Monday, December 15, 2014

Siapa Janda Artis Filem Ngangkung Ini Ditangkap Khalwat?

INILAH kondominium yang menempatkan kediaman pelakon wanita yang ditangkap khalwat bersama pasangannya oleh penguat kuasa JAIS di Ukay Perdana, Hulu Klang semalam.

HALAMAN HIBURAN

SEORANG pelakon berstatus janda berusia 33 tahun yang sinonim dengan filem seram pernah membintangi filem Ngangkung, dicekup oleh sepasukan anggota penguat kuasa selepas dipercayai berkhalwat bersama pasangannya di sebuah kondominium, Ukay Perdana dekat sini, awal pagi tadi.

Tangkapan dilakukan dalam satu siri serbuan Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) pada 3.23 pagi ini kediaman pelakon itu berdasarkan maklumat orang awam.

Sumber berkata, kedua-dua pasangan berkenaan ditahan selepas gagal menunjukkan sebarang dokumen menunjukkan mereka mempunyai sebarang ikatan mahram.

Difahamkan, pelakon mempunyai tiga anak itu dilaporkan pernah membintangi beberapa filem tetapi cukup sinonim dengan filem seram dan watak hantu serta membintangi sebuah filem yang berjaya meraih kutipan pecah panggung sebanyak RM8 juta dan menerima pengiktirafan dalam Malaysia Book of Records (MBOR) pada 2011.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Asisten Komisioner Khairuldin Saad mengesahkan menerima laporan 3.44 pagi dan menyerahkan kes itu kepada JAIS untuk siasatan lanjut.

Sedikit mengenai filem Ngangkung

Ketika ditayangkan di pawagam, filem Ngangkung berjaya mencipta sejarah dalam industri perfileman Malaysia apabila menjadi filem tempatan pertama yang jumlah kutipannya mencecah paras RM8 juta di seluruh pawagam tempatan. Laporan jumlah kutipan RM8.15 juta dalam lima minggu tayangan (hingga 23 Disember 2010), termasuk RM7.8 juta dalam masa 20 hari sahaja.

Sekaligus memecah rekod Adnan Sempit yang meraih RM7.7 juta dalam masa lebih kurang sebulan, sebagai filem tempatan dengan kutipan tertinggi sepanjang zaman. Atas pencapaian ini, filem Ngangkung dicatatkan dalam Malaysian Book of Records sebagai "Filem Box-Office Tertinggi 2010" untuk edisi tahun 2011.

Pengarah Ismail Bob Hasim
Penerbit David Teo
Lakonan Shaheizy Sam Angah Raja Lawak Azad
Negara  Malaysia
Bahasa Bahasa Malaysia

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-87: Cara Fikir Salah Artis
E-Buku IH-87: Cara Fikir Salah Artis

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails