Sunday, September 13, 2015

Mohamad Razali Repot Polis: Apa Kata Lim Guan Eng, Mat Sabu?


Oleh 
Mohamad Razali 
Bekas Pengarah Strategik Hal Ehwal Orang Melayu-Islam DAP
Siri 3. (sambungan dari siri 2: 
Siapa Di Belakang DAP? -Mohamad Razali Dedah Lag...)

Lim Guan Eng

Ketua Menteri Pulau Pinang, yang hari pertama sahaja, lepas saya buat laporan polis, dia cuba menghubungi saya hampir 35 kali, Lim Guan Eng ni. Tak termasuk Lim Kit Siang, Karpal Singh, Jeff Oii, Ronnie Liu, Tony Pua, daripada Pas ada, daripada PKR ada. Semua cuba nak menghubungi saya.

Dua hari saya tak berani nak ambil phone, takut. Saya takut nak ambil phone, dua hari pressure. Isu dah meletup hangat, kita stress dua hari saya duduk diam.

Sampailah hari ketiga tu, dalam pukul 9 pagi, Lim Guan Eng memang dia call, tiap-tiap hari dia call saya. Hari ketiga tu saya beranikan diri angkat phone, tak apa saya ambillah. Saya panggil dia bos. Memang daripada dulu saya panggil dia bos. Dan saya pun jawablah, saya kata good morning.

Bila dia dengar suara saya tuan-tuan dan puan-puan, dia tak kata apa terus dia maki saya. Dia maki hamun saya dalam bahasa Inggeris. Macam-macam dia kata kat saya.

Dia kata apa kat saya, “Why you go made report, you should came to us, we can talk decision before you going to the police.”

Saya kata, “Boss this is regarding my religion.”

I don’t care about your religion, party it’s more important than your religion.”

Parti lebih penting daripada agama kamu, dia kata. Saya nak kamu tarik balik laporan polis ni hari ini juga. Dia bagi arahan kat saya, tarik balik laporan polis tu hari ini juga.

Saya kata, “Sorry boss, saya takkan tarik balik.”

“Razali, you don’t against me. You know isn’t my character. You know isn’t very well.”

Guan Eng ni tuan-tuan dan puan-puan, dia merupakan seorang pemimpin yang mempunyai dua watak yang cukup berbeza. Saya dok lama dengan dia. Di hadapan tuan-tuan dan puan-puan, itu merupakan watak lakonan sahaja. Di belakang itu adalah watak real Lim Guan Eng. Siapa yang rapat dengan dia yang biasa tengok watak sebenar Lim Guan Eng.

Beliau mempunyai satu kumpulan gangster yang cukup-cukup jahat di Pulau Pinang. Mereka sanggup buat apa sahaja untuk Lim Guan Eng. Saya tahu sebab saya bersengkokol dengan mereka pada masa itu. Saya bersengkokol dengan dia pada masa itu, saya tahu siapa-siapa dia ini.

Dia kata, “You don’t against me.” Saya kata, “No, saya tetap dengan pendirian saya tak tarik balik laporan polis itu. I stick with my decision, I won’t pull out this report.”

Ok never mind Razali, if you don’t want pull out, I will make sure after this your life in Penang were be miserable.” Saya akan pastikan kehidupan kamu di Pulau Pinang akan huru-hara.

Never mind..whatever you to do I don’t care.” Saya letak phone.

Mat Sabu

Lepas setengah jam, dia call. Saya tak mahu jawab dah. Lepas itulah pada 18 Mei, seorang pemimpin tertinggi Pas menghubungi saya. Saya dengan beliau ni cukup rapat, lebih kurang abang dengan adiklah, kami dua ni. Banyak tempat kami pi bersama.

Semasa kejadian ni, beliau berada di luar negara. Lepas balik ni, mungkin dia tahu, dia call saya. Saya panggil dia abang. Dia call, bagi salam tak jawab juga. Dia pun serupa juga, maki saya.

“Awat hang ni bengong pi buat laporan polis ni? Siapa suruh hang pi buat?.”

“Abang, ini isu agama bang.”

“Takpe, demi politik agama kita boleh kompromi.” Dia kata.

“Tak salah kita kompromi agama demi politik. Matlamat utama kita nak tawan Putrajaya. Siapa yang suruh hang pi buat benda ni? Hang ni calon yang akan bertanding. Siapa suruh hang buat? Ni, hang pikiaq masa depan hang, masa depan anak hang, bini hang. Hang tak sepatutnya buat benda ni. Aku nak hang tarik balik laporan polis hari ni juga. Aku nak hang tarik balik.”

“Sorry bang, isu agama..mana boleh. Abang tau tak benda ni berlaku?”

“Memang aku tau berlaku. Takpa, kita menang dulu Putrajaya, lepas tu kita tau la kita nak buat apa. Janji menang dulu.”

Saya kata dia, “Isu agama.”

“Aku kata takpa..takpalah. adakah Islam hang lebih daripada aku? Aku PAS tak ada apa. Hang DAP tahu apa?”. Sampai tahap tu dia kata kat saya.

“Aku nak hang tarik balik laporan ni. Hang tarik.”

Saya masih bertegas saya takkan tarik balik. “Bang, walau apa pun terjadi, saya takkan tarik balik.”

“Hang pasai apa keteqaq (degil) sangat ni? Pasai apa hang jadi macam ni? Apa dah jadi dengan hang? Okay, sekarang kita settle. Kami sanggup bagi kat hang RM1 juta kalau hang sanggup tarik balik laporan polis tu.”

RM1 juta ditawarkan kepada saya. Cukup senang dia kata, kalau setuju dalam masa tiga hari kita akan sediakan wang tu. Dalam masa tiga hari sahaja. Selepas itu dia kata, dalam masa seminggu, kita akan terbangkan saya, anak saya, bini saya, lari pi duduk di Melbourne. Jangan duduk di Malaysia. Duduk di Melbourne dia kata. Segala keperluan kami akan ditanggung oleh pihak-pihak tertentu di sana.

Tapi dia kata, “Sebelum hang pi Melbourne, hang buat satu perkara kat kami, cukup. Hang tolong kami satu benda cukup.”

Saya tanya kat dia, “Apa dia?.”

“Hang buat satu sidang akhbar. Dalam sidang akhbar tu, hang kata, saya ni dipaksa oleh UMNO untuk membuat laporan polis tu.”

Dia suruh saya tuduh UMNO. Saya kata kat dia, “Abang, yang buat laporan polis ni saya. Pasai apa yang kita nak membabitkan pihak yang ketiga?”.

“Hang tuduhlah depa. Aku dok buat kerja ni, takkan hang tak tau kot. Hang tuduh depa cukup, lepas tu hang lari pi duduk sana. Kita tahulah kita nak buat apa.”

Pemimpin Pas, ingat tuan-tuan kenal kot siapa dia ni. Semua kenal. Ini merupakan lagu yang paling-paling dia sukalah (tayangan lagu Hindustan).
Mohamad Razali

Tuan-tuan kenal ya. Timbalan Presiden Pas sekarang.

Dulu, pada masa kejadian tahun lalu, beliau merupakan Ahli Jawatankuasa Pas Pusat. Mohamad Sabu..beliau merupakan rakan yang cukup baiklah dengan saya. Cukup rapat.

So, matlamat menghalalkan cara. Janji dapat tawan Putrajaya cukup, apa pun halal sampai ke tahap tu mereka ni. Saya tak sangka mereka agama pun boleh jual. Bukan dah jual, dah gadai, dah lelong dekat DAP.

Saya banyak menghadiri mesyuarat-mesyuarat Pakatan Rakyat. Saya tahulah pemimpin Pas masa mesyuarat tu macam mana. Saya tahu, saya dok sekali dengan depa.

Bersambung.. Apa tindakan Lim Guan Eng seterusnya?

Perhatian: 
Sudah tentu pandangan ini bukan pandangan weblog Ibnu Hasyim. Weblog ini hanya memaparkan saja untuk diteliti, dan sila beri komen...

20 comments:

KAPOK TUPO said...

Admin... Hang ni dua kali lima je dengan mak janda Si Hanisya (Omak kau)! Berbelit-belit keluar artikel. Sekejap anjing dalam troli.. sekejap Hadi hebat, kongres rakyat.. sekejap daging babi dalam tin...

Iye tak ye jugak... kau punye blog. Suka hati kau lan kan? hihihi... Harap jangan SENTAP plak dengan komen aku ni.. ngehx3

Anonymous said...

Tahniah kepada Omak Kau dan Ibnu Hasyim kerana berani mendedahkan kebenaran dan membongkar kejahatan manusia. Anjing-anjing buruk kepala Dapig akan menyalak gila kerana keburukan Dapig telah terdedah.

Anonymous said...

Orang ramai telah tahu DAP telah menolak hukum-hukum Allah secara terbuka dan menghasut orang ramai menolak hukum Allah dan berusaha menghalang hukum Allah dari dilaksanakan di negara ini seperti mana yang dilaporkan oleh media massa. Oleh sebab itu, orang-orang Islam tidak boleh menyokong atau mengundi DAP Bagaimana orang Islam boleh mengaku dirinya beragama Islam tetapi pada masa yang sama mereka menentang hukum Allah?

"Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai teman rapat, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka teman rapatnya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka. Sesungguhnya Allah tidak memberikan petunjuk kepada kaum yang berlaku zalim. Dalam pada itu, engkau lihat orang-orang (munafik) yang ada penyakit dalam hatinya segera berusaha mendampingkan diri kepada mereka (Yahudi dan Nasrani), sambil berkata: "Kami takut bahawa kami akan ditimpa bencana (yang memaksa kami meminta pertolongan mereka)". Mudah-mudahan Allah akan mendatangkan kemenangan (kepada RasulNya dan umat Islam) atau mendatangkan sesuatu hukuman dari sisiNya (terhadap golongan yang munafik itu); maka sebab itu mereka akan menyesal mengenai apa yang telah mereka sembunyikan dalam hatinya."(Al-Maaidah 5:51-52)

Wahai orang-orang Islam sesungguhnya orang-orang kafir tidak akan redha terhadap kamu (orang Islam) sehingga kamu mengikuti mereka:

"Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu)."(Al-Baqarah 2:120)

"Dan tidaklah harus bagi orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan - apabila Allah dan RasulNya menetapkan keputusan mengenai sesuatu perkara - (tidaklah harus mereka) mempunyai hak memilih ketetapan sendiri mengenai urusan mereka. Dan sesiapa yang tidak taat kepada hukum Allah dan RasulNya maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang jelas nyata."(Al-Ahzaab 33:36)

Anonymous said...

Parti Pas adalah parti Islam yang mempunyai objektif dan matlamat yang jelas iaitu menjadikan Islam sebagai cara hidup orang Islam dan berusaha melaksanakan hukum-hukum Allah di negara ini maka orang-orang Islam mesti menyokong parti Islam ini melaksanakan ajaran Islam di negara ini untuk kebaikan manusia di negara ini:

Mengapa orang-orang Islam mesti meyokong parti Islam melaksanakan hukum-hukum Allah? Jawapan:

(1) Sebagai orang Islam, kita semua wajib mematuhi dan melaksanakan perintah Allah dan rasulNya:

"Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya." (A-li'Imraan 3:104)

(2) Orang Islam adalah kumpulan majoriti iaitu 61.3% di negara ini maka tidak wajar orang-orang Islam mengikut kehendak orang kafir dan mengabaikan ajaran Islam.

(3) Kadar jenayah yang tinggi dan peningkatan bilangan pesalah dalam penjara di negara kita menunjukkan kegagalan system sekular negara ini. Rakyat hidup dalam ketakutan kerana pelbagai kes jenayah berlaku setiap hari di negara ini.

(4) Pecah amanah, penipuan, penindasan, rasuah, salah tadbir dan salah guna kuasa yang berleluasa di negara ini menunjukkan sistem sekular telah gagal membentuk negara dan kerajaan yang bersih, cekap, amanah, jujur dan dedikasi.

(5) Pelbagai bentuk maksiat dan kesesatan sedang melanda negara ini yang bererti system sekular negara ini telah gagal mendidik rakyat menjadi manusia yang bermoral.

(6) Sebilangan orang kafir berani menghina agama Islam dan orang Islam kerana mereka tahu orang Islam sangat lemah dalam system sekular.

(Sekular bererti mengasingkan agama dari kehidupan dan urusan dunia).

Anonymous said...


Mengapa musuh-musuh Islam sentiasa menyerang, menghina dan menfitnah parti Islam?

Musuh-musuh Islam tidak mahu melihat agama Islam berkembang di negara ini. Mereka juga tidak mahu melihat orang-orang Islam bersatu padu dan berpegang teguh pada Allah dan rasulNya. Maka tidak hairanlah kita melihat musuh-musuh Islam menggunakan pelbagai cara untuk melemahkan agama Islam, menghina dan menfitnah ulama-ulama, dan menjauhkan orang Islam dari ulama dan agama Islam di negara ini.

Apabila kita melihat dunia Islam hari ini, kita akan dapat melihat dengan jelas usaha musuh-musuh Islam menghancurkan, menindas dan menghapuskan umat Islam di Bosnia, Algeria, Tunisia, Eritrea, Mesir, Afghanistan, Turkistan Timur, Chechnya, Thailand, Filipina, Myanmar dan juga Sudan dll. Jangan biarkan negara kita menjadi mangsa perancangan jahat musuh-musuh Islam.

Wahai orang-orang Islam kembalilah ke jalan yang lurus dan benar yang diredhai oleh Allah dan rasulNya semoga kita semua berjaya, sejahtera, bahagia dan selamat di dunia dan akhirat.

Anonymous said...

umno bn sendiri yg.memerintah malaysia tidak melaksanakan hukum Islam iaitu hukum Allah apa cerita memang hang melayu.bangang.

Mohd Fadhil said...

Cerita bangang mana ko kutip nie..hahaha..klu berani bawak ketiga pemimpin tue cerita yg sbnr..xyah nk kencingla woi..cerita sampah utusan ngn berita harian tepek kt blog ko..budus giler..

Mohd Fadhil said...

Cerita bangang mana ko kutip nie..hahaha..klu berani bawak ketiga pemimpin tue cerita yg sbnr..xyah nk kencingla woi..cerita sampah utusan ngn berita harian tepek kt blog ko..budus giler..

Anonymous said...

Yang menghairankan kenapa tidak ada apa2 tindakan dari pihak berkuasa jika laporan telah dilakukan... cukup2 lah memperbodohkan rakyat!

Anonymous said...

Mohd Fadhil,

Mengapa pemimpin-pemimpin berkenaan tidak mendakwa Mohamad Razali jika mereka yakin mereka benar? Mengapa mereka tidak buat laporan polis? Adakah mereka takut rancangan DAP akan terbongkar dalam mahkamah? Saya berpendapat Mohamad Razali berani kerana benar !

Anonymous said...

Apa cerita pun yang kita dok sebok pasai apa adakah kita sebagai orang yang mengaku islam dan ikut taat pada Maha Esa telah buat semua pekara yang kita dok petikaikan tu,tok sah dok becakap benda yang kita sendiri pun ragu tambah lagimbila kita tuduh itu dan ini yang belum tentu betui atau salah dia.ingat islam suruh kita pebetui orang yang salah bukan dok bagi betambah masaalah,ini presiden PAS dok buat bagi jadi masaalah sepatutnya sebagai bapak carilah jalan bedamai bukan dok maki mencarut tak tentu pasai lintang pukang la jadinya kalau orang dah jahil lagi jahil la depa,orang melayu islam dan islam melayu ni bila kat jahe marah tapi bila kata bodoh dan bengong depa tesengeh nak kata gelak pun dak senyum pun dak itulah perangaimorang melayu.temasuk aku la.hle he he he

Anonymous said...

Dari pelbagai komen-komen biadap dalam internet yang menghina ulama dan parti Islam, kita boleh simpulkan bawah terdapat segolongan manusia yang sombong, buta, pekak dan bodoh yang suka menyanjung tinggi pemimpin yang menentang hukum Allah dan menghina, menfitnah dan memusuhi ulama dan parti Islam yang cuba menjadikan Islam sebagai cara hidup manusia. Mereka ini adalah lebih teruk dari binatang.

"Sesungguhnya sejahat-jahat makhluk yang melata, pada sisi (hukum dan ketetapan) Allah, ialah orang-orang yang pekak lagi bisu, yang tidak mahu memahami sesuatupun (dengan akal fikirannya."(Al-Anfaal 8:22)

Anonymous said...

PEMBETULAN

Dari pelbagai komen-komen biadap dalam internet yang menghina ulama dan parti Islam, kita boleh simpulkan BAHAWA terdapat segolongan manusia yang sombong, buta, pekak dan bodoh yang suka menyanjung tinggi pemimpin yang menentang hukum Allah dan menghina, menfitnah dan memusuhi ulama dan parti Islam yang cuba menjadikan Islam sebagai cara hidup manusia. Mereka ini adalah lebih teruk dari binatang.

"Sesungguhnya sejahat-jahat makhluk yang melata, pada sisi (hukum dan ketetapan) Allah, ialah orang-orang yang pekak lagi bisu, yang tidak mahu memahami sesuatupun (dengan akal fikirannya."(Al-Anfaal 8:22)

cucu tok dolah ceroi said...

klu aku tengok muka mamak2 ni ...cukup2 menyampah betul....kita pun tahu klu jenis spesis ni.....lawak aje dah le

Anonymous said...

Yang bodoh tu nik abodoh. Bodoh.

taqs said...

Hello macha ... kalau betullah perkara ni buat apa war2 dulu satu malaysia baru nak buat report ... apa agenda nya. Boleh percaya ke cerita yg mengalahkan maharaja lawak ni...tunggu polis siasat la

Anonymous said...

Ha ha ha ha lawak gila cite ni. Aku tak rasa LGE punya English teruk mcm tu. Ini cite khayal dlm jamban. Hahaha. What a low life. Ko org Islam. Cakap benar. Tak yah publish cite merapu ni. Org yg educated mesti gelak baca nu. Buat malu Islam je. Berfikir ke cara kritis. Jgn percaya semua cite. Itu bukan cara org Islam

Anonymous said...

Tak ada org ofer RM1 juta klu ada tk menyalak punya. Bkn aku bela sesape tp yg nyata org ni saja menambah cerita agar umno terima dia. Tp tk pe terpulang pd yg percaya atau tidak

Anonymous said...

kalau begini cara pas berkempen. tak pasal-pasal aku dapat dosa. marah punya pasal sampai terbabas perkataan anak haram. aku mintak maaf. hidup hanya sementara. parti agama retorik ini tak kemana. sudah sama taraf dengan umno.

hidup diteruskan. tinggalkan politik marah-marah, adudomba, label buruk dan suka bermusuhan.

aku hijrah ke wadah baru.

Takbir "Allah hu akbar"

Borhan Sharif said...

Aku tengok muka Razali tu macam BANGSAT dapat upah... dari siapa tak tau lah....
Kalau muka macam dia ni UPAH nye tak payah mahal.....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails