Video oleh AZRUL EDHAM MOHD. AMINUDDIN
RASAH 31 Jan. - Seorang bekas anggota tentera diarahkan membela diri oleh Mahkamah Sesyen Seremban di sini hari ini atas dua pertuduhan menjadi orang tengah kepada aktiviti pelacuran, tahun lalu.
RASAH 31 Jan. - Seorang bekas anggota tentera diarahkan membela diri oleh Mahkamah Sesyen Seremban di sini hari ini atas dua pertuduhan menjadi orang tengah kepada aktiviti pelacuran, tahun lalu.
Hakim Madihah Harullah memerintahkan tertuduh, Muhamad Nizam Aripen, 37, membela diri pada 1 dan 2 April depan selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie pada keputusan akhir kes tersebut.
Mengikut kertas pertuduhan, dia didakwa bertindak sebagai orang tengah bagi aktiviti persundalan kepada dua wanita berusia 21 dan 24 tahun di sebuah hotel di Taman AST, Jalan Sungai Ujong dekat sini, pada pukul 12.05 malam, 20 Januari 2018.
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 372 (1) (f) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 15 tahun dengan sebatan dan denda, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nuralis Mat, manakala tertuduh diwakili peguam M. Haresh dan Aida Syafinaz Zainuddin.
Sementara itu, Haresh ketika ditemui wartawan berkata, anak guamnya akan memberikan keterangan secara bersumpah kepada mahkamah pada April nanti.
Ujarnya, Muhamad Nizam yang dituduh di mahkamah pada 20 Januari lalu akan memberi keterangan bersama tiga saksi kes. - UTUSAN ONLINE
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Begitulah, bila keajaan mengajar rakyatnya bisnis tidak peduli 'halal-haram' lagi. Termasuk kerajaan PH sekarang. Kerajaan dan keluarga pemimpinnya bisnis arak, judi, dan segala macam mungkar yang lain, termasuk pelacuran.. Bagaimana rakyat tak ikut, 'tak peduli halal-haram', walau berniaga najis 'lacur' sekali pun?

No comments:
Post a Comment