Friday, September 18, 2015

Perkawinan Sesama Jenis Berlaku Di Bali, Akan Berjangkitkah Ke M'sia?

Pelaku perkahwinan sejenis di Bali yang mendapat reaski pelbagai pihak. Ketua Majelis Utama Desa Pakraman Provinsi Bali (MUDP) Jro Gde Putus Suwena mengecam adanya perkahwinan sejenis di Pulau Dewata

Munculnya foto-foto perkahwinan sesama jenis di media sosial yang didakwa dilakukan oleh dua lelaki bernama Joe Tully dan Tiko Mulya sebagaimana diposkan pemilik akaun Facebook Ali Subandoro, mendapat reaksi pelbagai kalangan.

Setiausaha Agung Perikatan Cinta Keluarga Indonesia (ALIA) Rita Subagyo mengaku sangat mencemaskan kes perkahwinan sesama jenis di Ubud Bali yang marak dishare di media soasial  Menurutnya, kes bertentangan dengan undang-undang dan juga ajaran agama. 

"Perkahwinan sesama jenis melanggar prinsip bernegara kerana bertentangan dengan ketentuan pasal 2 ayat 1 UU Perkawinan. Hal itu juga melanggar ajaran agama, "kata Rita kepada hidayatullah.com, Rabu (16/09/2015).

Menurutnya, perkahwinan sesama jenis tidak dibenarkan oleh Undang-Undang dan merupakan suatu yang menyimpang dalam norma masyarakat. Lebih lanjut Rita berkata, jika fenomena perkahwinan sesama jenis tidak ditanggapi secara serius oleh pihak berkuasa, akan ada anggapan awam bahawa perkahwinan sesama jenis merupakan sesuatu yang dibolehkan di Indonesia.

"Fenomena Joe dan Tiko ini bukan yang pertama di Indonesia, kalau perkara ini terus dibiarkan, dikhuatiri akan ada presenden di tengah masyarakat bahawa perkahwinan sesama jenis adalah boleh," tegasnya.

Oleh kerana itu, jelas Rita, pihaknya akan terus berupaya mendesak kerajaan agar mengambil tindakan tegas fenomena perkahwinan sejenis di Indonesia.

"Kami akan menyalurkan maklumat hal ini kepada pihak yang berkuasa, entah itu Menhukam, DPR atau bahkan Presiden," jelas Rita.

"Kerana apabila dibiarkan terus menerus, ini akan merosakkan moral bangsa. Masa depan generasi penerus bangsa akan hancur, "katanya.

Kebelakangan ini media sosial dihebohkan dengan foto-foto perkahwinan sesama jenis didakwa dilakukan oleh seorang warga asing dengan seorang lelaki Indonesia di kawasan Ubud, Bali. Ianya disiarkan oleh akaun Facebook bernama Ali Subandoro, namun kini sudah dihapuskan.

Kes perkahwinan sejenis di salah satu kawasan di Ubud, Bali juga meresahkan penganut agama Hindu Bali. Ketua Majelis Utama Desa Pakraman Provinsi Bali (MUDP) Jro Gde Putus Suwena mengecam adanya perkahwinan sejenis di Pulau Dewata. Dia menegaskan perkahwinan sejenis itu dilarang oleh agama dan adat di Bali.

"Larangan itu kalau dalam sastranya disebut dengan amandel sangraha, iaitu dilarang dalam agama, adat juga dilarang," terangnya di Denpasar, Rabu (16/9/2015).

Dia berkata, perkahwinan sejenis itu kotor, kerana mengakibatkan perbuatan dosa.

"Kalau itu memang benar adanya itu sudah mengakibatkan perbuatan dosa, dan desa itu sudah cuntaka," katanya dipetik okezone.com.

Dia menerangkan, cuntaka adalah suatu keadaan yang tidak suci dalam agama Hindu. Apabila perkahwinan sejenis itu benar-benar dilakukan di Ubud, maka 'harus diupacarai.' 

Apakah budaya kaum Nabi Lut ini akan berjangkit melangkauai sempadan ke Malaysia? (IH)

Lihat catatan perjalanan Ibnu Hasyim ke Bali..
E-Buku IH-47: Catatan Perjalanan T/Leste, Medan-Aceh, S'baya, Bali.
E-Buku IH-47:  Catatan Perjalanan

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails