Saturday, December 12, 2015

Kerjasama Dg UMNO? PAS Tidak Akan Pikul ‘Biawak Hidup' -Tuan Ibrahim.

Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man terus mempertahankan pendirian parti yang tidak akan sesekali menerima tawaran kerjasama dengan Umno yang disifatkannya hanya mahu mengalih perhatian daripada isu sebenar. – Gambar fail The Malaysian Insider, 12 Disember, 2015.
Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man terus mempertahankan pendirian parti yang tidak akan sesekali menerima tawaran kerjasama dengan Umno yang disifatkannya hanya mahu mengalih perhatian daripada isu sebenar. – Gambar fail The Malaysian Insider, 12 Disember, 2015.
Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mengatakan parti Islam itu tidak akan bekerjasama dengan Umno walaupun presiden parti Melayu itu, Datuk Seri Najib Razak mempelawa
Timbalan presiden PAS itu berkata, sebaliknya mereka akan terus mendesak dan memperjuangkan agar syariat Islam diperkukuhkan dalam pentadbiran negara.
"PAS tidak akan bersekongkol 'memikul biawak hidup' sebagaimana yang diucapkan Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang,” kata Tuan Ibrahim dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata, perdana menteri tampil dengan cadangan gagasan pembinaan negara berteraskan syariat kerana mahu mengalih perhatian daripada isu sebenar.
"Najib terus lemas di dalam jawapan-jawapan yang semakin mengelirukan mengenai penderma RM2.6 bilion di akaun peribadi beliau sama ada daripada penderma, para penderma atau wakil-wakil penderma," katanya.
Menurut Tuan Ibrahim, Umno adalah musuh tradisi PAS kerana prinsip syarak bukan kerana nama atau diri ahli parti itu.
"Umno mempunyai tanggungjawab akidah dan syariat di atas pundaknya kerana ia diberi amanah dan kekuasaan pemerintahan. Amanah ini akan dipertanggungjawabkan di akhirat," katanya.
Tuan Ibrahim berkata, akibat perbezaan dasar kedua parti, PAS dan ahlinya terus menerima tekanan dan penindasan, terutamanya di tangan Umno.
"Ribuan kakitangan awam yang menderita ditukar dan dikenakan pelbagai tindakan kerana mereka menyokong PAS.
"Kelantan terus menderita dan ditindas dengan teruk sejak Almarhum Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menjadi menteri besar Kelantan pada 1990.
Timbalan presiden PAS itu berkata, sistem federalisme diperkosa dan tidak dipraktikkan secara adil.
Tuan Ibrahim turut membangkitkan kerjasama dengan DAP dahulu yang menyebabkan parti sekular itu sudah boleh diterima orang Melayu.
"Meskipun bukan mudah bagi PAS menghadapi suasana tersebut di mana PAS dituduh menjadi barua DAP, kuda tunggangan dan pengkhianat Melayu.
“Bahkan lebih jauh dari itu, Datuk Onn Jaafar yang mengasaskan Umno diterima sebagai sekutu PAS bersama Parti Negara. Inilah semua menjadi sejarah panjang perjuangan PAS,” kata Tuan Ibrahim yang menegaskan matlamat PAS adalah untuk menyelamatkan manusia dan negara daripada kerosakan. – 12 Disember, 2015.

Ini, Tawaran Jamu Percuma Kepada Pelanggan Hafal Al-Quran..



Siri Pengkayaan Al-Qurqn.
1Pengkayaan Al-Quran: Indonesia Terbit Al-Quran Ter...
2.  Rupa-Rupanya Sudah 500 Tahun Papua Islam…


STRATEGI pemasaran sememangnya penting dalam perniagaan agar barangan atau khidmat yang dijual menjadi laris, sama seperti menawarkan potongan harga atau memberi hadiah percuma.


Namun, apa yang dilakukan seorang peniaga kecil di Sidoarjo, Jawa Timur, Indonesia ini nyata berbeza daripada peniaga lain.
Ini kerana penjual jamu tradisional ini mengamalkan teknik berdakwah dalam perniagaannya dengan menawarkan produk jamu percuma kepada para pelanggannya dengan syarat, mereka menghafal Al-Quran.
“Jualan yang membawa pesan moral,” demikian ditulis peniaga itu di laman FacebookKomunitas Pengusaha Muslim Indonesia, pada Selasa.
Strategi dan niat murni peniaga itu sekali gus dipuji oleh para netizen.
Selain menjual jamu, peniaga bermotosikal ini turut membawa bersamanya buku-buku keislaman untuk dibaca oleh pelanggannya.  (IH)

UMNO Tawar Kerjasama Pas, Itu Bukti Umno Lemah. -N/Presiden PAS.




KLANG - "Dulu lima, 10 tahun lepas ketika Umno kuat kenapa tidak pernah tawarkan apa-apa kepada Pas," bidas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad susulan tawaran kerjasama yang dikemukakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Iskandar menegaskan pelawaan Najib itu jelas membuktikan bahawa Umno sangat terdesak ketika ini. Beliau yang juga Naib Presiden Pas berkata, Pas tidak akan sesekali melayan pelawaan Presiden Umno yang dilihat begitu tersepit.

"Kenapa lima, 10 tahun lepas ketika Umno kuat dia tak pernah menawarkan apa- apa kepada Pas?
"Sekarang ini dah terdesak baru beliau (Najib) tawarkan nak kerjasama. Ini bermakna mesti ada sesuatu yang kita lihat akibat daripada keadaan beliau sekarang ini," katanya ketika ditemui di Majlis Jamuan Teh Diraja Sempena Sambutan Keputeraan Sultan Selangor yang ke-70 di Padang Mahkota Istana Alam Shah di sini, semalam.

Beliau menempelak pelawaan Umno itu sebagai tawaran terdesak. "Mereka sekarang ini terdesak jadi kalau dilayan maknanya kita menyelamatkan mereka daripada keadaan  tersepit itu," katanya.

Terdahulu, Najib secara terbuka mmenghulurkan tali silaturahim kepada Pas untuk sama-sama membina dan membangunkan negara ini mengikut syariat Islam dan  melahirkan rasa gembiranya kerana parti Islam itu tidak lagi bersama pakatan pembangkang. (SH)

Khalwat G25: Oh PAN, Mengapa Membisu?




amanah
Setiausaha Agung PAN, Mohd Anuar Mohd Tahir turut hadir sebagai peserta

sidang media1




Sidang media G25 selepas Forum Islam Dalam Demokrasi Berpelembagaan di bangunan Persatuan Alumni Universiti Malaya (PAUM) pada 5 Dis. Dari kiri; Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Forum, Datuk M. Redzuan Kushairi; Penasihat G25, Tan Sri Mohd. Sheriff Mohd. Kassim dan jurucakap G15, Datuk Noor Farida Ariffin

Zainal Salleh – Akhirnya bisul dendam golongan yang selama ini terkilan Islam menyekat ‘kebebasan bersuara’ dan tidak mengendahkan ‘hak peribadi’ mereka, pecah. Lantas mereka menggesa kerajaan “membetulkan” keadaan ini.
Kumpulan pesara Melayu perkhidmatan kerajaan atau G25 ini menggesa kajian semula terhadap pelaksanaan undang-undang Islam yang menjadikan dosa peribadi, seperti berkhalwat, satu jenayah.
Jurucakap G25, Datuk Noor Farida Ariffin berkata, enakmen kesalahan jenayah syariah yang ‘menceroboh ke dalam kehidupan peribadi rakyat’ harus dikaji semula.
Lantas G25 mahu mewujudkan satu jawatankuasa konsultatif demi menghapuskan kekangan sedemikian yang menceroboh ‘ruang kehidupan dan sfera peribadi rakyat’.
“Wujud masalah dalam pelaksanaan enakmen kesalahan jenayah syariah… kita perlu melihat kepada perkara ini.
“Kita perlu ahli jawatankuasa konsultatif itu untuk melihat perkara ini, dan di mana mereka sebenarnya melanggar Perlembagaan Persekutuan.
“Untuk mencadangkan dan mungkin memansuhkan, atau meminda, dan juga untuk melihat kepada undang-undang yang menceroboh ke dalam kehidupan peribadi rakyat seperti undang-undang khalwat,” kata Noor Farida.
Beliau berkata demikian pada satu sidang media di akhir forum dua hari “Islam dalam Demokrasi Berperlembagaan” di Kuala Lumpur minggu lalu.
Beliau menekankan bahawa hanya Malaysia sahaja yang mempunyai undang-undang mengenai khalwat dan ia bertentangan dengan ajaran Islam.
“Dalam Islam, Al-Quran kata anda tidak boleh menceroboh ruang peribadi seseorang. Oleh itu, kami katakan, ini bertentangan dengan Islam,” kata Noor Faridah.
Beliau berkata jawatankuasa konsultatif mengkaji isu-isu ini penting bagi mengelakkan ketidakadilan masa depan terhadap umat Islam dan bukan Islam.
“Di bawah perlembagaan, mereka tidak mempunyai bidang kuasa ke atas orang bukan Islam. Tetapi sekarang, mereka juga mengambil tindakan terhadap orang bukan Islam.
“Orang bukan Islam turut terlibat dengan keputusan mahkamah syariah dan undang-undang,” kata Farida.
“Islam adalah agama keadilan, belas kasihan dan kasih sayang. Tetapi cara Islam dilaksanakan di bawah undang-undang syariah ketika ini, yang diluluskan penggubal undang-undang negeri, ia bukan undang-undang Tuhan.
“Ia tafsiran manusia tentang hukum Tuhan. Ia menyebabkan banyak ketidakadilan bukan sahaja kepada orang Islam, tetapi orang bukan Islam juga,” katanya.
Ramai ulama yang bingkas bangun membidas kenyataan G25 yang dianggap melampau.
Malah ahli politik seperti Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali berpendapat perundangan sedia ada memadai untuk menguruskan kepentingan umat dan peraturan Islam. PAS pun demikian.
Namun sedihnya pemain terbaru dalam politik Islam di Malaysia – Parti Amanah Negara (PAN) — lembab sedikit menyatakan pendirian dalam isu dosa khalwat adalah persoalan insan dengan Allah sahaja.
Sayugia diingat sebelum ini PAN juga tidak menetapkan pendiriannya dalam isu melesterikan alam sekitar khususnya isu penambakan laut di Pulau Pinang.
Sedihnya, G25 yang mewakili pesara perkhidmatan kerajaan yang selama ini “menderita” dek kesumat terhadap peraturan dan pengurusan Islam di negara ini hanya membisu ketika berkhidmat.
Adakah ini kerana mereka tidak mahu kedudukan dalam pentadbiran kerajaan akan tergugat? Kini apabila sudah “bebas” daripada peraturan dan kanun perkhidmatan awam, baru mereka bertindak?
Adakah keberanian ini timbul kerana ketika berkhidmat mereka berasa golongan yang sefahaman mereka adalah minoriti tetapi apabila sudah “bebas”, mereka percaya kedudukan mereka “selamat” jika bersuara dalam sebuah NGO seperti G25?
Kini apabila sudah terjamin bayaran pencen, baru mereka berani mengambil kesempatan kemelut politik negara kini untuk meluahkan apa yang terbuku di dada?
Sayangnya, sikap membisu PAN yang mengaku berjuang atas landasan Islam agak menyedihkan. Kini peraturan Allah – amar makruf nahi mungkar – dipertikaikan; tetapi PAN membisu.
Apakah perhitungan PAN isu ini tidak menguntungkan di segi politik? Adakah ia lebih gusar kemungkinan hilang sokongan 25 pesara penjawat awam dan golongan sekular yang sependirian mereka?
Atau, PAN masih menunggu isyarat daripada mentor mereka – Lim Guan Eng – menentukan sama ada isu ini merugikan atau isu populis yang akan menawarkan laba politik besar bagi pembangkang?
Apakah doktrin inklusif yang dilaungkan PAN selama ini meliputi perjuangan orang-orang pencen yang menuntut kawal selia atau kongkongan lebih ketat terhadap Islam?
Atau, adakah meleraikan isu khalwat sebagai satu jenayah bermakna PAN terbuka menerima golongan yang agak kurang selesa dengan peraturan hidup Islam di Malaysia akan membuktikan ia sebuah parti politik yang inklusif?
Apa pandangan dua mantan Yang Dipertua Persatuan Ulama Malaysia – Ustaz Ahmad Awang dan Ustaz Abdul Ghani Shamsudin – yang menjadi penasihat PAN?
Wajarkah PAN menganut konsep dosa itu adalah soal peribadi di antara individu dan Allah sahaja? Maka bagi membuktikan ia berimamkan konsep inklusif, pemikiran G25 ditatang dalam PAN?
g25-um



islam-pan
Forum G25 : Dari kiri (duduk), Dato’ Redzuan Kushairi (moderator), Dr Dzulkefly Ahmad (Pengarah Strategi PAN), Tan Sri Razali Ismail dan Dr Adis Duderija. Dr Dzulkefly membincangkan tajuk “Maqasid al Shariah- towards moderation in Islam”
(Aidnews 11 Dis 15: Kenapa PAN Membisu Apabila G25 Cadang Pemansuhan Undang-Undang Khalwat?) 

Najib Temui Abdul Hadi Minggu Depan -Dr Puad Zarkashi


KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dijangka bertemu minggu depan, yang dilihat sebagai perkembangan positif selepas Presiden Umno itu menghulurkan 'tali silaturahim' kepada PAS. 


Anggota Majlis Tertinggi Umno, Datuk Dr Puad Zarkashi ketika ditemu bual BernamaTVpada Jumaat malam berkata, kedua-dua pemimpin itu dijadual bertemu dalam satu majlis anjuran Alumni Al-Azhar.
Dr Puad berkata, Najib dijadualkan merasmikan majlis itu, manakala Abdul Hadi akan menyampaikan ucap utama.
"Apa yang penting di peringkat awal ini adalah untuk kita melihat bagaimana kedua-dua parti boleh bekerjasama dalam perkara yang sepatutnya terutamanya dalam hal dakwah, menentang ajaran sesat, ajaran liberalisme dan sebagainya," katanya di sini.
Puad turut berpendapat pertemuan dua pemimpin itu sebagai perkembangan positif kepada pelawaan presiden Umno itu, namun masih terlalu awal untuk memperkatakan berhubung penggabungan kedua-dua parti itu.
Najib ketika menyampaikan ucapan dasar pada Perhimpunan Agung Umno 2015 pada Khamis berkata, Umno menghulurkan 'tali silaturahim' kepada PAS untuk bersama-sama membina dan membangunkan negara ini mengikut syariat Islam selepas parti itu 'disepak dan diterajang keluar' oleh rakan-rakan pembangkangnya. 
Puad berkata, para perwakilan yang membahaskan ucapan presiden itu juga dilihat menyokong pelawaan itu dan berpendapat PAS tidak lagi boleh diihat sebagai musuh politik Umno.
Keterbukaan PAS, menerusi kenyataan Abdul Hadi sebelum ini, juga menunjukkan parti itu seperti bersedia untuk menjalin hubungan bersama Umno, katanya. - Bernama

Perogol Dipenjara 263 Tahun. Praktikalkah? Mengapa Dihukum Begitu?


OKLAHOMA - AMERIKA SYARIKAT. Seorang bekas anggota polis yang menghadapi 18 tuduhan termasuk mencabul, merogol dan merogol diluar tabii dijatuhkan hukuman penjara 263 tahun, semalam.

Laporan Dailymail mengatakan Daniel Holtzclaw, 29 sebelum ini juga menghadapai 36 tuduhan mencabul 13 wanita kulit hitam, seorang remaja perempuan dan seorang warga emas ketika sedang bertugas sebagai anggota polis.

Balai polis Oklahoma, stesen di mana Daniel bertugas sebelum ini menyuarakan kelegaan mereka terhadap keputusan mahkamah.

Pegawai polis, Bill Citty bangga dengan usaha para pendakwa dan detektif yang terlibat dalam kes tersebut. Bill juga memberitahu kes tersebut adalah yang paling teruk sepanjang tempoh empat dekad beliau bertugas di balai polis Oklahoma.

Waris kepada mangsa serangan Daniel dilaporkan berkumpul di luar mahkamah dan bersorak sambil menyanyikan lagi 'Selamat Hari Jadi' selepas hakim menjatuhkan hukuman.

Hukuman penjara terhadap Daniel bermula pada Januari 2016.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Seorang penjenayah berumur 29 tahun dijatuhkan hukuman penjara selama 263 tahun. Sempat ke dia menjalani hukuman tersebut? Kalau sempat pun, dia akan keluar penjara sewaktu berumur 292 tahun. Itu tak menasabah, tiada umur manusia begitu.

Tetapi kenapa dihukum juga? Kerana dalam paraturan itu ada pendidikan. Mendidik supaya orang takut berbuat salah. Ilmu pendidikan begitu juga ada dalam perundangan Islam. Contohnya hukum melakukan 'zina'. Perlu ada beberapa saksi yang melihat jelas dengan mata sendiri perbuatan zina itu 'bagai pisau masuk dalam sarung'. 

Ada yang mencemuh, konon perundangan Islam itu tidak praktikal, tak mungkin atau jarang dapat berlaku begitu. Tetapi, itulah hikmahnya sistem perundangan Islam yang terdapat 'hudud' di dalamnya. Hanya puak-puak Islam 'tiruan' atau 'jahil' saja, yang berlebih-lebih menentangnya. Na'auubillahi minzalik. (IH)

Remaja 19 Tahun Dikatakan Sertai 100 Misi Perang Di Syria, Ditangkap.

Remaja lelaki berasal dari Perak ditahan di KLIA pada Isnin lalu selepas menyertai kumpulan pengganas di Syria.

KUALA LUMPUR – Seorang remaja yang mempunyai kemahiran mengendalikan senjata api selepas menjalani latihan ketenteraan dengan menyertai kumpulan pengganas di Syria diberkas polis Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas Bukit Aman pada Isnin lalu.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, remaja lelaki berusia 19 tahun yang berasal dari Perak itu ditangkap sebaik dia tiba di Terminal Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang pada sebelah pagi Isnin.
Menurut beliau, remaja itu dikatakan telah direkrut untuk menyertai kumpulan pengganas di Syria pada pertengahan 2014 sebelum pulang semula ke tanah air.
Katanya, bekas pelajar sebuah kolej di Kaherah, Mesir itu berinteraksi melalui laman sosial Facebook dengan seorang anggota pengganas di Syria sebelum terpengaruh untuk menyertai kumpulan militan itu.
“Siasatan mendapati, pemergian remaja itu ke Syria diaturkan oleh anggota pengganas di Syria sebelum dia menyusup ke Syria melalui Turki pada hujung September 2014.
“Sebaik tiba di Syria, remaja itu terus menyertai kumpulan Jund Al-Aqsa yang merupakan sebuah kumpulan gabungan Al-Qaeda di negara tersebut,” kata beliau dalam satu kenyataan akhbar di sini semalam. (Kosmo)

Jawab "Teka-Teki" Dulu,Untuk Beli Tiket Keretapi Di China, Mengapa?


JOM KREATIF
BEIJING, Dis - Di Malaysia, setiap kali tiba musim perayaan, orang ramai yang menggunakan pengangkutan awam sudah pasti pernah merasai perit untuk membeli sekeping tiket untuk bersama mereka yang tersayang. Mana tidaknya, dalam sekelip mata tiket boleh habis walaupun penjualan baru sahaja dibuka.

Perkara yang sama terjadi di China, lebih-lebih lagi ketika tiba perayaan Hari Raya Cina. Namun mereka di China perlu menempuh satu lagi keperitan apabila dipaksa menjawab teka-teki yang memerlukan pengetahuan yang meluas dan skill yang bagus sebelum dapat membeli tiket secara online.

Penguatkuasa keretapi di China telah mencipta satu sistem penjualan tiket secara online pada 2011 bagi menyenangkan pengguna membeli tiket. Namun sistem itu dimanipulasi oleh "ulat tiket" yang bertindak membeli tiket dengan banyak sebelum menjualnya semula dengan harga mahal.

Oleh sebab itu, China Railway Corporation pada tahun ini tampil dengan penyelesaian terbaru untuk masalah itu dengan memperkenalkan satu sistem verifikasi grafik.

Namun, teknik terbaru itu nampaknya bukan sahaja menyusahkan "ulat tiket" malah penggunanya juga, walaupun yang bijak pandai.

Menurut ThePaper.cn, pembeli akan dipaparkan dengan teka-teki terbabit (bergambar) setelah mereka berjaya login menggunakan kata nama dan kata laluan. Namun apa yang lebih menyedihkan, ada juga jawapan-jawapan yang diberikan didatangkan dalam gambar yang kabur dan tidak jelas.

Sekiranya pembeli cuba untuk me'refresh' website itu dengan harapan mendapatkan teka teki yang lebih mudah, website itu akan memberi amaran "Anda refresh laman ini terlalu kerap. Sila cuba lagi".

Mereka yang membeli tiket berkata sistem baru itu sama susahnya seperti mengambil peperiksaan untuk kemasukan ke kolej.

"Saya dah cuba banyak kali untuk mengesahkan akaun saya. Ianya halangan yang susah untuk majoriti pembeli, bukan sahaja ulat tiket.", kata Dai Zhenya, seorang elajar dari Tsinghua University.

"Semua tiket ke kampung saya habis dijual sekelip mata selepas penjualan online dibuka. Saya mungkin hilang peluang untuk membeli tiket jika saya tidak menjawab soalan dengan cepat, walaupun sekali", tambah Dai.

Ini antara contoh-contoh soalan yang perlu dijawab oleh pembeli :

Yang mana satu alat perakam ?


Yang mana satu seekor cicak?



Yang mana satu selat Bosphorus.

Yang mana satu alat untuk mengukur tekanan darah
Yang mana satu menunjukkan itik panggang?


Yang mana menyerupai salad atau beg tidur?



Dan yang paling teruk :

Siapakah lelaki yang paling hensem?


-(Siakapkeli.my)


Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-103: Kisah-kisah Jom Kreatif (4)

E-Buku IH-103: Kisah-kisah Jom Kreatif (4)

Friday, December 11, 2015

Jaclyn Victor Enggan Anaknya Dibesarkan Di AS. Apa Bahayanya?

Jaclyn bakal terlibat dalam Festival #Kamibersamamu yang akan diadakan di Alamanda, Putrajaya pada 19 Disember ini.

HALAMAN HIBURAN

Suami kepada penyanyi Jaclyn Victor iaitu Shawn Rivera mahu melihat anak mereka membesar di negara ini, kerana dia bimbang budaya di Amerika Syarikat (AS) akan merosakkan anak itu.

Jaclyn atau nama sebenarnya Jaclyn Joshua Thanaraj Victor, 37, berkata, faktor budaya di negara ini menjadi pendorong utama suaminya itu tidak berhasrat untuk membesarkan anak mereka di negara berkenaan.

"Shawn sangat tertarik dengan rakyat Malaysia yang masih berpegang kuat kepada budaya dan nilai murni berbanding di negara asalnya yang lebih bersifat terbuka.
"Atas sebab itu juga suami saya mahu terus menetap di Malaysia dan membesarkan anak kami di negara ini," katanya kepada mStar Online.


Ertinya artis sendiri melihat negara AS gagal memberi pendidikan kepada anak-anak, dan bimbang budaya di AS akan merosakkan anak mereka. Hanya puak-puak yang otaknya dijajah oleh barat saja yang tidak merasakan bahaya itu.

Jaclyn ditemui pada sidang media Festival #Kamibersamamu di Sri Pentas di sini pada Rabu. 
(IH)

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-87: Cara Fikir Salah Artis

E-Buku IH-87: Cara Fikir Salah Artis

Sambungan Kisah ‘Maqasid Syariah’ (G25) By Lim Guan Eng?

“Forum G25 : Maqasid Syariah Dalam Demokrasi Perlembagaan,” anjuran bersama G25 dengan badan pemikir Penang Institute, 31 Oktober di Olive Tree Hotel, Pulau Pinang. Dari kiri Datuk Latifah Merican Cheong (G25), Tan Sri Mohd. Sheriff Mohd. Kassim (Penasihat G25), Datuk Saifuddin Abdullah (PKR/ketua setiausaha sekretariat Pakatan Harapan), Lim Guan Eng (DAP/Ketua Menteri), Zairil Khir Johari, (DAP/Pengarah Eksekutif Penang Institute), Dato’ Abdul Malik Kassim (PKR/Exco Agama Islam kerajaan negeri), Dr. Afif Bahardin (PKR/Exco Pertanian kerajaan negeri), Dato’ Noor Farida Mohd Ariffin (jurucakap G25), dan Dato’ Dr Anwar Fazal (G25/ Perancang Interfaith Council-IFC)

Kenapa kumpulan yang kononnya mendakwa mewakili 25 tokoh Melayu profesional atau G25 memilih Kerajaan DAP Pulau Pinang untuk menganjurkan program pertama mereka bertajuk “Forum G25 : Maqasid Syariah Dalam Demokrasi Perlembagaan” ?

Forum itu dianjurkan bersama oleh G25 dengan kerjasama badan pemikir kerajaan negeri, Penang Institute, diadakan di Olive Tree Hotel, Bayan Lepas, Pulau Pinang, pada 31 Oktober.

Ia dirasmikan oleh Ketua Menteri yang juga Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.
lge
Forum G25 itu yang menggunakan elemen Islam -Maqasid Syariah-untuk melindungi gagasan agenda liberal dianggap janggal apabila majoriti pembentang bukan ahli G25, tetapi di kalangan pemikir-pemikir liberal dari Majlis Peguam Malaysia dan pensyarah dari Universiti Singapura. 
fkyers-maqasid.jpg



penang institute
Sesi Panel 1- Perlembagaan Persekutuan dan Undang-undang Syariah. Dari kiri; Nizam Bashir Abdul Kariem Bashir (Majlis Peguam Malaysia), Dato’Noor Farida Ariffin (moderator), Aston Philip Paiva (Majlis Peguam Malaysia) dan Lim Heng Seng (Majlis Peguam Malaysia)
g252
Sesi Panel 2 – Isu-isu konflik dalam sistem undang-undang majmuk. Dari kiri; Dr Nawab Osman (Universiti Teknologi Nanyang Singapura), Dato ‘Anwar Fazal (moderator), Dr Syed Farid Alatas (Universiti Kebangsaan Singapura) dan Dr Maznah Mohamad (Universiti Kebangsaan Singapura)
Mengapa G25 yang mendakwa diri mereka bekas penjawat awam kanan yang mempunyai rangkaian di pelbagai sektor awam dan swasta, akhirnya memilih memilih badan pemikir DAP, Penang Institute sebagai rakan kongsi mereka untuk menganjurkan program itu.
Kenapa tidak dipilih badan pemikir yang tidak dilihat berkecendrungan elemen politiknya, serta lokasi penganjuran di universiti awam atau swasta atau mana-mana bangunan institusi yang berkecuali untuk membuktikan G25 tidak berpihak. 



organisation-chart2015 penang institute
Organisasi badan pemikir Penang Institute.

board pi



g253
Datuk Latifah Merican Cheong ( G25) bersama Ketua Menteri Lim Guan Eng

Keputusan G25 memilih Penang Institute sebagai rakan kongsi dan Lim Guan Eng sebagai perasmi forum mengsahkan lagi bahawa DAP adalah dalang di sebalik agenda penubuhan kumpulan tersebut.
Apatah lagi dengan penglibatan Dato sebagai salah seorang inner circle G25.
Dr Sharom yang berkelulusan dari Universiti Singapura, pernah menjadi Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar/ Akademik/ Pembangunan Penyelidikan) Universiti Sains Malaysia adalah salah seorang pemikir kerajaan DAP Pulau Pinang.



SONY DSC
Dato Dr Sharom Ahmat (bertanda bulat) adalah salah seorang proksi nama Melayu yang dianggap pemain di belakang tabir Penang Institute. Dr Sharom juga adalah pengerusi badan pemikir kepada SERI (Socio-economic and Environmental Research Institute). SERI ditubuhkan pada tahun 1997, merupakan badan pemikir kerajaan negeri pada waktu itu, namun apabila DAP memerintah negeri itu, peranan SERI dijenamakan dalam nama baharu yang dikenali sebagai Penang Institute. Dr Sharom sebenarnya proksi kepada Liew Chin Tong, Pengarah Eksekutif SERI (di sebelah kiri). Liew pula pemikir utama kepada Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng

maqasiq
Lihat sebelum ini..

6 Perkara. Seruan PAS Kepada UMNO, Kini Masa Sesuai Untuk...


“Syariat Islam Asas Penyatuan Ummah” 

1) Parti Islam SeMalaysia (PAS) adalah sebuah organisasi yang menjadikan al-Quran dan as-Sunnah, Ijma' ulama dan Qiyas sebagai rujukan dalam menentukan prinsipnya termasuklah dalam gerakerja dan tindakan untuk membina masa depan yang sejahtera. 

2) Lebih enam dekad PAS berjuang membawa Islam dan syariatnya. PAS mengambil pelbagai ruang dan peluang untuk menyedarkan masyarakat termasuk pemimpin politik dan negara agar meletakkan agama sebagai teras pemerintahan dan penyatuan ummah untuk kesejahteraan rakyat seluruhnya. PAS juga terus berjuang menolak mungkar politik, amalan salah guna kuasa dan tadbir urus, dan kerosakan akhlak serta rasuah dalam praktis bernegara. 

3) Pastinya apabila ada suara positif yang selari dengan kepentingan Islam, negara dan rakyat majmuk keseluruhannya, PAS selamanya berlapang dada dan bersikap terbuka terhadap hasrat perpaduan dalam bermasyarakat berteraskan syariat Allah SWT dengan mana - mana pihak, samada Islam atau kalangan bukan Islam. 

4) Berdasarkan prinsip inilah, maka sebarang perkembangan baharu dalam gerak politik PAS akan dinilai, dibincang, dan diputuskan diberbagai peringkat proses dalaman parti, termasuklah perbincangan oleh Jawatankuasa PAS Pusat sehingga mencapai keputusan secara kolektif. 

5) PAS juga ingin membuat seruan, betapa kini masa yang sangat sesuai untuk UMNO kembali kepada Islam dan mengamalkan cara hidup Islam dalam segenap sendi perjuangannya, samada politik, sosial mahu pun ekonomi. PAS beriman kepada Allah bahawa pintu taubat tidak pernah ditutup dan rasa keinsafan yang murni adalah kunci mendapat keampunan dari Allah SWT. 

6) PAS ingin menegaskan bahawa pada waktu ini, PAS adalah rakan Tahaluf Siyasi Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan komited dengan kerjasama ini sebagaimana yang dicapai dalam Muktamar dan diluluskan oleh Majlis Syura Ulama PAS Pusat. 

ABDUL HADI AWANG 
KENYATAAN MEDIA PRESIDEN PAS 
10 Disember 2015 / 28 Safar 1437 M 

"kita mempunyai pemimpin yang tidak ada moral" -Sanusi Junid.


Mendakwa terhalang di Kedah, sebuah cawangan Umno dari negeri itu meraikan Tun Dr Mahathir Mohamad dalam satu majlis di Kuala Lumpur hari ini.
Kira-kira 500 orang bernyanyi dan bersorak ketika bekas perdana menteri dan Presiden Umno itu tiba di Muzium Kesenian Islam ketika Tan Sri Sanusi Junid menyampaikan ucapan penuh bersemangat.
Sanusi diketahui salah seorang penyokong tegar Dr Mahathir dan pernah berkhidmat sebagai Setiausaha Agung Umno serta Menteri Besar Kedah.










Kata Sanusi masalah yang sedang dihadapi negara ini "mudah saja" iaitu "kita mempunyai pemimpin yang tidak ada moral".
Tanpa berselindung Sanusi mendakwa "pemimpin" tersebut sebagai seorang "playboy yang susah untuk mengawal nafsu".
Kata Sanusi, 'penyakit' kedua yang dihadapi negara ini ialah "gila duit".
Kedua-dua masalah itu, katanya, mendorong pihak yang berkenaan mencari duit secara mudah.
"Penyelesaian kepada masalah ini ialah rakyat perlu bangkit. Kita terus membaca dan cuba memahami tetapi kita tak boleh lagi duduk berdiam diri.
"Kita orang Kedah, kita hidup di tengah-tengah sawah padi dan petani tidak tahu untuk bersembunyi," kata Sanudi mengulas mengenai kemelut semasa parti itu.
Seperti Dr Mahathir, Sanusi juga secara terang-terangan mengecam kepimpinan semasa Datuk Seri Najib Razak.
Majlis hari ini diadakan ketika lebih 2,000 perwakilan Umno berkumpul di Pusat Dagangan Dunia Putra di Kuala Lumpur sempena perhimpunan tahunan parti berkenaan.
Menurut Sanusi, Najib kini tidak mampu mengenang nafsunya.
Dr Mahathir sebelum ini mengadu pihak yang cuba menganjurkan majlis penerangan membabitkan dirinya sukar mendapat tempat atas faktor tertentu. (IH/MK)

Muhyiddin Tenggelam, Najib Menang Dalam Aura Ucapan Tegasnya.


CERITA politik ‘kedai kopi’ menerusi Facebook, portal berita dan blog propembangkang menjelang Perhimpunan Agung UMNO ini, dikatakan pada tanggal 10 Disember ialah hari terakhir Datuk Seri Najib Tun Razak. Benarkah? 
Kononnya Timbalan Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin bakal mengisi jawatan tertinggi parti umat Melayu Islam terbesar di dunia itu yang disokong teguh oleh lebih 3 juta ahli UMNO selain 27 juta rakyat Malaysia sendiri.
Bekas Timbalan Perdana Menteri itu yang digugurkan daripada jemaah Kabinet baru-baru ini khabarnya begitu bersemangat dilaporkan pengguna media sosial pro-Muhyiddin bakal ambil alih UMNO menerusi kem Team 5M.
Meskipun pemilihan jawatan parti dijangka sekitar 2018, pengumuman bersejarah itu konon akan diumumkan menerusi perjumpaan khas di dewan Kelab Sultan Sulaiman, Kampong Bharu, Kuala Lumpur pada 7 Disember.
Malang, kempen perang saraf kem Muhyiddin gagal, bukan kerana Najib pecat beliau daripada UMNO, sebaliknya salah seorang calon kononnya Team 5M itu dakwa beliau tidak terlibat dan terkejut namanya ada terselit sama.
Tindakan berani Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mengaibkan Muhyiddin membuktikan ‘tembelang’ bekas Menteri Pendidikan itu cuba membina persepsi palsu konon sokongan hebat terhadap dirinya.

Lawaknya, Mohamed Khaled memang diketahui tiada ‘hubungan istimewa’ dengan Muhyiddin dan lebih parah apabila Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir pun menafikan turut terbabit 24 jam kemudian.

Bayangkanlah apabila anak negarawan yang diketahui tidak mesra dengan Najib memalukan Muhyiddin, memang patutlah ahli Parlimen Pagoh itu ‘ghaib’ ketika acara penting Taklimat Presiden menjelang perhimpunan tersebut.

Kelakarnya netizen anti-Najib dan propembangkang tidak memainkan dua berita penafian itu, sebaliknya cuba perbesarkan konon ‘kejayaan’ perhimpunan bersama Muhyiddin di Kampong Bharu; yang sebenarnya sah gagal!

Dengan lebih kurang 1,000 orang sahaja, majoriti bukan ahli UMNO, hadirin pada malam itu dilihat terkial-kial ketika diminta pengacara menyanyikan lagu rasmi UMNO iaitu Bersatu Bersetia Berkhidmat dan Warisan.

Pengguna media sosial dan portal antikerajaan sebaliknya mengutamakan berita cabaran Muhyiddin agar Najib ‘berehat’ daripada jawatan, tetapi tidak pula melaporkan kegagalan beliau mengumumkan pelancaran Team 5M.

Walhal, itulah sebab utama ramai hadirin termasuk puluhan pemberita asing sanggup hadir ke dewan kelab Melayu tersebut untuk melihat karier Najib ‘berakhir’ dengan pengumuman paling ‘bersejarah’ oleh Muhyiddin.
pau1
Akibat aib tidak dijangka itu, Muhyiddin gagal muncul pada program taklimat Presiden UMNO dan gambar kerusi beliau di atas pentas ‘kosong’ tidak diusik Najib menjadi viral lagi sensasi menerusi laman maya ke seluruh dunia.

Anehnya, pada keesokan hari beliau boleh pula muncul secara mengejut sihat wal afiatdi sekitar Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) menyaksikan sementara sesi perbahasan sayap pergerakan Pemuda dan Puteri UMNO.

Ia cetus kekecohan tetapi yang tidak dilaporkan netizen pro-Muhyiddin selain propembangkang, situasi kelam-kabut itu disebabkan keterujaan jurugambar dan wartawan, bukan dek sambutan hangat ramai ahli UMNO pun.

Buktinya, menjelang perasmian perhimpunan itu oleh Najib pada pagi Khamis, portal propembangkang sendiri melaporkan suasana ‘hambar’ ahli UMNO menyambut Muhyiddin, bahkan ramai pula cuba ‘menjauhkan’ diri.

Kononnya, ramai ahli parti bakal berbaju warna biru sebagai tanda sokongan terhadap Muhyiddin, sebaliknya apa berlaku kurang 70 remaja belasan tahun diangkut dengan dua buah van sanggup berpakaian pelik itu di PWTC.

Walhal, sebelum itu dilaporkan penganjurnya telah mengedarkan lebih 1,000 baju-T khas warna biru bertulisan ‘Negaraku Tanah Tumpahnya Darahku’ bagi memalukan Najib sendiri dan menjerit ‘Hidup Tan Sri Muhyiddin!

Di manakah silapnya strategi Muhyiddin? Adakah kerana tersebar berita beliau ‘mengamuk’ pada mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO malam Rabu hingga mengeluarkan kata-kata kesat itu akhirnya memakan diri Muhyiddin?
Bertambah parah apabila Najib ketika berucap langsung dari ‘hati ke hati’ berjaya meminggirkan usaha Muhyiddin termasuk bertegas pantang menyerah kalah, hanya kerana permainan persepsi dakyah jahat parti pembangkang.

“Saya,… Najib Razak, mahukan terdiri dan terbangunnya sepasukan Wanita, Pemuda dan Puteri yang taat lagi setia,… BANTULAH SAYA… memacu Malaysia menuju puncak hingga ke mercunya.

“Biar mati berkalang tanah, perjuangan UMNO tidak akan dibiarkan musnah. Gantungkanlah azam dan semangat tinggi, setinggi bintang di langit, biarpun ada paling tadah, biar berkali-kali kita ditolak supaya rebah.

“Tidak akan ada yang berundur, tiada tunduk! Tidak berundur! Tidak tunduk!!!” tegas Najib berkobar-kobar di tengah-tengah lautan baju merah mewarnai Dewan Merdeka, PWTC sehingga berjaya menggegarkan sesiapa sahaja.

Pernyataan berani Najib yang tidak disangka itu disambut tepukan penuh bergemuruh seisi dewan itu, malah amat dinanti-nantikan oleh warga UMNO serta seluruh rakyat Malaysia dalam suasana penuh bersemangat tinggi.

Perwakilan dan tetamu di dalam Dewan Merdeka turut bangun memberi ‘standing ovation‘ atau tepukan gemuruh apabila Najib menegaskan beliau tidak akan sekali-kali menyerah kalah meskipun menerima tentangan hebat.

Untuk rekod, ketika semua hadirin serentak bingkas melakukan standing ovation, Muhyiddin pula dilihat ‘lambat’ berdiri seolah-olah tidak percaya itulah ucapan seorang pemimpin yang menerima sokongan padu ahli partinya.

Mungkin terkejut, Muhyiddin rupa-rupanya terlupa, Najib bukan sembarangan tokoh dan ucapan Presiden UMNO itu membuktikan, Perdana Menteri ini masih lagi ada aura yang zahir di sebalik cabaran bertubi-tubi diterimanya.
(IH/Mynewshub.cc/HAA)

Lihat juga..
E-Buku IH-105: 'Saya tidak akan turun!' -PM Najib Tegas.
E-Buku IH-105: 'Saya tidak akan turun!' -PM Najib Tegas.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails