Wednesday, June 27, 2018

Anwar Boleh Cakap Apa Sahaja Tapi Dia Bukan Dalam Kerajaan – Dr Mahathir


Ada pihak yang tidak senang apabila Ketua Umum Pakatan Harapan (HARAPAN) Datuk Seri Anwar Ibrahim mengeluarkan kenyataan berkaitan dasar kerajaan.

Terbaru, beliau menasihatkan Lim Guan Eng agar menyerahkan tugas membongkar salah laku dan penyelewengan pentadbiran lalu kepada menteri atau agensi lain kerana menurutnya statusnya sebagai menteri kewangan adalah sensitif.
Bagi Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, Anwar – seperti orang lain – bebas memberi pandangan berhubung keputusan dan dasar kerajaan.
“(Anwar) seperti orang lain, dia boleh ulas – buat apa saja komen. Dia bukan dalam kerajaan,” katanya dalam wawancara bersama Channel News Asia.
Namun, kata Mahathir, kerajaan akan tetap dengan keputusannya sebaik Kabinet mencapai persetujuan.
“…Mereka yang tiada dalam kerajaan boleh beri komen. Mereka boleh kata apa saja, tetapi kami adalah kerajaan,” katanya lagi seperti dipetik.
Antara yang menjadi perhatian utama selepas PRU ke-14 adalah hubungan antara Mahathir dan Anwar, selepas mengambil kira sejarah dua pemimpin itu.
Perbezaan pandangan mereka dalam beberapa isu menimbulkan keresahan berhubung kestabilan kerajaan HARAPAN.
Mengikut aturan sebelumnya, Mahathir akan menyerahkan jawatan perdana menteri kepada Anwar dalam masa dua atau tiga tahun tetapi tiada tarikh tepat untuknya.
Mahathir berkata beliau boleh bekerjasama dengan pihak yang tidak bersetuju dengannya seperti kali pertama beliau memimpin negara.
“Saya sentiasa boleh kekal dan bekerja dengan mereka yang menentang saya. Ada ramai yang menentang saya…tetapi saya (berjaya) menanganinya.
“Jika saya tidak dapat tanganinya, saya akan letak jawatan,” katanya lagi.
Najib bukan ‘Anwar baru’
Wawancara itu juga menyentuh hubungan antara Mahathir dengan Najib. Sama seperti Anwar, Najib dilihat sebagai bekas ‘anak didik’ yang bertukar menjadi musuh.
Mahathir malah pernah menyuarakan kekesalannya kerana menyokong Najib untuk menggantikan Tun Abdullah Badawi sebagai perdana menteri.
Mengulas perkara itu, Mahathir berkata beliau yakin bahawa situasi kini berbeza.
“Kes (terhadap Najib) lebih jelas…seluruh pilihan raya berdasarkan dakwaan (terhadapnya). Jadi orang tidak akan kata saya menganiayanya.
“Mereka tahu kesalahan yang telah Najib lakukan. Kebimbangan mereka adalah dia mungkin terlepas…peguam yang bagus mungkin dapat membuatnya terlepas (daripada hukuman),” katanya lagi. – Malaysiakini
Komen Weblog Ibnu Hasyim: “(Anwar) seperti orang lain, dia boleh ulas – buat apa saja komen. Dia bukan dalam kerajaan,” katanya (Dr M) dalam wawancara bersama Channel News Asia.
Ini yang balaci-balacinya dalam blog ini tak faham. Kadang lebih balaci atau barua dari tuannya! 

14 comments:

Anonymous said...

Husam menang saman fitnah dakwaan seleweng tanah oleh lebai PAS

Terbukti, ada lebai PAS kaki FITNAH tegar!!!!!!!!!!!!!!!!

Anonymous said...

"Semasa perbicaraan kes ini tuduhan salahguna kuasa dan kedudukan Husam semasa menjadi exco kerajaan negeri Kelantan termasuklah pemberian tanah berkenaan kepada satu syarikat yang dikatakan Husam mempunyai kepentingan dan projek kambing jamnapari di bawah program Jihad Ternak telah ditimbulkan di dalam keterangan Masri," katanya dalam kenyataan kepada media, hari ini. Bagaimanapun Hisham berkata, mahkamah telah menolak keterangan Masri dan memutuskan bahawa semua tuduhan itu adalah tidak berasas. Che Masri merupakan ahli jawatan kuasa PAS Kawasan Ketereh dan anggota Dewan Ulamak PAS Kelantan. Jumlah gantirugi ditaksir mahkamah Justeru katanya, Pesuruhjaya Kehakiman Negeri, Datuk Ahmad Bache’ dalam penghakiman beliau mengatakan bahawa mahkamah berpuas hati bahawa elemen bagi kes fitnah dipenuhi.

Maka jelas, lebai PAS pon ada kaki FITNAH!.

Tuan ibnu/admin blogger siarlah berita sensasi PAS nih!

Anonymous said...

Najib, Rosmah tarik balik saman terhadap Rafizi berhubung subsidi minyak
Bernama
| June 26, 2018
Mahkamah memerintahkan pasangan suami isteri itu membayar kos RM20,000 kepada Rafizi dan pemilik portal ‘Media Rakyat’ dalam kes saman berkenaan.

Najib @ sekutu PAS, TAKUT sebab memang dia BERSALAH sbb tu tarik balik! PAS tak saman terima rm 90 jota dari najib?

Tak saman makna nye betul la tu dog?.....errrrr....dok?

Anonymous said...

Bekas MB T`ganu - Ahmad Said beri keterangan 5 jam b`kaitan 1MDB kpd SPRM

Bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said memberi keterangan selama lima jam kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan berhubung skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal tiba di Ibu Pejabat SPRM di sini pada pukul 9.30 pagi telah memberi keterangan dalam tempoh dari pukul 11 pagi sehingga pukul 5 petang.

PAS puas hati tak?????

Anonymous said...

Rabid dog 9:28 PM menulis PAS tak saman terima rm 90 jota dari najib? Tak saman makna nye betul la tu dog?.....errrrr....dok?

JAWAPAN KITA:

Nampaknya rabid dog 9:28 PM telah menfitnah PAS dengan menulis komen berunsur fitnah di atas. Kita bimbang sama ada rabid dog 9:28 PM ini terencat akal atau sakit mental kerana menulis komen yang tidak masuk akal.

Manusia-manusia yang normal memang mengetahui PAS sedang menyaman SR yang menjadi proksi puak pakatan sekular liberal-kafir harbi kerana SR telah menfitnah konon PAS menerima rasuah RM90 juta.

Tindakan rabid @ anjing gila ini menyamakan kes Najib saman Rafizi dengan fitnah RM90 juta adalah seperti rabid dog @ anjing gila menyamakan buah limau dengan buah durian. Satu perbandingan yang salah !

Anjing bodoh suka makan dedak cap roket dan menjilat kaki abang besar roket!



Anonymous said...

Wah nampaknya barua-barua biaDAP sedang menggunakan politik persepsi untuk menfitnah dan memburuk-burukkan PAS seolah-olah parti kafir harbi dan parti sekular liberal tidak boleh menang tanpa fitnah @ berita palsu ! Maka kita merasa hairan melihat puak ini menentang RUU anti-berita palsu @ fitnah.

Puak sesat dan menyesatkan ini bencikan PAS kerana PAS memperjuangkan agama Islam dan hak umat Islam.

Anonymous said...

mahde jangan sombong ngan kerajaang ni
rakyat yang bagi amanah untuk tubuh kerajaang
masa pru tehegeh hegeh minta undi bial dah ada kuasa
nak sombong pulak
rakyat berhak tegur kerajaang
mahde maseh ada perangai lama diktatoooo
masa TAR dulu mahde ni digelar lalat hijau
lari pi luar negara takut ditnagkap
1999 kalau amano kalah cilakolah nasib mahde
tapi terlepas

Anonymous said...


Woi balaci-balaci pakatan cukup-cukuplah menjaja fitnah terhadap PAS kerana kamu sendiri dan penyokong dan pengundi pakatan telah di'kencing hancing' kaw kaw oleh rejim pakatan yang telah memungkiri semua janji dalam manisfesto pakatan.

Mana semua janji pakatan ? Mana? Semua janji pakatan telah dibuang ke Lautan Hindi? Kamu semua hanya mampu menelan kahak sahaja !

Kasinhan ! Kah kah kah kah kah kah kah kah !

Anonymous said...


Guan Eng pemutar belit - MPM

Farhana Joni

26 Jun 2018 8:00 PM

KUALA LUMPUR 26 Jun - Menteri Kewangan, Lim Guan Eng disifatkan sebagai pemutar belit kerana enggan mengakui kesalahannya mengeluarkan kenyataan kementerian dalam bahasa Mandarin dan pada masa sama, menuduh pihak yang mengkritik perbuatannya itu sebagai rasis.

Pengerusi Biro Sosio Budaya Majlis Perundingan Melayu (MPM), Prof. Emeritus Datuk Dr. Zainal Kling berkata, masyarakat mungkin tidak hairan dengan sikap Guan Eng yang degil dan kurang cerdik itu kerana pemimpin kerajaan Pakatan Harapan (PH) turut menyifatkannya sebagai kesalahan remeh.

“Sehingga kini, para pemimpin PH gemar mengadakan sidang akhbar dalam bahasa Inggeris dan jarang menggunakan bahasa Kebangsaan. Seolah-olah mereka terketar-ketar apakala bertutur dalam bahasa kebangsaan.

“Inilah gambaran sikap kepimpinan Malaysia Baharu, membina pengasingan terhadap kerangka hidup yang berlandaskan Perlembagaan Persekutuan, padahal mereka telah berikrar di hadapan Yang di-Pertuan Agong untuk memelihara, mempertahan dan mengamalkan Perlembagaan Persekutuan selain taat setia kepada negara,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Semalam, Guan Eng menyifatkan mereka yang membuat kritikan terhadap kenyataan Kementerian Kewangan dalam bahasa Mandarin dan Inggeris itu sebagai rasis dan menegaskan, beliau tidak akan tunduk kepada desakan tersebut. - UTUSAN ONLINE

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/guan-eng-pemutar-belit-mpm-1.697178#ixzz5JXdebkkF
© Utusan Melayu (M) Bhd

Anonymous said...

Bahasa: Tindakan dua menteri bercanggah manifesto kerajaan PH

Guan Eng, Kula Segaran sengaja cabar kedudukan bahasa Melayu: UMMAH

Sumber: ismaweb

Komen:

Nampaknya pemimpin-pemimpin telah menjadi ' pasu bunga' dalam pakatan kerana mereka mungkin takut pada abang besar roket.

Anonymous said...

Jika sesiapa dalam kerajaan yang bercakap seperti mana Anwar bercakap memberi ulasan maka Mahathir akan ambil tindakan.

Anwar hanya boleh di ambil tindakan oleh parti. Anwar menegur kerajaan sebagai pemimpin PKR.


Tapi betul ke cakap Anwar tidak di endah oleh Pemimpin PH ?

PH mengamal kan sistem demokrasi dan Anwar tidak di halang untuk bercakap mana yang dia rasa tak kena.

Penyokong PAS cuba menghasut se olah-olah cakap-cakap Anwar tak laku.. semoga berjaya. !

Anonymous said...

#janganpontengsidangparlimen14
#paspasubungaparlimen13

sayednoordin said...

Takkan sampai lima tahun Kut....

Anonymous said...

Elaok laa...PH Akan huru hara disebabkan fitnah Dan Bala Allah..sebab perbuatan mereka sendiri....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails