Tuesday, September 15, 2015

PAS Sangka Baik, Anggap PKR, DAP, Amanah, Sebagai Satu Blok Pembangkang.

Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan PAS menganggap PKR, DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah) bersekutu bersamanya sebagai satu blok pembangkang yang menentang BN. - Gambar fail The Malaysian Insider, 14 September, 2015.

PAS menganggap PKR, DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah) bersekutu bersamanya sebagai satu blok pembangkang yang menentang Barisan Nasional (BN).

Perkara itu dinyatakan Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan sewaktu ditanya pemberita selepas bertemu pimpinan PKR di ibu pejabat parti itu di Petaling Jaya petang ini.

"Kata sepakat yang kita capai hari ini adalah kita semua pembangkang. PAS pembangkang, PKR pembangkang, DAP dan Amanah juga pembangkang," katanya kepada pemberita di perkarangan ibu pejabat PKR.

Kenyataan Takiyuddin itu disambut dengan anggukan daripada Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Pengarah Pilihan Raya PAS Datuk Mustafa Ali.

"Hakikatnya kami semua adalah pembangkang-pembangkang kepada BN," kata Mustafa menambah kepada kenyataan Takiyuddin.

Menurut Mustafa lagi, perjumpaan dengan PKR hari ini hanya membincangkan hubungan yang "akan berterusan".

Ditanya tentang status hubungan kerjasama di antara PAS dan Amanah, Tuan Ibrahim berkata ia tidak dibincangkan dalam perjumpaan bersama PKR petang ini.

"Amanah pun belum daftar lagi. Kita pun tak tahu dia amanah atau tidak," kata Tuan Ibrahim berjenaka.

Parti Amanah Negara (Amanah) kini dalam proses penamaan semula selepas mengambil alih parti Pekerja Malaysia.

Amanah kebanyakannya disertai ahli Parlimen serta ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PAS yang popular di peringkat nasional dan merasakan parti itu menyimpang daripada perjuangan asalnya.

Tindakan mereka keluar parti mennyebabkan beberapa pimpinan tertinggi parti itu mengisytiharkan perkahwinan mereka yang berbuat demikian terbubar dengan sendirinya akibat bai'ah yang diangkat sebelum bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-13 lalu. (TMI)

Kewujudan Amanah serta hubungan rasmi PAS yang terputus dengan rasmi selepas muktamar tahunan ke-60 parti itu menyebabkan status parti Islam itu dalam gabungan pembangkang baharu menjadi tanda tanya kepada orang ramai.

PKR dilihat terbuka menerima PAS dalam gabungan baharu selepas Pakatan Rakyat berkubur secara rasmi namun DAP sehingga kini membantah kemasukan PAS. - 14 September, 2015.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: PAS tetap bersangka baik, walaupun mungkin ada parti sekutu pembangkang yang tidak menganggap begitu.

8 comments:

mansor said...

selama ni hanya PAS yang mengada ada nak keluar ...nak sendirianlah....dah kuatlah....ni masalah bila berfikir dan buat keputusan dengan otak jauh dari kepala...

Anonymous said...

Bersangka baik??? Kah! Kah! Kah! Hari tu bukan main busuk hati. Kutuk ejek org lain. Dah kena balun, semua org kutuk balik baru nak berbaik???? Hadi camne? Dia bersangka baik juge ke? Ke masih membabikan org lain? Cakap dia je boleh pakai. Dia yg buat dasar PAS.

Anonymous said...

mohon nasihatkan haji hadi agar kawal diri ketika bercakap. pengundi atas pagar memerhatikan kamu. jangan jadikan pas sebagai jenama yang gagal.

Anonymous said...

Aroma babi dan duit babi masih lagi menarik perhatian PAS. Walaupun dah bercerai Pas masih lagi rindu untuk tidur sekelambu dengan DAP.

Anonymous said...

Fikiran sesetengah pemimpin PAS tidak konsisten dengan Presiden mereka, jadi ini akan membuat PAS nampak lemah. Kepada pemimpin yang masih suka DAP,lebih baik ikut Mat Sabu.

Anonymous said...

Amoi,duit DAP memang susah untuk dilupakan. Kepada Takiyudin jumpalah Lim Tokong dan Lim Kit Sial dan masuklah parti DAP.

Anonymous said...

Ambo suka sangat dengan DAP ni bukan kerana duit,tetapi DAP punya amoi seksi dan cun,buktinya Bersih4. Amoi DAP sedap dikongkek.

Anonymous said...

Dapat kongkek Mak ko pun sedap...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails