Monday, July 24, 2017

Bukti Rakyat Mahu Kekalkan Pentadbiran Islam K'tan &...


MURSYIDUL Am PAS menyifatkan kehadiran puluhan ribu pada Ijtimak Kelantan 2017 malam tadi memberi isyarat kesedaran tinggi rakyat bagi mengekalkan kerajaan negeri yang ada sekarang.
Tuan Guru Hashim Jasin berkata, berdasar kepada bilangan yang datang pada perhimpunan tersebut secara jelas memberi gambaran mereka mahu mengekalkan pentadbiran Islam yang diasaskan Allahyarham Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Katanya, kebangkitan itu turut memberi harapan bukan sahaja Kelantan dapat dipertahankan sebaliknya pengaruh PAS akan menular ke negeri-negeri lain.
“Bukan Kelantan sahaja yang kita pastikan perundangan Islam yang memberi keadilan kepada semua dapat dikekalkan, sebaliknya akan menjalar ke negeri-negeri lain.
“Pemimpin PAS dihormati bukan kerana perawakan yang mereka miliki, sebaliknya kerana kebenaran Islam yang dibawa PAS,”  katanya pada ucapan penutup Ijtimak Kelantan 2017 di Stadium  Sultan Muhammad IV malam tadi.
Stadium penuh sesak dengan orang ramai yang memenuhi segenap ruang padang dan tangga stadium. Orang ramai mulai masuk ke dalam stadium pada jam 7 petang sebaik sahaja pintu utama dibuka.
Menjelang Maghrib ruang padang stadium semakin sendat. Orang ramai bertali arus memasuki melalui pintu utama berhampiran tapak ekspo.
Pihak penganjurkan mensasarkan kira-kira 100,000 hadir pada perhimpunan tersebut.
Kesesakan begitu ketara apabila banyak kenderaan terperangkap di laluan keluar dari stadium selepas program berakhir. Bas yang membawa rombongan memenuhi Jalan Mahmood, Jalan Sultan Ibrahim dan kawasan sekitar stadium.
Ijtimak Kelantan diadakan sempena Ijtimak Antarabangsa Perpaduan Ummah Rantau Asia  kali ke-4 yang bermula pada petang Khamis lepas.
Turut diadakan nadwah ulama dan konfren dakwah yang membabitkan 800 peserta tempatan dan luar negara. Sebanyak 27 negara menghantar peserta dalam kalangan pemimpin gerakan Islam.
Ustaz Hashim juga merakam ucapan tahniah kepada kerajaan Kelantan kerana berjaya menganjurkan perhimpunan bertaraf antarabangsa.
“Tahniah juga kepada jawatankuasa terlibat dan rakyat Kelantan yang begitu banyak berkorban demi mempertahankan pemerintahan Islam sejak 1990,”  ujarnya.
Naib Ketua Kesatuan Ulama Islam  Sedunia, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang pula berkata, kehadiran yang memenuhi stadium menjadi
Wakil gerakan Islam Papua New Guinea, Ustaz Fazlan Galamatan menyifatkan Kelantan menjadi titik bagi mempertahankan Islam di Malaysia.
Turut dilancar pada perhimpunan malam tadi memperingati 100 tahun al Quds yang dianjur Lajnah Al Quds, Muslim  Care, Cakna Palestin dan Gerakan Membebaskan Al Aqsa. Selain itu pelancaran logi Pertahan Kelantan. Ikrar mempertahankanKelantan pula dibaca diketuai Ketua Pemuda PAS Negeri, Ahmad Fadhli Shaari. - HARAKAHDAILY 23/7/2017


IKLAN IH
Hasil carian imej untuk tukang gunting rambut lelaki

Dikehendaki Segera!! Tukang Gunting Rambut Lelaki 
-Berpegalaman mengunting rambut lelaki pelbagai usia. 
-Pendapatan basic komisen boleh dirunding. 
-Disiplin, jujur dan amanah amat diutamakan. 
-Ciri-ciri tambahan, berketerampilan kemas dan mudah mesra. 

Kelebihan / Kemudahan 
- Majikan yang prihatin 
- komisyen dan gaji terjamin. 
- lokasi Kedai yang bersih,selesa dan menarik dikelilingi 
oleh ramai penduduk. 
- Berdekatan dengan Surau dan kedai makan. 
- kedai berhawa dingin. 

Lokasi : Meru Kelang Selangor.

Hubungi: 
Muaz;:
Sila hubungi.. 
018 2018342 
011 33111321

2 comments:

Anonymous said...

Tahniah kpd kerajaan pas kelantan. Parti pak lebai masih menjadi pilihan majoroti umat islam kelantan khasnya dan malaysia amnya. Ada tiga empat org nak terjun bas,,konon driver mabuk,,biar la mereka, mereka nak naik lori angkut babi pulak. 37 penumpang masih yakin dengan driver tgha. Insyallah selamat sampai ke destinasi kemenangan.

Anonymous said...

Puak kafir libral bergabuang dengan puak lgbt dan munafik sedang bergerak untuk hancurkan pas Denham bantuan luar menyara sibertrup menyebar fitnah dengan niat untuk mempengaruh rakyat. Moga allah swt memelihara agama islam dan menyatukan umat islam untuk mempertahankan islam di malaysia. Ameeen

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails