sophian yang juga bekas ahli PAS akhirnya mengakui bahawa parti lamanya itu lebih baik daripada PAN.
“Aku tetap salute parti PAS tak suka golongan tertentu disingkirkan melalui saluran yang sebenar.. Muktamar
“Jangan jadi seperti wadah baru di Pulau Pinang … memilih kroni menjawat jawatan dengan membelakangi keputusan mesyuarat …
“Ha ha ha kata dulang paku serpih … kata kat orang hampa yang lebih “xguna” …”katanya lagi.
Aktivis PAN (dari PASMA) Pulau Pinang : Dari kiri Azizan Bin Salleh (penyelaras Amanah Bayan Baru), Zolkifly Md Lazim (penyelaras Amanah Balik Pulau) dan Sophian Mohd Zain (bertanda bulat)Nada kekecewaan aktivis PAN dari PASMA itu turut diluahkan Sophian.
sophian
:(AIDCNews – 13/1/16)

6 comments:

Anonymous said...

https://aidcnews.wordpress.com/2015/09/28/irc-sedang-susun-strategi-singkirkan-mat-sabu/

IRC Sedang Susun Strategi Singkirkan Mat Sabu ?

SEPTEMBER 28, 2015
AIDCNews – 28/9/15 – Kumpulan IRC (Islamic Representative Council) dalam Parti Pekerja Malaysia (PPM) atau Parti Amanah Negara (PAN) sedang menyusun gerak kerja untuk menyingkirkan Mohamad Sabu daripada terus memegang jawatan presiden parti itu.

Kenyataan di atas merupakan khabar angin terbaharu yang sedang berlegar di kalangan nitizen pro PAS sejak beberapa hari lalu.

IRC adalah satu organisasi rahsia yang ditubuhkan oleh pelajar-pelajar Malaysia di United Kingdom pada tahun 1970-an yang kemudiannya membentuk entiti rasmi di Malaysia yang dikenali sebagai JIM (Jemaah Islah Malaysia) pada tahun 1990 dan IKRAM (Pertubuhan IKRAM Malaysia) pada tahun 2009.

“Satu usaha dari pergerakan IKRAM sedang disusun rapi bagi memastikan Naib Pengerusi PAN sekarang Hasanuddin Yunus mengambil alih teraju PAN selepas dilihat kumpulan Mat Sabu dan Salahuddin Ayub gagal menarik ahli PAS untuk bersama PAN.

“Hasanuddin merupakan Timbalan Presiden IKRAM, 2 minggu sebelum penubuhan PAN, beliau kelihatan berada di Masjid Rusila menemui Naib Pengerusi Kesatuan Ulama Dunia.

“Suka dimaklumkan 80% keanggotaan PAN sekarang adalah ahli IKRAM. Semasa pelancaran PAN @ PPM 100% persiapan digerak oleh kumpulan IKRAM.

“Kita tunggu dan lihat drama seterusnya, “dedah aktivis PAS Terengganu, Roslan Abdullah.


Komander Abu Suffian menambah faktor Syiah merupakan punca Mohamad Sabu atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu tidak disukai.

“Ahli IKRAM tidak mahu kepada Mat Sabu sebab Mat Sabu terpengaruh dengan Syiah. Bukan aku kata tapi Aznan Hamat yang kata. hahaha.

“Berebut jawatan doh ke? Belum apa-apa dah pun berebut. huhuhu,”katanya.

cikmatgelap said...

ni le dia perang saraf.......dah lama mula....masih....dan akan terus2an

Anonymous said...

Kah kah kah ........ inilah perjuangan suci parti kuali iaitu berebut jawatan utk memenuhi kuali depa bagi mengisi perut sendiri ........ hidup kuali ! hidup barua Dap !

Anonymous said...

Cerita2 mcm ni nampaknya satu strategi kump. penyokong2 PAS yg dipecat atau ahli2 PAS yg bkn lagi bersama PH yg cuba membuat provokasi. Nasihat saya ahli2 PAS cuba sedar diri bahawa mereka ni x berapa laku di P.Pinang. Ingatlah kamu berjuang demi agama jadi berjuanglah secara bermaruah. Ibnu Hasyim x yahlah nak provoke sbb org Penang dah tau PAS tu sapa.

Unknown said...

Tak tumbuh tak melata ... tak sungguh orang tak kata ... Amanah oh Amanah ...

Unknown said...
This comment has been removed by the author.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails