Thursday, December 25, 2014

Banjir: K'tan Kritikal. Bantuan Dari S'gor & P.Pinang?

Oleh DATUK HUSAM MUSA  
SAYA baru selesai melawat bilik gerakan banjir negeri Kelantan di Kota Darulnaim. Paras air di sungai utama di seluruh Kelantan menunjukkan peningkatan ketara. Ini meningkatkan kedudukan kritikal di bebarapa jajahan seperti Kuala Krai yang sudah sedia kririkal. Namun begitu Alhamdulillah hujan pada waktu ini telah berhenti di seluruh negeri.

Mengenai penduduk yang terperangkap di atas sebuah Bukit di Manek Urai, pihak bomba cuba menghantar bantuan pada malam ini juga dan pihak tentera akan membuat percubaan kali ketiga bagi menghantar bantuan pada esok pagi.

Berdasarkan kedudukan yang kritikal pada waktu ini, jika sekiranya hujan esok hari, pihak MKN harus menggerakkan lebih banyak jentera dan tenaga bantuan di kawasan kawasan kritikal, apa lagi kemudahan perhubungan utama antara Kelantan dan negari lain telah terputus. Kemudahan bot bomba yang lebih besar umpamanya tidak dapat dihantar ke Kelantan.

Pada masa yang sama saya telah menghubungi YAB MB Selangor Azmin Ali supaya dapat mengirimkan sumbangan tanda solidarati. Alhamdulillah kerajaan Selangor bersetuju dan jumlah bantuan mungkin diumumkan sehari dua ini.

Saya juga cuba menghubungi YAB Ketua Menteri Pulau Pinang bagi tujuan yang sama tetapi beliau masih berada di luar negara.

Naib Presiden PAS
25/12/2014
12.08 am

Lihat..

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails