Saturday, February 02, 2019

89 Warga China Terlibat Aktiviti Haram Judi.

Judi online
Sebahagian daripada 92 warga China didakwa terlibat dalam kegiatan judi online di Mahkamah Kuala Lumpur, hari ini. - UTUSAN ONLINE/ZAINI HUSIN


KUALA LUMPUR 31 Jan. - Seramai 89 warga China dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini masing-masing atas pertuduhan menjalankan aktiviti pertaruhan haram.
Daripada jumlah tersebut, seramai 62 tertuduh mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan selesai dibacakan secara berasingan di beberapa Mahkamah Majistret, manakala bakinya tidak direkodkan pengakuan ekoran masalah bahasa.
Prosiding pendakwaan semua tertuduh yang berusia antara 17 hingga 49 tahun itu dilaksanakan di hadapan Majistret-majistret Siti Radziah Kamarudin, Norasyikin Sahat, Farah Adlini Mohd Din, Rahni Kartini Abd. Rahim, Namirah Hanum Mohamed Albaki, Umzarul An-Nur Umar dan Maizatul Munirah Abdul Rahman.
Mengikut pertuduhan, mereka didakwa membenarkan sesebuah tempat menjalankan aktiviti pertaruhan haram di sebuah premis di Menara Hai-0, Jalan Bukit Bintang di sini pada pukul 1.30 pagi, 21 Januari lalu.
Pertuduhan terhadap mereka dikemukakan mengikut Seksyen 4(1)(c) Akta Pertaruhan 1953 yang memperuntukkan hukuman denda tidak kurang RM20,000 dan maksimum RM200,000 dan boleh dihukum penjara maksimum lima tahun, jika sabit kesalahan.
Mahkamah kemudian membenarkan kesemua tertuduh diikat jamin antara RM2,300 hingga RM11,000 dan menetapkan tarikh 1,4,7,8,12 dan 13 Mac ini sebagai sebutan semua kes.
Akhbar Utusan Malaysia 23 Januari lalu melaporkan taktik menjadikan sebuah pejabat sebagai pusat panggilan (calling centre) mencari kaki judi dalam talian terbongkar apabila polis menahan 92 individu termasuk tujuh wanita warga China di Jalan Bukit Bintang, kelmarin.
Dalam serbuan pukul 1.30 petang itu, kesemua individu ditahan oleh pasukan pegawai dan anggota Bahagian Anti Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur dan Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi hasil maklumat dan risikan. - UTUSAN ONLINE

Kes Mohd Adib: Heret Penjenayah Ke Pengadilan. -Dr Ahmad Fakhruddin.



SELURUH rakyat Malaysia menantikan keputusan prosiding inkues punca kematian Allahyarham Mohamad Adib Kassim bermula pada 11 Februari ini yang melibatkan 30 orang saksi.

fakhrurudin
Rakyat begitu berharap agar prosiding inkues berkenaan dapat membuka laluan tertegaknya keadilan dan mengheret mereka yang terlibat menyebabkan kematian allahyarham ke muka pengadilan dengan segera.
Almarhum telah bertarung nyawa selama 21 hari di IJN selepas diserang sekumpulan individu di kuil Sri Maha Mariamman di Seafield, Subang Jaya pada 27 November tahun lalu, meninggalkan kesan psikologi ke atas keluarga terdekat.

PAS Kedah ingin menyatakan sokongan moral kepada pasukan peguam yang mewakili keluarga Almarhum Muhammad Adib dan berharap agar mereka berjaya memperkukuhkan bukti punca kematian almarhum dalam prosiding inkues tersebut.

Tidak ketinggalan juga sokongan kepada pihak keluarga almarhum semoga mereka dapat melalui masa-masa getir kini dan semua ahli PAS sentiasa mendoakan supaya inkues berkenaan dapat merungkai teka-teki punca kematian almarhum.
DR AHMAD FAKHRUDDIN SHEIKH FAKHRURAZI 
Pesuruhjaya PAS Kedah – HARAKAHDAILY 2/2/2019

Isu Perintah Persetujuan Sarawak Report





Saman SR: Penyelesaian luar mahkamah

SETELAH YB. Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang meneliti keseluruhan tindakan mahkamah yang telah difailkan oleh beliau terhadap Clare Rewcastle Brown (Defendan) dari semua aspek, dan juga setelah mempertimbangkan pandangan serta nasihat peguam beliau, adalah dimaklumkan bahawa YB. Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang telah membuat ketetapan untuk memuktamadkan penyelesaian di luar mahkamah (out of court settlement) melalui Perintah Persetujuan (Consent Order) bertarikh 1 Februari 2019 di Mahkamah Tinggi London (High Court of Justice, Queen’s Bench Division) seperti berikut:
1. YB. Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang menarik balik Tuntutan (claim) terhadap Defendan;
2. Clare Rewcastle Brown (Defendan) menarik balik Tuntutan Balas (counter claim) terhadap YB. Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang;
3. Tiada perintah berkenaan kos (no order as to costs); dan
4. Kedua-dua pihak adalah tertakluk kepada persetujuan kerahsiaan mengenai terma-terma berkaitan penyelesaian ini.
Seterusnya YB. Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang mengucapkan terima kasih dan merakamkan setinggi penghargaan kepada barisan peguam, ahli-ahli PAS dan semua pihak yang telah memberikan sumbangan dan sokongan sepanjang perjalanan kes ini.
SYAHIR SULAIMAN

Setiausaha Politik Presiden PAS

Bertarikh: 2 Februari 2019 – HARAKAHDAILY 2/2/2


Isu Perintah Persetujuan Sarawak Report
HARI ini hampir semua ahli PAS tergamam menerima berita kes Sarawak Report telah diselesaikan di luar Mahkamah melalui Perintah Persetujuan. 
Di saat ada ahli yang menjual barangan peribadi untuk menyumbang kos guaman kes ini, keputusan TGHH ini adalah sesuatu yang mengejutkan akal manusia rasional.
Sebagai orang yang mempunyai latar belakang undang-undang dan mengikuti dengan dekat kes ini, saya juga pernah terdetik bahawa PAS patut menyelesaikan kes ini di luar mahkamah. Namun sebagai ahli PAS yang memahami keputusan Presiden pastinya akan melalui syura dan mendapat nasihat yang sewajarnya daripada orang yang lebih berkelayakan, saya diamkan sahaja.
Apabila mendapat tahu keputusan TGHH hari ini, walaupun tertanya-tanya, tetap terselit perasaan gembira. Setakat pengetahuan saya mengenai perjalanan kes ini, terdapat beberapa sebab saya rasakan keputusan ini bukan sahaja mengambil kira kalah menang kes tetapi kepentingan PAS dan ahlinya untuk masa panjang.
Pada pendapat saya, PAS sudah pun mencapai matlamat dengan kemenangan interlokutori April tahun lepas. PAS mendapat keputusan cemerlang dengan memenangi 4 permohonan dan menolak 1 permohonan Clare. Permohonan-permohonan tersebut bukan sahaja membabitkan persoalan teknikal tapi turut memberi kesan terhadap isu-isu subsantif. Sekalipun kes ini diteruskan, ianya tidak lagi mempunyai kesan yang diperlukan kepada Plaintiff melainkan lebih kepada perbincangan akademik.
Sekiranya PAS menang, kuantum ganti rugi juga akan menjadi sangat sikit. Hal ini kerana kemenangan PAS dalam PRU lepas sehingga menguasai 2 negeri memberi gambaran kepada Mahkamah seolah-olah artikel itu tidak menjejaskan reputasi atau memberi kesan kepada PAS.
Dari sudut implikasi kewangan, semua orang maklum PAS tidak mampu membayar sendiri dan bergelut untuk menjelaskan kos guaman. Kos yang berjuta-juta sebelum ini hanya melibatkan perbicaraan interlokutori dan persediaan perbicaraan penuh, kos yang berganda besar sudah pasti diperlukan untuk perbicaraan yang akan melibatkan ramai saksi dan memakan banyak hari.

Tambahan pula, semua ahli maklum TGHH tidak berada dalam kondisi kesihatan yang baik untuk diletakkan ke dalam kandang saksi dan melalui pemeriksaan balas yang intensif dan mungkin memakan masa banyak hari.

Atas semua kemungkinan pertimbangan apa yang kita sudah dapat, apa yang kita akan tanggung dan apa yang kita akan dapat, saya rasa memang tidak berbaloi untuk kes ini diteruskan sehingga ke perbicaraan. Hakikatnya, PAS sudahpun dapat apa yang diperlukan ketika menang perbicaraan interlokutori.
UMMU MARWA

2 Februari 2019 – HARAKAHDAILY 2/2/2019

60% Orang Melayu Tidak Puas Hati Dengan PH.

PAKATAN Harapan (PH).


KUALA LUMPUR 1 Feb.- Hampir 60 peratus masyarakat Melayu tidak berpuas hati dengan prestasi Pakatan Harapan (PH) setelah mereka menjadi kerajaan kira-kira 10 bulan lalu.
Kajian yang dibuat agensi perundingan, Ilham Centre bersama Penang Institute mendapati kebanyakan responden tidak percaya PH serius melaksanakan agenda Melayu termasuk mempertahankan hak-hak Melayu serta Islam sebagai agama rasmi.
Ketua Penyelidik Ilham Centre, Dr. Mohd. Yusri Ibrahim memberitahu, kajian itu dijalankan melibatkan masyarakat Melayu di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak yang mewakili semua jantina, kumpulan umur serta tahap sosio ekonomi.
“Mereka melahirkan kebimbangan sama ada kerajaan PH boleh atau tidak mempertahankan hak serta keistimewaan orang Melayu serta kesucian agama Islam.
“Ini mungkin disebabkan naratif Islam yang dibawa PH sukar difahami orang Melayu kerana falsafahnya terlalu mendalam,” katanya seperti dilaporkan akhbar Sinar Harian hari ini.
Laporan tersebut turut memberitahu, selain isu Melayu dan Islam responden juga tidak berpuas hati terhadap isu harga walaupun cukai barang dan perkhidmatan (GST) telah disifarkan.
“Dalam masa sama harga komoditi sawit, getah dan kelapa merundum menyebabkan orang Melayu semakin susah.
“Kajian juga mendapati hampir separuh responden berpendapat PH mampu bertahan lebih daripada satu penggal untuk mentadbir negara. - UTUSAN ONLINE

‘Geng Ganja’ Jangan Cepat Melompat -Dr Suhazeli Abdullah.



PESANAN saya kepada ‘geng ganja’ supaya jangan cepat melompat gembira dengan laporan akhbar ini. (bharian.com.my/wanita/sihat/2019/01/524836/eksklusif-marijuana-bantu-rangsang-saraf-otak-mati)
Tolong baca satu persatu apakah isi yang ingin disampaikan oleh pangkaji daripada Universiti Putra Malaysia (UPM) itu.
dr suhazeli

1. Kajian atas tikus itu melihat berlakunya rangsangan saraf otak yang sudah mati. Satu pernyataan yang agak keliru, kerana mekanisma penyakit alzheimer adalah kompleks dan bukannya berpunca daripada sel otak yang mati semata-mata. Walau bagaimanapun kajian ini telah membuka satu dimensi baru kepada para pengkaji untuk meneruskan fasa kajian lebuh lanjut ke atas manusia. Namun kita tidak boleh melompat membuat kesimpulan bahawa ganja boleh digunakan untuk merawat sel otak yang mati bagi pesakit alzheimer atau nyanyuk manusia buat masa ini. Jika penyakit nyanyuk tikus mungkin boleh, sebab kajian UPM itu dijalankan ke atas tikus.

2. Lihat dos yang digunakan. Sepertimana biasa kita selalu sebut "The Dose Make The Poison", di mana, apa sahaja ubatan yang diberikan kepada pesakit adalah dalam bentuk yang tersukat setelah menjalani kajian-demi kajian. Kajian-kajian itu dibuat bagi memastikan sesuatu bahan selamat dan sedikit kesan sampingan jika ada untuk kegunaan manusia secara umum. Kajian ganja yang diberitakan oleh pensyarah UPM itu juga menilai tahap dos yang tertentu. Prof Dr Mohamad Aris berkata, kanabis pada dos rendah boleh memberi kebaikan daripada sudut kesihatan tetapi mendatangkan kemudaratan sekiranya diambil melebihi 2 mg/kg. Kajian ini dibuat atas haiwan bukannya manusia. Empat kumpulan tikus yang menerima suntikan tetrahidrokannabinol (THC) iaitu sebatian psikoaktif yang diekstrak daripada kanabis pada dos serendah 0.5 miligram (mg), 1.0 mg, 1.5 mg dan 2.0 mg/kilogram (kg). Sekali lagi, kita tidak boleh melompat gembira bahawa ganja boleh diberi kepada manusia yang waras pemikirannya.

3. Beliau tidak pun menyimpulkan hasil kajian atas manusia. Cuma memberi andaian jika sekiranya terbukti boleh merangsang sel saraf baharu, ini bermakna kanabis boleh digunakan untuk merawat pesakit alzheimer atau nyanyuk yang berpunca daripada saraf otak mati?

4. Kajian ganja itu diberikan kepada tikus normal dengan andaian sel otak boleh terbina terhadap tikus yang mempunyai masalah nyanyuk dalam dos yang tersukat. Tidak semudah itu boleh dibuat konklusi untuk manusia, kajian lanjut atas manusia diperlukan. Cuma adakah berbaloi untuk dibuat kajian ke atas manusia di saat ramai yang cuba mengambil kesempatan untuk mengambil nikmat khayalnya THC itu melebihi dos yang sepatutnya?

5. Apa yang dperhatikan atikel eksklusif ini mungkin sebenarnya terbit daripada agenda rentetan dari segelintir individu yang ingin menghalalkan ganja dalam negara kita. Mereka telah memetik keputusan yang telah dibuat oleh Kerajaan Thailand dalam isu menghalalkan ganja perubatan pada awal tahun 2019.

Pegang konsep ini betul-betul; Cuba teliti kaedah membuat kajian sains perubatan, kajian ganja yang dilaporkan di atas sama tarafnya dengan kajian herba lain. Sama seperti kajian yang telah dibuat ke atas durian belanda, daun rerama dan beberapa herba lain lagi.
Terdapat sebahagian besar herba yang baharu sahaja memasuki fasa 1 (ujikaji piring pateri makmal dan haiwan), tetapi belum pun lulus di tahap yang seterusnya terutamanya kajian ke atas manusia dalam skala yang ramai. Tetapi dek kerana publisiti yang telah dibuat oleh media utama tanpa melihat kepada konsep sebenar kajian dalam perubatan, mereka sudah mendakwa bagai.
Malah terdapat di antara jurujual yang mengambil kesempatan untuk meraih keuntungan hasil dari promosi di media massa dan media maya. Masyarakat yang tidak mengetahui konsep kajian itu terus dikelentong atas nama sains. – HARAKAHDAILY 1/2/2019

Wanita Pelajar Merompak Selepas Ajak Seks.

MIZAN QISTINA RAZALI
MIZAN QISTINA RAZALI


PETALING JAYA 31 Jan. – Tindakan seorang pelajar kolej swasta ‘mengumpan’ dengan ajakan seks sebelum merompak seorang lelaki yang dikenali menerusi aplikasi sosial Tinder tiga tahun lalu mengundang padah apabila wanita itu dihukum penjara enam tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini.
Hakim Mohammed Mokhzani Mokhtar menjatuhkan hukuman yang diperintahkan bermula dari hari ini terhadap Mizan Qistina Razali, 24, yang hadir dengan ditemani ke­dua-dua ibu bapanya selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah.
Mahkamah bagaimanapun mem­benarkan permohonan pi­hak pembelaan untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman sementara menunggu ra­yuan di Mahkamah Tinggi de­ngan mengekalkan jumlah jaminan sebanyak RM7,000.
Mengikut pertuduhan, Mizan Qistina bersama seorang lagi yang masih bebas iaitu bekas teman lelakinya telah me­lakukan rompakan berkumpulan bersenjatakan sebilah pisau terhadap Foong Wei Chieh, 34, dengan merampas sebuah telefon bimbit iPhone 6S dan wang tunai RM1,500 di Cova Suites, Jalan Teknologi, Kota Damansara di sini pada pukul 9.30 malam, 24 November 2016.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 397 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun.
Mengikut fakta kes, tertuduh menjemput mangsa ke kondominiumnya untuk melakukan seks sebelum seorang lagi suspek lelaki yang masih bebas masuk ke dalam rumah dan merompak mangsa.
Ketika suspek lelaki bergelut de­ngan mangsa, Mizan Qistina terus mengambil dompet mangsa dari kereta sebelum mengeluarkan wang milik mangsa daripada mesin juruwang automatik (ATM).
Terdahulu, ketika rayuan, peguam Norhasham Hasan yang mewakili tertuduh memohon hukuman ringan atas alasan anak guamnya masih muda ketika melakukan kesalahan tersebut dan hukuman penjara yang lama akan memberi kesan kepada masa depan tertuduh yang juga merupakan anak sulung dalam keluarganya.
“Anak guam saya juga bertindak demikian kerana terpengaruh dengan ajakan bekas teman lelakinya yang mengaburi mata tertuduh untuk hidup senang. Oleh itu, saya memohon mahkamah mempertimbangkan hukuman ringan,” katanya.
Walau bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Ashyraf Ashy’ari Kamaruzaman memohon hukuman berat dengan mengambil kira faktor penggunaan senjata berbahaya dalam kes ini di samping ia adalah jenayah terancang dan bukannya jenayah yang dilakukan akibat desakan.(Utusan)

Tuduh Presiden PAS Guna Sentimen Agama Pengaruhi Pengundi.




TUDUHAN bahawa Presiden PAS melanggar undang-undang dengan menggunakan sentimen agama untuk mempengaruhi pengundi adalah suatu dakwaan yang dangkal dan berniat jahat.
Peguam yang membuat dakwaan tersebut seperti gagal memahami bahawa suatu peruntukan undang-undang itu tidak boleh dibaca secara berasingan dan mesti mengambil kira undang-undang yang berkaitan terutamanya Perlembagaan Persekutuan.
Kebebasan bersuara yang dijamin Perlembagaan Persekutuan tidak menghalang kebebasan berpolitik iaitu kebebasan untuk mewakili suara parti dan pihak yang diwakili. Tambahan pula, kedudukan Islam dan hak istimewa orang Melayu memang dijamin dalam Perlembagaan Persekutuan.
Pada masa yang sama, Akta Pertubuhan pula membenarkan parti politik untuk mempromosi kepentingan ahlinya. PAS adalah parti politik yang mempromosikan kepentingan Islam dan orang Melayu adalah komponen terbesar kepada kepentingan tersebut.
Seruan untuk mengundi pemimpin Muslim secara jelas bukan perbuatan `mengembang perasaan jahat' atau kempen hasut-menghasut untuk membenci calon lain. Definisi pecah belah agama dan rasis tidak boleh mengikut pendapat peribadi beliau semata-mata sebaliknya, peruntukan undang-undang perlu dibaca secara menyeluruh.
Kenyataan peguam tersebut jelas bersifat mentafsirkan undang-undang tanpa asas, berniat jahat (mala fide) dan dengan sengaja mahu membangkitkan persepsi jahat dan kebencian awam terhadap PAS dan orang Melayu Islam. Sekiranya beliau merasakan mempunyai asas yang kuat, sepatutnya sejak dari awal lagi beliau sendiri boleh membuat laporan kepada pihak polis.
Kenyataan ini bertujuan mahu menutup kesalahan yang dilakukan Pakatan Harapan (PH) sepanjang tempoh kempen sehingga hari pengundian PRK Cameron Highlands dan ia juga adalah manifestasi ketakutan melampau terhadap kesatuan Melayu dan Islam yang merupakan ancaman terbesar terhadap survival politik PH.
Peliknya, mereka yang selalu mengganggu-gugat kepentingan Melayu dan Islam tidak pula dianggap menentang Perlembagaan sebaliknya suara yang menyeru kepada kesatuan Melayu dan Islam pula yang dituduh menyalahi undang-undang.
“Islam Memimpin”
takiri1
DATO’ DR. MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI AT-TAKIRI

Ahli Parlimen Kuala Nerus

1 Februari 2019 | 26 Jamadilawal 1440 – HARAKAHDAILY 1/2/2019

Friday, February 01, 2019

Lelaki Laungkan Takbir, Dituduh Maki G/Eng, Mencurigakan &Positif Ganja.



KUALA LUMPUR 31 Jan. - Lelaki berjubah yang cuba mencetuskan kekecohan dengan menjerit ke arah Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, dalam satu majlis sempena Tahun Baru Cina di pekarangan Kompleks Sukan Bukit Jalil, di sini semalam didapati positif ganja.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, suspek berusia 23 tahun dan berasal dari Puchong Selangor itu ditahan kerana bertindak secara mencurigakan dan mengeluarkan kata-kata lucah terhadap menteri.
“Suspek telah ditahan reman selama tiga hari bermula hari ini untuk disiasat di bawah Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil dan Seksyen 15 (1) Akta Dadah Berbahaya,” katanya, di sini hari ini.
Dalam kejadian yang berlaku semalam, lelaki itu menjerit sambil cuba memegang sesuatu di pinggangnya sebelum dihalang oleh pihak berkuasa.
Lelaki itu juga sempat melaungkan takbir beberapa kali sambil bercakap dalam bahasa yang tidak difahami sebelum ditenangkan pihak berkuasa dan dibawa ke Balai Polis Bukit Jalil.-UTUSAN ONLINE

‘Rahmatan Lil Alamin’ PH, Jaga Bukan Islam Lebih Dari Orang Islam.



KOTA BHARU: Konsep ‘Rahmatan Lil Alamin’ yang diperkenalkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) sekadar mengulangi moto yang banyak digunakan kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini.
Penerapan nilai-nilai Islam dan Islam Hadhari kini tidak lagi menjadi sebutan ramai selepas pemimpin bertukar ganti.
Timbalan Presiden PAS, Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, konsep tersebut biar pun nampak ada pembaharuan, namun malangnya tidak disandarkan kepada akidah.
Katanya apa yang berlaku sekarang memperlihatkan kerajaan PH mahu menjaga masyarakat bukan Islam lebih daripada orang Islam.
“Mereka cuba memperlihatkan Islam memberi rahmat kepada semua orang. Namun perlu diingatkan ia perlu disandarkan kepada akidah.
“Dalam Islam setiap perkara yang dilakukan perlu berpandu kepada akidah,” katanya ceramah jelajah Hari Murabbi Ummah di perkarangan Pasar Saidina Ali di Pekan Kok Lanas malam tadi.
Hadir sama Yang Dipertua PAS Ketereh Ustaz Wan Ismail Wan Jusoh dan Penyelia Dun Kok Lanas Ustaz Nik Mahadi Nik Mahmood.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dato’ Dr Mujahid Yusof sering kali mencanangkan idea Rahmatan Lil Alamin yang cuba menggambarkan kasih sayang Islam terhadap semua pihak.
Bagaimanapun Tuan Ibrahim bimbang konsep tersebut akan hanyut sama seperti Islam Hadhari yang pernah digagaskan Tun Abdullah Ahmad Badawi. - HARAKAHDAILY 1/2/2019

Tangguh Projek HSR, M'sia Bayar S'pura.S$15 Juta. Siapa Cekop, Siapa Cekap?

Malaysia bayar kos tangguh projek HSR, kata Singapura
Perkhidmatan Ekspres HSR antara Singapura dan Kuala Lumpur dijadual bermula menjelang 1 Jan, 2031 berbanding tarikh awal pada 31 Dis, 2026. - Gambar hiasan

Malaysia Bayar kos tanggguh projek HSR, kata Singapura.
Singapura: Malaysia telah membuat bayaran kos penangguhan pelaksanaan Projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR), kata Kementerian Pengangkutan republik itu.

Dalam satu kenyataan di sini pada Khamis, jurucakap kementerian itu berkata republik tersebut telah "mendapat pengesahan daripada Kerajaan Malaysia menerusi koresponden diplomatik" mengenai pembayaran itu.

Pada 5 Sept, 2018, Singapura telah bersetuju menggantung pembinaan projek itu sehingga akhir Mei, 2020.


Susulan permohonan Malaysia itu, kerajaan telah bersetuju membayar kos penangguhan sebanyak S$15 juta (S$1=RM3.04) kepada kerajaan Singapura sebelum 31 Jan, 2019.

Malah, pertukaran dokumen undang-undang antara kedua-dua negara telah dibuat di Putrajaya membabitkan perubahan Perjanjian Dua Hala HSR berkenaan.

Perkhidmatan Ekspres HSR antara Singapura dan Kuala Lumpur dijadual bermula menjelang 1 Jan, 2031 berbanding tarikh awal pada 31 Dis, 2026.
-- BERNAMA


Komen Weblog Ibnu Hasyim: Siapa cekop, siapa cekap? Pemimpin Malaysia atau Singapura?

Bina Masa Depan Mustad'afin Etnik Rohingya. -PASRelief



KL: Pusat Bantuan dan Kemanusiaan PAS (PASRelief) komited membangun dan memberdayakan kehidupan Muslim etnik Rohingya yang kini menjadi mustad'afin di seluruh dunia.

Usaha itu adalah untuk mempersiapkan mereka dengan segala keupayaan agar suatu masa kelak mampu kembali ke tanah air asal di Arakan (Rakhine), Myanmar menghidupkan semula tamadun dan masa depan.
Oleh itu, PASRelief tidak hanya turut serta bergandingan dengan NGO lain memberikan bantuan berupa keperluan asas kehidupan seperti kediaman sementara, bekalan air, surau dan seumpamanya.
Persiapan sedang diadakan kepada generasi etnik itu adalah kelangsungan pendidikan apabila hingga kini PASRelief telah membina dan membiayai 35 sekolah di kem-kem pelarian di seluruh Bangladesh.
Terbaharu, PASRelief menggiatkan lagi usaha berdikari etnik tersebut dengan sumbangan 10 mesin jahit bernilai RM6,000 khusus kepada balu-balu etnik Rohingya di Kem Balukali dan Kem Khutupalong di Cox's Bazar pada misi yang berakhir semalam.
Menurut Pengarah PASRelief, Muhammad Sanusi Md Nor, aktiviti jahitan yang dijalankan membolehkan mereka menghasilkan pendapatan RM10 sehari di mana ia cukup untuk menampung kehidupan sekeluarga.
Manakala untuk sekolah maklumnya, PASRelief sedang melakukan usaha menambah jumlahnya serta menaiktaraf bangunan sedia ada kepada binaan simen dengan sumbangan turut dijayakan beberapa NGO lagi.
Antaranya kata beliau adalah Yayasan Isra', Baitul Rahmah Learning Centre MAPIM Utara, Yayasan Kubra dan juga NGO Muslim daripada Republik Rakyat China.
Tambah beliau, para pelajar selain mengikuti pengajian al-Quran, mereka juga belajar akademik melibatkan matapelajaran sains, matematik dan empat bahasa iaitu Arab, Inggeris, Bangladesh dan Burma.
Maklumnya juga, pada misi terbaharu itu, PASRelief menyerahkan sumbangan semasa sebanyak RM50,000 bagi tujuan pendidikan dan RM20,000 untuk keperluan pelarian baharu tiba melibatkan 137 keluarga.
Sehubungan itu beliau menyeru warga dunia khususnya rakyat Malaysia yang prihatin untuk turut bersama PASRelief menjayakan usaha sedang dilaksanakan menerusi sumbangan kewangan dan barangan.
Transaksi berkenaan boleh dibuat terus ke akaun Maybank PASRelief 5640 7061 2333 atau Tabung Kemanusiaan Antarabangsa 5640 7061 1352dan sebarang pertanyaan hubungi 012-596 9220 atau 013-384 5555. -HARAKAHDAILY 31/1/2019   
IMG 20190131 WA0012
IMG 20190131 WA0013
IMG 20190131 WA0014
IMG 20190131 WA0015
IMG 20190131 WA0016 
IMG 20190131 WA0017
IMG 20190131 WA0018
IMG 20190131 WA0019

Awas, Curi Kanak-kanak..

Hasil carian imej untuk aws curi kanak-kanak
Dua suspek larikan kanak-kanak lelaki ditahan polis
SEREMBAN 1 Feb. - Polis menahan seorang lelaki dan wanita kerana disyaki melarikan seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun dari ibunya di Rasah Jaya, di sini semalam.

Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Thiew Hock Poh berkata, suspek yang berusia 31 dan 40 tahun diberkas sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri Sembilan selepas menerima laporan ibu mangsa.

"Ibu mangsa berumur 36 tahun memaklumkan anak lelakinya dilarikan oleh seorang lelaki yang baru dikenalinya dengan sebuah kereta jenis Perodua Kancil pada pukul 11.45 pagi.

"Polis berjaya mengesan dan menahan kereta dinaiki suspek di kawasan Bukit Mantin, Nilai kira-kira pukul 2.20 petang. Seorang lelaki dan wanita ditangkap manakala kanak-kanak tersebut berjaya diselamatkan," katanya dalam satu kenyataan,di sini malam tadi.

Hock Poh berkata, ujian air kencing mendapati suspek lelaki tersebut positif dadah.

"Polis masih menyiasat motif kejadian dan kes disiasat di bawah Seksyen 363 Kanun Keseksaan," katanya.

Ujarnya, kedua-dua suspek akan dibawa ke Mahkamah Seremban hari ini untuk permohonan tahanan di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah. - UTUSAN ONLINE

Berpelukan Di Kawasan Terbuka, Sebat!

KERAJAAN Aceh melaksanakan hukuman sebat terhadap dua remaja berpelukan
KERAJAAN Aceh melaksanakan hukuman sebat terhadap dua remaja berpelukan di kawasan terbuka.-AFP

BANDA ACEH 31 Jan.- Dua remaja dihukum sebat setelah ditangkap kerana berpelukan di kawasan terbuka.
Remaja perempuan yang merupakan pelajar universiti dan teman lelakinya dihukum 17 sebatan disaksikan ratusan penduduk tempatan di luar sebuah masjid, di sini.
Dalam pada itu, seorang lelaki berusia 35 dan seorang wanita berusia 40 tahun turut menerima hukuman yang sama kerana berdua-duaan di dalam sebuah kedai runcit.
Kesemua pesalah dipenjarakan beberapa bulan sebelum menerima hukuman tersebut.-AFP

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Kini, sudah kurang dengar suara sumbang orang yang mempertikai hukum sebat. Di Aceh sendiri, orang bukan Islam memilih sistem perundangan Islam dengan menolak hukum selain Islam, kerana keadilannya.
Kecuali orang-orang yang pemikirannya masih berperadaban jahiliah atau yang otaknya masih lekat kesan-kesan penjajah barat Yahudi/Kristian, walaupun konon mereka menggaku sudah merdeka.

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-61: P.Kebajikan B/Aceh M'sia

E-Buku IH-61: P.Kebajikan B/Aceh M'sia

Cuaca Sejuk Melampau Di AS, 12 Maut.

Sekurang-kurangnya 12 maut akibat cuaca sejuk melampau di AS
Keadaan cuaca sejuk melampau dikenali sebagai polar vortex itu kini melanda beberapa negeri di AS. - REUTERS

Sekurang-kurangnya 12 orang maut di beberapa negeri di Amerika Syarikat susulan cuaca sejuk melampau yang melanda negara itu. Suhu telah menjunam serendah 30 darjah Celsius di bawah paras beku di Chicago, lebih sejuk daripada beberapa bahagian di Antartika.

Suhu jatuh lebih rendah di North Dakota di mana suhu paling rendah yang dicatatkan ialah 37 darjah Celsius di bawah paras beku. Antara yang maut ialah seorang lelaki berusia 75 tahun di Chicago serta seorang pelajar di Universiti Iowa.

Beberapa lagi kematian dilaporkan di Michigan, Iowa, Indiana, Illinois, Wisconsin dan Minnesota. Keadaan cuaca sejuk melampau itu dikenali sebagai polar vortex, dan ia boleh mengakibatkan gigitan fros hanya selepas 10 minit berada di luar bangunan.

Darurat telah diisytiharkan di beberapa bahagian di Wisconsin, Michigan dan Illinois serta di selatan Alabama dan Mississippi. (AA)

Bekas Tentera Dan Aktiviti Pelacuran.



Video oleh AZRUL EDHAM MOHD. AMINUDDIN

RASAH 31 Jan. - Seorang bekas anggota tentera diarahkan membela diri oleh Mahkamah Sesyen Seremban di sini hari ini atas dua pertuduhan menjadi orang tengah kepada aktiviti pelacuran, tahun lalu.


Hakim Madihah Harullah memerintahkan tertuduh, Muhamad Nizam Aripen, 37, membela diri pada 1 dan 2 April depan selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie pada keputusan akhir kes tersebut.
Mengikut kertas pertuduhan, dia didakwa bertindak sebagai orang tengah bagi aktiviti persundalan kepada dua wanita berusia 21 dan 24 tahun di sebuah hotel di Taman AST, Jalan Sungai Ujong dekat sini, pada pukul 12.05 malam, 20 Januari 2018.
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 372 (1) (f) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 15 tahun dengan sebatan dan denda, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nuralis Mat, manakala tertuduh diwakili peguam M. Haresh dan Aida Syafinaz Zainuddin.
Sementara itu, Haresh ketika ditemui wartawan berkata, anak guamnya akan memberikan keterangan secara bersumpah kepada mahkamah pada April nanti.
Ujarnya, Muhamad Nizam yang dituduh di mahkamah pada 20 Januari lalu akan memberi keterangan bersama tiga saksi kes. - UTUSAN ONLINE

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Begitulah, bila keajaan mengajar rakyatnya bisnis tidak peduli 'halal-haram' lagi. Termasuk kerajaan PH sekarang. Kerajaan dan keluarga pemimpinnya bisnis arak, judi, dan segala macam mungkar yang lain, termasuk pelacuran.. Bagaimana rakyat tak ikut, 'tak peduli halal-haram', walau berniaga najis 'lacur' sekali pun?

Thursday, January 31, 2019

Zionis Guna Dadah Hapuskan Pemuda Palestin



BUKAN saja dikenakan pelbagai sekatan dan tekanan, rejim Zionis juga menggunakan bahan khayal untuk melemahkan generasi muda Palestin di Baitulmaqdis bagi 'menghapuskan' mereka secara senyap.
Tidak cukup dengan itu, mereka juga diberikan wang untuk membeli bekalan dadah jika kehabisan stok dan taktik itu sudah digunakan sejak beberapa tahun lalu.
Mendedahkan perkara itu, aktivis Ummet Vakfi Turkey Dr Sameer Saed al-Quds berkata, menyasarkan golongan remaja dan pemuda, ia menjadi senjata paling berkesan dalam memastikan generasi muda tidak mampu melawan dan menemui maut secara perlahan-lahan.

"Tindakan ini dilakukan secara senyap, tidak perlu bertempur, baling batu atau bertindak kasar, hanya menggunakan dadah, remaja Palestin akhirnya akan tunduk kepada tentera tanpa paksaan.
"Sehingga kini puluhan ribu remaja di sekitar Kompleks al-Aqsa dan Palestin terbabit dengan penyalahgunaan dadah yang dirancang rapi tanpa disedari banyak pihak.
"Ketika banyak pihak menyatakan kebimbangan mengenai masa depan Masjid al-Aqsa dan kawasan sekitarnya, tentera pula sudah membunuh remaja Palestin, kumpulan yang diharapkan dapat menyambung perjuangan generasi awal," katanya ketika menjadi pembentang Bengkel Khas 360 Masjid al-Aqsa di Kuala Lumpur, hari ini.
Ia dianjurkan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) yang turut dihadiri presidennya Mohd Azmi Abdul Hamid dan Pengarah Waqaf al-Aqsa Johan Ariff Ismail.
Dr Sameer turut berkongsi keadaan terkini di tempat ketiga suci bagi umat Islam itu sambil menambah, inisiatif segera perlu diambil bagi membantu penduduk Palestin mempertahankan kawasan berkenaan daripada diceroboh Israel.
"Kita perlu pertahankan kerana ia tanah bagi semua umat Islam yang kini berada dalam kawalan Yahudi. Penghapusan identiti bagi negara dan penduduk Palestin sedang berlaku.
"Saya percaya usaha berterusan daripada rakan seperti MAPIM akan membuahkan hasil, setidak-tidaknya kesedaran mengenai perlunya Masjid al-Aqsa dipertahankan," katanya yang berasal dari kawasan pesisir pantai di Palestin.
Sementara itu, Mohd Azmi berkata, bengkel berkenaan bertujuan memberikan maklumat kepada aktivis daripada beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mengenai status terkini di sana.
Katanya, ia sebagai persediaan untuk melahirkan lebih ramai sukarelawan bermaklumat yang bukan saja prihatin dengan nasib saudara seagama, tetapi tahu sejarah mengenai Islam itu sendiri.
"Selepas ini kita akan adakan lebih banyak program sebegini bagi memberi pencerahan kepada seluruh umat Islam di Malaysia," katanya.
MAPIM turut mengaktifkan tabung wakaf dan orang ramai yang ingin turut serta boleh menyumbang menerusi akaun CIMB 8602715930 atau secara dalam talian diwww.wakafaqsa.com. (hmetro.com.)

Lihat sebelum ini..
E Buku IH-122: Cuci Otak Yahudi..
E Buku IH-122: Cuci Otak Yahudi..

Dipecat Dari Bilal Di Israel Kerana Sertai Sukan Tak Patuh Syariat?

IBRAHIM MASRI ketika melaungkan azan di Masjid El-Jazzar, utara
IBRAHIM MASRI ketika melaungkan azan di Masjid El-Jazzar, utara bandar Acre, Israel.- AFP


SUKAN
ACRE 31 Jan. - Gara-gara menyertai pertandingan bina badan, kerajaan Israel memecat Ibrahim Masri selaku ketua bilal Masjid El-Jazzar, di utara bandar Acre.

Ibrahim, yang sudah melaungkan azan sejak 15 tahun di sebuah bandar di negara tersebut dipecat Kementerian Dalam Negeri Israel selepas mendakwa penyertaannya dalam kejohanan bina badan pada 2017 bertentangan dengan peranan keagamaan.
Jurucakap kementerian itu berkata, Ibrahim dipecat kerana berpakaian tidak sepatutnya.

“Ahli bina badan biasanya memakai seluar dalam, ketika pertandingan dan dia mempunyai banyak gambar dalam pakaian sedemikian,” ujarnya. Ibrahim, 46, berkata, dia tidak pernah merasakan aktiviti riadah itu bertentangan dengan agama.
“Keputusan ini tidak adil. Agama Islam menggalakkan mana-mana individu bersukan,” katanya yang ‘bermain dengan besi’ sejak usia muda dan sangat terkenal di Acre.- AFP

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Benarkah berita ini? 
Adakah Israel pun baru nak ikut 'sukan patuh syariat' seperti negeri-negeri di Malaysia yang di bawah tadbiran PAS?
Adakah Israel pun mengamalkan Islam mazbab Syafie yang yang menetapkan aurat lelaki antara pusat sampai ke lutut?
Mengapa Israel tidak menganjurkan peraturan pertandingan ikut Kelantan?
Ini peraturan bina badan patuh syariat di Kelantan. Kerajaan PH bila nak ikut yang baik, walaupun ianya dari Parti Islam yang mereka musuhi?
Hasil carian imej untuk pertandingan bina badan di kelantan
Hasil carian imej untuk pertandingan bina badan di kelantan
Hasil carian imej untuk pertandingan bina badan di kelantan
Hasil carian imej untuk pertandingan bina badan di kelantan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails