Saturday, July 29, 2017

Tugas &Kelebihan Manusia. K/Jumaat Abd Hadi 13 R/Awal

Hasil carian imej untuk khalifah meminpin dunia
Hasil carian imej untuk khalifah meminpin dunia
Video -36/37: Tugas &Kelebihan Manusia. K/Jumaat Abd Hadi 13 R/Awal  

KULIAH JUMAAT 13 RABIUL AWAL 1437 / 25 DISEMBER 2015

Video: Abd Hadi Jawab Isu Terkini..


DIALOG & PENJELASAN ISU TERKINI (Bahagian 1)

DIALOG & PENJELASAN ISU TERKINI (Bahagian 2)


DIALOG & PENJELASAN ISU TERKINI (Bahagian 3)


Pelajar Layan Filem Porno Dalam Kelas Guna Projektor



Sekumpulan pelajar di Indonesia mengambil risiko yang sangat berani dengan menonton filem seksual itu menggunakan projektor yang dipasang di dalam bilik darjah.
Menurut portal Tempo.co, gambar sekumpulan pelajar terbabit yang lengkap memakai seragam pasukan pengakap sedang menonton filem porno dipercayai di dalam bilik darjah tular di media sosial tempatan, baru-baru ini, seperti memetik MD.
Gambar yang memaparkan beberapa pelajar lelaki sedang ‘syok’ melayan adegan dalam filem tersebut di dalam sebuah bilik darjah yang kosong di muat naik seorang pengguna Facebook bernama Andi Awal pada 24 Julai lalu.
Tidak dapat dipastikan lokasi sebenar kejadian, namun rakyat tempatan membuat spekulasi bahawa gambar itu dirakam di sebuah sekolah menengah di Jakarta Timur.
Susulan itu, Lembaga Pendidikan Jakarta berkata pihaknya telah menerima laporan berhubung penularan gambar tersebut dan kini sedang menjalankan siasatan lanjut.
“Saya telah berbincang dengan ketua jabatan berkenaan mengenai siasatan, (dan) kami akan mengesan di mana (gambar itu diambil),” kata Timbalan ketua Dewan Pendidikan Jakarta, Bowo Irianto, memetik Tempo.co.
Terdapat juga dakwaan daripada netizen bahawa kejadian berlaku di sebuah sekolah menengah di Depok, yang membawa penyiasatan pihak polis kepada Sekolah Tinggi SMAN 11 di Jakarta Timur.
Imej yang berkaitan
Imej yang berkaitan
Bagaimanapun, pengetua sekolah berkenaan tampil menafikan tuduhan itu dan akan mengambil tindakan tegas kepada mana-mana pihak yang menyebarkan fitnah mendakwa sekolahnya membenarkan kegiatan pornografi.
“Saya menolak (tuduhan) kerana kami sebagai guru telah bekerja keras untuk membimbing para pelajar kami ,(kami tidak sepatutnya) dituduh sebegitu,” kata Marihot Malau, seperti dilaporDetik.

Inilah hasil dari pendidikan sekular, yang memisahkan kehidupan dunia dengan akhirat. Tiada kehidupan di dunia yang membawa ke akhirat. (IH)


Video: Hukum Tengok 'BLUE' Video Lucah | Ustaz Azhar Idrus (UAI)

Ustaz Azhar Idrus - Hukum Orang Beriman Tengok Video Lucah

Friday, July 28, 2017

Askar Pondan, Galak Seks? Diharamkan Trump.


WASHINGTON DC – Pengumuman Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump secara mengejut mengharamkan golongan pondan jadi askar atas alasan kos perubatan menjadi tular di negara itu.

Menerusi akaun Twitter rasmi dirinya pada Rabu, beliau mendedahkan bahawa kos perubatan tinggi yang terpaksa ditanggung Jabatan Pertahanan untuk merawat tentera trangender  sebagai faktor utama keputusan drastik itu.
“Tentera kita mesti fokus untuk mencipta kejayaan cemerlang dan tidak wajar dibebankan dengan isu kos rawatan besar yang disebabkan masalah kesihatan oleh kelompok pondan dalam perkhidmatan ketenteraan,” kicau Trump.

Trump Haram Askar Pondan, Galak Tentera Kuat Seks

Beliau bagaimanapun tidak memberikan sebarang fakta atau angka untuk menyokong dakwaan itu tetapi satu kajian Jabatan Pertahanan dijalankan firma Rand Corp. tahun lalu mendedahkan potensi kos disebabkan askar pondan.
Menurut laporan penyelidikan bebas itu, tentera transgender yang masih dalam perkhidmatan mengakibatkan pihak Pentagon membelanjakan hampir AS$9 juta (kira-kira RM38 juta) setahun untuk rawatan dan penjagaan kesihatan.
Kajian Rand itu namun tidak melibatkan pondan dalam kalangan anggota simpanan, pesara atau ahli keluarga mereka kerana individu terbabit memiliki kelayakan amat terhad untuk menerima akses fasiliti kesihatan tentera.
“Implikasi yang mungkin berlaku dalam senario paling buruk sekali pun… kami menjangkakan hanya 0.13 peratus daripada AS$6.2 bilion (hampir RM27 bilion) peningkatan dalam perbelanjaan kesihatan,” rumus panel Rand.
Di sebalik dakwaan Trump itu, analisis sama oleh portal berita ketenteraan ternama AS, Military Times mendapati askar negara tersebut berbelanja AS$84 juta (RM359 juta) setahun untuk kos rawatan kegagalan zakar tegang.
Ia adalah 10 kali berbanding penjagaan perubatan untuk tentera trangender yang ‘mati pucuk’, manakala AS$41.6 juta (RM178 juta) lagi untuk ubat kuat seks Viagra oleh askar normal iaitu lima kali lebih daripada askar pondan.
Sebagai perbandingan kasar, kos perubatan tahunan kelompok transgender itu hanya satu per sepuluh daripada harga sebuah jet pejuang F-35 baharu atau satu per seribu daripada satu peratus bajet Jabatan Pertahanan.
Justeru laporan kajian tersebut menyebabkan ramai penganalisis pertahanan berpendapat bahawa tindakan drastik Trump itu lebih kepada usaha diskriminasi terhadap golongan askar pondan. – Agensi


IKLAN IH
Hasil carian imej untuk tukang gunting rambut lelaki
Dikehendaki Segera!! Tukang Gunting Rambut Lelaki 

Isu Islam: Syarak Tak Ikat Mahkamah Sivil? -Dr Mohd Khairuddin


Hasil carian imej untuk datuk dr mohd khairuddin aman razali
1. KEPUTUSAN Mahkamah Rayuan mengenai kesahan meletakkan bin bagi anak tidak sah taraf kepada bapa biologi anak tersebut menimbulkan polemik tentang sejauh mana Islam dan Hukum Syarak menjadi panduan dan mengikat sesuatu penghakiman di mahkamah sivil yang melibatkan isu-isu Hukum Syarak.
2. Umum mengetahui bahawa Perlembagaan Persekutuan meletakkan dalam Perkara Tiga bahawa Islam adalah Agama Persekutuan. Ia sepatutnya memberi maksud Islam menaungi dan menjadi rujukan utama segala tindak tanduk bernegara dan menaungi serta menjadi rujukan kepada segala peruntukan undang-undang negara. Tapi ternyata artikel itu belum diberikan hak tafsiran yang sepatutnya untuk mengikat segala penghakiman di mahkamah sivil dengan Islam.
3. Dalam kes Mahkamah Rayuan ini, Seksyen 110 hingga 119 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 yang telah memperuntukkan tentang kesahtarafan anak sepatutnya dirujuk. Seksyen 110 lebih khusus memperuntukkan siapakah yang dikaitkan sebagai bapa bagi orang Islam.
4. Peruntukan undang-undang negeri ini sepatutnya menjadi rujukan utama kepada mahkamah sivil dalam menentukan penghakiman dalam isu-isu bersabit. Namun, dalam kes penghakiman Mahkamah Rayuan, seksyen ini tidak diberi pertimbangan sewajarnya kerana mahkamah hanya membataskannya kepada pendaftaran semata-mata walaupun pendaftaran tersebut mempunyai implikasi terhadap undang-undang Islam. Justeru, saya sangat bersetuju dengan Dato’ Haji Zainul Rijal Abu Bakar, Presiden Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia yang menimbulkan persoalan adakah seksyen 13A Akta tersebut adalah berperlembagaan kerana isu sah taraf anak adalah dalam bidang kuasa negeri melalui undang-undang negeri.
5. Malah, penghakiman Mahkamah Rayuan ini lebih malang lagi mendedahkan bahawa fatwa langsung tidak menjadi rujukan dan tidak mengikat mahkamah sivil dalam isu-isu bersabit hukum. Secara jelas penghakiman Mahkamah Rayuan mendedahkan bahawa fatwa-fatwa yang dikeluarkan sebuah badan agama - apatah lagi fatwa oleh Majlis Fatwa Kebangsaan yang sememangnya tidak mempunyai kuasa perundangan - tidak mempunyai kuasa undang-undang melainkan fatwa itu diterima atau diguna pakai sebagai undang-undang persekutuan menerusi Parlimen, yang mana fatwa menjadi sebahagian undang-undang persekutuan tanpa perlu melalui proses perundangan.
6. Untuk makluman, fatwa oleh Mufti Wilayah, Dato' Md Hashim Yahya telah dikeluarkan pada 2 Januari 2001 dan diwartakan pada 18 Januari 2001 bahawa "anak yang dilahirkan lebih daripada enam bulan Qamariah dari tarikh sesuatu pasangan itu diakadnikahkan ialah anak sah taraf".
7. Malah, fatwa juga telah dikeluarkan pada 17 Januari 2005 oleh Mufti Selangor, Dato' Hj Mohd Tamyes Abd Wahid dan diwartakan pada 28 April 2005 bahawa anak tidak sah taraf menurut hukum syarak ialah "anak yang dilahirkan kurang daripada enam bulan dua lahzah Qamariah dari waktu "imkan ad Dukhul" dan bukan hasil daripada persetubuhan syubhat".
8. Di sinilah perlunya satu akta dicadangkan di parlimen untuk memberikan kuasa undang-undang kepada fatwa-fatwa negeri bagi dijadikan rujukan yang mengikat mahkamah sivil dalam isu-isu bersabit dengan Islam.
9. Kesimpulannya, usaha memperkasakan Islam dari sudut perundangan dan perlembagaan masih berliku. Kesatuan umat dalam isu-isu sebegini adalah sangat diperlukan. Keinginan politik yang kuat yang ditunjang oleh kehendak rakyat Muslim yang bersatu boleh menjadi pemangkin untuk usaha-usaha jihad perundangan ini.
Dato' Dr Mohd Khairuddin Aman Razali at-TakiriAhli Parlimen Kuala Nerus
Jumaat 28hb Julai 2017 / 4 Zulkaedah 1438 - 
HARAKAHDAILY 28/7/2017

Anak L/Nikah: Keputusan Mahkamah Rayuan Musnahkan Keluarga Islam..


BANGI, 4 Zulkaedah 1438H, Jumaat – Pendekatan simplistik Mahkamah Rayuan dengan hanya mengambilkira kuasa Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1957 dalam isu nasab anak luar nikah, boleh memusnahkan institusi keluarga orang Islam, serta mengundang pelbagai polemik.
Presiden Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia, Datuk Zainul Rijal Abu Bakar berkata, dengan keputusan sebegini akan mengundang lebih banyak polemik di dalam masyarakat, di mana isu pewarisan ketidak sahtaraf anak dan lain-lain menjadi lebih sukar dibuktikan di mahkamah.
“Walaupun Mahkamah Rayuan mengatakan ianya hanya isu pendaftaran tetapi kesannya sangat melata akan dirasakan oleh semua orang Islam kelak,” katanya dalam satu kenyataan hari ini sebagai mengulas kebenaran yang diberikan Mahkamah Rayuan kepada anak pasangan beragama Islam yang lahir luar nikah untuk berbinkan bapanya.
Keputusan itu dicapai oleh panel tiga hakim ketika membenarkan rayuan seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun dan kedua ibu bapanya.
Hakim Datuk Abdul Rahman Sebli dalam keputusan penting setebal 29 muka surat berkata, Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) selaku responden kedua telah bertindak di luar bidang kuasa ketika mendaftarkan ‘Abdullah’ sebagai nama bapa kepada kanak-kanak itu dalam sijil kelahirannya.
Ibu dan bapa kanak-kanak itu (perayu kedua dan perayu ketiga), kedua-duanya beragama Islam bernikah pada 24 Oktober 2009. Kanak-kanak lelaki itu lahir pada 17 April 2010 iaitu lima bulan dan 24 hari (atau lima bulan dan 27 hari menurut kalendar Qamariah Islam).
Zainul Rijal berkata, Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1957 dalam isu nasab anak luar nikah tidak boleh dibaca secara berasingan dengan undang-undang lain, termasuk Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang Islam yang berkuatkuasa.
“Seksyen 110 hingga 119 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 memperuntukkan tentang kesahtarafan anak. Seksyen 110 khususnya adalah berkaitan dengan siapakah yang dikaitkan sebagai bapa bagi orang Islam.
“Isu kelahiran lebih empat tahun selepas pembubaran perkahwinan, kelahiran selepas pengakuan bahawa iddah telah tamat, persetubuhan syubhah dan banyak lagi diperuntukkan di dalam Akta Undang-Undang Keluarga Islam tersebut, yang seharusnya menjadi panduan kepada undang-undang lain, kerana Akta Undang-Undang Keluarga Islam ini adalah undang-undang spesifik untuk orang Islam manakala Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1957 adalah undang-undang yang lebih umum,” katanya.
Sehubungan itu, Zainul Rijal mendesak Kerajaan Persekutuan agar meminda Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1957 ini bagi menghormati Islam sebagai agama Persekutuan selaras dengan Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan dan mengecualikan pemakaian sebahagian daripada akta ini yang bertentangan dengan hukum syarak kepada orang Islam.
SAYA merujuk kepada penghakiman Mahkamah Rayuan baru-baru ini di dalam kes Rayuan No W-01(A)-365-09/2016 (Nama Pihak Perayu dirahsiakan Mahkamah) mengenai kesahan meletakkan bin bagi anak tak sah taraf kepada bapa biologi anak tersebut. Penghakiman Mahkamah Rayuan tersebut dibuat berdasarkan seksyen 13 Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1957 yang membenarkan pendaftaran anak tak sahtaraf dibinkan kepada …Continue reading
(Portal Islam&Melayu)


IKLAN IH
Hasil carian imej untuk tukang gunting rambut lelaki
Dikehendaki Segera!! Tukang Gunting Rambut Lelaki 

Azmin Gaji RM267,000 Sebulan, Patut Bantu Rafizi Bayar Saman RM300,000..


Naib Presiden PKR Rafizi Ramli wajar meminta Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Azmin Ali melunaskan saman RM300,000 oleh National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC) ekoran Menteri Besar Selangor itu memperoleh durian runtuh bonus dua bulan aidilfitri baru-baru ini.
Pengerusi Gerakan Akar Umbi UMNO Malaysia, Datuk Zulkarnain Mahdar berkata, dengan gaji Azmin sebanyak RM29,250, Menteri Besar berkenaan memperoleh bonus serta dicampur gaji bulan berkenaan sebanyak RM73,125.
Justeru, Zulkarnain menyeru Rafizi untuk tidak meminta rakyat membiayai saman oleh NFC akibat fitnahnya kepada syarikat berkenaan sebelum ini.
“Rafizi dan fitnah berpisah tiada, siapa tak kenal Rafizi, kan?
“Azmin – seperti yang diketahui umum – dia dapat elaun banyak, dua bulan bonus raya.
“Jadi, saya fikir Azminlah paling layak dan sesuai bantu Rafizi walaupun mereka berdua ini tak sependapat. Tak payahlah susahkan rakyat,” katanya kepada media, semalam.
Selain gaji Menteri Besar, Azmin juga didakwa memperoleh bonus dua bulan aidilfitri bagi 15 jawatannya yang lain.
Menteri Besar Selangor itu dikatakan mempunyai gaji bulanan bagi setiap jawatan disandangnya bernilai RM267,750 sebulan, justeru bonus yang diterima sempena aidilfitri baru-baru ini sebanyak RM803,250.
Kata Zulkarnain, sungguhpun Azmin dan Rafizi tidak sehaluan, namun sebagai anggota parti sama, Timbalan Presiden PKR itu wajar membantu Naib Presidennya yang didalam kesusahan.
“Lagi pun (Azmin ialah) timbalan presiden, kena bantulah naib dia,” kata Zulkarnain.
Rafizi menerusi posting Facebooknya meminta rakyat menyumbangkan dana bagi membolehkannya membayar ganti rugi kepada NFC atau diisytihar bankrap jika gagal berbuat demikian.
Mahkamah sebelum ini menetapkan ganti rugi sebanyak RM200,000 sebagai ganti rugi kepada selain kos RM100,000.
Saman dimulakan oleh Pengerusi Eksekutif Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail dan syarikatnya selepas mendapati Rafizi memfitnah NFC berhubung pembelian hartanah di KL Eco City, Bangsar. – mD
Lihat juga artikel ini...
Presiden PAS Wajar Jadi PM M'sia.

Pihak kami sanggup pergi ke Sabah &Sarawak memberi maklumat lengkap mengenainya.


Tanggal Pengesan Logam Di Masjid Aqsa Belum Cukup.. -Erdogan.













AFP - PENDUDUK Islam Palestin menunaikan solat di luar pekarangan Masjid Al-Aqsa, Baitulmuqaddis kelmarin.
ANKARA – Keputusan Israel untuk menanggalkan alat pengesan logam di pekarangan Masjid Al-Aqsa yang menimbulkan kemarahan umat Islam masih tidak mencukupi, menurut laporan agensi berita rasmi Anadolu Agency yang memetik kata Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan.
“Israel cuba memburukkan sifat Islamik Baitulmuqaddis melalui tindakan baharu pada setiap hari dengan mengambil kesempatan ke atas kelemahan semasa umat Islam,” kata Erdogan pada satu majlis berkaitan pendidikan tinggi dalam dunia Islam di kompleks kediaman Presi­den di sini.
“Mereka yang mengkritik negara kami apabila mendapat peluang kini menjadi senyap secara tiba-tiba apabila isunya adalah Palestin, Baitulmuqaddis atau undang-undang serta hak masyarakat Islam.
“Begitu menyedihkan bahawa berpecah-belah menjadi agenda dalam dunia Islam dan bukannya penyatuan. Konflik dan bukannya keamanan,” kata Erdogan (gambar kecil).
Kemarahan tercetus di seluruh Tebing Barat selepas Israel bertindak menutup Masjid Al-Aqsa ekoran kes tembak mati anggota polis pada 14 Julai lalu.
Pekarangan masjid itu dibuka semula dua hari kemudian dengan Israel memasang alat pengesan logam dan kamera pengawasan di pintu pagar.
Seramai tiga warga Palestin terbunuh pada Jumaat lalu dalam protes terhadap tindakan kawalan Israel di tapak suci itu.
Israel sebelum ini enggan menanggalkan alat pengesan logam itu dengan dakwaan langkah kese­lamatan itu turut dilakukan di beberapa tempat suci di seluruh dunia.
Bagaimanapun, desakan dan kecaman antarabangsa menyebabkan Kabinet keselamatan Israel memutuskan untuk mengeluarkan kesemua alat pengesan logam itu semalam. – Bernama
IKLAN IH
Hasil carian imej untuk tukang gunting rambut lelaki
Dikehendaki Segera!! Tukang Gunting Rambut Lelaki 

Menang! Rakyat Palestin Masuk Al Aqsha Bergemuruh Takbir.


Rayakan Kemenangan, Ribuan Warga Palestina Masuki Al Aqsha dengan Gemuruh Takbir

Tentera haramjadah Israel akhirnya akur permintaan ribuan warga Palestin yang mengepung Masjid Al-Aqsa untuk membuka Pintu Hittah, salah satu pintu Masjid Al-Aqsa.

Ribuan warga Palestin kelihatan berkumpul sambil membunyikan hon kereta apabila pagar keselamatan, palang besi dan tiang untuk pemasangan kamera dialihkan dari kawasan suci umat Islam itu.

Khamis semalam, Israel terpaksa mengakui tuntutan Palestin untuk mengeluarkan pengesan logam di pintu masuk Masjid al Aqsha menindak lanjuti desakan masyarakat antarabangsa dan demonstrasi tanpa henti yang dilakukan sejak minggu lalu.

"Hari ini adalah hari yang penuh dengan kegembiraan dan perayaan kemenangan tetapi pada masa sama kami turut bersedih dengan kehilangan nyawa dan beribu-ribu warga Palestin yang cedera dalam perjuangan ini," kata seorang warga Palestin yang berada di depan Masjid Al-Aqsa kepada wartawan Aljazeera.

AFP melaporkan sebanyak 46 warga Palestin cedera selepas bertempur dengan tentera Israel ketika mereka memasuki kawasan masjid tersebut.

Tokoh-tokoh agama dan ulama Al-Quds mensyaratkan pembukaan pintu Hittah untuk memasuki masjid yang menjadi kiblat pertama umat Islam tersebut.

Aljazeera di Palestin, mengatakan bahawa tokoh-tokoh agama Islam dan beribu-ribu warga Palestin yang berada di kawasan Al-Aqsa telah memasuki masjid tersebut untuk menunaikan solat Asar untuk pertama kalinya setelah dua minggu ditutup.

Menurut media ini, pihak penjajah sebelumnya menunda-nunda pembukaan Pintu Hittah tanpa alasan yang jelas.

Laporan wartawan Aljazeera Ilyas Karram menjelaskan bahawa warga Palestin ketika memasuki masjid Al-Aqsa melontar bom gas oleh tentera penjajah agar mereka tercerai-berai.

Najwan Simri yang juga wartawan Aljazeera melaporkan bahawa pasukannya mendapat serangan dari tentera pejajah di laman Masjid Al-Aqsa.

Reporter Aljazeera.net juga melaporkan terajadinya aksi saling serang antara tentera penjajah Israel dan warga Bait Al-Maqdis di Pintu Hittah yang menyebabkan jatuhnya korban luka dari pihak warga.

Sebelum warga Bait Al-Maqdis memasuki Masjid Al-Aqsa untuk pertama kalinya sejak ditutup 14 Julai 2017, tentera penjajah yang berjaga di sekitas Masjid Al-Aqsa telebih dahulu masuk ke dalam masjid untuk memeriksa dan membukakan pintu.

Pintu Hittah adalah tempat di mana berlaku pertempuran antara tentera Israel dan tiga warga Palestin yang mengakibatkan syahidnya tiga pemuda Palestin dan dua polis penjajah dua minggu lalu.

Hari Khamis, para ulama al-Quds mengajak warga Palestin untuk masuk ke dalam kompleks Masjid Al-Aqsa dengan mengumandangkan takbir dan bertahlil. Kemudian menyeru agar mereka berdoa agar Allah Subhanahu Wata'ala untuk menjaga Al-Aqsa.

Para ulama juga menyeru agar warga Palestin memasuki Masjid al-Aqsa pada solat Asar hari Khamis, meski Mahmoud Abbas menyeru mereka memasukinya pada solat Zuhur. Para ulama Palestin memutuskan perkara itu, untuk memberi peluang kepada umat Islam di berbagai wilayah untuk mempersiapkan diri.

Sejak hari Khamis malam, media-media sosial di seluruh dunia melaporkan potongan kemenangan warga Palestin memasuki Kompleks Masjid al-Aqsa dengan gemuruh dengan laungan takbir. (IH)

Hasil carian imej untuk takbir aqsa

Lihat juga artikel ini...
Presiden PAS Wajar Jadi PM M'sia.


Pihak kami sanggup pergi ke Sabah &Sarawak memberi maklumat lengkap mengenainya.

Kes Rasuah Guan Eng & Phang Ditetapkan 14 November



PULAU PINANG – Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan 14 November depan untuk sebutan semula dua kes rasuah melibatkan Ketua Menteri, Lim Guan Eng dan ahli perniagaan wanita, Phang Li Koon.
Hakim Datuk Hadhariah Syed Ismail membuat ketetapan itu di hadapan Timbalan Pendakwa Raya Budiman Lotfi Mohamad dan peguam RSN Rayer yang mewakili Guan Eng serta Datuk V. Sithambaram yang mewakili Li Koon.
Pada prosiding itu, Budiman Lotfi memaklumkan, tarikh itu mengambil kira perbicaraan terhadap Guan Eng dan Li Koon untuk mencabar Seksyen 62 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 di Mahkamah Rayuan Putrajaya akan bermula pada 7 Ogos ini. – UTUSAN ONLINE
Lihat juga artikel ini...
Presiden PAS Wajar Jadi PM M'sia.

Pihak kami sanggup pergi ke Sabah &Sarawak memberi maklumat lengkap mengenainya.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails