Friday, July 28, 2017

SPRM Siasat Hotel Felda Di Sarawak Pula.


Imej yang berkaitan Pengerusi Felda ketika itu, Tan Sri Mohd Isa Samad dilaporkan berkata pembelian pembelian Grand Plaza Kensington itu sebahagian daripada “langkah strategik” ..
SHAH ALAM, 27 JULAI: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang menyiasat pembelian sebuah lagi hotel oleh anak syarikat FELDA iaitu Felda Investment Corporation Sdn Bhd (FIC).
Badan pencegahan rasuah itu berkata, hotel bertaraf empat bintang yang terletak di Kuching, Sarawak itu dipercayai dibeli pada harga lebih tinggi daripada harga asal.
Menurut sumber SPRM, siasatan berhubung pembelian hotel itu dibuat susulan siasatan berkaitan pembelian hotel oleh FIC di kota London, antara tahun 2013 dan 2015.
Hasil carian imej untuk SPRM Siasat Hotel Felda Di Sarawak Pula.
“Maklumat awal yang diterima pasukan penyiasat menunjukkan pembelian hotel itu mengakibatkan kerugian ratusan jutaan ringgit kepada FIC.
“Pasukan penyiasat kini sedang menilai maklumat yang diterima dan dijangka akan pergi ke pejabat FIC di beberapa lokasi untuk mendapatkan dokumen serta maklumat berkaitan pembelian hotel itu, dalam masa terdekat,” kata kenyataan SPRM yang dipetik daripada MalaysiaKini, hari ini.
Kenyataan itu juga menjelaskan, Pengarah Jabatan Siasatan SPRM, Datuk Simi Abdul Ghani ketika dihubungi mengesahkan pihaknya sudah memulakan proses mengumpul maklumat berhubung pembelian hotel berkenaan.
Beliau berkata, suruhanjaya itu akan menjalankan siasatan menyeluruh bagi memastikan sama ada terdapat unsur rasuah dan penyalahgunaan kuasa dalam proses pembelian terbabit.
Minggu lalu, SPRM menahan dua ejen harta tanah berkaitan pembelian hotel dengan harga yang tinggi hingga menyebabkan kerugian jutaan ringgit membabitkan FIC.
IKLAN IH
Hasil carian imej untuk tukang gunting rambut lelaki
Dikehendaki Segera!! Tukang Gunting Rambut Lelaki 

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails