Wednesday, July 26, 2017

Gadis Bola Sepak, Wajarkah Dari Sudut Agama?


SUKAN

BOLA sepak bukan sahaja menjadi minat kaum adam tapi sudah mula dijiwai wanita. Begitu, tidak terkecuali, Nur Syahindah Mohamad Kamal, 20, yang wajahnya menjadi tular di media sosial gara-gara bergiat aktif dalam sukan bola sepak.

Wajarkah? Bagaimana pandangan dari sudut Islam?
Gadis berdarah campuran Melayu dan Cina ini yang mewakili pasukan bola sepak wanita Sri Sador Glow Glowing FC turut menjadi buruan setiap jejaka di luar sana kerana dikatakan memiliki ciri-ciri wanita idaman mereka.


Bukan sahaja cantik tapi Nur Indah tidak pernah melupakan batasnya sebagai seorang muslimah dan sentiasa mengenakan pakaian yang patuh syariah ketika bermain bola. 




Justeru tidak hairanlah, gadis yang menjadikan bekas penyerang Barcelona, Ronaldinho sebagai idolanya turut dirisik beberapa pengeluar jenama tudung dan syarikat barangan sukan untuk dijadikan sebagai duta produk mereka.

Bagi setiap gadis, tawaran sebagai model sudah pastinya tidak akan ditolak mentah-mentah. Namun berbeza dengan anak bongsu daripada empat beradik ini yang terpaksa menolak tawaran lumayan itu demi minatnya terhadap bola sepak.

Pada masa sama, tawaran itu turut diketepikan kerana mahu memberi tumpuan kepada pengajiannya dalam bidang Diploma Pengurusan Perniagaan di Kolej Poly-Tech Mara Kota Bharu, Kelantan.



"Insya-Allah saya akan pertimbangkan di kemudian hari. Perjalanan saya masih lagi panjang. Lagipun saya kalau mahu buat sesuatu, saya akan buat bersungguh-sungguh sehingga sasaran saya tercapai.

"Begitu juga dalam bola sepak dan pelajaran, masih banyak yang perlu diperbaiki. Saya mahu cemerlang bukan sahaja dalam bidang akademik tapi juga sukan. Saya juga ingin dikenali bukan kerana paras rupa tetapi kualiti permainan saya di atas padang," katanya.

Mengulas lanjut mengenai pembabitannya dalam sukan lasak ini, Nur  Syahindah berkata, dia sudah lama meminati bola sepak dan mula aktif bermain futsal selepas tamat tingkatan lima.

"Saya sebenarnya rasa tak selesa apabila gambar saya menjadi viral. Mula-mula ok tapi bila dah banyak kali viral, saya bimbang. Saya mahu orang lain tengok saya melalui kualiti permainan bukan kerana paras rupa semata-mata.." katanya. (IH)

IKLAN IH
Hasil carian imej untuk tukang gunting rambut lelaki
Dikehendaki Segera!! Tukang Gunting Rambut Lelaki 

6 comments:

ikan said...

Ponteng menghadiri sidang parlimen tanpa sebarang alasan, wajarkah dari sudut agama?

Sayed Noordin said...

Pemain bola sepak dan futsal wanita Repuklik Islam Iran dah lama praktikkan pakaian cara islamik..

Anonymous said...

Kepada ikan bodo,

Buktikan 'Ponteng menghadiri sidang parlimen tanpa sebarang alasan'bila, siapa, apa takde alasan? Bodo sangat tukang fitnah?

Anonymous said...

peluk amoi ok jer

ikan said...

presiden ko la ngok

Anonymous said...

Ikan libral anti islam fitnah amalan dia

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails