Monday, December 15, 2014

Kanun Jenayah Islam, Kit Siang Tidak Sepatutnya Campur.


 


KL: Lim Kit Siang tidak sepatutnya mencampuri urusan agama Islam yang telah dijamin sebagai agama Persekutuan dalam perlembagaan.

Demikian ujar Pemangku Timbalan Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Mahfodz Mohamed.

PAS memberi sepenuh komitmen untuk melaksanakan Undang-undang Jenayah Islam mengikut kerangka sistem demokrasi.

"Sebab itu PAS bertekad untuk melaksanakannya di Kelantan yang telah berjaya mendapat mandat sokongan rakyat melebihi 80 peratus pengundi di negeri itu," katanya.

Katanya, kanun Jenayah Syariah kelantan adalah salah satu dasar PAS yang perlu dilaksanakan supaya ianya selari dengan perjuangan Islam seperti mana yang termaktub dalam perlembagaan parti itu.

"Mengikut kajian kami, lebih 70 peratus masyarakat Islam menyokong perlaksanaan Undang-undang Jenayah Islam kerana ianya merupakan kewajipan ke atas semua orang Islam yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya," katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, Kanun Jenayah Syariah Kelantan tidak dilaksanakan ke atas non Muslim, oleh itu orang bukan Islam tidak perlu takut kepada Kanun Jenayah Syariah Kelantan kerana ia hanya dilaksanakan ke atas orang Islam sahaja.



Sementara itu di Kota Bharu,  persidangan khas Dewan Undangan Negeri (Dun) Kelantan akan diadakan pada 29 Disember ini bagi memperkemaskan lagi Kanun Jenayah Syariah II yang dilulus pada 1993.

Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob berkata Rang Undang-Undang Kanun Jenayah Syariah Kerajaan Kelantan (Pindaan) 2014 akan dibincang pada persidangan tersebut. (IH)

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-88: Hudud, Perspektif Baru Atau Goncang PR?
E-Buku IH-88: Hudud, Perspektif Baru Atau Goncang PR?

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails