Tuesday, December 08, 2015

48 Jam Keluar, Iraq Ugut Turki, Guna PBB...


BAGHDAD – Iraq memberi tempoh 48 jam kepada Turki kelmarin untuk mengundurkan tenteranya yang didakwa menceroboh negara itu atau berdepan ‘apa jua tindakan’ termasuk perkara tersebut dibawa ke Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Baghdad yang masih bergelut untuk mengekalkan kedaulatannya di samping menerima bantuan asing bagi memerangi kumpulan militan Islamic State (IS) mendakwa bahawa unit kereta kebal dan artileri Turki memasuki Iraq tanpa kebenaran.
“Jika pasukan tentera Turki tidak berundur dalam tempoh 48 jam, Iraq berhak menggunakan semua pilihan yang ada padanya termasuk membawa isu ini ke Majlis Keselamatan PBB,” jelas satu kenyataan akhbar Pejabat Perdana Menteri Iraq, Haider Al-Abadi.
Namun, pilihan Iraq dalam menangani isu tersebut terhad kepada tindakan diplomatik memandangkan pasukan tenteranya terikat dalam peperangan dengan IS, manakala Turki pula mempunyai angkatan tentera yang jauh lebih kuat.
Pasukan tentera Turki berada di sebuah pangkalan dalam wilayah Nineveh untuk melatih pejuang Sunnah Iraq dengan harapan untuk merampas kembali bandar Mosul yang ditawan IS pada Jun 2014.
Media Turki melaporkan pasukan tersebut melibatkan 600 anggota tentera Turki yang disokong 25 buah kereta kebal. - AFP
Tentera Turki semasa operasi memindahkan makam dan sejumlah barangan bersejarah kembali ke wilayahnya....

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails