Friday, July 28, 2017

Anak L/Nikah: Keputusan Mahkamah Rayuan Musnahkan Keluarga Islam..


BANGI, 4 Zulkaedah 1438H, Jumaat – Pendekatan simplistik Mahkamah Rayuan dengan hanya mengambilkira kuasa Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1957 dalam isu nasab anak luar nikah, boleh memusnahkan institusi keluarga orang Islam, serta mengundang pelbagai polemik.
Presiden Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia, Datuk Zainul Rijal Abu Bakar berkata, dengan keputusan sebegini akan mengundang lebih banyak polemik di dalam masyarakat, di mana isu pewarisan ketidak sahtaraf anak dan lain-lain menjadi lebih sukar dibuktikan di mahkamah.
“Walaupun Mahkamah Rayuan mengatakan ianya hanya isu pendaftaran tetapi kesannya sangat melata akan dirasakan oleh semua orang Islam kelak,” katanya dalam satu kenyataan hari ini sebagai mengulas kebenaran yang diberikan Mahkamah Rayuan kepada anak pasangan beragama Islam yang lahir luar nikah untuk berbinkan bapanya.
Keputusan itu dicapai oleh panel tiga hakim ketika membenarkan rayuan seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun dan kedua ibu bapanya.
Hakim Datuk Abdul Rahman Sebli dalam keputusan penting setebal 29 muka surat berkata, Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) selaku responden kedua telah bertindak di luar bidang kuasa ketika mendaftarkan ‘Abdullah’ sebagai nama bapa kepada kanak-kanak itu dalam sijil kelahirannya.
Ibu dan bapa kanak-kanak itu (perayu kedua dan perayu ketiga), kedua-duanya beragama Islam bernikah pada 24 Oktober 2009. Kanak-kanak lelaki itu lahir pada 17 April 2010 iaitu lima bulan dan 24 hari (atau lima bulan dan 27 hari menurut kalendar Qamariah Islam).
Zainul Rijal berkata, Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1957 dalam isu nasab anak luar nikah tidak boleh dibaca secara berasingan dengan undang-undang lain, termasuk Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang Islam yang berkuatkuasa.
“Seksyen 110 hingga 119 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 memperuntukkan tentang kesahtarafan anak. Seksyen 110 khususnya adalah berkaitan dengan siapakah yang dikaitkan sebagai bapa bagi orang Islam.
“Isu kelahiran lebih empat tahun selepas pembubaran perkahwinan, kelahiran selepas pengakuan bahawa iddah telah tamat, persetubuhan syubhah dan banyak lagi diperuntukkan di dalam Akta Undang-Undang Keluarga Islam tersebut, yang seharusnya menjadi panduan kepada undang-undang lain, kerana Akta Undang-Undang Keluarga Islam ini adalah undang-undang spesifik untuk orang Islam manakala Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1957 adalah undang-undang yang lebih umum,” katanya.
Sehubungan itu, Zainul Rijal mendesak Kerajaan Persekutuan agar meminda Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1957 ini bagi menghormati Islam sebagai agama Persekutuan selaras dengan Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan dan mengecualikan pemakaian sebahagian daripada akta ini yang bertentangan dengan hukum syarak kepada orang Islam.
SAYA merujuk kepada penghakiman Mahkamah Rayuan baru-baru ini di dalam kes Rayuan No W-01(A)-365-09/2016 (Nama Pihak Perayu dirahsiakan Mahkamah) mengenai kesahan meletakkan bin bagi anak tak sah taraf kepada bapa biologi anak tersebut. Penghakiman Mahkamah Rayuan tersebut dibuat berdasarkan seksyen 13 Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1957 yang membenarkan pendaftaran anak tak sahtaraf dibinkan kepada …Continue reading
(Portal Islam&Melayu)


IKLAN IH
Hasil carian imej untuk tukang gunting rambut lelaki
Dikehendaki Segera!! Tukang Gunting Rambut Lelaki 

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails