Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, suspek berusia 23 tahun dan berasal dari Puchong Selangor itu ditahan kerana bertindak secara mencurigakan dan mengeluarkan kata-kata lucah terhadap menteri.
“Suspek telah ditahan reman selama tiga hari bermula hari ini untuk disiasat di bawah Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil dan Seksyen 15 (1) Akta Dadah Berbahaya,” katanya, di sini hari ini.
Dalam kejadian yang berlaku semalam, lelaki itu menjerit sambil cuba memegang sesuatu di pinggangnya sebelum dihalang oleh pihak berkuasa.
Lelaki itu juga sempat melaungkan takbir beberapa kali sambil bercakap dalam bahasa yang tidak difahami sebelum ditenangkan pihak berkuasa dan dibawa ke Balai Polis Bukit Jalil.-UTUSAN ONLINE