IBRAHIM MASRI ketika melaungkan azan di Masjid El-Jazzar, utara bandar Acre, Israel.- AFP
SUKAN
ACRE 31 Jan. - Gara-gara menyertai pertandingan bina badan, kerajaan Israel memecat Ibrahim Masri selaku ketua bilal Masjid El-Jazzar, di utara bandar Acre.
Ibrahim, yang sudah melaungkan azan sejak 15 tahun di sebuah bandar di negara tersebut dipecat Kementerian Dalam Negeri Israel selepas mendakwa penyertaannya dalam kejohanan bina badan pada 2017 bertentangan dengan peranan keagamaan.
Jurucakap kementerian itu berkata, Ibrahim dipecat kerana berpakaian tidak sepatutnya.
“Ahli bina badan biasanya memakai seluar dalam, ketika pertandingan dan dia mempunyai banyak gambar dalam pakaian sedemikian,” ujarnya. Ibrahim, 46, berkata, dia tidak pernah merasakan aktiviti riadah itu bertentangan dengan agama.
“Keputusan ini tidak adil. Agama Islam menggalakkan mana-mana individu bersukan,” katanya yang ‘bermain dengan besi’ sejak usia muda dan sangat terkenal di Acre.- AFP
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Benarkah berita ini?
Adakah Israel pun baru nak ikut 'sukan patuh syariat' seperti negeri-negeri di Malaysia yang di bawah tadbiran PAS?
Adakah Israel pun mengamalkan Islam mazbab Syafie yang yang menetapkan aurat lelaki antara pusat sampai ke lutut?
Mengapa Israel tidak menganjurkan peraturan pertandingan ikut Kelantan?
Ini peraturan bina badan patuh syariat di Kelantan. Kerajaan PH bila nak ikut yang baik, walaupun ianya dari Parti Islam yang mereka musuhi?
No comments:
Post a Comment