Sunday, January 10, 2016

"..saya bukan ahli Amanah", "..dasar Pas tidak berubah" -Nik Omar Nik Aziz

Nik Omar Nik Aziz

KOTA BHARU - Pas tidak boleh bersendiri, sebaliknya perlu bergabung bersama Pakatan Harapan dalam menghadapi PRU14, kata Nik Omar Nik Abdul Aziz anak kepada bekas Mursyidul Am Pas, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Beliau yang sebelum ini dikaitkan dengan Parti  Amanah  Negara (Amanah)  berkata, sejarah membuktikan Pas tidak mampu memperoleh keputusan baik ketika bersendirian dalam menghadapi pilihan raya.

“Saya lebih suka kalau Pas bersama Pakatan Harapan dan ketiga-tiga parti (DAP, PKR, Parti Amanah Negara) perlu berjiwa besar untuk menerima Pas bersama Pakatan Harapan.
“Dari sudut politik lebih terjamin untuk peralihan kerajaan baru dalam PRU14. Pas pun tahu, kalau (bertanding) sendiri menerima risiko kalah dalam banyak kerusi,” katannya.

Nik Omar dalam masa yang sama turut menyarankan agar Pas menerima kehadiran Amanah kerana asas perjuangan parti itu sama iaitu menegakkkan Islam.
Sambil menegaskan kesetiaan beliau kepada Pas, anak kedua Nik Abdul Aziz itu berkata, Amanah dilahirkan daripada rahim yang sama.

“Pandangan ini yang menyebabkan orang melihat saya berbeza, saya bukan ahli Amanah, kalau Umno minta pergi ceramah saya pergi, itu kalau Umno, apatah lagi  kalau rakan sendiri.
“Kita kena terima dari sudut asas dasar, Pas membawa dasar Islam. Amanah pun sama, tiada perbezaan, sama-sama nak perjuangkan Islam, cuma yang berbeza  pendekatan dan ia tidak membabitkan akidah.
“Sejak dari  dulu lagi perkara ini sepatutntya diselesaikan dalam perbicangan dalaman, macam mana pun Amanah ini  anak kepada ibu, anak dalam rahim yang sama (dengan Pas), kepimpinan yang ada sekarang asalnya puluhan tahun dalam Pas,”katanya.

Ditanya adakah Pas kini sudah berubah tidak sepertimana zaman Allahyarham ayahdanya, Nik Omar berkata, dasar Pas tidak berubah, sebaliknya pendekatan yang dibawa pimpinanya berbeza.

Beliau memberi contoh bagaimana Allahyarham Nik Aziz mengendalikan isu hudud dengan baik walaupun menerima tentangan lantang daripada pimpinan DAP.

“Politik Pas kini  nampak DAP musuh utama, adapun Amanah melihat DAP rakan kongsi yang penting untuk pilihan raya, saya nampak,  cara yang dibawa Pakatan Harapan ataupun Amanah ini lebih dekat dengan pendekatan tok guru.
“Kalau DAP tidak setuju hudud, bila mereka tentang, adakah lepas tok guru meninggal dunia? Tidak, masa tok guru ada lagi, mereka tentang tetapi tidak berlaku  perpecahan, walaupun (bekas pengerusi DAP) Karpal Singh lawan tetapi tok guru pergi ziarah,“katanya.

Nik Omar bagaimanapun berkata, walaupun berbeza  pandangan, namun beliau menegaskan menghormati apa juga keputusan yang dibuat oleh pemimpin parti termasuk Presiden Pas,  Datuk Seri Abdul Hadi Awang. (SH)

1 comment:

Unknown said...

Inilah wajah PAS yg boleh berbeza pendapat selagi x mempersendakan Islam.. Bila sampai tahap persenda Islam masih x terasa apa2 rasa bersalah pasti mereka dgn sendirinya tinggalkan PAS..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails