Wednesday, January 13, 2016

PM Lawat Presiden PAS Di IJN.


KUALA LUMPUR: Melalui perkongsian di laman Twitternya, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini mengadakan lawatan terhadap Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Institut Jantung Negara (IJN) pada hari ini.

Terlebih dahulu, Hadi dimasukkan ke IJN pada awal pagi tadi.

"Saya dimaklumkan Datuk Seri Abdul Hadi Awang juga di IJN dan singgah ziarah beliau. Saya doakan beliau diberi sebaik-baik kesihatan oleh Allah," tulis Najib di Twitter.

Najib sebelum itu mengadakan pemeriksaan susulan di Hospital Kuala Lumpur selepas menjalani pembedahan kecil di tangan kanannya pada Sabtu lalu.

Selain Hadi, Najib juga mengadakan lawatan ke atas bekas pegawai penerangan khasnya, Datuk Nasir Safar.

Ini merupakan kali kedua Najib melawat Hadi yang pernah dimasukkan ke IJN pada 2014 atas masalah pernafasan. (IH) 

1 comment:

Anonymous said...

kalau boleh biarlah SEDONDON .. hi

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails