Friday, January 15, 2016

Selamat Berjuang PKR/PAN Berimamkan DAP. -Lokman Ramlee



Muktamadnya proses menandatangani Perjanjian Bersama PKR, PAN dan DAP Sabtu lalu tentu melegakan pemimpin dan penyokong Pakatan Harapan betapa kemungkinan punca perbalahan hingga menguburkan Pakatan Rakyat tidak akan berulang.



Kini pakatan baru itu sudah meloloskan diri daripada ikatan rantai setiakawan  yang longgar iaitu “bersetuju untuk tidak bersetuju” dan menganut konsep kerjasama baru yang tidak mengizinkan sebarang perbalahan pendapat berlaku lagi. 



Ini bermakna semua keputusan Pakatan Harapan mestilah dipersetujui ketiga-tiga parti dan tiada mana-mana kerabat pakatan itu boleh bertindak sendiri melaksanakan keputusan parti masing-masing. 



Ini jelas menuju kesepaduan matlamat perjuangan dan strategi politik yang sama rata. Mana-mana parti yang engkar boleh dinyahkan dari pakatan yang ditilik berpotensi menumbangkan Barisan Nasional dalam pilihanraya umum akan datang. 

Yang utama sekali, perjanjian yang ditandatangani Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Presiden PAN, Mohamad Sabu itu memberi kuasa penuh pada suara majoriti Majlis Presiden Pakatan itu melucutkan keahlian anggota pakatan yang melanggar janji.

Justeru, tidak mungkin berulang kes ada ahli mahu melaksanakan ideologinya sendiri tanpa persetujuan kerabat politik lain. Ini bagi mengelakkan kes PAS, misalnya, mahu melaksanakan hukum hudud sewaktu menganggotai Pakatan Rakyat kerana kononnya itu pegangan parti Islam itu, tidak akan berulang. 

Dalam kes itu, oleh kerana DAP tegas tidak mahu hukum Islam dilaksanakan di Malaysia yang diyakininya menganut faham sekular, ia segera memutuskan hubungan dengan presiden PAS, Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang. 

Ini menerima tindak balas PAS yang menetapkan dalam Muktamarnya Jun lalu untuk bermufarakah dengan DAP. Parti dominan Cina itu kemudian secara unilateral mengisytiharkan Pakatan Rakyat sudah berkubur. 

Itu pegangan DAP dan perjanjian bersama itu kini menghirup dan mahu menghayati intipati perjuangan DAP itu. 

Maka terkabul juga hasrat mendiang pemimpin DAP, Karpal Singh, mencabar sesiapa (atau parti apapun) perlu langkah mayatnya sebelum hukum syariah dilaksanakan di Malaysia. Kini itu bukan isu lagi. Kerabat DAP, PKR dan PAN sudah faham dan akur pada “kewaspadaan” Karpal.


PAN yang mendakwa ia parti Islam dan dipimpin kumpulan yang tewas dalam pemilihan PAS dan kempunan melihat Pakatan Rakyat mengambil alih kuasa di Putrajaya, awal-awal lagi akur dan tunduk pada fahaman DAP bahawa Islam hanya rasmi-rasmian sahaja. 

Apa yang pasti ialah, baik PKR mahupun PAN tidak mungkin berdaya untuk mempertahankan lagi semangat dan azam untuk memastikan Malaysia dipimpin melalui lunas-lunas syariah Islam. 

Jika mengikut Perjanjian Bersama itu, sekuat manapun PAN atau PKR bertempik menghebahkan kepada dunia bahawa ia parti Islam, kedua-duanya itu tiada hak melaksanakan hukum Islam sesempurnanya jika DAP tidak bersetuju. 

Malaysia akhirnya sudah terjual kepada demokrasi barat dan fikiran liberalisme ala-DAP! Syabas PKR dan PAN.

Terkecuali keadaan dan pemikiran kedua-dua parti ini berubah dan bertegas mahu ajaran Islam sepenuhnya dikuatkuasakan apabila Pakatan Harapan memerintah, Malaysia bolehlah meraikan semangat sekularisme.

Ini mungkin mampu PKR dan DAP lakukan jika bilangan kerusi Dewan Rakyat mereka mengatasi DAP. Jika DAP terus tidak bersetuju, kuasa majoriti PKR dan DAP boleh menghalaunya keluar dari Pakatan Harapan. 

Maknanya, untuk meyakinkan umat Islam Malaysia supaya menyokong mereka, PKR dan DAP perlulah giat membisikkan di telinga mereka bahawa sebenarnya mereka hanya bersandiwara sahaja dengan DAP – ada jalan parti Cina itu boleh ditendang bila-bila masa, demi Islam. 

Malangnya, realiti politik hari ini tidaklah begitu. Yang pasti sehingga hari ini, DAP ialah parti terbesar di kalangan pembangkang. Sukar dibayangkan kombinasi kerusi PKR dan PAN mampu mengatasi koleksi DAP.



Sejak tahun 2008 lagi trend politik yang sama-sama dipupuk oleh DAP dan PKR ialah apa jua kosnya, rakyat perlu tumbangkan Umno dan Barisan Nasional jika mereka mendapat keadilan sosial dan ekonomi. 

Dalam proses itu, PKR nampaknya berjaya meyakinkan pengundi Melayu-Islam bahawa DAP tiada sebarang agenda yang merugikan mereka. Pada masa yang sama DAP giat mencernakan pemikiran politik pengundi bukan Melayu bahawa ia mampu “menguruskan” PKR dan PAN melalui perjanjian bersama ini.

Dalil yang terbentang luas ialah, DAP kini mempunyai 37 kerusi Dewan Rakyat berbanding dengan PKR, 30 dan PAN, lapan. Trend pertambahan kerusi DAP kini menjalar dari Semenanjung hingga ke Sabah dan Sarawak. 

Dengan hakikat undi Melayu-Islam sudah terbelah kepada Umno, PAS, dan PAN, hampir satu kemustahilan bagi PKR dan PAN  menggembleng majoriti dalam Pakatan Harapan mahupun kerajaan. 

Senario ini sudah lama dita’kuli oleh PAS yang tidak “buta warna” terhadap politik DAP ini.  Belajar dari ketegaran DAP langsung tidak mahu beranjak menolak hukum Islam, PAS sudah menghidu selera politik DAP sebenar. 

Justeru berpisah dari Pakatan Rakyat pun tidak menjadi masalah bagi PAS kerana ia yakin bersama DAP ia akan menemui jalan mati dalam cita-citanya mahu mendaulatkan Islam di bumi Malaysia. 

Ini belum lagi mengambilkira faktor semakin meningkatnya pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan badan-badan amal yang amat selesa dengan iklim politik yang dijanjikan oleh DAP.

Atas nama kebebasan, muncul pelbagai pertubuhan yang mendambakan ada entiti politik seperti Pakatan Harapan yang mungkin mampu memerangi dan menundukkan kumpulan yang mahu hukum ahkam Islam dilaksanakan, diberi kuasa terus memerintah Malaysia. 

Bagaimana agaknya pemimpin PAN seperti Salahuddin Ayub, Ustaz Ahmad Awang, Ustaz Abdul Ghani Shamsuddin mahu menolak desakan kumpulan mantan Melayu profesional seperti G-25 yang mahu hukum syariah dihapuskan ama sekali jika mahu Malaysia maju?

Selamat berjuang PKR dan PAN berimamkan DAP. 

Oleh Lokman Ramlee

21 comments:

Anonymous said...

Tak payah lah nak sebok2 parti orang lain,tengok lah diri sendiri zaman TGNA dulu PAS kuat pengaruh dan mempunyai ramai pengikut dan sekarang ramai dah lari, kenapa? DAP tak akan dpt perintah Malaysia punya, paling tinggi 50 kerusi daripada 222 kerusi, siapa lebeh integriti berbanding dgn China MCA,Gerakan dan India MIC. UMNO versi Najib yang banyak menyusahkan rakyat itupun, terhegeh2 tuang Presideng untuk berbaik baik,dulu jadi pejuang rakyat sekarang jadi pejuang Najib dan Nyonya Mansur.

Anonymous said...

Dulu kita sokong PAS supaya PAS boleh rampas kerusi Umno...jadi...kerusi PAS lebih banyak dari PKR dan DAP...tapi...Ketua PAS tak nampak...nampak duit aje...sekarang ni nak sibuk2 pulak pasal parti orang lain...Gi la peluk orang Umno tu...pelok la puas2...Akal tak ada ke?...

ABD RASID KHALID said...

admin ini memang mangkuk. konon nak Islam tapi saya percaya masih ke kedai cina. kalau beginilah pejuang Islam, sampai kiamat pun kita kat takuk ini. memang kita layak dapat bala Allah.

Anonymous said...

Tak payah ckp banyak la Laptop dan HP admin ni pun beli kat kedai Cina punya lah,
Tawan dulu putrajaya, makmurkan rakyat kemudian tahun ke 4 lepas menang baru bincang untuk laksanakan HUDUD UNTUK ORANG ISLAM dan SIVIL KPD BUKAN ISLAM. Belum menang jgn ribut ributm harap BN jauh sekali la. Tu la nak kata Pemimpin pas ni cuma hebat ilmu agama tapi siasah POLITIK yelekkkkkkk. yg dok kalut cuma membarua dan menjebon jemaah sendiri. mulut ratib isle isle tp kelaku dan mulut .......maleh nak taip

MEMBANGUN BERSAMA KEPIMPINAN CAI

Anonymous said...

Erkkk... itu je ke macai DAPAN pnya hujah..?? Patutlah tkde org sokong keh keh keh keh keh keh
Meja dan kerusi je la jd peneman PAN..

Anonymous said...

Ada lagi ka kau krg ingat orang nak kan PAS.
Tak da pendirian....yg ada walaunta2 ja
Nak berpolitik..tapi..takda cita2 nak ambik puterajaya.
Nak berpolitik..tapi...sebelah kaki belah pembangkang...sebelah lagi belah pemerintah...lama2 kojol terkangkang
Beriya2 ckp kat rakyat nak hudud...tapi masuk parliment pun taknak...boleh pulak pi luaq negara masa tu.
Nak jadi penasihat umno konon...tapi..tak sedar..ahli2 parti umno pun tak suka...meteka kata lebih baik nasihatkan parti sendiri dulu.

Anonymous said...

Jika seseorang atau sesuatu parti menyokong atau menerima kepimpinan parti kafir yang mempertikai ajaran Islam dan menentang perlaksanaan hukum Allah di negara ini, maka orang atau parti tersebut adalah tergolong kepada parti kafir tersebut. BUKTI:

"Sampaikanlah khabar berita kepada orang-orang munafik: bahawa sesungguhnya disediakan untuk mereka azab seksa yang tidak terperi sakitnya; (Iaitu) orang-orang yang mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Tidaklah patut mereka (orang-orang munafik) mencari kekuatan dan kemuliaan di sisi orang-orang kafir itu, kerana sesungguhnya kekuatan dan kemuliaan itu semuanya ialah milik Allah, (diberikannya kepada sesiapa yang dikehendakiNya)."(An-Nisaa':138-139)

"Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai teman rapat, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka teman rapatnya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka. Sesungguhnya Allah tidak memberikan petunjuk kepada kaum yang berlaku zalim."(Al-Maaidah 5:51)

Anonymous said...

PKR dan PAN dah jadi barua pencacai keldai tunggangan DAPig. PKR dan PAN hanya berani nak jaga bangsa cina dari jaga bangsa melayu dan ugama islam. Tunggulah bala kehancuran akan menimpa PKR dan PAN.

Anonymous said...

PENGKHIANATAN secara besar-besaran sedang berlaku apabila pemimpin-pemimpin Melayu sekular liberal menyokong atau menerima kepimpinan orang-orang kafir yang memimpin parti kafir sekular liberal menentang Islam dan hukum Allah dan berusaha menghapuskan keistimewaan orang Melayu sebagai penduduk asal negara ini.

Parti-parti sekular liberal sedang memperjuangkan kebebasan untuk murtad, berzina, minum arak, berjudi dan aktiviti-aktiviti lain yang tidak bermoral ! Bayangkan apa akan berlaku kepada agama Islam dan keturunan kita jika mereka memenangi PR14 dan berkuasa di negara ini!

Maka kita sebagai orang Islam bertanggung-jawab melindungi agama Islam kita dari ditindas oleh puak-puak sekular liberal. Marilah kita semua menyokong dan mengundi parti Islam yang berusaha menegakkan hukum Allah di negara ini dalam PRU14 untuk membuktikan kita cintakan Allah dan RasulNya.



Anonymous said...

pas ni sembang je lebih. kalau berani isytiharkan putus hubungan dengan DAP dan PKR di Selangor. di Penang dan peringkat pas pusat hubungan dengan DAP telah terputus, tapi di Selangor masih belum putus. nak tunggu PRU14 baru putus. ada tempoh pulak? ini macam kahwin mutaah. ada kontrak tertentu. inilah tahap pemikiran kolot lebai2 malang yang masih tinggal di dalam pas ketika ini. rela dikutuk dan dihina asalkan jawatan exco dan kepentingan menantu terjamin di Selangor. di manakah maruah parti yang kononnya berpaksikan Islam ini? buat malu orang Islam bilamana prinsip parti boleh flip-flop bila melibatkan hal2 yang ada kepentingan peribadi. choiiii...

Anonymous said...

Anon 12:42 AM adalah barua yang menyokong parti DAPig menentang Islam. Maka tidak hairanlah dia menfitnah parti Islam dan menjilat kaki sifu DAPig ! Eloklah tu anjing buruk kepala makan tulang, sifu makan daging !

Anonymous said...

PAS PIS PUS
PAS PI MAMPUS..

Anonymous said...

Kadang-kadang aku terasa mahu ketawa apabila aku membaca komen-komen mangkuk hayun di atas yang menyokong DAPig yang mendakwa kononnya orang Islam tidak boleh membeli barang-barang di kedai Cina. Mangkuk hayun memang jahil sama seperti sifu DAPig mereka!

Fakta: Orang Islam dan orang kafir boleh melaksanakan urusan jual-beli selagi urusan itu tidak bercanggah dengan ajaran Islam. Walaubagaimanapun, orang Islam sepatutnya mengutamakan peniaga Islam kerana mereka membayar zakat dan orang Islam akan mendapat kebaikan dari zakat tersebut.

Anonymous said...

Macai 12:58 AM mempunyai IQ tahap budak tadika. Kasihan dia kerana taksub sangat dengan sifu roket dan pemimpin syiah! Asyik kena kencing ! Hancing!

Anonymous said...

Halo walaun2 pas. Apa cerita Amanat Haji Hadi? Takkan dah ludah nak jilat balik kot? Macam filem lucah pulak. Ludah dan jilat. Hahahahahahahaaaaaaaa.....

Anonymous said...

Ha.ibn ghasyim kau baca tak luah perasaan orang pada kau ? ambil pengajaran .teliti dan guna otak yang allah berikan untuk berfikir dengan akal bukan dengan nafsu.kalau lihat pada wajah tak mungkin jadi begini .tetapi sayang ambil tulisan orang dan tulis selamat berjuang dan BERIMAMKAN DAP .kau ni cerdik ke bodoh ? kau tahu tak apa erti BERIMAM .? takan peminpin Amnah bodoh macam ulamak Pas dan Kau ,orang ada akal juga.kau ni sakit jiwa agaknya.Tolong jawab soalan akau .Pas menghina DAP teta[i mengapa DiSelangor ni Pas jadi tunggangn Babi DAP.tolong jawab .

mansor said...

kesian Lokman Ramlee, inilah hasil perjuangan PAS nya, menjadi tukang fitnah dan label, kebimbangan bahawa PAs tidak lagi ghlamour telah memberi kesan kepada psikologinya. Dibimbangi beliau akan jatuh sakit jiwa. Namun jangan bimbang PAS ada tukang bomoh terhebat di Malaysia....kikikikikikih.....meroyan....

Anonymous said...

Setelah membaca komen-komen macai, barua dan balaci DAPig dan PANkhianat tahap longkang tandas awam di atas, kita dapati macai, barua dan balaci yang tidak bermoral ini sedang meroyan sakan tahap sawan babi menfitnah parti Islam kerana parti Islam mahu melaksanakan hukum Allah di negara ini sedangkan parti DAPig menentang Islam dan hukum Allah secara terbuka.

Ini membuktikan macai, barua dan balaci tersebut dan imam Syiah yang membenci Sunnah Wal Jamaah 'berimankan' sifu DAPig yang tidak bersunat (berkhatan). Bila mereka mati, bolehlah hantar jenazah mereka ke jirat China di lereng bukit.

Anonymous said...

Parti PAS berjuang berlandaskan AL Qur'an dan Hadis. Dan kerana itu ianya menjadi minat dan sokongan orang-orang Islam yang inginkan negara yang Islamik. Menjadi sokongan bukan Islam yang inginkan negara yang adil dan saksama. Tetapi apakah yang dibuat oleh pemimpin PAS berlandaskan landasan tersebut? Atau landasan tersebut hanya tinggal perlembagaan PAS sahaja? Dalam perjuangan apa sekalipun mesti ada sterateji, baik dakwah maupun polotik. Politik ibarat berperang, mesti ada pakar. Mesti ada jeneral yang merancang sterateji dengan betul.
Apakah betul menerima seorang Ustaz fekah yang mengajar matematik, 2x2 jawabnya 5. Apakah salah bila kita menolak Ustaz sebegitu? Tetapi menjadi masalahnya bila dituduh menolak Ustaz.
pt 1.

Anonymous said...

ibnuhsyim,sila menulis atau post sesuatu yang berfakta dan tidak membuta tuli.DAP masih lagi rakan PAS Selangor sampai PRU14.Kah3 pinjam kata2 PJ Selangor,kata-kata dari pemimpin dan parti yang tak berprinsip.jangan lah jadi macam umno(melayu hanya dapat dibela dengan mengundi umno),PAS(Islam hanya dapat dibela dengan mengundi PAS) ini tahyul.

Anonymous said...

(1) Anon 9:43 AM belajar sifir "2x2 jawabnya 5" dari sifu DAPig dan imam Syiah PANkhianat. Apakah salah bila kita menolak sifu dan imam Syiah sebegitu?

(2) Anon 10:17 AM menulis "PAS(Islam hanya dapat dibela dengan mengundi PAS) ini tahyul".

Soalan untuk Anon 10:17 AM jawab - Sejak bila DAPig membela Islam?

Fakta:
DAPig menentang Islam secara terbuka dan menghasut manusia menentang perlaksanaan hukum Allah. Sebaliknya, PAS telah berusaha menjadikan Islam sebagai cara hidup manusia sejak PAS ditubuhkan lagi.

(3) Balaci DAPig dan PANkhianat telah dikencing oleh sifu roket yang tidak bersunat dan imam Syiah yang benci Sunnah Wa Jamaah.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails