Tuesday, December 16, 2014

Miss Tourism Langkawi: Mukhriz Langkah Kepala Mufti..




ALOR SETAR: Dewan Ulama PAS Negeri Kedah menyifatkan penganjuran Miss Tourism International: Show Extravaganza di Berjaya Langkawi Resort, Pulau Langkawi pada 17 Disember sebagai bukti sikap pragmatik Kerajaan Negeri Kedah pimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang mencampuradukkan segala kegiatan sama ada makruf atau mungkar.

“Kami percaya, perkara ini langsung tidak dirujuk kepada pihak Mufti terlebih dahulu. Sedangkan semasa awal pentadbiran Datuk Seri Mukhriz, logo rasmi negeri Kedah pun dirujuk kepada pihak Mufti,” sindir Setiausaha Ulama PAS Kedah, Ustaz Ahmad Yahaya.

Weblog Ibnu Hasyim pula menganggap bukan saja puak-puak UMNO Kedah ini melangkah tetapi terus memijak kepala Mufti tersebut, kerana mereka tidak merujuk kepada Mufti lebih dulu dalam melakukan perkara-perkara yang melanggar perintah agama.

"Buat apa depa lantik Mufti, kalau bukan sebagai tempat rujuk? Bukan saja Datuk Seri Mukhriz, bahkan ayahnya dulu sewaktu jadi Perdana Menteri Malaysia pun pernah memecat Mufti Selangor dalam kes mempertahankan ratu cantik ini. " Kata editornya Hj Mohd Hasyim.

"Itu maknanya bukan takat langkah, tapi pijak kepala Mufti! Kalau mereka rujuk, tentu kegiatan maksiat tersebut tidak akan diizinkan." Kata Hj Mohd lagi.
(IH)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails