Thursday, December 18, 2014

Rasuah Punca Malaysia Rugi RM1.38 Trilion – GFI


KUALA LUMPUR 16 DIS: Malaysia kerugian RM171.11 bilion (AS$48.93 bilion) ekoran pengaliran keluar wang haram pada 2012, menurut laporan pemantau aliran wang haram, Integriti Kewangan Global (GFI).

Laporan yang dikeluarkan hari ini seperti dilapor Malaysiakini turut menyebut, kerugian terkumpul Malaysia kini sebanyak RM1.38 trilion (AS$394.87 bilion) sejak 2003.

Laporan GFI, yang terlibat dalam pemantauan selebih sedekad itu menyebut pengaliran keluar wang haram ini berlaku dalam bentuk rasuah, lari daripada cukai dan jenayah.

Berbeza dengan pelarian modal, Malaysia menunjukkan peningkatan kecil apabila aliran keluar wang haram pada 2012 menurun 5.98 berbanding 2011.

Aliran wang haram di Malaysia berada antara RM70 bilion (AS$20 bilion) kepada RM140 bilion (AS$40 bilion) setahun sejak 2012 tetapi naik mendadak kepada RM218.06 bilion (AS$62.45 bilion) pada 2010.

Menurut laporan itu lagi, Malaysia juga kekal antara lima negara teratas dalam masalah pelarian modal.

(http://www.keadilandaily.com)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails