Tindakan itu diambil menerusi Op Bersepadu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (Jawi) dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) di sekitar Kepong.
Pengarah KPDNHEP WPKL, Ummi Nasrah Othman berkata, penguat kuasa Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar DBKL yang menjalankan pemeriksaan mendapati keadaan dapur restoran tersebut kotor selain turut menemukan anak lipas dan najis lipas di kawasan stor simpanan barang.
“Notis penutupan dikeluarkan DBKL terhadap premis tersebut dikeluarkan serta-merta kerana didapati me­langgar Undang-Undang Kecil 28(1) Pelesenan Petempatan Makanan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 2016.
“Penguat Kuasa Jawi turut mengeluarkan satu notis terhadap premis ini mengikut Seksyen 84 Akta Undang-Undang Pentadbiran Islam Wilayah Persekutuan 1993 kerana membuat pungutan khairat untuk madrasah tanpa kebenaran,” katanya dalam sidang akhbar di lokasi pemeriksaan, di sini hari ini.
mmi Nasrah memaklumkan, dua daripada premis yang diperiksa masing-masing dikenakan kompaun RM300 kerana gagal memaparkan tanda harga makanan dan minuman di restoran mereka.
“Premis-premis ini juga diberikan amaran oleh penguat kuasa SSM kerana dikesan melakukan kesalahan pada papan tanda perniagaan. Selain itu, dalam operasi hari ini, kita tidak mengesan salah guna logo halal,” ujarnya.
Ujar Ummi Nasrah, sepanjang operasi bermula 11 Januari hingga hari ini, sebanyak 94 premis restoran di ibu negara telah diperiksa di mana sebanyak 79 buah restoran adalah milik India Muslim dan selebihnya restoran India, Cina Muslim dan Thailand. - UTUSAN ONLINE