Saturday, June 30, 2018

Tag Team Anwar-Najib Buat Mahathir Cacing Kepanasan.



Zaman Kroni Berulang
Belum 100 hari ambil alih kuasa, Perdana Menteri ke 7, Tun Dr. Mahathir dah banyak menimbulkan keresahan bukan saja di kalangan rakyat malah di kalangan pemimpin Pakatan Harapan sendiri khususnya DAP dan PKR...

Kroni2 yg dah mati tapi di hidupkan semula oleh Mahathir dikatakan menjadi punca 'kebangkitan'pemimpin DAP dan PKR yg sejak dulu tak menyenanginya...

Balas Dendam Agenda Utama Mahathir



Kesungguhan Mahathir utk membalas dendam dan menjadikannya sebagai agenda utama kerajaan PH hingga mengabaikan janji 'Selamatkan Malaysia' turut menimbulkan keresahan di kalangan pemimpin kerajaan PH sekarang...


Hinggakan Anwar Ibrahim pernah menasihati kerajaan supaya fokus membina negara...

"Kita tidak boleh bergerak atas dasar dendam kerana dendam ialah penyakit hati," Anwar Ibrahim, 25 Mei 2018...


Biarpun Mahathir katakan mahu selamatkan Malaysia dan membaiki kesilapan yg dulu tapi hakikat yg dia sendiri lakukan nyata jauh tersasar...

Anwar Menghantar Mesej Kepada Mahathir Dengan Bergerak Agresif Selepas Di Bebaskan


Sebaik saja selepas di bebaskan dan mendapat pengampunan, kem Mahathir menuduh Anwar menyusun strategi secara agresif untuk mengukuhkan pengaruh di kalangan rakyat dengan membuat 'road tour' ke seluruh negara...

Baca disini :


Kem Anwar dilihat menyerang Mahathir bermula dengan Rafizi secara lantang mengkritik perlantikan 3 menteri kanan yg dianggapnya sebagai tidak mendapat restu dari PKR...

Baca disini :

Dan Anwar mempertahankan kenyataan Rafizi...

Baca disini :

Serangan berterusan dari kem Anwar bila Rafizi sekali lagi keluarkan kenyataan bahawa Mahathir bukanlah punca utama kemenangan PH dalam PRU 14...

Baca disini :

Usaha Mahathir Balas Dendam Terhadap Najib Ibarat Senjata Makan Tuan


Umum mengetahui bahawa pada malam pertama terawih Ramadan 1439H, rumah Najib digeledah pihak berkuasa...

Ketika itu Najib solat terawih berjemaah di Masjid Kampung Baru...

Saat umat Islam menyambut Ramadhan, Najib dan keluarga pula menyambut hari pengaiban tanpa diberi peluang membela diri...

Baca disini :

Ketenangan Najib Hadapi Tekanan Menggusarkan Mahathir


Namun Najib dan keluarga tetap tenang...

Sampaikan memberi arahan kepada orang UMNO supaya jangan melakukan tindak balas menerusi keganasan atau himpunan jalanraya...

Beliau mahu berhadapan masalah sendirian dan enggan mengheret pemimpin / ahli UMNO yang lain termasuk rakyat yang masih ramai bersamanya...

Baca disini :


Secara tersirat Anwar meminta semua pihak agar tidak menjatuhkan hukuman terhadap Najib sebelum siasatan rapi dan pelaksanaan undang2 di patuhi sepenuhnya...

Penjelasan Najib Tentang Harta Yang Si Rampas PDRM


Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak memberitahu, nilai barangan- terutamanya barang kemas- yang dirampas oleh pihak polis adalah subjektif dan tidak realistik...

Menurut Najib, nilai bagi barangan yang dirampas itu subjektif kerana terdapat batu pada barang kemas yang dirampas itu berusia kira-kira 20 tahun...

Malah, nilai ketika sesebuah barangan itu dibeli juga perlu diambil kira, kata anggota parlimen Pekan itu lagi...

"Ia bergantung kepada sumber sesebuah batu. Ia juga bergantung, bila ia dihadiahkan atau bila ia dibeli"...

Penilaian (bagi barangan tersebut) boleh berubah...

"Jadi janganlah kita terlalu teruja"...

Biar kita lihat barang-barang itu, setiap satu barangan tersebut...

"Kami harap ada peluang ia dibuat penilaian dan kita boleh buat kesimpulan berhubung sumber barangan tersebut serta dapat penjelasan mengenai barangan yang telah dirampas oleh pihak polis," kata Najib dalam wawancara eksklusif bersama Malaysiakini di pejabat portal berita berkenaan di Petaling Jaya...

Hadiah Pemimpin Antarabangsa

Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai sidang media pihak polis berhubung nilai barangan mewah yang dirampas dari kediaman yang dikaitkan dengan Najib pada pagi tadi...

Bercakap mengenai barang rampasan yang diumumkan pihak polis hari ini, Najib berkata, seperti para suami yang lain, beliau tidak tahu secara menyeluruh sebanyak mana koleksi barang kemas serta barangan lain yang dimiliki isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor...

Menurut Najib lagi beliau juga tidak diberi senarai lengkap tentang barangan yang disita semasa serbuan polis di rumahnya di Jalan Duta serta di tiga unit kondominium di Pavillion Residences di Kuala Lumpur pada bulan lalu...

Kata bekas perdana menteri itu, beliau hanya diberi senarai yang tidak lengkap beserta penerangan yang tidak jelas tanpa gambar barangan yang dirampas...

"Tetapi apa yang saya tahu, selama bertahun-tahun sebagai ketua kerajaan, kami dihadiahkan dengan pelbagai barangan oleh pemimpin antarabangsa serta rakan-rakan peribadi...

Sementara itu, menjelaskan lagi bahawa tidak menjadi kesalahan bagi seseorang yang mempunyai kedudukan menerima hadiah yang mahal, Najib berkata :

"Saya tahu ia tidak menyalahi undang-undang untuk menerima hadiah"...


Bekas perdana menteri itu juga berkongsi bahawa memberi hadiah yang berharga menjadi budaya bagi sesetengah golongan raja di negara tertentu...

"Ketika Raja Salman berkunjung ke Indonesia baru-baru ini, beliau juga memberi hadiah bernilai berjuta-juta"...



"Sesetengah daripada raja di negara-negara tertentu, menjadi sebahagian daripada budaya mereka untuk memberi barangan yang sangat berharga"...


Sementara itu, menjelaskan lagi bahawa tidak menjadi kesalahan bagi seseorang yang mempunyai kedudukan menerima hadiah yang mahal, Najib berkata :



"Jika hadiah diberikan kepada anda oleh ketua-ketua negara lain, seperti pada hari ulang tahun kelahiran anda dan mereka tidak mengharapkan apa-apa balasan, ia tidak menyalahi undang-undang...



Sebagai contoh, Mahathir mengaku beliau menerima 40 ekor kuda daripada rakannya dan beliau juga secara terbuka menggunakan banyak jet korporat kawannya...

"Saya yakin, ada hadiah lain yang beliau terima sepanjang kariernya" kata Najib lagi...

Baca disini :
Mahathir Akui Terima 40 Ekor Kuda Sebagai Hadiah

Jadi ia tidak menyalahi undang-undang untuk menerima hadiah," ujarnya...

Najib sebelum ini pernah menjadi menteri besar Pahang pada 1982 dan kemudian beliau memegang portfolio sebagai menteri...

Beliau juga pernah berkhidmat sebagai timbalan perdana menteri selama lima tahun serta menjadi perdana menteri selama sembilan tahun...

Hubungan Erat Dengan Keluarga Di Raja Arab Saudi

Ketika menjadi pemimpin negara, Najib bersama keluarganya dikatakan mempunyai hubungan erat dengan beberapa keluarga diraja di negara-negara timur tengah termasuk bekas raja dan raja Arab Saudi yang baru...

Najib, 65, pernah memberitahu bahawa beliau sangat rapat dengan almarhum Raja Abdullah yang pernah memberikannya penghormatan tertinggi Arab Saudi...

Penghormatan itu kebiasaannya diberi kepada sekutu terdekat Arab Saudi...

Bekas presiden Amerika Syarikat Barrack Obama dan Presiden Rusia Vladimir Putin pernah menerima penghormatan berkenaan...

Penjelasan Mengenai Wang Tunai RM116 Juta Yang Di Rampas
Sementara itu, Najib turut mengulas mengenai wang tunai sebanyak RM116 juta yang diperolehi semasa sebuan oleh pihak berkuasa...

Sebelum ini, Najib memberitahu bahawa wang itu merupakan perbelanjaan untuk pilihan raya umum...

“Anda tidak akan tahu berapa banyak kos (kempen pilihan raya) sebenarnya"...

"Dan anda juga tidak akan tahu berapa banyak orang yang akan memberi sumbangan kepada anda"...

"Mustahil untuk ada kosong baki bersih"...

"Walau apa pun, bila anda bertanding untuk pilihan raya, anda perlu keluarkan duit untuk sebelum, semasa dan selepas pilihan raya"...

"Jangan lupa bahawa saya ialah presiden parti Umno dan BN dengan 13 buah parti komponen"...

"Mahathir pernah serah RM1.4 bilion pada Pak Lah sewaktu peralihan kuasa"...

"Menguruskan sebuah parti yang besar dengan tiga juta ahli seperti Umno merupakan urusan yang mahal"...

"Ketika Mahathir meletakkan jawatan, beliau menyerahkan RM1.4 bilion kepada Pak Lah dalam bentuk aset dan wang tunai"...

"Itu tercatat"...

"Jadi, dalam konteks itu, ia (wang yang dijumpai itu) adalah sebahagian kecil daripada jumlah berkenaan"...

Ketika diajukan soalan bahawa Mahathir tidak menyerahkan wang RM1.4 bilion berkenaan dalam bentuk tunai, Najib kemudian memberitahu :

"Ya, ada wang tunai, tetapi ketika waktu pilihan raya, anda tidak melakukan transaksi melalui sistem perbankan kerana wang itu diperlukan segera oleh parti"...

"Saya nak beritahu, dalam PMO, terdapat bilik kebal yang dibina oleh pemimpin yang terdahulu dan begitu juga di Seri Perdana, ada bilik kebal yang direka"...

"Bertanding pilihan raya perlu tunai"...

"Pembangkang juga tahu mengenai perkara itu"...

"Mereka juga ada tunai"...

"Saya tahu perkara ini bukan sesuatu yang diketahui umum oleh orang awam tetapi ia bukan perkara yang pelik"...

"Ia telah pun berlaku pada masa lalu dan jika kita mengubah undang-undang dan peraturan mengenai pembiayaan dana pilihan raya, ia tetap akan berlaku"...

Najib Dedahkan Pembantu Mahathir Pernah Mengambil RM10 Juta Sebelum PRU 13



Najib juga turut mendakwa, salah seorang 'orang' Mahathir pernah mengambil sejumlah RM10 juta wang tunai daripadanya untuk PRU 13...

Baca disini :

Menggambarkan 'orang' itu sebagai seorang 'pembantu' yang sangat di percayai Mahathir, Najib berkata duit berkenaan di ambil di kediamannya di Jalan Duta...

Pembangkang Tolak Ketelusan Pembiayaan Dana Pilihanraya’

Ketika diajukan soalan mengapa beliau tidak membuat pengisytiharan mengenai hadiah yang diterimanya, Najib berkata beliau pernah mencadangkan supaya proses pembiayaan dana pilihanraya lebih telus tetapi ia ditolak oleh pembangkang ketika itu...

Najib turut mengimbau kembali bagaimana beliau mahu ketelusan dalam pembiayaan dana pilihan raya...

"Dalam negara ini kita tidak mempunyai sistem untuk lakukan perkara itu (isytihar hadiah)"...

"Saya sebenarnya pernah mencadangkan bahawa kita seharusnya ada, apabila ia mengenai sumbangan, kita perlu mempunyai sistem yang telus dan kita perlu rekodkan sumbangan itu dengan satu badan yang bebas"...

"Saya ada mencadangkan perkara itu, tetapi pada masa itu, ia ditolak oleh pembangkang yang kini menjadi kerajaan"...

"Mereka menolaknya, saya syak mereka tidak mahu di kenali kerana jika orang yang memberi sumbangan kepada mereka itu identitinya diketahui, maka ia akan merugikan mereka...

"Tetapi ia ada dalam rekod bahawa saya sebenarnya mencadangkannya dan saya masih ingat saya bercakap mengenai perkara itu kepada ketua pegawai eksekutif PEMANDU (Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan), Datuk Seri Idris Jala"...

"Saya juga bercakap dengan ketua SPRM Tan Sri Abu Kassim ketika itu dan dia menyukai idea tersebut"...

"Kami bawanya ke depan, tetapi ia ditolak oleh pihak pembangkang sehingga perkara itu tidak diteruskan"...

"Sekiranya perkara itu berlaku, pembiayaan dana pilihan raya di negara ini akan di kendalikan dengan cara yang lebih telus"...

"Tetapi jika saya lakukannya untuk BN sahaja, tetapi mereka tidak, maka ia akan merugikan kita"...

Polis kata nilai pasaran sehingga RM1.1 bilion

"Kami sebenarnya yang telah memulakan langkah untuk lebih telus dan bertanggungjawab bagi sumbangan politik"...

Mahathir Semakin Terdesak

Tindak tanduk kem Anwar yang semakin lantang mengkritik dan menyerang pentadbiran Mahathir sudah cukup membuatkan Mahathir kepanasan...

Bantahan dari pemimpin gabungan PH mengenai kroni2 Mahathir yang semakin rakus membolot projek2 mega menambahkan lagi bara kepanasan kepada Mahathir...

Apakah jawapan yg tenang dan berterus terang dari Najib akan menjadi pukulan KO kepada Mahathir???

Atau apakah Anwar akan menjadi duri dalam daging kepada Mahathir utk terus berkuasa???

Atau Mahathir akan disingkirkan oleh pemimpin PH sendiri yg dah mula tunjukkan rasa bosan dan tak puas hati atas kerakusan Mahathir memberikan talian hayat pd kroni2 kesayangan beliau...

Semua ini menyebabkan Mahathir tak lena tidur dan hidup ibarat cacing kepanasan!!!
(http://theunspinners.blogspot.com/)

Mungkin Tun M Mahu Tutup PPBM Untuk Ambilalih UMNO?


Jabatan Pendaftar Pertubuhan (RoS) tidak menolak kemungkinan untuk membatalkan penyertaan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), jika masih gagal mengadakan mesyuarat agung tahunan (AGM) dalam tempoh ditetapkan.

Ketua Pengarah RoS, Surayati Ibrahim, berkata parti itu berdepan kemungkinan dibubarkan pendaftarannya oleh RoS, ekoran parti itu tidak mengadakan AGM walaupun sudah melepasi tempoh sepatutnya pada September lalu.

Beliau berkata, kelemahan struktur organisasi PPBM yang menyebabkan parti itu gagal mengadakan AGM seperti dikatakan Pengerusinya, Tun Dr Mahathir Mohamad, ia adalah tanggungjawab parti itu untuk diselesaikan.

“Memang ada kebarangkalian untuk dibubarkan sekiranya mereka tidak menunaikan tanggungjawab iaitu adakan AGM dalam tempoh ditetapkan dan kita akan lihat apa usaha serta tindakan mereka sebelum kita boleh bubarkan.

“Kalau dibaca perlembagaan PPBM, peringkat cawangan perlu mengadakan mesyuarat dalam tempoh 14 hari sebelum peringkat bahagian mengadakan mesyuarat perwakilan, manakala peringkat bahagian pula perlu mengadakan mesyuarat perwakilan dalam tempoh 60 hari sebelum AGM.

“Justeru kalau mahu sertai PRU14 dan elak dibubarkan, PPBM perlu ambil tanggungjawab selesaikan masalah dengan segera sebab yang melanggar perlembagaan mereka ialah anggota dan kepemimpinan parti itu, bukan RoS,” katanya selepas merasmikan Kursus Pengukuhan Pertubuhan Berkualiti dan Majlis Lafaz Ikrar Bebas Rasuah RoS bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini, hari ini.

Yang turut hadir Pengarah RoS negeri, Mohd Mufsi Lat dan Pengarah SPRM Terengganu, Mohd Zaki Hassan.

PPBM lambat ambil tindakan

Surayati juga mempersoalkan mengapa PPBM lambat mengambil tindakan untuk menyelesaikan masalah parti itu yang menyebabkannya gagal mengadakan AGM sehingga hari ini.

Malah beliau berkata, PPBM hanya mengemukakan rayuan untuk melanjutkan tempoh mengadakan AGM yang sudah melepasi tempoh setahun pada November lalu selepas parti itu berdepan pelbagai isu yang menyebabkan ahlinya rasa ditipu dan hilang kepercayaan.

“Memang RoS ada terima permohonan untuk buat penangguhan AGM, tetapi penangguhan itu juga tertakluk kepada perlembagaan PPBM sendiri iaitu setahun selepas penubuhan.

“Jadi RoS kena pastikan mereka adakan AGM dalam masa terdekat ini dan mereka kena bersedialah, jangan beri alasan supaya kita selesaikan masalah dalaman itu dan akhirnya boleh buat AGM dan sertai PRU-14,” katanya.

Beliau berkata, Setiausaha Agung PPBM, Datuk Dr Shahruddin Md Salleh yang sudah dipanggil memberi keterangan kepada RoS kelmarin ada memohon untuk berjumpanya pada 30 November nanti untuk berbincang secara terperinci dan melanjutkan lagi tempoh penangguhan AGM.

Mengenai desakan Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Pahang supaya ROS membatalkan pendaftaran PPBM selepas mendakwa ditipu kepimpinan parti itu, Surayati berkata, tindakan itu tidak boleh diambil selagi siasatan mengenai isu pelanggaran Akta Pertubuhan 1966 berhubung penggunaan istilah Armada belum selesai.

Beliau turut tidak menolak akan memanggil beberapa pihak lagi dalam PPBM untuk siasatan kes penggunaan istilah Armada yang tiada dalam perlembagaan PPBM sekiranya perlu.

FB Biswardi

Lain Macam Betul PH Bila Dah Menang




SEBELUM dapat kuasa, macam-macam boleh dikomen dan dikritik, dan janji-janji kepada rakyat pun bertaraf bulan bintang.

Setiap saat ada saja kesalahan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang hendak dikritik, dan semua kesalahan itu dijadikan bukti kenapa BN mesti ditolak.
Inilah yang dilakukan oleh pemimpin dan pengikut Pakatan Harapan sebelum pilihan raya 9 Mei lalu.
Semua kesalahan akan dikritik ke tahap ekstrem, bukan sekadar ditegur dan minta diperbetulkan.
Catatan, kartun, gambar diubahsuai disebar untuk memberi gambaran paling buruk pada UMNO dan BN.
Sepanjang masa, inilah yang dilakukan oleh PH dan pengikut-pengikut mereka di media sosial dan aplikasi komunikasi.
Mereka tidak berkempen secara sihat dengan menerangkan apa yang akan diperbaiki dan dilaksanakan oleh PH kalau berkuasa.
Apa yang mereka lakukan ialah memanipulasi emosi orang ramai dengan cara memburukkan pemimpin negara.
Mereka menyebarkan kebencian terhadap pemimpin negara supaya pengundi akan mengundi hanya berdasarkan sentimen benci ini.
Akhirnya apa yang masuk dalam kepala pengundi ialah kerajaan BN rosak, buruk, dan mesti ditolak.
Apabila BN sudah dibenci dan dirasakan amat buruk, secara automatik PH pula dianggap bersih, suci dan cekap mentadbir.
Timbul keyakinan bahawa PH kalau memerintah akan bersih, cekap, tidak memilih bulu dan jujur.
Tapi itu semua telah terbukti hanya fatamorgana yang tidak ada dalam bentuk yang nyata selepas mereka berkuasa.
Isu gagal melaksanakan walau satu pun janji manifesto, terus memburukkan dan memfitnah lawan.
Dalam pentadbiran negara, mereka melaksanakan apa yang kutuk dahulu, termasuk membuat lantikan politik, dan dalam jumlah yang banyak.
Kalau kejujuran semasa zaman BN dianggap satu nilai yang mulia dan jawapan tidak jujur akan mengundang kecaman, zaman PH tidak begitu.
Mereka telah melakukan banyak pembohongan dan “u-turn” sejak hari pertama menang lagi, apabila janji turun harga minyak, hapus tol dan PTPTN tidak ditunaikan.
Ini semua ialah tindakan atau ucapan yang boleh mengundang kecaman dan troll tanpa henti dan tanpa belas kasihan semasa zaman BN berkuasa.
Tetapi kerana mereka tidak jujur dan akan mempertahankan kumpulan mereka, teguran pun tidak kedengaran.
Malah mereka mencetuskan pula drama dan gimik lain untuk menutup atau menenggelamkan isu yang kontroversi itu.
Semua yang berlaku ini ialah akibat kegelojohan, tidak berpengalaman dan sikap yang salah dalam menguruskan negara.
Banyak masalah dan kekeliruan akan timbul akibat perangai kerajaan PH ini, yang akan mengganggu pengurusan negara.
Ikut perkiraan biasa, rakyat akan terpaksa menghadap kerenah kerajaan seperti ini lagi lima tahun, itupun kalau berlaku perubahan nanti. – Mynewshub.tv

Speaker Tak Boleh Pecat MB. PAS Serah Senarai Calon, Mukhriz Pertikai.



ALOR SETAR: "Speaker tidak boleh memecat Menteri Besar atau mana-mana Exco kerajaan negeri, malah jauh sekali mempunyai kuasa untuk membubar Dun," kata Adun Sungai Limau, Ustaz Mohd Azam Abdul Samat.
Katanya, Speaker hanya sekadar mempengerusikan persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) dan tidak boleh mencampuri urusan pentadbiran kerajaan negeri.
Baru-baru ini PAS menyerahkan senarai calon Speaker daripada parti itu bukan kalangan Adun sebagai penyelesaikan isu pelantikan Speaker di Kedah yang berlarutan sehingga sekarang.
Bagaimanapun Menteri Besar Kedah, Dato' Seri Mukhriz Mahathir mempertikaikan calon yang dikemukakan PAS dan dianggap sebagai tidak layak kerana bukan kalangan Adun.
Azam juga berkata, tidak wujud sama sekali penambahan kerusi pembangkang sekiranya jawatan Speaker dimenangi calon dari PAS.
Dun Kedah sekarang mempunyai bilangan penyokong kerajaan dan pembangkang sama ramai iaitu 18 Adun. Pada Pilihan Raya Umum (PRU) lepas PAS menang 15 kerusi Dun. – HARAKAHDAILY 29/6/2018

AP UMNO Rela Ke Anwar, Hadi Dari Lompat Ke Mahathir.



Strategi TunM membekukan akaun UMNO selepas itu akan membatalkan UMNO akan memakan TunM sendiri selepas itu! Harapan TunM selepas UMNO tiada maka kesemua AP2 UMNO itu akan di pujuk untuk masuk PPBM tidak mungkin terjadi..

Kalau itu yg dia harap maka dia lupa UMNO sudah tiada dan AP2 UMNO itu sedang terluka maka AP2 tersebut bebas masuk mana2 parti tetapi sudah tentu bukan dgn TunM dan bukan susahnya AP2 ni nak tumbangkan TunM sebagai membalas perbuatan TunM membunuh UMNO.

Dalam keadaan hati yg sakit kerana UMNO dimatikan, mana mungkin AP2 UMNO itu akan ikut TunM lagi. Besar kemungkinan mereka akan berpakat jer masuk PKR untuk bersama2 dengan DSAI yg sedang di tekan oleh TunM, jika itu terjadi maka berakhirlah riwayat politik dan jawatan PM yg TunM pegang sekarang!

DSAI akan jadi PM selepas itu PM atau dipegang oleh DSWA buat sementara sehingga proses DSAI menjadi AP terjadi. Maka dendam DSAI dan AP2 UMNO itu pun berbalas, perbuatan jahat dibalas jahat. hukum karma akan terjadi. TunM bakal mengakhiri politik dia dengan kejatuhan yg memalukan kali ini, tunggu dan lihat!

Ingat perkataan Amok hanya ada dalam bahasa melayu sahaja .. Melayu ini jenis biar putih tulang jangan putih mata, Melayu jenis sanggup bakar kelambu kerana nyamok seekor! Apa yg terjadi selepas PRU14 baru2 ini kepada org melayu adalah umpama menang sorak kampong tergadai! Nampak macam melayu yg memerentah tetapi hakikatnya yg berkuasa adalah cina DAP.

Maka tanggong jawab AP2 UMNO dan DSAI lah pula kali ni mengambil balek kampong mereka dengan sorakan kepada TunM pulak! jangan lupa pepatah pembakar semangat ....
Alang2 menyeluk pekasam, biar sampai kepangkal lengan.

FB Bahazelan Wahab

Sementara itu, ada pandangan lain pila:

Andai kata UMNO di haramkan ... saya rasa MP dan ADUN serta ramai ahli ahli UMNO lebih redha menjadi Ahli PAS berbanding PBBM ..Kedah dan Perak lesap dan Pas akan ada 72 kerusi Parlimen ... ada brani ...LOL dan jgn lupa akaun PWTC tu paling tinggi ada rm  3.25 sen ( ini saya di beritahu sendiri oleh tuan presiden dulu bila bendahari berenti kerana merajuk tahun 1998)  sejak bendahari dulu tahun 1998 berenti hingga nak bayar gaji pun kena setiausaha yg bayar .....THINK TWICE

FB Johari Ishak

Ini hanya teori-teori ...tapi mahukah AP2 UMNO dari Sabah sertai PPBM?

Friday, June 29, 2018

Ingat Tak Tilam Lejen Ni? Bandingkan Kes Anwar, Najib


INGAT lagi tak pada tilam lejen ni?

Lihat, dari segi undang-undang, yang penting bukanlah tilam itu, tetapi keputusan kajian makmal dalam menentukan bukti DNA yang diambil dari tilam tersebut. Bawa tilam ke mahkamah tidak membuktikan apa-apa dari segi undang-undang.

But guess what? It is not sexy to just bring lab report to the court. Tak ummpphhh untuk jadi bahan rakyat membawang. Jadi kenalah ada unsur wayang di situ. Bagi satu lagi contoh, dalam kes bunuh, apa yang penting untuk pembuktian undang-undang? Sudah tentu, laporan post mortem dari pakar forensic lah. Takkan nak bawa mayat tu pula ke mahkamah.

Jadi, sama la dari segi prinsip kes liwat 1 Anwar yang dulu tu. Tiada keperluan untuk bawa tilam ke mahkamah. Itu kerja bodoh dan sia-sia. But hey, that’s Mahathir’s way of doing it. He will assassinate the character of his enemy kaw-kaw punya. Dia akan pastikan reputasi musuhnya mati dengan trial by media & trial by public opinion.

Sebab nak tunggu trial by court of law to decide based on hard evidence ni makan masa,and not sexy.
Sekarang, cuba tengok pula apa yang sedang berlaku sekarang ni terhadap Najib dan keluarga beliau. Nampak tak persamaannya?

And of course, not to mention, the timing of the press conference by Amar Singh, was on the day right after the news about Vincent Tan selling off his shares in T7 Global came out due to the outcry by the public on the issue of cronyism.
Co-incidence?
You judge it.
(Surat Pembaca Oleh Ben)
Sumber: ttkm.com.my

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails