Friday, December 26, 2014

Banjir Kritikal, Bantuan K'jaan Pusat Lemah. PAS Rayu Sumbangan.





KL: BANJIR sangat kritikal di Kelantan dan beberapa kawasan di Terengganu serta Pahang dengan mangsa semakin meningkat. Bahkan di Kelantan boleh dikatakan terputus terus hubungan darat dan semakin kritikal.

Demikian kata Pengerusi Majlis Tindakan Bencana Alam PAS Pusat, Salahuddin Ayub.   

Kerana itu, PAS memohon jasa baik orang ramai untuk menghulur bantuan kewangan dan peralatan harian kepada mangsa-mangsa banjir di Pantai Timur.
Terdapat kelemahan dalam pengurusan bantuan - Mustapa Mohamed
Sementara itu, di Kuala Krai Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed mengakui terdapat kelemahan dalam menguruskan bantuan dan penyelamatan mangsa banjir di Kelantan.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat sekolah kebangsaan Banggol Guchil di sini yang menempatkan lebih 2,000 mangsa banjir dari kampung berhampiran.
 


Menurut Salahuddin Ayub lagi, "Sementara di Terengganu pula banyak kawasan yang sudah mula ditenggelami air dan maka kita seluruh rakyat Malaysia harus membantu mereka yang sedang berdepan dengan musibah ini.

"Kita juga mendoakan agar keadaan kembali pulih," katanya yang juga Naib Presiden PAS.
Sebarang bantuan boleh dimasukkan ke tabung bencana Harakah menerusi akaun Maybank 564070130442.
Menurut laporan Bernama tadi, keadaan banjir di Pantai Timur tidak menampakkan tanda reda dengan Kelantan mencatat jumlah mangsa paling ramai iaitu 32,343 orang, Terengganu (28,991) dan Pahang (24,316) (IH)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails