Thursday, July 27, 2017

Hamas Kekal 'Pengganas', 'Harimau Tamil' Tidak.. Putar Belit Bangsat!


Hasil carian imej untuk perjuangan hamas Khaled Meshal, pemimpin Hamas.
LUXEMBOURG – Mahkamah tertinggi Kesatuan Eropah (EU) mengekalkan status Hamas sebagai pergerakan pengganas tetapi memadamkan kumpulan pemberontak Harimau Tamil daripada senarai hitam berkenaan.
Panel hakim Mahkamah Keadilan Eropah (ECJ) semalam membatalkan keputusan Mahkamah Besar pada 2014 bahawa Majlis EU, blok yang dianggotai oleh 28 negara, tidak cukup bukti untuk terus membekukan aset dan melaksanakan sekatan perjalanan ke atas Hamas.
Mahkamah lebih rendah itu memutuskan bahawa senarai hitam EU itu dibuat berdasarkan laporan media dan internet dan bukannya pihak berkuasa yang cekap.
Namun, ECJ berkata, keputusan demikian hanya untuk penyenaraian awal dan tidak diperlukan untuk mengekalkan Hamas dalam senarai hitam EU.
“EU boleh mengekalkan mana-mana individu atau entiti dalam senarai ini sekiranya ia merumuskan bahawa individu atau entiti tersebut terlibat dalam aktiviti keganasan,” kata ECJ
Imej yang berkaitan
Hasil carian imej untuk perjuangan hamas
Dalam kes serupa, ECJ sebaliknya memutuskan bahawa pemberontak Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) perlu dipadamkan daripada senarai pengganas EU.
Menurut mahkamah sama, EU gagal mengemukakan sebarang bukti untuk menunjukkan bahawa wujud risiko LTTE melancarkan serangan baharu selepas kekalahannya dalam tahun 2009.
Hamas yang mentadbir Genting Gaza berada dalam senarai pengganas EU sejak tahun 2003. 
Lapor Reuters
Begitulah putarbelit terhadap perjuangan Islam Hamas dalam membela kebenaran dan keadilan dari penjajah bangsat Zionis. (IH)
IKLAN IH
Hasil carian imej untuk tukang gunting rambut lelaki
Dikehendaki Segera!! Tukang Gunting Rambut Lelaki 

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails