Saturday, February 02, 2019

Tuduh Presiden PAS Guna Sentimen Agama Pengaruhi Pengundi.




TUDUHAN bahawa Presiden PAS melanggar undang-undang dengan menggunakan sentimen agama untuk mempengaruhi pengundi adalah suatu dakwaan yang dangkal dan berniat jahat.
Peguam yang membuat dakwaan tersebut seperti gagal memahami bahawa suatu peruntukan undang-undang itu tidak boleh dibaca secara berasingan dan mesti mengambil kira undang-undang yang berkaitan terutamanya Perlembagaan Persekutuan.
Kebebasan bersuara yang dijamin Perlembagaan Persekutuan tidak menghalang kebebasan berpolitik iaitu kebebasan untuk mewakili suara parti dan pihak yang diwakili. Tambahan pula, kedudukan Islam dan hak istimewa orang Melayu memang dijamin dalam Perlembagaan Persekutuan.
Pada masa yang sama, Akta Pertubuhan pula membenarkan parti politik untuk mempromosi kepentingan ahlinya. PAS adalah parti politik yang mempromosikan kepentingan Islam dan orang Melayu adalah komponen terbesar kepada kepentingan tersebut.
Seruan untuk mengundi pemimpin Muslim secara jelas bukan perbuatan `mengembang perasaan jahat' atau kempen hasut-menghasut untuk membenci calon lain. Definisi pecah belah agama dan rasis tidak boleh mengikut pendapat peribadi beliau semata-mata sebaliknya, peruntukan undang-undang perlu dibaca secara menyeluruh.
Kenyataan peguam tersebut jelas bersifat mentafsirkan undang-undang tanpa asas, berniat jahat (mala fide) dan dengan sengaja mahu membangkitkan persepsi jahat dan kebencian awam terhadap PAS dan orang Melayu Islam. Sekiranya beliau merasakan mempunyai asas yang kuat, sepatutnya sejak dari awal lagi beliau sendiri boleh membuat laporan kepada pihak polis.
Kenyataan ini bertujuan mahu menutup kesalahan yang dilakukan Pakatan Harapan (PH) sepanjang tempoh kempen sehingga hari pengundian PRK Cameron Highlands dan ia juga adalah manifestasi ketakutan melampau terhadap kesatuan Melayu dan Islam yang merupakan ancaman terbesar terhadap survival politik PH.
Peliknya, mereka yang selalu mengganggu-gugat kepentingan Melayu dan Islam tidak pula dianggap menentang Perlembagaan sebaliknya suara yang menyeru kepada kesatuan Melayu dan Islam pula yang dituduh menyalahi undang-undang.
“Islam Memimpin”
takiri1
DATO’ DR. MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI AT-TAKIRI

Ahli Parlimen Kuala Nerus

1 Februari 2019 | 26 Jamadilawal 1440 – HARAKAHDAILY 1/2/2019

5 comments:

Anonymous said...

Dap cina berniat jahat terhadap islam. Kat bangsa uighyur depa cina dah tunjuk kurang ajar pada islam. Di sini bunga bunga kejahatan terhadap islam sudah jelas. Antaranya fitnah yg sangat jahat terhadap pas. Umno pun jadi mangsa. Najib belum lagi dipenjara.

Anonymous said...

kemerosotan nilai ringgit berbanding baht pada masa ini didakwa dilakukan oleh Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump. Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang membuat dakwaan itu berkata, kemerosotan nilai ringgit sebanyak RM13 bagi setiap 100 baht adalah disebabkan kenaikan mata wang dolar.

Hebat pm mahathir. Semua orang salah, dia jer betui.

Anonymous said...

kemenangan fitnah krjaan PhDap mananam sentimen buruk sbijik rasa2 nya anon 740 ni non muslim maaf kalu silap..yg jelas dia ni batu telor barua uncle lim n son cmpy ptr lmited aka Dap..parti cauvanis sosialis liberal..

Anonymous said...

Dap selalu hina islam hina bangsa melayu hina agung hina kaum pribumi termasuk sabah serawak kalau tak ikut telunjuk dia sebab tu golongan pembodek dap sanggup gadai maruah takut dihina. Biar dap hina kita sebab kita umat islam hanya takut pada allah.

Anonymous said...

Aman At Takfiri At TKAman

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails