Mereka memohon-mohon sampaimenangis, agardibenarkanmasukkereta. Soalnyalokasiletak kereta itumulairamaidiserbupengunjung. Merekajaditontonandangambarnya diambil. GambarChengdan pasangan mematungdiluarkeretamenjadiviraldijejaringsosial. Laluramaimembahasnya.Inipelajaranpentingbuatlelaki berkelakuan serong. Kalau pasangan suami isteri itu orang Islam (pasti suaminya Islam yang tidak sempurna), wajarkah isteri lakukan hal tersebut pada suaminya? (IH)
Banjir di Rantau Panjang. Ahli Parlimen Rantau Panjang, Siti
Zailah Mohd Yusoff menggesa semua pihak yang berkaitan tampil memberi
bantuan kepada mangsa-mangsa banjir di jajahan itu. Beliau berkata, banjir di Rantau Panjang berada di peringkat
kritikal sehinggakan terdapat mangsa-mangsa yang terperangkap dan tidak
diselamatkan akibat kekurangan bot penyelamat.
SEORANG pengomen dalam weblog Ibnu Hasyim menulis komen di bawah artikel bertajuk
Merdeka lebih 50 tahun. Banjir di Pantai Timur tiap2 tahun. Tak terfikir ke penyokong bee end betapa bengapnya peimimpin bee end. Tak boleh selesaikan/kurangkan ke masalah banjir ni?
Habis tak de engineer pandai ke kat negara nie nak design satu projek tebatan banjir yang BERKESAN? Patut dengan segala data banjir selama lebih 50 tahun dah boleh selesaikan/kurangkan masalah banjir. JPS buat apa?
Buat le temboh penahan ke atau benteng ke... Pasang pam besar gajah 100 biji ke.. Apa2 lah yang sesuai.. Duit
ber"billion" buat projek sana sini selama lebih 50 tahun. Ada yang
membazir je. Tak boleh ke letak 1 atau 2 billion untuk projek tebatan
banjir?
Silap2 kalau labur untuk tebatan banjir.
Duit rakyat dah save dari membayar kos pembaikan dan bantuan masalah
banjir selama 50 TAHUN LALU. Tengok negara maju contohnya Australia. Memang ada banjir... Tapi bukan tiap2 tahun. Kalau kena pun mereka akan buat sesuatu.
Negara Belanda yang paras airnya tinggi pun ada cara nak hidup. Walaupun bukan Islam. Mereka menggunakan OTAK dan HASIL NEGARA yang dianugerahkan ALLAH untuk selesaikan masalah rakyat.
Pemimpin Pakatan perlu sedarkan penyokong BARISAN. Jika tidak, 50 TAHUN LAGI KITA AKAN DENGAR CERITA SAMA.
IKUT LOGIK, RAKYAT PANTAI TIMUR MEMANG PATUT TOLAK BN PRU NANTI. December 19, 2014 at 12:21 PM
Ahli Parlimen Rantau Panjang, Siti
Zailah Mohd Yusoff turun meredah banjir..
Aksi
separa lucah Kardashian di sebuah majalah antarabangsa yang dibimbangi
ditiru remaja negara ini di beberapa laman media sosial. -Gambar
papermag.com
HALAMAN HIBURAN
KL: Remaja wanita di negara ini
dinasihat tidak meniru gaya gambar aksi separa lucah bintang realiti TV
popular, Kim Kardashian dalam sebuah majalah antarabangsa baru-baru ini.
Budayawan, Profesor Dr Siti Zainon Ismail (gambar kanan) bagaimanapun berkata, remaja
negara ini juga tidak boleh dipersalahkan seratus peratus seandainya ada
kecenderungan untuk meniru aksi Kardashian dan dipapar di laman media
sosial seperti Facebook.
Ujarnya, sikap remaja itu sendiri
mempunyai sikap suka meniru dan seandainya berlaku, ia disifatkan sudah
direstui pengguna media sosial secara amnya.
"Cuma saya hendak tanya, cantik sangatkah punggung itu jika hendak ditayang kepada semua orang?
"Saya tidak salahkan budak-budak ini (remaja). Mereka ikut saja apa
yang dilihat di media sosial dan media perdana yang mempertontonkan
kisah asal artis barat berkenaan.
"Tetapi tidak payahlah hendak
ditiru, kita kena jaga budaya ketimuran kita, budak terlalu sosial
seperti negara mereka (barat)," katanya ketika dihubungi di sini hari
ini.
Siti Zainon mengulas aksi Kardashian yang mempamerkan
susuk tubuhnya dalam keadaan separa lucah dalam halaman sebuah majalah
antarabangsa. Selain itu, aksi Kardashian itu
turut menjadi viral dengan 'hashtag' #kardashian selain ada juga yang
menjadikannya 'parodi' di laman Twitter.
Aksi
itu turut mendapat pelbagai pandangan di laman sosial selain blog dan
diskusi di forum internet. Kardashian sebelum ini mencuri perhatian umum
dengan aplikasi permainan
videonya yang berjaya mengutip sejumlah USD43 juta hanya dalam tempoh
tiga bulan sejak dilancarkan pada Jun.
Tambahnya, selain aksi
Kardashian, beberapa tarian yang mempunyai kecenderungan kepada gaya
hidup barat dan tidak menerapkan nilai-nilai ketimuran turut dilihat
semakin berkembang dan terdedah untuk dicontohi remaja negara ini.
"Ia jadi ikutan remaja, ia sebenarnya dipromosi secara percuma oleh media tempatan juga.
"Apakah kita sudah tidak mempunyai tarian tradisional untuk dipromosi?
Tarian yang bukan asalnya daripada negara kita juga yang direstui semua
dan diberi liputan meluas," jelasnya. Berkemban budaya timur. Mei Fen (kanan) yang menggantikan Soo Wincci sebagai Hang Li Po mendapat pujian ramai.
Mengapa
terlalu fanatik budaya timur atau barat? Bukankah negara kita ada Islam
sebagai agama Persekutuan (Perlembagaan MalaysiaFasal 3). Islamlah
sebagai cermin dan kayu ukur perbandingan? Samada Islam atau jahiliah. (IH)
Lihat sebelum ini.. E-Buku IH-87: Cara Fikir Salah Artis
SABAK BERNAM, 18 DIS: Pelaksanaan hukum
hudud belum sesuai dijalankan di Selangor berdasarkan komposisi kaum dan
keadaan semasa negeri ini.
Exco Hal Ehwal Agama Islam, Adat Melayu,
Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi,
berkata berbeza dengan Kelantan, perlaksanaan Hudud di Selangor
memerlukan perancangan terperinci dari pelbagai aspek sebelum boleh
dipraktikkan.
Katanya, pemahaman dalam perkara
berkaitan termasuk penerangan dan pendidikan kepada masyarakat perlu
dilakukan supaya ianya difahami sepenuhnya dan tidak disalah ertikan.
“Di Selangor, saya kira kita masih lagi
belum bersedia kerana yang penting untuk melaksanakannya ialah memahami
sepenuhnya berhubung perkara ini.
“Pendidikan kepada masyarakat bukan
sahaja kepada orang bukan Islam tetapi orang Islam itu sendiri. Mereka
kena faham kenapa kita (PAS) nak bawa syariat Islam ini,” katanya yang
juga Bendahari PAS Selangor.
Sebelum itu di Kuala Lumpur Datuk Dr Ahmad Yunus berkata, sistem pendidikan bersepadu yang bercitrakan agama Islam semakin
berkembang dan mendapat permintaan tinggi dalam kalangan ibu bapa di
Selangor. Ia adalah satu perkembangan baik bagi dunia
pendidikan, seperti lapor Selangor Kini.
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Hudud, mungkin itulah bedanya antara negeri-negeri pimpinan Pakatan Rakyat yang diterajui PAS (Kelantan), PKR (Selangor) dan DAP (Pulau Pinang), walaupun sudah berpenggal-penggal memerintah. (IH)
Lihat sebelum ini.. E-Buku IH-88: Hudud, Perspektif Baru Atau Goncang PR?
GAMBAR dari atas menunjukkan pekan Rantau Panjang (atas) dan pekan
Sungai Golok, Thailand (bawah) yang ditenggelami air sejak semalam.
IHSAN warga Thailand, Padung Wanalak.
KL: Banjir di tiga negeri Pantai Timur kini sudah mencecah kira-kira 24,000
mangsa dengan Kelantan mencatatkan jumlah tertinggi, tengah malam tadi.
Di Kelantan, jumlah mangsa banjir di Kelantan terus meningkat kepada
13,815 orang pada tengah malam tadi berbanding 8,407 pada 9.30 malam. Menurut portal ebanjir Kelantan, lebih seratus pusat pemindahan banjir di 10 jajahan kini dibuka.
Jajahan Pasir Mas merekodkan jumlah mangsa tertinggi iaitu 2,734 diikuti
Kuala Krai (2,722), Tanah Merah (1,366),Machang (1,316 ), Kota Bharu
(882), Pasir Puteh (655), Tumpat (126), Bachok (60), Gua Musang (42) dan
Jeli (16).
Sementara itu, tiga belas jalan ditutup untuk lalu-lintas untuk semua
kenderaan, termasuk di KM4 Jalan Sungai Durian/ Chenulang, KM2 Jalan
Bukit Sireh/Kg Bedal/Kuala Nal, Kuala Krai dan KM7 Jalan Kg Pek-Paloh
Rawa, KM6 Jalan Kubor China-Temangan, Machang. Selain itu, Sungai Lebir, Sungai Kelantan dan Sungai Golok merekodkan paras bahaya.
Di Terengganu, jumlah mangsa terus meningkat kepada 9,548 orang daripada
2,733 keluarga yang ditempatkan di 129 pusat pemindahan hingga jam 12
tengah malam ini. Hulu Terengganu mencatatkan 2,685 mangsa daripada 829 keluarga yang di
tempatkan di 34 pusat pemindahan, Besut (2,155 mangsa/565 keluarga/22
pusat), Kemaman (755 mangsa/231 keluarga/17 pusat) dan Dungun (583
mangsa/173 keluarga/14 pusat).
Di Pahang, hanya Kuantan agak terjejas dengan jumlah mangsa pula adalah
831 orang daripada 200 keluarga yang ditempatkan di lima pusat
pemindahan . Jalan ditutup pula adalah di KM22 Jalan Panching Utara-Sungai Lembing
(untuk kenderaan ringan) dan KM34 Jalan Kuantan-Maran (semua kenderaan).
Di Thailand,Banjir kilat merendampenempatanwargamuslimdiThailand. Hujanlebatdalambeberapahariterakhiryangmencetuskanbanjir besar dan telahmenenggelamkanratusanrumahdibandarNarathiwat.
KUALA LUMPUR: Gerakan Anti Perkauman (GAP) mendesak
supaya suatu sidang tergempar parlimen diadakan berikutan suasana semasa
yang membabitkan kewangan dan ekonomi negara.
“Sejak akhir-akhir
ini negara kita disogokkan dengan isu-isu yang mengalih perhatian
daripada masalah sebenar yang membengkak dan menjejaskan kestabilan
ekonomi negara. Keadaan kewangan negara membimbangkan seluruh rakyat
melibatkan isu pengapungan harga petrol, 1MDB dan kejatuhan nilai mata
wang ringgit yang menjejaskan transaksi impot dan eksport negara serta
tahap keberhutangan negara yang membimbangkan.” Demikian kenyataan media
Gerakan Anti Perkauman (GAP) melalui pengerusinya Datuk Dr Mujahid
Yusof Rawa.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Parit Buntar mendesak supaya suatu sidang tergempar parlimen diadakan.
“Dengan
itu sidang tergempar Parlimen perlu diadakan untuk mencari jalan
langkah penjimatan kewangan negara dan seterusnya menubuhkan suruhanjaya
bebas bagi membuat laporan terperinci terhadap pihak yang
menyalahgunakan dana negara sehingga menjadikan kerajaan sebagai
cagaran.”
Dalam kenyataan yang sama, GAP mendesak semua pihak mengambil berikut demi menyelamatkan negara.
1. Jangan mengheret negara kepada masalah yang cuba mengalih perhatian daripada isu yang lebih utama dan kritikal.
2.
Semua pemimpin politik dari pelbagai parti harus duduk berbincang
tentang bagaimana hendak menyelamatkan keadaan kewangan negara yang akan
melibatkan kesejahteraan rakyat.
3. Parti yang memerintah
seharusnya bersedia untuk ambil langkah praktikal bagi membuka ruang
pendemokrasian dan berhenti mengugut rakyat dengan isu perkauman dan
agama sebagai menutup kelemahan dan kebobrokan mereka.
4.
Parti-parti dalam PR yang membawa aspirasi untuk membuat perubahan
politik harus fokus kepada janji mereka dalam manifesto bagi meneruskan
amanah undi yang diberikan.
5. Tiba masanya rakyat Malaysia
dihidangkan dengan politik kesedaran hati naluri dan politik budiman
untuk kita tumpukan kepada membina negara dan menyelamatkan kegawatan
kewangan negara. (IH/HARAKAHDAILY 19/12/2014)
Petaling Jaya: Sebuah pusat hiburan di PJS 8 di sini, menyajikan
hiburan pelik apabila menawarkan persembahan tarian tiang dilakukan
sekumpulan pondan ‘diimport’ khas dari Thailand. Kumpulan lelaki digelar ‘ladyboy Siam’ itu berpakaian seksi dan
mempersembahkan tarian berahi pada setiap malam Rabu setiap minggu.
Malah kumpulan pondan itu menawarkan khidmat seks kepada pelanggan lelaki yang berminat sebaik persembahan berakhir. Kegiatan maksiat itu bagaimanapun ditumpaskan selepas anggota Bahagian
Siasatan Jenayah Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Bukit Aman
menyerbu premis itu jam 2.30 pagi semalam.
Hasil operasi itu, 36 penari tiang warga asing termasuk empat pondan ditahan polis. Ketua operasi Asisten Superintendan Muhammad Mohd Jais berkata, kumpulan
wanita dan pondan itu melakukan tarian tiang bagi menarik kehadiran
pengunjung ke pusat hiburan itu.
“Risikan mendapati persembahan itu bermula sekitar jam 11 malam sehingga awal pagi,” katanya.
”Mereka dikesan menawarkan khidmat seks kepada pelanggan dengan bayaran
RM150 sehingga RM300 untuk setiap perkhidmatan,” katanya.
Dia berkata, pelanggan dibawa ke hotel berdekatan bagi mengelakkan kegiatan mereka dikesan pihak berkuasa. Menurutnya, pusat hiburan itu menyediakan kalungan bunga untuk dijual wanita dan pondan terbabit kepada pelanggan.
“Lagi tinggi nilai bunga yang diberikan, lagi ‘baik’ layanan diberikan kepada pelanggan.
“Semua yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Petaling Jaya di sini, untuk siasatan lanjut,” katanya.
Difahamkan, pusat hiburan itu beroperasi sejak beberapa bulan lalu dan pernah diserbu pihak berkuasa sebelum ini. (hmetro.com)
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Wahai MB Selangor Azmin Ali..
Ketahuilah, antara isu lain yang menjadi kerisauan ramai di Selangor ialah..
Bercambah
dengan meluasnya pusat judi haram, judi internet, pusat hiburan dan
pusat maksiat yang berselindung di sebalik nama pusat urut atau
refleksologi. Contohnya seperti berita di atas. 'Goyang ‘ladyboy'
Di kebanyakan bandar sedia ada atau bandar baru, pusat ini bercambah
bagaikan cendewan tumbuh selepas hujan. Difahamkan pihak PBT hanya
mengeluarkan permit kepada sebahagian kecilnya saja manakala selebihnya
adalah tidak berlesen dan dibangunkan secara haram. Walaupun sudah
banyak serbuan oleh pihak berkuasa, namun ia tetap tumbuh semula. Apakah
hal ini tidak ada jalan selesai dari kerajaan negeri? Bengap sangatkah
pemimpin-pemimpin kerajaan negeri?
Berdasarkan laporan daripada setiap PBT, bukanlah sesuatu yang sukar
untuk beliau mengetahui antara tempat berlesen dengan diuruskan secara haram. Sesetengah yang berlesen pula tidak mustahil
menyelewengkan kebenaran diberi demi memperolehi keuntungan berganda.
Apakah tidak ada jalan selesai dari kerajaan negeri pimpinan Azmin?
Sampai bila maksiat-maksiat ini akan dibiarkan bebas di Selangor? Di
sinilah pentingnya Azmin melakukan banyak terjahan untuk menunjukkan
seriusnya beliau menangani dan mengawal perkara yang sangat
membimbangkan itu.
Kiranya Azmin dapat melakukan terjahan ke pusat judi dan maksiat ini,
ia bukan saja menaikkan lagi namanya, bahkan pastinya menggembirakan
lebih ramai pengundi dan ibu bapa di negeri Selangor ini.
Dengan pembangunan Selangor yang berkembang pesat, ramai yang
mengharapkan Azmin tidak menunggu terlalu lama untuk melakukan terjahan
ke tempat-tempat yang memberi lebih kesan buruk
tetapi begitu terbuka perniagaannya.
Sebenarnya, di sinilah antara puncanya segala macam masalah sosial yang
berlaku dalam masyarakat. Ia bukan saja melibatkan orang dewasa,
mereka yang sudah berkeluarga, tetapi turut melibatkan golongan remaja
dan murid-murid sekolah. Pertumbuhannya, sama ada yang berlesen atau haram, nyata membimbangkan
ramai ibu bapa, yang merasakan semakin sukar untuk mengawal ahli keluarga
masing-masing daripada terjebak dalam kancah tidak sihat itu..
Boleh contohi kerajaan Kelantan yang juga pimpinan Pakatan Rakyat.
Bagaimana kerajaan Kelantan menghapus maksiat-maksiat seperti tersebut
di atas walaupun kadang-kadang bidang kuasanya ada pada Kerajaan Pusat.
Pada zaman Bani Israil,
ada seorang ahli ibadat dan seorang penderhaka. Tiba-tiba ahli ibadat
dan penderhaka itu mati, Nabi Musa mendapat tahu bahawa dia termasuk
dalam senarai ahli neraka manakala si penderhaka pula ahli syurga.
Selepas mendapat tahu
hal itu, Nabi Musa pergi ke rumah ahli ibadat itu lalu bertanya kepada
isterinya: “Apakah amal yang sentiasa dibuat oleh suamimu?”
Maka
isterinya berkata: “Suamiku itu sangat rajin melakukan amal ibadat dan
kamu juga mengetahuinya.”
Nabi Musa bertanya lagi:
“Kemudian apa lagi yang dibuat oleh suamimu?”
Lalu isteri itu berkata:
“Setiap malam apabila suamiku hendak tidur, dia berkata: “Alangkah
beruntungnya kami kalau apa yang diajar oleh Nabi Musa itu benar.”
Selepas mendapat
penjelasan itu, Nabi Musa bergegas pula ke rumah si penderhaka lalu
bertanya kepada isterinya: “Apakah amal yang dilakukan suamimu?”
Isterinya berkata: “Engkau pun tahu suamiku itu ialah penderhaka, dia
sangat suka membuat kejahatan semata-mata.”
Kemudian Nabi Musa
bertanya lagi: “Katakan padaku, apakah amal yang dia pernah lakukan
selain daripada itu.
” Maka isterinya berkata: “Setiap malam sebelum
tidur suamiku selalu membaca kalimah ‘La ilaha illaallah walhamdu
lillah’ atas apa yang diajarkan oleh Nabi Musa.”
Ahli ibadat yang tidak
yakin 100 peratus dengan apa yang disampaikan oleh Nabi Musa, maka Allah
masukkan mereka ke dalam senarai ahli neraka. Oleh itu, hendaklah kita
melakukan amal ibadat dengan penuh khusyuk dan harapan bahawa kita pasti
bertemu dengan Allah dan jangan ragu-ragu mengenainya.
Rasulullah s.a.w.
bersabda: “Sesiapa yang mengucap ‘La ilaha illallah’, yakin dengan iman
yang teguh, maka sesungguhnya akan keluar daripada mulutnya seekor
burung berwarna hijau dengan dua sayap putih bertaburan mutiara yaqud,
dan ia terbang ke langit hingga terdengar dengungan ia di bawah Arasy,
bagaikan dengung lebah sehingga disuruh: “Tenanglah, diamlah.”
Maka burung itu berkata:
“Tidak, sebelum Engkau (Allah) mengampuni orang yang membacanya.” Allah
mengampunkan orang yang mengucapkan kalimah itu lalu burung berkenaan
diberi 70 lidah untuk membaca istighfar bagi orang yang membaca ‘Laa
illaha illallah’ hingga hari kiamat.
Apabila tiba hari kiamat, maka ia akan menyambut orang yang membaca kalimah itu dan memimpinnya masuk ke syurga.
Dikisahkan pula ketika
Allah menenggelamkan Firaun dan menyelamatkan Nabi Musa, maka pada waktu
itu Nabi Musa berdoa: “Ya Allah ya Tuhanku, tunjukkanlah kepadaku amal
perbuatan untuk mensyukuri nikmat-Mu dan kurnia-Mu ini.”
Kemudian Allah
berfirman: “Wahai Musa, bacalah ‘Laa illaha illallah.” Lalu Nabi Musa
bertanya lagi: “Ya Allah ya Tuhanku, tambahkan lagi untukku.”
Allah berfirman: “Wahai
Musa, sekiranya tujuh petala langit dan tujuh petala bumi diletakkan di
sebelah kiri neraca timbangan dan diletakkan kalimah ‘Laa ilaha
illallah’ di sebelah kanan neraca timbangan, nescaya akan lebih berat
bahagian ‘Laa ilaha illallah’ itu.”
Abu Lait berkata;
“Sesiapa yang dapat menjaga dan mengingati kalimah ini, maka dia
dimuliakan di sisi Allah dan malaikat serta diampunkan dosanya walaupun
dosa itu sebanyak buih di laut. Dan akan berasa kemanisan taat serta
hidup atau mati keduanya baik baginya.”
Pengajaran daripada
kisah ini ialah apabila hendak membuat sesuatu, mulakan ia dengan bacaan
‘Bismillah’ dan selepas selesai semuanya, hendaklah membaca
‘Alhamdulillah.’
Jika terlanjut
mengatakan sesuatu yang tidak baik, maka hendaklah segera menyatakan
‘Astaghfirullah’ dan jika hendak melakukan sesuatu esok hari hendaklah
berkata ‘Insyaallah’.
Kalau menghadapi
kesukaran hendaklah selalu membaca ‘Laa haulawalla quwata illa billahil
aliyyil aziim’ dan apabila ditimpa bala musibah hendaklah kita membaca
‘Inna lillahi wa inna ilaihi raaji'uun’ serta sentiasa membaca ‘La
ilaha illallah’ siang dan malam. (Diangkat dari Detik Islam)
Kesimpulan: Sebutlah kalimah ‘La ilaha illallah' itu dengan yakin. Yakin dengan tuntutannya, iaitu Islam dan perlaksanaan syariatnya, samada pada diri, keluarga, masyarakat bahkan negaranya.
Dyana Sofea Dedah Paha. Beberapa keping
gambar Dyana Sofya yang agak ‘daring’ diambil dari sudut depan sedang
berlegar-legar di laman sosial Facebook. Dalam foto berkenaan, Dyana
hanya mengenakan uniform putih rasmi DAP dengan skirt pendek paras paha
sahaja. Inikah tarbiah DAP?
Kita boleh lihat sampai bila gadis yang berhijab tertutup dalam DAP boleh bertahan? (IH)
ORGANISASI
Polis Jenayah Antarabangsa (Interpol) telah mengeluarkan Red Notice
(Notis Merah) 4 Disember, untuk menahan Dr Yusuf
Qaradhawi dan Wajdy Ghoneim, didakwa terlibat dengan kegiatan
menghasut untuk melakukan keganasan dan aksi teroris.
Majlis
Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) dan Sekretariat Himpunan
Ulama Rantau Asia (Shura) membantah dengan keras tindakan tersebut seperti dilaporkan HarakahDaily sebentar tadi. Kenyataan dibuat oleh Mohd Azmi Abdul Hamid, Presiden Mapim dan Abdul Ghani Samsudin, Pengerusi Shura/KUMS Malaysia
Dua NGO tersebut membantah dakwaan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa Mesir terhadap
Qaradhawi, 88, yang tercatat dalam rekod Notis Merah itu ialah
“merestui, menghasut dan membantu melakukan pembunuhan sengaja, membantu
banduan untuk melarikan diri, pembakaran, vandalisme dan mencuri". Manakala Sheikh Wagdy Ghoneim, 63, pula dikehendakki atas dakwaan
“jenayah keganasan, bunuh, culik, menyiksa dan memilikki senjata tanpa
lesen".
Manakala jurnalis atau media yang mengkritik regim juga dilabel
teroris. Tiga orang jurnalis Al-Jazeera telahpun dihukum 7 hingga 10
tahun penjara hanya kerana mereka didakwa melaporkan berita yang tidak
sama dengan versi pemerintah. Penahanan secara arbitrari yang sudah mencecah lebih 28,000 rakyat
Mesir juga melibatkan 522 wanita, 926 kanak-kanak, 180 doktor, 166
journalis dan 234 peguam sepanjang satu tahun yang lalu (laporan AOHR
UK).
Lebih parah banduan Mesir disiksa dalam secara tidak
berperikemanusiaan. Lebih 118 tahanan politik yang telah mati dalam
tahanan sejak rampasan kuasa 3 Julai 2013. Pihak berkuasa telah melakukan pembunuhan massa dalam insiden Rabaa,
Al-Nahda, dan Al-Manassa di mana ribuan orang awam terbunuh dan cedera.
Tidak ada sebarang langkah untuk mengheret mereka yang bertangungjawab
dalam kalangan polis dan tentera kemuka pengadilan.
"Kami juga menegaskan tindakan Interpol juga adalah bertentangan
dengan Artikel (3) dalam piagamnya yang ditubuhkan dalam semangat
Deklarasi Universal Hak Manusia yang menyatakan “adalah dilarang keras,
....untuk melakukan intervensi atau aktiviti yang bersifat apolitik,
militari, agama atau perkauman" ( strictly forbidden…to undertake any
intervention or activities of apolitical, military, religious or racial
character)." Tegas dua NGO itu.
"Dengan mengeluarkan Notis Merah untuk menahan figur tersohor dalam
kes yang sangat jelas boleh dipersoal dan terang-terangan suatu rekaan
akan mendedahkan Interpol kepada imej yang tidak boleh dipercayai dan
sebuah agensi yang tidak berkecuali. Tuduhan yang didakwa dalam senarai
Notis Merah itu tidak berasas dan tidak punya nilai undang-undang.
Walhal sebahagian mereka yang didakwa sudahpun dihukum bunuh.
"Tuduhan jenayah menghasut dalam Notis Merah itu memerlukan syarat
perlakuan memujuk, mengalakkan, merangsang, menekan atau mengugut
sehingga seorang itu terpengaruh untuk melakukan jenayah. Hal ini
semasekali tidak terdapat kepada Yusuf Qaradhawi dalam perbuatan mahupun
dalam ucapannya.
"Malah hasutan yang didakwa itu semestinya sangat serius, khusus dan
langsung seperti mengeluarkan arahan, membayar, memberi senjata atau
secara khusus menyuruh seseorang melakukan jenayah. Tidak ada kenyataan
boleh dianggap suatu hasutan jika ia tidak secara khusus membawa maksud
menghasut.
"Bila kenyataan yang didakwa oleh Notis Merah tidak memenuhi maksud
yang khusus bersifat menghasut, maka jelas kenyataan yang dikeluarkan
oleh pihak regim Mesir itu adalah kenyataan politik yang bermaksud untuk
menindas siapa sahaja yang mempunyai pendirian yang menentang rampasan
kuasa oleh tentera. Tidak ada dalam apa sahaja kenyataan yang
dikeluarkan oleh pihak yang dituduh yang boleh dianggap suatu jenayah di
sisi undang-undang antarabangsa dan undang-undang hak manusia.
"Mengikut artikel 33 Konvensyen Pelarian Geneva 1951 dan protokol 1967
“Tidak ada negara yang memeterai kontrak boleh mengusir atau menyerah
seorang pelarian dalam apa bentuk sekalipun kepada mana-mana wilayah
dimana nyawa dan kebebasannya diancam atas sebab etnik, agama,
kenegaraan, keanggotaan dalam sesuatu kumpulan sosial atau pendirian
politik." (No Contracting State shall expel or return (“refouler”) a
refugee in any manner whatsoever to the frontiers of territories where
his life or freedom would be threatened on account of his race,
religion, nationality, member- ship of a particular social group or
political opinion ).
"Para (1) dalam Artikel (3) Konvensyen Menentang Penderaan dan Layanan
Zalim, Tidak Berperikemanusiaan atau Menghina atau Hukuman (Torture and
other Cruel, Inhuman or Degrading Treatment or Punishment) menyatakan
“Tidak ada negara boleh mengusir atau menyerah kembali seseorang kepada
negara lain dimana terdapat alasan yang kukuh untuk mempercayai bahawa
dia boleh terdedah kepada penyiksaan." (No State Party shall expel,
return ("refouler") or extradite a person to another State where there
are substantial grounds for believing that he would be in danger of
being subjected to torture)" Tegas dua NGO itu lagi.
Oleh itu..
"Kami mendesak Interpol menarik balik notis tersebut untuk menahan
Qaradhawi dan Ghoneim dan menolak sebarang tekanan terhadap agensi
tersebut demi menyelamatkan reputasi, integriti dan sifat berkecualinya.
"Pihak pemerintah Mesir kini sedang tercemar dengan imej memalsukan
pendakwaan untuk menindas penentangnya. Dunia perlu bangkit menentang
kezaliman yang berleluasa dijalankan oleh regim Mesir yang didalangi
oleh kuasa imperialis Barat dan didukung oleh pemimpin-pemimpin Arab
yang berkepentingan." Tegas NGO tersebut.
Bagaimana dengan pendirian kerajaan Malaysia? Jom bantah! (IH)
NUR Alya Humaira Usun Abdullah merupakan anak kedua bongsu hasil perkongsian Usun Oliong dan Rusiah Apak berasal dari Kudat, Sabah.
Nur
Alya atau Petronella Usun, nama yang digunakan sebelum beliau memeluk
Islam merupakan penyanyi di kelab malam dan juga penyanyi di sebuah gereja di
Sabah. Selama beliau memeluk Islam, beliau pernah berjumpa dengan Tok Guru Nik Aziz di
Kelantan, walaupun sekejap.
Mari kita lihat pengalaman beliau ketika
ditemubual pada program Nur Syahadah anjuran Harakahdaily dengan
kerjasama MyHarakah Bazaar (
"Allhamdullilah
saya berjumpa dengan suami saya dan terus memeluk Islam, jika dulu saya
sendiri-sendiri pergi belajar tanpa memeluk Islam, sekarang tidak
lagi," sambung beliau yang berkahwin dengan Yunus Ismail pada 24
Februari 2014.
Beliau yang turut berkata, tidak ada sesiapa pun
yang mendorong beliau memeluk Islam tetapi yang membuatkan beliau ingin
memeluk Islam adalah kerana mencari sesuatu yang hilang di dalam
dirinya.
"Ada orang tanya semasa menjadi penyanyi, kenapa nak
mendekati Islam? Waktu itu saya tidak tenang macam mencari sesuatu yang
hilang.
"Saya beli buku-buku agama yang berkaitan Islam dan dari
situ saya belajar sedikit demi sedikit, saya terpaksa membaca secara
sembunyi kerana takut keluarga saya tahu.
"Sekarang tiada
halangan lagi, keluarga sudah menerima saya dan apabila saya balik
kampung mereka semua suka dengan penampilan saya. Cuma agak terkilan
kerana mereka masih tidak bersama-sama saya memeluk Islam," tambah
beliau.
Nur Alya turut mengakui bahawa pada awal beliau memeluk
Islam terlalu banyak cabaran yang perlu dilalui terutama apabila
berhadapan dengan keluarga dan masyarakat sekeliling.
"Masa saya
mula-mula memeluk Islam memang keluarga cukup marah, mereka perlu masa
yang lama untuk mereka berbaik semula dengan saya dan itu belum lagi
dengan rakan-rakan dan saudara mara yang menjauhkan diri.
"Keluarga memang marah dan halang apa yang saya buat tetapi saya tetap berdegil dengan alasan ingin berkahwin.
"Rahsia
memeluk Islam ini saya simpan beberapa bulan dan orang pertama yang
mengetahuinya adalah ibu saya, beliau ketika itu amat terkejut dan
menangis sebab saya masuk Islam.
"Beliau beranggapan apabila
beragama Islam saya akan berpisah dengannya. Saya masih ingat lagi
pesannya memandangkan kamu sudah Islam jangan putuskan hubungan dan
jangan tinggalkan dia serta keluarga," katanya dengan nada sedih.
Namun, akhirnya Nur Alya tidak menjangka hubungan beliau dengan keluarga bertambah erat semenjak beliau memeluk Islam.
"Hubungan
kekeluargaan kami memang rapat, tetapi selepas saya memeluk Islam
hubungan itu renggang sedikit. Saya belajar tentang akhlak dan hubungan
keluarga dalam Islam dan tidak menjangka hubungan kami lebih erat
daripada termasuk hubungan suami dengan keluarga saya.
"Sekarang
sudah tiga tahun saya memeluk Islam, saya belajar tentang Islam di Jawi
dan juga di Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).
"Pada masa yang
sama saya turut ke majlis-majlis ilmu dan ke masjid, jika kita ingin
mendekati Islam kita perlu banyak belajar dan mendekati majlis-majlis
ilmu.
"Pada peringkat awal memeluk Islam terlalu kuat cabaran,
pada mulanya memang terasa terkongkong dengan Agama Islam itu sendiri,
jika sebelum ini saya bebas melakukan apa saja, tetapi Islam tidak.
"Namun
saya terus belajar dan setelah memahaminya saya lebih bahagia dengan
Islam serta lebih kuat untuk menghadapi cabaran hidup, saya tidak pernah
rasa terbeban sebaliknya tenang dan gembira dan apa yang saya cari
sebelum ini telah saya temui," jelas beliau.
Nur Alya yang turut
melahirkan rasa gembira ketika pertama kali melafazkan dua kalimah
syahadah, namum dalam kegembiraan tersebut timbul juga perasaan takut
jika pilihan yang dilakukan itu salah.
"Selepas melafazkan
kalimah itu perasaan gembira timbul di dalam diri saya, namun di saat
itu juga terdetik perasaan takut sama ada pilihan itu betul atau tidak,
tetapi itu hanya sementara sahaja saya sekarang betul-betul gembira
bersama agama Allah.
"Orang kata apabila kita pertama kali
memeluk Islam selepas melafaz syahadah kita diibaratkan bayi yang baru
lahir tanpa sebarang dosa, tetapi saya rasa macam terlalu banyak dosa
yang saya lakukan sebelum ini, kesalahan lalu masih lagi saya terasa.
"Beryukur
kerana dipilih Allah, dari penyanyi di gereja hingga memeluk Islam,
mengikuti setiap ajaran Islam sehinggalah sekarang saya berpurdah dan
tidak pernah menyesal dengan pilihan yang Allah berikan kepada saya,"
sambung beliau.
Nur Alya turut menegaskan kalau diberi pilihan
RM1 juta dan kembali kepada agama asalnya, beliau tetap memilih bersama
Islam dan hidup matinya bersama agama Allah.
"Siapa tahu mungkin esok hari, hari ini kita melihat dunia, adakah kita terfikir apa yang kita akan bawa ke alam barzakh.
"Selama
saya memeluk Islam, saya pernah berjumpa dengan Tok Guru Nik Aziz di
Kelantan, walaupun sekejap tetapi saya gembira sangat kerana perwatakan
yang beliau tunjukkan menyejukkan hati saya untuk terus bersama-sama
Islam.
"Sehinggakan semasa dalam perjalanan balik ke Kuala Lumpur
mulut terdiam tak berkata memikirkan pesanan beliau, sebab siapa yang
tidak mengamalkan Islam sedangkan beliau sudah lama Islam adalah mereka
yang rugi, sedangkan saya masih baru terlalu jauh untuk saya mempelajari
Islam sepenuhnya.
"Jangan terlalu ingatkan dunia kerana dunia ini hanya sementara," jelasnya lagi.
Harapan beliau seterusnya..
"Saya mendoakan agar kedua ibu bapa saya mengikuti
jejak saya untuk memeluk Islam, kalau boleh sebelum saya memejam mata
buat kali terakhir di dunia ini.
"Saya
berusaha menasihati meraka, walaupun tak mampu bercakap secara terus
dan berharap kedua ibu bapa saya diberi hidayah dan dapat mengucapkan
dua kalimah syahadah," kata Nur Alya Humaira. (IH)
Video:
Saya tergamam lihat TG Nik Aziz
Lihat sebelum ini.. E-Buku IH-43: Kisah-kisah Saya Pilih Damai... Islam
PRATT berehat selepas berlatih menunggang basikal satu roda baru-baru ini.
JOM KREATIF
LONDON – Seorang remaja berusia 19 tahun merancang untuk mengelilingi
dunia dengan menunggang sebuah basikal satu roda pada bulan Mac tahun
depan.
Remaja tersebut, Ed Pratt yang berasal dari Somerset dekat sini
berkata, dia kini sedang membuat persiapan termasuk mengumpul dana bagi
membiayai perjalanan yang memakan masa selama 18 bulan itu.
Katanya, jika berjaya melakukan misi tersebut dia bakal menjadi
individu pertama mengelilingi dunia dengan menggunakan basikal satu
roda.
“Menunggang basikal satu roda sangat berbeza dan bahaya berbanding basikal dua roda yang biasa.
“Saya mula berlatih menunggang basikal satu roda sejak dua tahun lalu
dan mengalami beberapa kecederaan akibat terjatuh,” katanya.
Katanya, dia merancang memulakan perjalanan merentasi Eropah menuju
ke Turki sebelum meneruskan perjalanan ke China, Australia dan Amerika
Utara.
Menurutnya, dia juga sedang mengumpul dana untuk mendermakan
peralatan sekolah kepada beberapa buah sekolah di Afrika ketika
merentasi benua Afrika nanti. – Agensi
Lihat sebelum ini.. E-Buku IH-68: Kisah-kisah Jom Kreatif (3)
KUALA LUMPUR 16 DIS: Malaysia kerugian RM171.11 bilion (AS$48.93
bilion) ekoran pengaliran keluar wang haram pada 2012, menurut laporan
pemantau aliran wang haram, Integriti Kewangan Global (GFI).
Laporan yang dikeluarkan hari ini seperti dilapor Malaysiakini turut menyebut, kerugian terkumpul Malaysia kini sebanyak RM1.38 trilion (AS$394.87 bilion) sejak 2003.
Laporan
GFI, yang terlibat dalam pemantauan selebih sedekad itu menyebut
pengaliran keluar wang haram ini berlaku dalam bentuk rasuah, lari
daripada cukai dan jenayah.
Berbeza dengan pelarian modal, Malaysia menunjukkan peningkatan kecil
apabila aliran keluar wang haram pada 2012 menurun 5.98 berbanding
2011.
Aliran wang haram di Malaysia berada antara RM70 bilion (AS$20
bilion) kepada RM140 bilion (AS$40 bilion) setahun sejak 2012 tetapi
naik mendadak kepada RM218.06 bilion (AS$62.45 bilion) pada 2010.
Menurut laporan itu lagi, Malaysia juga kekal antara lima negara teratas dalam masalah pelarian modal.
PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini memutuskan bahawa Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Khalid Abu Bakar (foto)
tidak boleh dipaksa untuk menangkap seorang bapa mualaf dan
mengembalikan anak perempuannya kepada bekas isterinya yang beragama
Hindu.
Ketika membenarkan rayuan KPN untuk mengetepikan perintah mandamus
yang dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi Ipoh, panel tiga hakim yang
diketuai oleh Datuk Abdul Aziz Ab Rahim memutuskan bahawa mahkamah tidak
dapat menguat kuasakan perintah Mahkamah Tinggi itu kerana perkara itu
melibatkan perbalahan peribadi.
"Perintah mandamus tidak harus dikeluarkan untuk menguatkuasakan hak peribadi," kata Abdul Aziz.
Dalam penghakiman majoriti 2-1, Abdul Aziz berkata, M. Indira Gandhi
belum habis menggunakan semua remedi undang-undang untuk mencari bekas
suaminya, Mohd Ridhuan Abdullah dan anaknya.
"Dia tidak menghubungi bailif mahkamah untuk mencari anaknya,"
katanya yang mendengar rayuan bersama Hakim Datuk Tengku Maimun Tuan Mat
dan Datuk Ahmadi Asnawi.
Tengku Maimun, yang membuat keputusan menentang, berkata hakim
Mahkamah Tinggi tidak tersilap dalam mengeluarkan perintah mandamus itu. Pada 12 Sept lepas, Mahkamah Tinggi Ipoh membenarkan permohonan bagi
semakan kehakiman yang difailkan oleh Indira Gandhi untuk perintah
mandamus bagi memaksa Khalid menangkap Mohd Ridhuan dan mengembalikan
anak perempuan mereka, Prasana Diksa, 6 tahun kepada dia.
Pada 2009, Mahkamah Syariah di Ipoh memberi kepada Mohd Ridhuan, yang
sebelum ini dikenali sebagai K. Pathmanathan, hak penjagaan terhadap
tiga anak mereka, Tevin Darsiny, 17, Karan Dinish, 16, dan Prasana, 6,
selepas beliau menukarkan agama mereka kepada Islam.
Pada 2010, Mahkamah Tinggi Ipoh memberikan kepada Indira Gandhi hak
penjagaan penuh ketiga-tiga anak mereka dan Mohd Ridhuan diarah untuk
mengembalikan Prasana Diksa kepada ibunya. Pada 30 Mei, Mahkamah Tinggi mensabitkan Mohd Ridhuan kerana menghina
mahkamah dan mengeluarkan waran tangkap terhadapnya selepas dia
berulang kali gagal menyerahkan Prasana Diksa kepada ibu kanak-kanak
itu.
Indira Gandhi juga memperoleh perintah mendapatkan kembali dari Mahkamah Tinggi untu memaksa polis mengesan Muhammad Ridhuan. Panel hakim yang sama menolak rayuan yang dikemukakan oleh seorang
bapa mualaf Izwan Abdullah untuk mengetepikan perintah Mahkamah Tinggi
sivil Seremban yang memberi hak penjagaan dua anak mereka kepada bekas
isterinya yang beragama Hindu, S. Deepa.
Izwan yang sebelum ini dikenali sebagai N.Viran, merayu terhadap
perintah itu yang dikeluarkan pada 7 April tahun ini yang memberi hak
penjagaan anak perempuan, Sharmila, 9 tahun dan anak lelaki, Mithran, 6
tahun kepada ibu mereka. Dalam keputusan sebulat suara, Abdul Aziz memutuskan bahawa Mahkamah
Tinggi Syariah Seremban tidak mempunyai bidang kuasa untuk menyelesaikan
perkahwinan sivil apabila satu pihak telah memeluk agama Islam.
Hakim berkata apa yang Mahkamah Syariah boleh lakukan ialah untuk mengesahkan pembubaran perkahwinan tersebut.
"Mahkamah Syariah hanya boleh mengesahkan pembubaran perkahwinan
akibat penukaran agama," kata Hakim Abdul Rahim.
Beliau kemudian
mengarahkan Izwan membayar RM10,000 sebagai kos. Panel hakim juga menolak rayuan Izwan terhadap perintah mendapatkan
kembali yang diperoleh oleh Deepa dari Mahkamah Tinggi untuk mengarahkan
polis mengesan anak lelakinya, Mithran yang berada bersama Izwan.
Bagaimanapun, mahkamah membenarkan permohonan Izwan bagi penangguhan
pelaksanaan perintah itu dalam tempoh tiga minggu sementara memohon
kebenaran untuk menfailkan rayuan di Mahkamah Persekutuan terhadap
keputusan itu. Hakim Abdul Aziz memutuskan bahawa Mahkamah Tinggi boleh mengeluarkan
perintah mendapatkan kembali dan ia boleh mengeluarkan perintah yang
perlu mengikut undang-undang.
Pasangan itu berkahwin pada Mac 2003 mengikut agama Hindu. Izwan, yang memeluk Islam pada 2011, menukarkan agama ketiga-tiga
kanak-kanak itu tanpa pengetahuian isterinya pada tahun yang sama dan
seterusnya memperoleh perintah dari Mahkamah Syariah Seremban bagi
penjagaan dan kawalan kanak-kanak itu.
Peguam Aston Paiva, mewakili Indira Gandhi, dan Mohd Haniff Katri
Abdulla mewakili Izwan sementara peguam kanan persekutuan Suzana Atan
mewakili Khalid. - Bernama
1. Analisis sokongan pengundi berdasarkan etnik tidak dapat dielakkan
dalam konteks pilihanraya di Malaysia kerana pembentukan parti yang
bertanding juga lebih berasaskan kepada etnik. 2. Data-data PRU ke-13 melibatkan tahap sokongan Melayu terhadap BN
dan PR perlu dilihat dengan penuh prihatin khususnya oleh ahli-ahli PAS.
Hal ini kerana dalam konteks agihan kerusi di kalangan PR, rata-rata
PAS bertanding di kerusi Melayu berhadapan dengan UMNO khususnya di
peringkat Parlimen. Justeru, undi teras bagi PAS ialah pengundi Melayu. 2. Apabila DAP dan PKR yang secara umumnya bertanding di kerusi
pengundi cina atau pengundi campuran berjaya mendapatkan maksima
kemenangan di kerusi tersebut sedang PAS gagal memenangi kerusi Melayu
maka kuasa tawar menawar politik pasca PRU ke-14 tidak berada di tangan
PAS. 3. Malah tidak pelik jika di saat itu rundingan pembentukan kerajaan
hanyalah antara UMNO mewakili kerusi Melayu dan DAP serta PKR mewakili
kuasa politik Cina dan campuran. Dalam politik semuanya serba mungkin.
Data PRU13
1. Dalam PRU13 daripada sebanyak 222 kerusi Parlimen secara umumnya
terdapat 119 kerusi majoriti Melayu, 29 kerusi majoriti Cina, 36 kerusi
campuran dan 38 kerusi Bumiputra Sabah dan Sarawak. 2. PR sangat kuat menyapu bersih 29 kerusi Cina dan 23 kerusi
campuran namun lemah dengan hanya mendapat 36 kerusi Melayu dan 1 kerusi
Bumiputra Sabah dan Sarawak menjadikan semuanya 89 kerusi. 3. BN pula gagal memenangi walau satu pun kerusi Cina, hanya mendapat
13 kerusi campuran tetapi gagah dengan mendapat 83 kerusi Melayu dan 37
kerusi Bumiputra Sabah dan Sarawak. 4. Ertinya cabaran besar PR yang perlu ditanggung oleh PAS khususnya
ialah memenangi 83 kerusi Melayu. Manakala cabaran bagi DAP dan PKR
ialah memenangi 37 kerusi Sabah dan Sarawak. Adapun di Semenanjung
mereka hanya perlu bekerja keras merebut 13 lagi kerusi campuran. 7. Dengan andaian PR mengekalkan semua 89 kerusi sekarang, PR hanya
memerlukan antara 23 hingga 30 kerusi untuk memerintah Malaysia atau
berada pada kedudukan selesa. 8. Dengan andaian kerusi itu boleh diperolehi daripada 13 kerusi
campuran milik BN hari ini dan lagi 10 hingga 17 lagi dari Sabah dan
Sarawak maka PR sebenarnya seolah tidak memerlukan sangat pertambahan
kerusi Melayu menerusi PAS dan PKR.
Tahap Sokongan Melayu Terhadap PR pada PRU13
1. Analisis menunjukkan bagi Semenanjung Malaysia, 63.7% undi Melayu
berpihak kepada Barisan Nasional, 10.8% undi Cina dan 43.2% undi kaum
India 2. Johor mencatat sokongan Melayu yang paling tinggi bagi BN dengan
kadar 84.1% dan Kelantan paling rendah 46.7%. Di Kelantan berlaku
sedikit peningkatan undi bagi BN berbanding PRU 12 dan fenomena ini
memberi isyarat BN mampu menambahkan kerusi DUN dan Parlimen di sana. 3. PR menerusi PAS terutamanya dan PKR hanya memenangi 36 kerusi Melayu dengan hanya 16 kerusi selamat dan 20 kerusi tipis. 6. BN menerusi UMNO berjaya menang di 83 kerusi Melayu dengan 50 kerusi selamat dan hanya 30 kerusi tipis. 7. Data ini menunjukkan tugas PAS sangat besar bagi memenangi
pengundi Melayu. Untuk itu strategi yang betul bagi menghadapi pengundi
Melayu ialah dengan tidak menimbulkan sebarang isu kontroversi
melibatkan Melayu-Islam. Sebarang kontroversi yang dibangkitkan oleh DAP
terutamanya hanya akan menjarakkan lagi pengundi Melayu daripada PAS.
Apatah lagi media arus perdana sangat berperanan meracuni pengundi
Melayu yang rata-ratanya berada di luar bandar. 8. Sementelah pula jika kontroversi isu agama dan Melayu itu
dibangkitkan oleh sebahagian pimpinan PAS maka ia menjadi bola tanggung
untuk UMNO terus mengukuhkan kedudukan mereka di kalangan Melayu.
Kesannya sudah lasti dirasai oleh PAS.
Sokongan Padu Pengundi Cina Terhadap PR
1. Corak pengundian pengundi Cina membayangkan mereka begitu yakin
Pakatan Rakyat mampu menumbangkan BN yang terasnya adalah Melayu UMNO
dan membentuk kerajaan campuran kuasa pelbagai etnik dalam PRU ke 14. 2. Dalam PRU ke 13 BN menerusi Gerakan dan MCA gagal mendapat
sebarang kerusi majoriti Cina sedang PR menerusi DAP dan PKR menyapu
bersih 29 kerusi dengan 25 kerusi selamat dan hanya 4 kerusi dimenangi
secara tipis. 3. Di 36 kerusi parlimen campuran pula PR memenangi 23 kerusi dengan
18 kerusi selamat dan 5 kerusi tipis manakala BN hanya mendapat 13
kerusi dengan 4 sahaja kerusi selamat dan 9 kerusi tipis. Keadaan ini
menunjukkan PR hanya perlu bekerja keras untuk memenangi hanya 13 sahaja
lagi kerusi campuran yang dimenangi BN. 4. Kesimpulannya, dengan mengekalkan kemenangan sapu bersih 29 kerusi
Cina, 23 kerusi campuran dan merebut 13 lagi kerusi campuran, PR
menerusi DAP dan PKR terutamanya bakal memiliki 65 kerusi Parlimen.
Dengan corak pelbagai isu dimainkan oleh PR pada hari ini usaha untuk
mendapatkan kemenangan maksima di kerusi Cina dan campuran adalah mudah
bagi PR.
Strategi Kemenangan PR PRU14
Merujuk kepada analisis di atas kesimpulan yang boleh dibuat ialah: 1. PAS perlu melipatkan gandakan usaha memenangi pengundi Melayu. 2. Sokongan Cina dan kerusi campuran pelbagai etnik kepada DAP dan PKR sudah hampir sampai ke siling. 3. Tumpuan utama PR ialah pada kerusi Sabah dan Sarawak. 4. Sebarang strategi yang mengabaikan sokongan pengundi teras PAS
iaitu Melayu akan meletakkan PAS sebagai parti paling lemah dalam PR. 5. Kuasa tawar menawar politik apabila PAS lemah ialah antara DAP
serta PKR mewakili pengundi pelbagai etnik dan UMNO mewakili pengundi
Melayu manakala PAS hanyalah seumpama melukut di tepi gantang politik. 6. MCA dan Gerakan sudah hampir kehilangan gigi malah mungkin hampir lumpuh melainkan ia bersama dalam arus DAP dan PKR.