Monday, December 22, 2014

Bantuan Kewangan Lelaki Kahwin Dua & Muslimat Wajib Bertudung.


 
KUWAIT: Seorang ahli Parlimen Kuwait mencadangkan kerajaan memberi bantuan kewangan rasmi kepada kaum lelaki untuk berkahwin kali kedua bagi mengurangkan bilangan wanita bujang di negara itu.

SEORANG wanita Arab yang berpakaian agak seksi berjalan di sebatang jalan tumpuan pelancong Arab di Bukit Bintang.

“Cadangan ini bertujuan menyelesaikan masalah wanita bujang yang semakin ramai selain menggalakkan golongan janda serta lelaki dan wanita yang bercerai membina kehidupan baru,” kata ahli perundangan Syiah, Faisal Al Duwaisan.

Kuwait sudah memperuntukkan 4,000 dinar (RM43,700) dalam kategori ‘bantuan perkahwinan’ kepada warga lelakinya yang berkahwin kali pertama.

Separuh daripada bantuan itu berbentuk ‘geran’ dan separuh lagi pinjaman yang perlu dibayar secara ansuran.  Faisal berkata, beliau mencadangkan bantuan tambahan diberi kepada lelaki yang mahu berkahwin kali kedua berdasarkan beberapa syarat tertentu.

Demikian berita dari AFP

Sementara itu menurut  Asharqalawsat..

Beberapa ahli parlimen (MP) Kuwait bertindak mendesak pihak berkuasa agar memperkenalkan satu peraturan baru untuk mewajibkan golongan muslimat negara itu supaya bertudung kepala, ia berikutan terdapat dua ahli parlimen wanitanya masih lagi tidak bertudung kepala seperti yang diarahkan oleh Mahkamah Perlembaan negara itu.

Ahli Parlimen, Dr Jam’an al-Harbash berkata, pihak berkuasa perlu segera menguat-kuasakan peraturan itu kerana ia adalah wajib di sisi undang-undang negara dan agama. Ia berikutan desakan Majlis Fatwa Kuwait yang bersidang 24 November lalu yang mewajibkan seluruh muslimat di Kuwait memakai tudung kepala.

Ahli Parlimen, Faisal al-Muslim pula menyebut, bahawa pihak berkuasa bertanggungjawab menyegerakan penguat-kuasaan pemakaian tudung kepala ke atas seluruh muslimat di Kuwait bagi membuktikaan kerajaan bersedia melaksanakan keputusan sidang parlimen yang meluluskan peraturan baru itu.

Walau bagaimanapun, keputusan itu disangkal oleh ahli-ahli parlimen Liberal yang menganggap fatwa berkenaan tidak relevan malah perlu merujuk kepada peraturan asal yang tidak menyebut wajib, malah pemakaian tudung kepala sebagai satu pakaian pilihan ke atas semua wanita negara itu.

Sementara seorang ahli parlimen wanita Kuwait yang ditemui, Rola Dashty telah mengemukakan bantahan 27 November lalu dengan menyatakan bahawa peraturan itu perlu dirombak semula, ini termasuk peraturan baru juga perlu diperkenalkan kepada calon-calon wanita yang bertanding dalam pilihan raya terlebih dahulu memakai tudung kepala sesuai dengan tuntutan Syariat Islam dan kehidupan berpolitik. (IH)

3 comments:

Anonymous said...

Di mana2 negara, masalahnya ialah mempermudahkan lelaki berkahwin atau membantu lelaki berkahwin bukannya menggalakan poligami. Hal ini demikian kerana lelaki sudah lama melebihi wanita di semua negara. Realiliti di Kuwait pula, bilangan lelaki melebihi 4 orang setiap 100 wanita.

adnan M

Anonymous said...

rujukan disini
http://en.wikipedia.org/wiki/List_of_countries_by_sex_ratio


adnan m

Faqirulkhoir said...

En Adnan M, anon 4.12, 4.13 pm, salaam,
Di Mesia, banyak faktur2 perlu diambil kira dan tidak sematamata nisbah jantina dlm isu prkahwinan. Sejak berpuluhpuluh tahun, lebih ramai wanita yg mndapat pelajaran tinggi dan serentak dgn itu lebih ramai lelaki yg 'tercicir'. Begitupun,lebih ramai llaki yg terlibat dgn dadah, jnayah dan lain2 gejala antisosial, berbanding perempuan. Taburan umur juga memainkan pranan, krana,lazimnya llaki kurang minat untuk berkahwin dgn prempuan yg lebih umurnya. Lantaran itu nisbah jantina scara mentah mungkin kurang nilai.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails