Sunday, December 06, 2015

Gemparkah? Parti Baru PAP Ditubuhkan, Pecahan DAP Yang Terpesong..

Rahmad Isahak (bertanda bulat), Setiausaha Organisasi Nasional PAP 
Zulkifli Noor (bertanda bulat), Presiden Parti Alternatif Rakyat (PAP)

Parti Alternatif Rakyat (PAP) ditubuhkan kerana DAP telah terpesong daripada landasan sebenar perjuangannya, kata Rahmad Isahak, Setiausaha Organisasi Nasional parti itu.
Menurutnya, kemenangan ‘besar’ DAP pada Pilihan Raya Umum ke-12 menyebabkan berlaku krisis dalaman parti menyebabkan Naib Presiden DAP Zulkifli Mohd Nor meletak jawatan.
Zulkifli, kemudiannya mengambil inisiatif menubuhkan dan menerajui parti baharu, PAP yang dilancarkan pada hari ini, Sabtu, di Ground Floor, Hotel Quality, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur.
“Veteran DAP menubuhkan parti baharu kerana terlalu kecewa dengan krisis dalaman, kepimpinan dan prinsip DAP yang pada asalnya sosial demokratik namun berubah kepada kapitalis apabila memegang ‘sedikit’ kuasa pada tsunami 2008, Zulkifli meletakkan semua jawatan dalam parti dan peringkat negeri.
“Antara jawatan tersebut adalah Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan Parlimen Bayan Baru, Ahli Jawatankuasa DAP negeri dan Pengarah Penang Global Tourism,” jelas Rahmad dalam satu kenyataan kepada media.
Rahmad turut menukilkan luahan hati Zulkifli sebagai bekas Naib Presiden DAP seperti berikut :
“DAP sudah lain sejak menang pada PRU 2008 dan 2013. Sudah bongkak. Daripada demokratik dan sosial, sudah jadi parti kapitalis. Dari makan di gerai-gerai kecil, kini sudah pandai menjamu selera di hotel-hotel lima tujuh bintang.
“Daripada gelaran ‘saudara’ sesama sendiri, kini haruslah dipanggil Yang Berhormat.
“Tangisan si miskin sudah tidak didengar, yang kedengaran hanyalah gelak ketawa si kaya raya.
“Ini adalah DAP sekarang. Ini bukanlah parti yang pernah saya bersama selama 26 tahun.
“Kekecewaan inilah yang menyebabkan saya jauh hati, saya sakit hati sehingga tidak mahu menjawat apa-apa dalam parti.
“Bukannya suara veteran dan Melayu seperti saya didengari pun. Jawatan hanya untuk mengaburi mata dan hati umum.” (AIDCNews – 5/12/15 )
Gemparkah?

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails