Friday, December 26, 2014

Banjir Hari Ini: Jumlah Mangsa Di Pahang Naik Mendadak, K'tan Menurun


Penduduk Kuala Krau meredah jalan Temerloh-Jerantut selepas dilanda banjir luar biasa pada Khamis. Kampung-kampung yang berada di kawasan persisiran Sungai Pahang dilanda banjir selepas Taman Negara Kuala Tahan dilanda banjir luar biasa. - fotoBERNAMA

KUALA LUMPUR: Mangsa banjir di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Perak berjumlah 103,649 orang pagi Jumaat dengan Pahang menunjukkan peningkatan mendadak mereka yang dipindahkan ke pusat pemindahan manakala Kelantan mencatatkan sedikit penurunan.

PAHANG paling teruk terkesan apabila jumlah mangsa banjir meningkat secara mendadak pagi ini kepada 35,736 berbanding 28,578 orang, Khamis.

Jumlah itu membabitkan 9,094 keluarga dari lapan daerah yang terjejas, menurut jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang.

Kuantan mencatatkan jumlah mangsa paling tinggi dengan 19,924 orang daripada 5,343 keluarga yang ditempatkan di 44 pusat pemindahan.

Jerantut merekodkan 4,723 mangsa pemindahan, Lipis (2,763), Maran (2,711), Temerloh (2,661), Pekan (2,266), Rompin (411) dan Bera (277).


No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails