Wednesday, September 16, 2015

PAS Tetap Tegas Pertahan Martabatkan Islam, Walau Terpaksa Bersendirian..


KL: Syabas! PAS tetap dengan ketegasannya mahu memartabatkan Islam di negara ini walaupun terpaksa bergerak sendirian, sebagai pembangkang. Demikian kesmpulan yang dibuat oleh weblog Ibnu Hasyim.

Menurut Sinar Harian hari ini, sejarah pilihan raya umum 1990 dan 1995 mungkin berulang apabila Pas menegaskan tidak akan menyertai mana-mana pakatan pembangkang baharu. Namun kajian untuk bekerjasama dengan PKR masih dilanjutkan.

Di Marang, Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang turut menegaskan Pas terus bergerak sebagai pembangkang walaupun perlu bergerak sendirian, namun tidak akan bergabung dengan DAP dan Parti Pekerja Malaysia. Lapor Sinar.

“Parti baharu (Parti Kerja Malaysia) tidak.. DAP (juga) tidak.. tetapi dengan PKR, Pas kaji dari masa ke masa melalui kerjasama di Selangor dan di tempat lain,” katanya.

Ahli Parlimen Marang itu berkata demikian selepas melawat ke rumah mangsa ribut di Bukit Gasing, Marang. Dalam kejadian tersebut, sebanyak 40 rumah mengalami kerosakan atap apabila dilanda ribut lebih kurang jam 6.30 petang kelmarin.

Beliau juga menyifatkan bahawa gabungan pembangkang baharu atau Pakatan Rakyat 2.0 tidak mempunyai agenda untuk memartabatkan Islam sebaliknya hanya mahu memenangi pilihan raya akan datang.

“Konsep kita (Pas), mahu Islam didaulatkan dan dimartabatkan kerana kita tahu negara kita mempunyai majoriti beragama Islam,” katanya.

Mengikut rekod sebelum ini, pada pilihan raya 1990 dan 1995, dua pakatan pembangkang dibentuk untuk menghadapi BN. Pas bersama Semangat 46, Hamim, Berjasa dan Kongres India Muslim Malaysia (Kimma) bersatu dalam Angkatan Perpaduan Ummah (APU).

Manakala Semangat 46 bersama DAP, Parti Bersatu Sabah (PBS), Parti Rakyat Malaysia (PRM) dan IPF telah membentuk Gagasan Rakyat. Namun kedua-dua pakatan itu terpaksa dibubarkan pada 1996 susulan pembubaran Semangat 46.

Berkemungkinan PKR juga akan main peranan sama dengan Semangat 46 dan akan bergabung dengan Pas dalam menghadapi pilihan raya akan datang, namun keputusannya masih dalam kajian dan pertimbangan presiden parti Islam itu.   

Terdahulu, Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali bertegas mahukan Pas menyertai pakatan pembangkang baharu itu namun kenyataan berbeza diberikan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang jelas menolak penyertaan Pas.


Tahniah PAS, teruskan pertahan martabat Islam! (IH)

6 comments:

Anonymous said...

Laaaaa..buat apa dgm PAS
Buang masa saja
Pas bukan ada cita2 nak am bil alih Puterajaya
menginaya pengundi ja

Anonymous said...

Meriah ribuan berwarna ‘jingga’ banjiri pelancaran parti Amanah


Ribuan berpakaian warna jingga menghadiri pelancaran perdana Parti Amanah Negara di Shah Alam, hari ini.

Ribuan individu berbaju berwarna jingga membanjiri pelancaran perdana Parti Amanah Negara (Amanah) di Shah Alam hari ini yang dimulakan dengan ucapan daripada setiausaha agungnya, Anuar Tahir.

Anuar dalam ucapannya berkata, parti yang baharu berusia 16 hari ini kini berjaya menarik lebih 30,000 ahli.

Katanya, Amanah yang sudah mempunyai 105 cawangan menyasarkan 100,000 ahli sehingga hujung tahun ini.

"Negeri penyertaan tertinggi ialah Kelantan, diikuti Johor dan Selangor.

"Dalam tempoh 15 hari secara kilat menubuhkan 105 kawasan di seluruh Malaysia. Parti ini hanya wujud di peringkat nasional tanpa cawangan.

"Setakat semakan semalam, 30,018 ahli baharu. Atas arahan presiden kita menyasarkan 100,000 ahli pada 31 Disember ini," katanya ketika berucap pada majlis pelancaran Amanah merujuk kepada Mohamad Sabu.

Turut hadir ialah Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang, Ahli Parlimen Kluang daripada DAP Liew Chin Tong dan Pengarah Pilihan Raya PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail.

http://gigitankerengga.blogspot.my/2015/09/meriah-ribuan-berwarna-jingga-banjiri.html

sitipayung said...

Ramaipun kot jd nyamuk sj tak jd keje juga apapun mungkin bleh menang putrajaya agaknya.takut disembur org nanti lari bertempiaran.wow orennya.byk cina tak

Anonymous said...

rasis adalah assobiyah

bukan dpd umat nabi saw

Anonymous said...

ust rozaimie ramle ....

ajaran khurafat klu pas mengatakn dia saja yg memartabatkn islam....org lain xbuat islam .. sbb tk canang sana sini nk isle nk isle mcm pas kuat canang

buat dulu hudud tn hj oooii....kami nk tgk

kami bknn bodoh nk nilai dr mulut mung saja

mcm umnu perjuang melayu....canang sana sini

bila tetap miskin dok marah cina petaling street bkt bintang....apa punya dol

ini bkn zaman canang kosong....rakyat menilai kerja buat kamu....bkn ceramah saja

Anonymous said...

geng merah tu nyamuk

miskin2 semua tu....pembayar gst semua tu

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails