Wednesday, January 13, 2016

Stellar Bergambar Seperti Model Porno. Tak Heran Kerana Artis M'sia Lebih Lagi?

HALAMAN HIBURAN

KUMPULAN Stellar yang terkenal dengan lagu Marionette dikecam pengguna laman sosial berikutan aksi mengiurkan dan pakaian seksi dalam foto-foto terbaharu mereka.

Menerusi foto berkenaan, ahli kumpulan itu mengayakan pakaian panas berwarna cerah dengan seluar yang terlalu pendek. Pengikut laman sosial mereka menganggap aksi ahli kumpulan itu seperti model porno.

"Ketika melihat foto ini saya ingin tahu bagaimana perasaan ibu bapa mereka. Mereka seperti model porno.
"Saya tidak sangka bagaimana mereka bersetuju untuk merakam aksi seperti ini, sungguh memalukan," ujar pengikut laman sosial Stellar. (mStar)

Komen Weblog Ibnu HasyimSTELLAR adalah Girlband asal Korea Selatan di bawah naungan Top Class Entertainment dan dibentuk oleh Eric Mun (Shinwa) pada tahun 2011. Mereka terdiri dari 4 anggota iaitu Ga Young, Hyo Eun, Minhee dan Jeon Yul.

Apa nak hairan, mereka orang bukan Islam dan bukan dari negara umat Islam. Yang patut dihairankan dan ganjilnya ialah artis atau model dari negara ini yang mengaku baragama Islam berpakaian menjolok mata, gaya seksi, lucah bahkan kadang-kadang melebihi model porno. (IH)


Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-87: Cara Fikir Salah Artis

E-Buku IH-87: Cara Fikir Salah Artis

1 comment:

Anonymous said...

Artis malaysia dio org lbh suka bogel (berbikini dan bercoli) kat luar negara..mcm kat puket tu..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails