Monday, December 22, 2014

Janet Jackson Pakai Tudung, Sebagai Duta Unicef Lawat Palestin. Syabas!

Janet Jackson bergambar dengan pelajar Palestin.

HALAMAN HIBURAN
TEBING BARAT - PALESTIN. Ikon muzik pop antarabangsa, Janet Jackson mengadakan lawatan ke Palestin bersama suaminya, Wissam al-Mana, semalam.

Jackson, yang juga duta muhibbah Tabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa Bersatu (Unicef) memuatnaik gambarnya di laman mikro Twitternya bersama beberapa pelajar Palestin.

Tweet beliau: "Aman. Sekolah Menengah Yatta, Tebing Barat bersama @UNICEF. "Pelajar Palestin yang cantik.”

Dalam pada itu, beliau kemudiannya turut memuatnaik gambar suaminya di papan tanda keamanan yang diletakkan di sepanjang jalan menuju ke asrama kanak-kanak lelaki Palestin. Tulisnya di Twitter: "Aman. Sekumpulan kanak-kanak lelaki Palestin dari keluarga pengembala di Bi'r al 'Id, Bukit Hebron Selatan bersama @UNICEF."

Sebelum menyeberangi ke Palestin, Jackson turut melawat Kem Zaatari di Jordan pada 17 Disember lalu yang menempatkan beribu-ribu pelarian Syria yang terpaksa berhadapan dengan konflik yang melanda.

Syabas  Janet Jackson! Pakai Tudung dan sebagai Duta Unicef melawat Palestin. (IH)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails