Wednesday, July 26, 2017

Kahwin Usia 13 Tahun, Salahkah?


Kanak-Kanak

PERKAHWINAN sepasang kanak-kanak yang masing-masing baru berusia 13 tahun dengan pengantin perempuan sedang mengandung lima bulan, telah mengejutkan dan mencetuskan kemarahan penduduk di China.

Majlis perkahwinan yang diadakan bulan lepas itu, hanya terbongkar selepas video mengenainya tersebar.
Ia mencetuskan kemarahan ramai disebabkan usia mereka yang masih muda. Umur sah untuk berkahwin bagi wanita adalah 20 tahun manakala lelaki pula 22 tahun.
Namun perkahwinan kanak-kanak adalah perkara biasa di China. Laporan media menyebut bahawa perkahwinan tersebut diatur oleh keluarga mereka dan mereka gembira melihat kanak-kanak terbabit berkahwin.
Perkahwinan kanak-kanak menjadi satu masalah besar di China dan ia sering berlaku apabila ibu bapa mereka meninggalkan anak mereka di kampung untuk bekerja di bandar.
Keadaan ini memaksa kanak-kanak itu ditinggalkan dengan datuk dan nenek mereka.  Lapor MYNEWSHUB.CC
Yang kahwin di atas umur 18 tahun di Malaysia pun ramai meninggalkan anak mereka di kampung untuk bekerja di bandar, kerana pendapatan kecil. Ya ke? (IH)


IKLAN IH
Hasil carian imej untuk tukang gunting rambut lelaki
Dikehendaki Segera!! Tukang Gunting Rambut Lelaki 

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails