Saturday, December 27, 2014

Banjir: Kisah 4 Gadis Tidur Di Kereta, Lebih 4 Hari.

Banjir: Empat gadis 'nekad' tidur dalam kereta lebih empat hari
KOTA BHARU: Empat sahabat karib yang menjadi mangsa banjir di bandar ini bertekad untuk 'berteduh' di dalam kereta masing-masing dek bimbang paras air terus naik.

Siti Mariah Ab.Majid, 28, yang bekerja di sebuah agensi pelancongan, berkata beliau dan tiga rakannya mengambil keputusan untuk tidur di dalam kereta masing-masing di tempat letak kereta Hospital Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian, Kota Bharu, Kelantan.

"Kami tiada pilihan selain tidur di dalam kereta apabila kehabisan wang tunai kerana mesin ATM tidak berfungsi dan semua hotel telahpun penuh sejak beberapa hari lepas," katanya.

Siti Mariah berkata selain mereka berempat, terdapat beberapa warga bandar itu yang turut berlindung di dalam kenderaan masing-masing di kawasan letak kereta tersebut.

"Walaupun ketakutan dan kadang kala menangis, saya kuatkan diri untuk tempuhi bencana ini," kata Siti Mariah yang berasal dari Pulau Chondong dekat Machang.

Siti Mariah berkata beliau dan rakannya telah empat hari tidak mandi dan hanya mencuci muka berbekalkan sebotol air mineral.

"Setakat hari ini ada beberapa kedai makan masih menjual makanan namun saya bimbang apabila pemilik kedai makan memberitahu mereka akan tutup kedai tengah hari ini.

"Sekiranya itu berlaku saya tidak tahu bagaimana untuk mencari makanan bagi mengalas perut hari ini," katanya.

Lebih malang, Siti Mariah berkata beliau kehilangan dompet dan pengenalan diri dua hari lepas ketika menumpang tidur di surau Pasaraya Mydin Kubang Kerian.

"Mujur ada rakan yang sudi membantu namun hati saya masih risau dengan keselamatan mak dan ayah yang difahamkan kini berada di pusat pemindahan banjir Sekolah Kebangsaan Pangkal Nering, Pulai Chondong," katanya.

Sementara itu, seorang lagi mangsa banjir di Kota Bharu, Shira Che Zakaria, 26, berkata beliau juga terpaksa tidur di dalam kereta miliknya kerana tiada pilihan.

Penjawat awam itu berkata beliau reda dengan ujian yang menimpa dirinya dan berharap air akan semakin surut dan pihak berwajib tidak terlepas pandang dalam membuat agihan bantuan banjir kepada warga Kota Bharu.

"Saya faham kesukaran yang dialami pihak berwajib namun kami di sini telah kehabisan wang tunai untuk membeli makanan dan minuman... saya berdoa agar semua mangsa banjir selamat," katanya.

Shira berkata air di Kota Bharu tiada tanda untuk surut dan beliau dan rakannya bercadang untuk berpindah ke tempat lain untuk mendapatkan tempat perlindungan serta makanan. (Bernama)

Sila lihat sebelum ini..
E-Buku IH-96: Banjir Terbesar Dalam Sejarah M'sia.
E-Buku IH-96: Banjir Terbesar Dalam Sejarah M'sia.

Negeri 9, Negeri Ke 8 Diserang Banjir..

Gambar Fail
KUALA LUMPUR: Berita terbaru, Negeri Sembilan menjadi negeri kelapan dilanda banjir sejak bencana itu melanda negara 10 hari lepas. Lebih 300 penduduk di Negeri Sembilan terjejas, menjadikan keseluruhan mangsa banjir di seluruh negara kini mencecah 132,684 orang setakat pagi ini.
Demikian menurut.astroawani.com. Menurutnya lagi, keadaan banjir di Kelantan, Terengganu, Johor, Pahang dan Perak pula semakin buruk manakala Perlis serta Kedah dilaporkan bertambah baik.

Di KELANTAN, sejumlah 55,960 mangsa banjir berada di pusat pemindahan berbanding 45,467 semalam. Cuaca di Kota Bharu dilaporkan mendung dan hujan sudah berhenti pagi ini.

Keadaan di TERENGGANU juga dilapor semakin buruk dengan angka mangsa banjir meningkat kepada 35,028 orang berbanding 33,269 orang malam tadi. Kemaman dan Dungun paling teruk terjejas apabila masing-masing merekodkan 24,912 dan 8,678 orang mangsa yang masih berada di tempat pemindahan, menurut portal Majlis Keselamatan Negara (MKN) Terengganu.

Kuala Terengganu masih bertahan dengan 1,258 mangsa dan Hulu Terengganu 180 orang. Mangsa banjir di semua kawasan terjejas ditempatkan di 95 pusat pemindahan. Banjir di Terengganu kini sudah meragut empat nyawa.

Di JOHOR, jumlah mangsa banjir juga bertambah kepada 1,104 orang daripada 896 malam tadi dengan Kota Tinggi menjadi daerah terbaharu terjejas, menurut Pusat Kawalan Operasi Bencana Negeri Johor. Lima lagi daerah yang terjejas ialah Muar, Batu Pahat, Kulaijaya, Segamat dan Kluang.

Di NEGERI SEMBILAN, sejumlah 331 mangsa banjir terdiri daripada 124 keluarga dipindahkan ke pusat pemindahan di Sekolah Kebangsaan Kuala Pilah, kata Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Abdullah Hanapi.
Negeri Sembilan negeri kelapan dilanda banjir
"Pemindahan mereka itu berikutan rumah mereka dinaiki air ekoran banjir kilat yang melanda semalam. Buat sementara waktu, semua mangsa telah dibekalkan makanan yang dimasak serta peralatan untuk tidur," katanya.

Pengarah Bomba dan Penyelamat Negeri Sembilan Norazam Khamis berkata beliau telah mengarahkan semua anggotanya bersiap sedia 24 jam dan sentiasa peka bagi menghadapi sebarang kemungkinan yang berlaku berikutan keadaan cuaca tidak menentu.

Di PERAK, banjir kini merebak ke daerah Kerian, menjadikan empat daerah kini terjejas dengan mangsa meningkat kepada 6,724 berbanding 6,335 semalam. Menurut jurucakap MKN Negeri Perak, 43 mangsa banjir direkodkan di Kerian, daerah Kuala Kangsar (2,711 orang), daerah Perak Tengah (3,317 orang) dan di Hulu Perak (653 orang).

Di PAHANG, jurucakap bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen negeri memaklumkan keadaan banjir di negeri itu tidak menunjukkan tanda-tanda pulih apabila semakin ramai mangsa terpaksa dipindahkan ke pusat penempatan sementara. Jumlah mangsa 33,324 orang setakat ini dijangka meningkat.

Di PERLIS keadaan semakin baik dengan jumlah mangsa banjir berbaki 200 orang manakala di KEDAH hanya 13 mangsa banjir di daerah Bandar Baharu masih berada di pusat penempatan setelah tiga pusat pemindahan di daerah Padang Terap ditutup semalam. (IH)

Sila lihat sebelum ini..
E-Buku IH-96: Banjir Terbesar Dalam Sejarah M'sia.
E-Buku IH-96: Banjir Terbesar Dalam Sejarah M'sia.

Mati Lemas: Facebook Palsu Kaitkan Presiden PAS


KUALA LUMPUR: Pihak admin laman sosial facebook Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang memaklumkan tentang fb palsu mengaitkan tulisan beliau kononnya satu keluarga mati lemas di Kuala Krai.

"(Gambar) ini adalah FB palsu Tuan Guru Presiden, kami tidak ada kena mengena dengan fb ini, kecelaruan amatlah dikesalkan. Terima Kasih," jelasnya.

Sementara itu, Bernama melaporkan bahawa Polis Kelantan menafikan khabar angin yang disebarkan menerusi media sosial kononnya 10 orang dipercayai mati lemas akibat terperangkap di dalam rumah di Guchil, Kuala Krai akibat banjir.

Ketua Polis Kelantan Datuk Mazlan Lazim turut menyifatkan sebagai berita palsu kononnya 40 pesakit di Hospital Kuala Krai mati akibat ketiadaan bantuan oksigen.

"Mesej-mesej (melalui aplikasi) WhatsApp yang tidak betul ini tidak sepatutnya diviralkan kerana ianya akan memburukkan lagi keadaan. Sepatutnya mereka ini membantu mangsa-mangsa berkenaan," katanya kepada Bernama.

Beliau berkata polis akan mengambil tindakan sewajarnya terhadap mereka yang membuat fitnah dan cerita bukan-bukan itu.

"Pihak polis memantau perkara ini supaya ianya tidak menjadi masalah semasa banjir ini," katanya.

Mazlan berkata pihaknya penyebaran maklumat tanpa memetik sumber sah merupakan kesalahan di bawah Akta Kanun Keseksaan. - HARAKAHDAILY 27/12/2014

Tidak Dibenarkan Sambut Krismas Di Sini.

Kampus China larang siswa rayakan Natal

UNIVERSITI Modern Northwest di China melarang perayaan Natal atau sambut Krismas bagi seluruh mahasiswa dengan alasan acara itu merupakan budaya barat dan tidak sesuai dengan tradisi.

Sebagai gantinya pihak kampus menyuruh siswa menonton filem propaganda berdurasi tiga jam tentang Konfusius. Pensyarahnya terpaksa berjaga di dalam ruangan buat mencegah siswa keluar, seperti dilapor the Daily Mail, Khamis (25/12).

Seorang siswa mengaku mereka akan dihukum jika tidak menonton filem propaganda yang diputar oleh pihak kampus.

"Kami tak dapat berbuat apa-apa. Kami tak boleh lari." kata siswa itu.

Menurut berita pemerintah, di seluruh kampus yang terletak di Xian itu dipasang sepanduk besar berisi tulisan menentang budaya barat. "Lawan penjajahan budaya Barat," demikian bunyi salah satu sepanduk tersebut.

Di salah satu akaun media sosial kampus milik Partai Komunis China itu juga ada seruan kepada mahasiswa untuk lebih mengutamakan hari besar China, seperti Festival Musim Semi.

"Dalam beberapa tahun belakangan, makin banyak warga China yang lebih mementingkan hari cuti orang Barat," kata akaun media sosial itu.
"Di mata mereka, dunia Barat lebih maju berbanding China, dan hari cuti orang Barat lebih disukai berbanding keren China." (IH)

Sebelum ini..

Friday, December 26, 2014

Banjir: PAS Wujudkan Bilik Bantuan Bencana

KUALA LUMPUR: PAS telah mewujudkan Bilik Penyelarasan Maklumat dan Bantuan Bencana PAS Pusat di Pejabat Agung PAS di sini ekoran banjir yang melanda seluruh negara.

Pengerusi Pengurusan Kecemasan Bencana Malaysia (MEDM), Salahuddin Ayub berkata, ia beroperasi 24 jam bermula hari ini bagi menyelaraskan bantuan dan maklumat berkaitan  banjir.

"Bilik gerakan itu diwujudkan selepas melihat perkembangan banjir menjadi semakin kritikal yang bukan sahaja berlaku di negeri-negeri Pantai Timur tetapi turut melanda negeri-negeri utara," pada sidang media di Pejabat Agung PAS, petang tadi. Turut sama ialah Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali

Katanya, Bilik Penyelarasan Maklumat dan Bantuan Bencana PAS Pusat itu akan diketuai Penolong Setiausaha Agung PAS, Khairul Faizi Ahmad Kamil dan dibantu AJK Dewan Muslimat PAS Pusat, Aiman Athirah Al Jundi serta beberapa petugas.

Menurutnya, selain makanan, pihak MEDM juga mengalu-alukan sumbangan segera berupa selimut tebal, lampin pakai buang dan tuala wanita.

"Begitu mangsa-mangsa banjir tentunya amat memerlukan sumbangan beg sekolah dan pakaian seragam sekolah bagi sesi persekolahan yang akan dibuka tidak lama lagi," ujarnya yang juga Naib Presiden PAS.

Menyentuh mengenai sumbangan lain yang dilakukan MEDM, Salahuddin menjelaskan, sejak berlakunya banjir tahap pertama, MEDM juga telah menubuhkan Team Radio Amatur yang bertugas bagi memastikan komunikasi semasa berlaku banjir atau mana-mana bencana alam dapat diaktifkan sebaik mungkin.

"Komunikasi semasa bencana amat penting. Berdasarkan pengalaman banjir di Kemaman serta banjir teruk yang melanda Gua Musang dan Kuala Krai, terputusnya bekalan elektrik dan terganggu sistem komunikasi khususnya perhubungan telefon.

"Maka dengan adanya team ini, adalah amat penting bagi membuat pemantauan terutama bagi mereka yang terputus hubungan komunikasi. Pasukan ini amat efektif dan di bawah MEDM, kami berjaya menaik taraf peralatan termasuk membekalkan repeater radio amatur  supaya dapat berkomunikasi dengan efektif terutama pada waktu yang diperlukan," katanya.

Katanya, walaupun repeater radio amatur masih tidak dapat memberi liputan menyeluruh di seluruh negara, Pasukan Radio Amatur tetap memastikan komunikasi khususnya di kawasan banjir di Pantai Timur dapat dilaksanakan dengan baik.

Selain itu katanya, MEDM juga telah menubuhkan Pasukan Perubatan yang bertungkus lumus untuk memberikan apa sahaja bantuan perubatan bagi memastikan mangsa banjir dapat diberikan rawatan dan kaunseling yang sewajarnya.

Menurut Salahuddin lagi, MEDM juga memfokuskan kepada keperluan rakyat yang sangat mendesak terutama bekalan makanan dengan menubuhkan Dapur Rakyat.

Katanya, pihak MEDM telah  membeli kemudahan peralatan memasak untuk Dapur Rakyat dan akan digunakan bagi memasak di kawasan   yang tidak dinaiki air.

Seterusnya katanya,  pembungkusan makanan akan dilakukan di Dapur Rakyat dan akan dihantar kepada mangsa-mangsa banjir.

Katanya, dengan peruntukan yang dikeluarkan kerajaan Kelantan bagi melaksanakan Dapur Rakyat, pihak MEDM mensasarkan dapat mewujudkan 40 Dapur Rakyat bukan sahaja di Kelantan tetapi juga di Terengganu dan Pahang.
Katanya, orang ramai yang ingin memberikan sumbangan wang tunai boleh menyerahkan terus kepada petugas di bilik gerakan atau menyalurkan kepada akaun Tabung Bencana Harakah menerusi akaun Maybank 564070130442 atau menghubungi pihak penyelarasan bilik gerakan berkenaan.

Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat mengenai banjir serta menghulurkan bantuan boleh menghubungi Bilik Penyelarasan Maklumat Bencana MEDM di talian 03-26982000 (Syed Ahmad Fadhli) atau menghubungi careline Salahuddin Ayub-013 7278292, Khairul Faizi-013 2565530, Aiman Athirah-019 3438237.

Organisasi BPM Bencana MEDM terdiri daripada beliau selaku pengerusi, Timbalan Pengerusi I, Dr Dzulkefly Ahmad (017-6286 804), Timbalan Pengerusi II, Mejar Abdul Rashid Hassan Basri (012-2871 614), Ketua Bilik Gerakan, Khairul Faizi Ahmad Kamil, Timbalan Ketua Bilik Gerakan, Aiman Athirah, Setiausaha, Syed Ahmad Fadhli (013-2699 092), Penolong Setiausaha Amina (SUK DMPM), Unit Meteorologi ialah Khadijah, Raihana dan Sofea, Unit Keselamatan Noor Afizah Basarudin (Briged - 014-2295 449), Juhari Usman (Jabatan Amal - 019-7116 300) dan Unit Logistik, Haji Jamuliddin Elias (019-6644 796). - HARAKAHDAILY 26/12/2014

 Lihat..


DAP Lancar Tabung Bencana Banjir, Permulaan RM10,000.





KUALA LUMPUR: DAP melancarkan Tabung Bencana Banjir untuk membantu mangsa-mangsa banjir di Pantai Timur dan negeri-negeri yang terjejas.

Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke berkata, ia sebagai tanda solidariti bersama ratusan ribu mangsa banjir di Pantai Timur dan negeri-negeri yang terjejas.

Katanya, tabung itu untuk mengutip derma daripada rakyat Malaysia untuk disalurkan kepada kawasan-kawasan yang terjejas teruk akibat daripada bencana banjir tahun ini yang merupakan antara yang paling serius dalam sejarah negara.

Sebagai permulaan, ujarnya DAP Pusat telah memutuskan untuk memperuntukkan RM10,000  untuk tabung tersebut.

"Semua Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri DAP di seluruh negara telah diarahkan untuk melancarkan kutipan derma daripada orang ramai di kawasan masing-masing pada hujung minggu ini juga," ujarnya dalam satu kenyataan.

Tambahnya, semua wang yang dikutip melalui tabung itu akan disalurkan kepada kawasan-kawasan yang paling teruk terjejas mengikut keperluan.

Selain itu, ujar beliau sebuah trak dengan muatan satu kontena air mineral dan roti akan dikerahkan ke Gua Musang dan Kuala Krai pada hari Isnin, 29 Disember untuk diagihkan kepada mangsa-mangsa di kawasan tersebut.

"Saya sendiri akan mengetuai misi tersebut ke Kelantan," katanya.

Beliau menambah, usaha berterusan sedang dijalankan untuk mendapatkan lebih banyak kontena untuk dikerahkan ke kawasan-kawasan yang serius terutamanya di negeri Kelantan. - HARAKAHDAILY 26/12/2014

 Lihat..


Firefly Pula Sediakan Penerbangan Bantuan Ke Pantai Timur


GEORGE TOWN:  Firefly Airlines menyediakan penerbangan menyelamat dan bantuan ke Kota Baharu serta Kuala Terengganu sebagai sumbangannya untuk menyalurkan bantuan kecemasan kepada mangsa banjir di Pantai Timur.

Ketua pegawai eksekutifnya Ignatius Ong berkata semua tempat duduk dan ruang kargo yang kosong penerbangan Firefly dari dan ke dua lapangan terbang itu akan diderma dan digunakan bagi tujuan tersebut dengan serta merta.

"Kami meminta semua pihak, badan kerajaan, NGO, kumpulan persendirian, pertubuhan dan orang ramai menghubungi pusat pengumpulan Firefly bagi mendapatkan maklumat tentang cara untuk menggunakan perkhidmatan ini.
"Memandangkan jumlah mangsa yang dipindah kini melebihi 100,000 orang, saya rasa adalah amat penting bagi kita semua mengetepikan sebarang perbezaan dan sebaliknya berganding bahu serta bersatu hati untuk membantu rakyat senegara kita ketika mereka amat memerlukan bantuan," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Ong berkata tiga pusat pengumpulan telah dibuka dan kini bersedia menerima sumbangan dalam bentuk barangan seperti kain selimut, kain sarong, lampin, susu bayi, biskut, kopi dan makanan kering.

Tiga pusat itu ialah Firefly Biz Lounge, Tingkat Satu Skypark, Terminal Subang, Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang di Selangor; Pusat Penjualan Tiket Firefly Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Kota Baharu dan Pusat Penjualan Tiket Firefly Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang, katanya.

Pusat berkenaan dibuka setiap hari dari 9 pagi hingga 5 petang.

"Firefly mengadakan perkhidmatan antara Kota Baharu dan Pulau Pinang sekurang-kurangnya sekali sehari. Penerbangan tambahan ke Kota Baharu dijadual diadakan pada Sabtu (27 Dis) dan Ahad (28 Dis), melalui Subang," kata Ong. (mStar)


Polis Kelantan menafikan khabar angin yang disebarkan menerusi media sosial kononnya 10 orang dipercayai mati lemas akibat terperangkap di dalam rumah di Guchil, Kuala Krai akibat banjir. 

 Lihat..


Jakarta Pun Terendam, Hujan Ribut Pokok Tumbang.

Hujan disertai angin menyerang ibu kota Jakarta Indonesia.

JAKARTA: Hujan disertai angin menyerang ibu kota Jakarta Indonesia selama kurang lebih 3 jam. Akibatnya, beberapa ruas jalan tergenang air dan menyebabkan kesesakan.

"Banjir 20 cm sepanjang 50 meter di dpn BNN Jl. MT. Haryono, lalin ramai lancar. Banjir 20-30 cm sepanjang 100 meter di dpn Lotte Mart Jl. Boulevard Raya Kelapa Gading & berimbas lalin tersendat," tulis akaun rasmi TMC Polda Metro Jaya, Jumaat (26/12).

Tak hanya itu, beberapa pokok di tepi jalan pun ikut tumbang. Patahan batang pokok pun melintang di jalan dan menggangu arus lalu lintas.

Bogor hujan deras, malam ini Bendung Katulampa siaga tiga  Hujan deras yang mengguyur kawasan Bogor dan sekitarnya membuat tinggi permukaan Sungai Ciliwung meluap. Ketinggian air di Bendung Katulampa, Kota Bogor, Jawa Barat tercatat 120 sentimeter dan ditetapkan siaga tiga banjir

"Pokok tumbang Jalan Raya Tugu berhampiran SMA 52 Jakut menutup 2 Lajur lalin dialihkan. Banjir di Jl. Warung Bongkok menuju Cibitung (sblm Jambatan Rawa Palangan), bagi Pemotor agar tidak melintas," tambahnya. (IH)
 
Lihat..


Banjir: 60 Pelancong Ini Terperangkap Di Taman Negara.

Kini puluhan turis dari berbagai negara ini berada di pengungsian setelah terjebak banjir di Taman Nasional Malaysia.
Pelancong dari berbagai negara kini berada di sebuah sekolah yang menjadi lokasi pemindahan banjir di Jerantut, Pahang (24/12). Kira-kira 60 pelancong asing terperangkap banjir di sebuah resort Taman Negara Malaysia selepas hujan lebat. 
Kini puluhan turis dari berbagai negara ini berada di pengungsian setelah terjebak banjir di Taman Nasional Malaysia.
Pelancong yang terjebak banjir ini berasal dari Kanada, United Kingdom, Australia, dan Romania..
Kini puluhan turis dari berbagai negara ini berada di pengungsian setelah terjebak banjir di Taman Nasional Malaysia.

Kini puluhan turis dari berbagai negara ini berada di pengungsian setelah terjebak banjir di Taman Nasional Malaysia.

Lagi Kuala Lumpur Diserang Banjir



PUTRAJAYA - Beberapa kawasan di sekitar Kuala Lumpur dilaporkan telah dilanda banjir ekoran dari hujan lebat yang berterusan sejak dari jam 6 petang semalam sehingga menyebabkan kesesakan lalu lintas.

Antara kawasan yang terjejas ialah, Jalan Setapak, Jalan Genting Klang, Jalan Tun Ismail dan Jalan Pekeliling.

Laporan awal (tidak rasmi) mendakwa banjir yang berlaku di ibu kota itu disebabkan oleh pelepasan air di Empangan Batu yang terletak di Ulu Yam, berikutan paras air yang naik secara mendadak.

Netizen yang menyebarkan kenyataan itu yang kononnya dikeluarkan oleh Kerajaan Negeri Selangor.

Namen, dakwaan itu dinafikan oleh Pengarah JPJ Selangor dan pihak LUAS Selangor dan meminta orang ramai tidak percaya serta berhenti menyebarkan berita palsu. - mymediahub






 
sumber

Lihat..


Banjir Serang Johor Pula..




Johor menjadi negeri terbaharu dilanda banjir apabila dua daerah di negeri berkenaan mula terjejas, manakala keadaan di Pahang, Terengganu, Kedah dan Perak tidak banyak berubah, setakat tengah hari ini.

Di Johor, daerah Kluang dan Muar mula terjejas banjir dengan sebanyak 214 mangsa dipindahkan ke lima pusat pemindahan mulai hari ini.


Jurucakap Majlis Keselamatan Negara (MKN) Johor berkata di Kluang, sejumlah 201 orang termasuk empat bayi daripada 46 keluarga dipindahkan ke empat pusat pemindahan manakala 13 penduduk di Bukit Kepong, Muar dipindahkan ke sebuah pusat pemindahan.

"Kesemua mangsa di Kluang ditempatkan di Balai Raya Kampung Paya Palembang, Balai Raya Mardi, Mukim Renggam, Balai Raya Kampung Mengkibol dan Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Kencana. Penduduk di Bukit Kepong pula dipindahkan ke balai raya kampung berkenaan," katanya.
Beliau berkata paras air di lokasi terjejas banjir semakin meningkat.

Di Kelantan, keadaan banjir yang semakin buruk menarik perhatian Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk turun padang ke negeri itu bagi meninjau situasi semasa bencana tersebut.

Muhyiddin mengarahkan aset air, udara dan darat dipertingkatkan dalam usaha membantu serta menyelamatkan mangsa banjir di Kelantan yang kini melebihi 32,000 orang.

Beliau turut mengarahkan agar bekalan barangan keperluan seperti makanan ditambah di semua pusat pemindahan sementara (PPS) daripada tiga hari kepada seminggu, antaranya bagi mengelak masalah kekurangan bekalan.

Di Terengganu, jumlah mangsa banjir meningkat kepada 31,001 orang berbanding 30,147 pada sebelah pagi tadi. Kesemua mangsa ditempatkan di 98 pusat pemindahan banjir di empat daerah.
Kebanyakan mangsa dari daerah Kemaman yang kini mencecah 21,381 orang, diikuti Dungun (7,979), Kuala Terengganu (1,369) dan Hulu Terengganu (272).

Besut merupakan daerah terbaharu pulih daripada banjir hari ini apabila baki 317 mangsa di dua pusat pemindahan dibenarkan pulang ke rumah masing-masing. Sehingga kini, beberapa jalan utama masih ditutup kepada semua kenderaan termasuk Jalan Chukai ke Air Putih, Cheneh Mak Lagam dan Jalan Chukai Utama.

Di Kuantan, jumlah mangsa banjir kekal 35,736 orang dengan kebanyakan mereka di daerah Kuantan yang merekodkan sejumlah 19,924 mangsa, menurut jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang.

Di Perak, jumlah mangsa banjir meningkat kepada 6,119 orang berbanding 5,530 mangsa pagi tadi, membabitkan tiga kawasan di Kuala Kangsar, Hulu Perak dan Perak Tengah. Di Perak Tengah, bilangan mangsa banjir kini 2,914 orang, Kuala Kangsar (2,579) dan Hulu Perak (626). - Bernama

Lihat..


Banjir: Proton Tawar Buruh Percuma Diskaun Alat Ganti.

portal forums t cached tag alat ganti proton cachedthrottle body
 
KL: Proton Holdings Bhd kini menawarkan perkhidmatan buruh percuma untuk pembaikan kereta serta diskaun 30 peratus bagi alat ganti kenderaan itu yang terjejas akibat banjir.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Abdul Harith Abdullah berkata, syarikat itu pada mulanya menawarkan pemilik kereta terbabit dengan diskaun 20 peratus bagi semua kerja pembaikan kenderaan itu.

"Namun, kami berasakan tawaran awal itu tidak memadai dalam keadaan sekarang dan memutuskan untuk memberi diskaun 30 peratus bagi alat ganti manakala bayaran khidmat buruh tidak akan dikenakan bagi pelanggan Proton yang terjejas akibat banjir.
"Kami menasihati pelanggan berkenaan menghantar kereta mereka ke pusat servis diiktiraf Proton yang berhampiran bagi membolehkan kereta mereka dibaiki," katanya dalam satu kenyataan.

Program 'Proton We-Care Prihatin Banjir' sehingga 15 Mac tahun depan itu, turut merangkumi perkhidmatan pemeriksaan secara percuma, penilaian kerosakan dan perkhidmatan tunda kenderaan dari kawasan terjejas banjir ke pusat servis Proton.

Pemilik kereta Proton juga boleh menghubungi talian Khidmat Pelanggan 1800-888-398 bagi sebarang pertanyaan, bantuan serta khidmat tunda kereta.

Selain itu, Proton turut berkongsi panduan pengurusan kereta yang terjejas akibat banjir iaitu :
  • Tidak menghidupkan enjin kereta;
  • Tidak menggunakan alat kawalan jauh bagi membuka pintu kereta, sebaliknya melakukannya secara manual;
  • Pastikan untuk mengalihkan terminal negatif bateri kereta bagi menghentikan pengaliran elektrik dalam kereta.
Kesemua tiga langkah di atas bertujuan meminimumkan kerosakan peralatan, terutamanya komponen elektrik dan mekanikal kereta selain boleh menyelamatkan beberapa bahagian peralatan berkenaan.

Selepas menutup elektrik kereta, pemilik kenderaan itu harus mengambil barangan berharga yang disimpan dalam kereta, mengunci kereta secara manual dan memastikan kenderaan itu ditunda ke pusat servis diiktiraf Proton yang berhampiran. (Benama)

Lihat..

Banjir: Air Asia Tawar Penerbangan Percuma Hantar Bantuan. Tahniah!

DALAM usaha meringankan beban mangsa banjir di beberapa buah negeri, syarikat penerbangan tambah murah AirAsia menawarkan penerbangan secara percuma bagi menghantar bantuan ke kawasan yang terlibat.

Selain itu Pengerusi Eksekutif AirAsia Berhad, Datuk Kamarudin Meranun berkata, syarikat tersebut juga bersedia untuk membawa sukarelawan bagi tujuan tersebut.

“Kami menawarkan bantuan ini secara ikhlas sebagai tanda prihatin dan simpati kepada mangsa-mangsa bencana berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan Khamis.

Beliau berkata, mana-mana pihak yang berhasrat untuk menggunakan khidmat syarikat penerbangan itu bagi tujuan tersebut boleh menghubungi Unit Komunikasi Korporat AirAsia Berhad bagi mendapat keterangan lanjut.

Suatu contoh terbaik. Tahniah Air Asia.
(IH)

Lihat..


Banjir: S'gor Lulus RM1J Untuk K'tan. T/Kasih MB S'gor!




KUALA LUMPUR: Kerajaan Negeri Selangor meluluskan RM1 juta untuk Kelantan yang sedang dilanda banjir ketika ini.

Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali berkata, jumlah itu diluluskan dalam mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Khas yang diadakan pada pagi ini.

Dalam kenyataan media hari ini beliau menyatakan, selain itu RM100,000 masing-masing diluluskan untuk Kerajaan Negeri Terengganu, Pahang dan Perak.

Berikut kenyataan penuh beliau.

Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Khas yang bermesyuarat pada pagi ini telah mengambil maklum situasi banjir di Pantai Timur Semenanjung Malaysia khususnya di Negeri Kelantan, Terengganu, Pahang dan juga Negeri Perak.

Sehingga malam semalam, dilaporkan seramai 98,596 orang daripada 25,725 keluarga telah dipindahkan ke 1,078 buah Pusat Pemindahan Banjir; 35,331 orang daripada 9,918 keluarga di Kelantan, 29,604 daripada 7,317 keluarga di Terengganu 28,578 daripada 7,244 keluarga di Pahang dan 5,083 orang daripada 1,246 keluarga di Perak.

Kerajaan dan rakyat Negeri Selangor amat bersimpati dengan mangsa-mangsa banjir dan keluarga masing-masing yang menanggung kesusahan dan mengalami kerosakan harta benda akibat bencana banjir yang disifatkan paling buruk dalam tempoh 43 tahun.

Kami memohon doa ke hadrat Allah SWT agar cuaca bertambah baik dalam masa terdekat dan semua yang terkesan dengan bencana ini berada dalam keadaan selamat. Kami juga memohon semoga rakyat di Negeri Kelantan, Terengganu, Pahang dan Perak bersabar dan tabah menghadapi musibah dan agar keselamatan dan kesejahteraan rakyat terus dilindungi dan dipelihara Allah SWT.

Saya telah berbincang dengan YB Datuk Seri Anwar Ibrahim, Penasihat Ekonomi Negeri Selangor bagi meneliti langkah-langkah yang perlu diambil dalam membantu negeri-negeri yang terlibat.

Saya juga telah menghubungi YB Datuk Paduka Husam Musa bagi menyampaikan hasrat Kerajaan Negeri Selangor untuk bersama-sama Kerajaan Negeri Kelantan dalam situasi yang getir pada masa ini.

Sebagai tanda simpati Kerajaan Negeri Selangor, MMKN telah meluluskan sejumlah RM1 juta untuk Kerajaan Negeri Kelantan; RM100,000 masing-masing untuk Kerajaan Negeri Terengganu, Kerajaan Negeri Pahang dan Kerajaan Negeri Perak.

Kerajaan Negeri Selangor juga menyediakan peruntukan RM200,000 bagi Misi Bantuan Kemanusiaan yang akan diselaraskan oleh YB Dr. Daroyah Alwi, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Kebajikan, Hal Ehwal Wanita dan Keluarga melalui Pertubuhan Misi Bantuan Kemanusian Selangor (PANTAS) yang akan turun bagi memberi khidmat bantuan dan khidmat kemanusiaan.

Untuk program pasca bencana banjir, Kerajaan Negeri Selangor telah bersetuju untuk memberikan khidmat kerja-kerja pembersihan kawasan banjir dengan penglibatan semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Negeri Selangor.

Seluruh jentera PBT Negeri Selangor akan diturunkan untuk kerja-kerja pembersihan sebaik sahaja air semakin surut bagi tujuan pembersihan sampah sarap dan sisa pepejal akibat banjir bagi menjamin kebersihan dan keselamatan rakyat.

Kerajaan Negeri Selangor juga akan mendapatkan sokongan kewangan daripada anak-anak syarikat, syarikat berkaitan Kerajaan (GLC) Negeri dan syarikat-syarikat swasta di Negeri Selangor untuk membantu menyediakan peralatan persekolahan termasuk pemberian beg sekolah dan pakaian seragam untuk pelajar-pelajar Sekolah Rendah dan Menengah.

Delegasi Kerajaan Negeri Selangor akan turun ke Negeri Kelantan pada hari ini juga untuk menyampaikan bantuan di samping mengunjungi Pusat Pemindahan Mangsa Banjir di Kuala Krai dan beberapa daerah lain.

MMKN juga telah mengambil keputusan untuk membatalkan semua acara hiburan dan program Temasya Selangor 15 menjelang Tahun Baru 2015 sebagai tanda kasih dan simpati kepada semua rakyat yang mengalami bencana banjir dan menjimatkan perbelanjaan Kerajaan Negeri Selangor.

Kerajaan Negeri Selangor telah mengarahkan Majlis Bandaraya Shah Alam untuk membatalkan program Jom Heboh anjuran TV3 yang dijadualkan pada 27 dan 28 Disember 2014 di I-City, Shah Alam atas prinsip yang sama.

Kerajaan Negeri Selangor menggesa agar Kerajaan Persekutuan meluluskan geran bantuan bencana alam secepat mungkin bagi membantu kerajaan-kerajaan negeri mengatasi bencana banjir serta meringankan beban yang dialami rakyat dalam tempoh yang getir ini.

Kerajaan Negeri Selangor juga telah berbincang dengan JAIS supaya semua masjid di Negeri Selangor mengadakan solat hajat sejurus solat Jumaat bagi memohon pertolongan Allah SWT agar kesejahteraan dan keselamatan rakyat di Negeri Kelantan, Terengganu, Pahang dan Perak terus dilindungi dan dipelihara. - HARAKAHDAILY 26/12/2014
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Terimakasih Azmin MB Selangor. Pulau Pinang bila lagi?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails