Wednesday, December 24, 2014

Unit Kepulauan Melayu IS, Jadikan B/Melayu Bahasa Resmi.

BAHASA Melayu sebagai bahasa rasmi.  Ini yang istimewa. Hal ini terbongkar selepas pihak polis mengesan satu unit khas terdiri daripada saki baki kumpulan militan dari Indonesia dan Malaysia bergabung bagi mewujudkan satu unit tentera khusus Negara Islam (IS). Mereka merekrut penduduk Melayu/Islam di Malaysia untuk menjadi ahli mereka.

Sumber Ibu Pejabat Polis Bukit Aman dilaporkan berkata, kumpulan militan itu yang turut mempunyai 'cawangan' di negara ini dikesan pernah menghantar anggotanya ke Timur Tengah termasuk  Afghanistan untuk menjalani latihan ketenteraan bagi tujuan aktivitimereka.

"Unit itu dikenali sebagai Katibah Nusantara Lid Daulah Islamiyyah atau Unit Kepulauan Melayu Negara Islam. Unit ini adalah salah satu daripada unit IS di Iraq dan Syria.
“Dipercayai unit ini dibentuk berikutan ramai ahlinya mempunyai masalah komunikasi dalam bahasa Inggeris atau Arab untuk bergaul dengan unit multinasional IS lain,” katanya.

Difahamkan kumpulan itu turut dibentuk bagi merekrut serta menyediakan kemudahan termasuk kewangan kepada individu yang mahu pergi ke Syria bagi menyertai perjuangan IS di Timur Tengah.

“Berdasarkan maklumat, seramai lebih 50 rakyat Malaysia dan sekitar 200 rakyat Indonesia kini menyertai IS di Syria dan Iraq. Kebanyakan mereka memasuki Syria menerusi negara ketiga seperti Turki dan Jordan,” katanya.

Institute for Policy Analysis of Conflict (IPAC) yang berpengkalan di Jakarta dalam sebuah laporan mengatakan kumpulan itu kini 'berjuang' di di kota Al-Shadadi, di daerah Hasaka, Syria. Ahli Unit Kepulauan Melayu Negara Islam asal Indonesia, dikenali sebagai Bahrum Syah (gambar jubah hitam).

Ia dilihat muncul dalam satu video yang bertujuan untuk merekrut anggota baru berbahasa Melayu selain dikesan mengadakan pertemuan yang diatur melalui rangkaian kawan-kawan facebook.
Sebelum ini, Malaysia dan Indonesia berjaya menumpaskan kumpulan militan yang mempunyai kaitan dengan Al Qaeda iaitu Jemaah Islamiyah (JI). Polis Cawangan Khas Malaysia dan Delta 88 Indonesia menangkap ramai mengikut JI di kedua-dua negara sejak kumpulan itu terlibat dengan serangan bom di Bali pada 2002.

JI pernah menghantar anggotanya ke Afganistan dan Selatan Filipina menjalani latihan ketenteraan untuk tujuan yang disebut keganasan. Kumpulan militan JI ini dikesan meluaskan pengaruh di Malaysia, Filipina dan Singapura bagi memastikan rancangan 'jihad' mereka mampu dilaksanakan.

"Kebangkitan IS di Iraq dan Syria menarik minat JI mempelajari kaedah dan strategi bagi mencetuskan kebangkitan pemberontakan Khilafah Islam di Asia Tenggara," kata sumber polis.

Negara-negara Barat sudahpun memulakan kempen ketenteraan bagi menumpaskan IS di Iraq dengan melancarkan operasi ketenteraan di utara Iraq sejak Ogos lalu dan kini meningkatkan kempennya.
Apa yang menjadi kebimbangan Barat kini ialah IS terus mendapat sokongan daripada banyak pihak terutama daripada kumpulan-kumpulan jihad yang mendokong misi sama, termasuk bekas pemimpin Jemaah Islam (JI) di Indonesia Abu Bakar Bashir (gambar bawah) yang menyeru umat Islam seluruh dunia menyokong perjuangan IS.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak baru-baru ini membentangkan Kertas Putih di Dewan Rakyat berhubung ancaman kumpulan militan IS mengumumkan Malaysia kini menggunakan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas), Akta Pencegahan Jenayah dan Kanun Keseksaan bagi tujuan menangani elemen militan di dalam negara.-23/14/2014 (IH)

1 comment:

Unknown said...

Nak komen baikpun tidak, tidakpun tidak kerana tak jelas. walau bagai manapun perlu diingat di rantau kepulaun melayu nisi'ah sedang berkembang, syi'ah umpama gunting dalam lipatan.Syi'ah teramat bahaya dari ugma samawai lainnya maupun ugama penyembah berhala ataupun ethist.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails