Friday, December 26, 2014

Banjir: Proton Tawar Buruh Percuma Diskaun Alat Ganti.

portal forums t cached tag alat ganti proton cachedthrottle body
 
KL: Proton Holdings Bhd kini menawarkan perkhidmatan buruh percuma untuk pembaikan kereta serta diskaun 30 peratus bagi alat ganti kenderaan itu yang terjejas akibat banjir.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Abdul Harith Abdullah berkata, syarikat itu pada mulanya menawarkan pemilik kereta terbabit dengan diskaun 20 peratus bagi semua kerja pembaikan kenderaan itu.

"Namun, kami berasakan tawaran awal itu tidak memadai dalam keadaan sekarang dan memutuskan untuk memberi diskaun 30 peratus bagi alat ganti manakala bayaran khidmat buruh tidak akan dikenakan bagi pelanggan Proton yang terjejas akibat banjir.
"Kami menasihati pelanggan berkenaan menghantar kereta mereka ke pusat servis diiktiraf Proton yang berhampiran bagi membolehkan kereta mereka dibaiki," katanya dalam satu kenyataan.

Program 'Proton We-Care Prihatin Banjir' sehingga 15 Mac tahun depan itu, turut merangkumi perkhidmatan pemeriksaan secara percuma, penilaian kerosakan dan perkhidmatan tunda kenderaan dari kawasan terjejas banjir ke pusat servis Proton.

Pemilik kereta Proton juga boleh menghubungi talian Khidmat Pelanggan 1800-888-398 bagi sebarang pertanyaan, bantuan serta khidmat tunda kereta.

Selain itu, Proton turut berkongsi panduan pengurusan kereta yang terjejas akibat banjir iaitu :
  • Tidak menghidupkan enjin kereta;
  • Tidak menggunakan alat kawalan jauh bagi membuka pintu kereta, sebaliknya melakukannya secara manual;
  • Pastikan untuk mengalihkan terminal negatif bateri kereta bagi menghentikan pengaliran elektrik dalam kereta.
Kesemua tiga langkah di atas bertujuan meminimumkan kerosakan peralatan, terutamanya komponen elektrik dan mekanikal kereta selain boleh menyelamatkan beberapa bahagian peralatan berkenaan.

Selepas menutup elektrik kereta, pemilik kenderaan itu harus mengambil barangan berharga yang disimpan dalam kereta, mengunci kereta secara manual dan memastikan kenderaan itu ditunda ke pusat servis diiktiraf Proton yang berhampiran. (Benama)

Lihat..

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails