Monday, December 22, 2014

Pemikiran Ini Sama Seperti Pemikiran Hitler -Tayyip Erdogan

Recep-Tayyip-Erdogan-007.jpg
Ahli Parlimen Israel mahu semua kaum ibu warga Palestin dibunuh 
PERDANA Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan (gambar atas) menyifatkan pemikiran ini sama seperti pemikiran Hitler.

Yakni pemikiran seorang ahli Parlimen Israel menimbulkan kontroversi apabila melabelkan semua rakyat Palestin sebagai pengganas dan menyeru agar semua kaum ibu Palestin dibunuh dalam konflik Israel-Palestin ketika ini.

Menurut satu laporan laman berita, PressTV, wanita yang bernama Ayelet Shaked (gambar kanan) itu berkata seruan dibuat kerana kaum ibu rakyat Palestin dikatakan telah melahirkan ‘ular-ular kecil’.

“Mereka harus dibunuh dan rumah-rumah mereka harus dimusnahkan supaya mereka tidak lagi melahirkan pengganas.
“Mereka musuh kita dan darah mereka perlu melekat di tangan kita. Ibu-ibu kepada pengganas yang sudah mati juga harus dibunuh," dia dengan angkuhnya diungkap sebagai berkata.

Recep Tayyip Erdogan bertanya, “Adakah wanita itu seorang ahli Parlimen Israel? Apa perbezaan antara pemikiran dia dan pemikiran Hitler?”

Konflik Israel-Gaza telah dikutuk oleh banyak negara termasuk Malaysia, yang inginkan ia ditamatkan segera. (IH)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails