Sunday, December 14, 2014

Penahanan Peniaga Kain, Di Bawah Akta Hasutan 1948. KDN Bukan Interpol


AKAUN Facebook milik Ali yang mendakwa dia telah ditangkap Interpol di Sweden.

KUALA LUMPUR – Kementerian Dalam Negeri (KDN) menafikan dakwaan seorang peniaga kain, Ali Abd. Jalil yang menyatakan dia telah ditahan Interpol dan dibawa ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada tengah hari semalam.

Setiausaha Akhbar Menteri Dalam Negeri, Brigedier Jeneral Datuk Fadzlette Othman Merican Idris Merican berkata, pihak polis akan mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung isu penahanan Ali yang dikehendaki kerajaan Malaysia untuk dibicarakan di bawah Akta Hasutan 1948.

“Berita yang tersebar dalam laman sosial itu adalah tidak benar,” katanya menerusi khidmat pesanan ringkas kepada Kosmo Ahad! di sini semalam. (Kosmo)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails