Wednesday, July 26, 2017

Israel Guna Cecair Kimia Robohkan Masjid Al-Aqsa' Jangka Panjang.



IH M'siaWakil organisasi Gerakan Islam di Israel Sheikh Kamal Khatib dalam wawancara dengan stesen televisyen Aljazeera minggu lalu mengatakan Israel menggunakan cecair kimia yang disuntik ke dinding Masjid Al-Aqsa untuk membuat masjid itu roboh sejak 22 tahun lalu.

Cecair kimia itu, kata Khatib, boleh membuat hakisan pada dinding masjid dan proses itu berlangsung dalam jangka panjang hingga membuat tembok masjid reput dan akhirnya boleh roboh. Dengan demikian Israel nantinya boleh beralasan masjid roboh kerana dinding yang sudah retak atau rapuh kerana dimakan usia.

"Dua puluh dua tahun lalu, kami sudah beritahu, Al-Aqsa dalam bahaya. Pada waktu itu kami mengatakan, Israel memakai cecair kimia yang mempunyai kesan jangka panjang. Cecair ini boleh menghakis bebatuan dan tiang tapi kesannya tidak langsung kelihatan, pada akhirnya mereka (Israel) akan kata Al-Aqsa memang sudah retak, "kata Khatib, seperti dilapor laman the Times of Israel, Jumaat minggu lalu.
Masjid Al-Aqsa xeniagreekmuslimah.wordpress.com 
Konflik makin tegang
Pertempuran ganas terbaru tercetus di luar Gerbang Singa yang merupakan pintu masuk utama ke pekarangan al-Aqsa, kelmarin.

"Sekarang sudah terjadi. Di beberapa tempat sudah ada lubang. Memang rancangan Israel begitu supaya mereka boleh kata itu kerana proses semula jadi," kata dia.

Ketika ditanya sama ada Israel akan melakukan lagi cara itu setelah belakangan ini mereka menutup Al-Aqsa kerana peristiwa penembakan 14 Julai lalu, Khatib berkata kemungkinan itu ada.

"Ya, ya, saya bimbang begitu. Saya hampir yakin tujuan Israel menutup masjid bukan hanya untuk mencari senjata yang kata mereka disembunyikan di sana. Mereka tahu sebenarnya tidak ada senjata di dalam Masjid Al-Aqsa.

Israel menyebut para pemuda Palestin yang menyerang polis Israel di kompleks Al-Aqsa Jumaat dua minggu lalu itu menyeludup senjata ke kompleks Masjid Al-Aqsa sebelum melancarkan serangan.

Sejak peristiwa itu Israel menutup Al-Aqsa dan memasang kamera serta alat pengesan logam yang mencetuskan kemarahan warga muslim Palestin. (IH)

IKLAN IH
Hasil carian imej untuk tukang gunting rambut lelaki
Dikehendaki Segera!! Tukang Gunting Rambut Lelaki 

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails