Tuesday, September 15, 2015

Tindakan Lanjut 'Gangster (?)' Lim Guan Eng.. Tawan Putrajaya.. -Mohamad Razali


Oleh 
Mohamad Razali 
Bekas Pengarah Strategik Hal Ehwal Orang Melayu-Islam DAP
Siri 4. (sambungan dari siri 3: 
Mohamad Razali Repot Polis: Apa Kata Lim Guan Eng...

Tak cukup dengan tu tuan-tuan dan puan-puan, arahan daripada Ketua Menteri Pulau Pinang supaya saya dipecat daripada Ivory Property Group. Dia kata, kalau nak dapat projek Bayan Mutiara, you pecat Razali baru saya bagi, kalau tak saya takkan bagi. Datuk tu pun kelam-kabut call saya, “Razali you come to office now.”

Saya pun pergilah ke office. Pergi ke pejabat, dia kata arahan daripada Ketua Menteri Pulau Pinang. Mereka pun kata, “Saya ni kalau boleh, I don’t want to alternate you ni, kalau boleh you berhentilah dengan sendiri.”

Pihak Ivory telah sediakan satu surat perletakan jawatan saya. Suruh saya tandatangan sahaja.

Saya kata, “Datuk, saya baru quite, pada 16 haribulan dipecat daripada Kerajaan Negeri. Yang ni pun kalau dipecat, saya nak makan apa?”.

Dia kata, “Sorrylah, saya terpaksa pentingkan 500 pekerja daripada you. Projek ni amat penting untuk kami. Takkan disebabkan you, saya nak buang projek lebih 1 billion. Projek tu lebih penting dan saya kena pastikan 500 pekerja nisurvive.”

Saya kata, “Datuk bagi sikit kat saya.” Dia kata okay. Datuk ni actually baik, dia baik. Dia terpaksa. Dia pun bagi balik surat ni kat saya dan suruh balik rumah.

Saya pun balik rumah. Lepas seminggu, dia call balik. “Bila you nak hantar surat tu?”

Saya kata, “Datuk, saya tak akan resign.” 

“Sorry, kalau you takkan resign, kami akan pecat you.”

Selepas itulah pihak Ivory menghantar beberapa surat kat saya suruh saya bayar ganti rugi, yang tu la yang ni la. Lepas tu dia hantar surat kata saya tak datang kerja. Akhirnya saya dipecat daripada Ivory Property.

Tuan-tuan..daripada 13 Mei 2011 sampai hari ni, 3 Julai 2012, dah lebih 13 bulan saya tak kerja Tuan-tuan dan Puan-puan. Tak kerja. Tak boleh kerja di Pulau Pinang.

Lim Guan Eng kata apa, “Hari ini you masuk kerja, esok saya akan pastikan kamu akan dipecat.” Sampai tahap itu saya kena.

Seorang lelaki, seorang ketua rumah tak bekerja. Bagaimana perasaan saya ni tak boleh kerja? Isteri pi kerja, saya dok rumah. Simpanan ada bukan tak ada. Saya mengaku simpanan ada bukan tak ada. Tapi lama mana boleh tahan? Kita orang bekerja kita tahulah. Bukit tu walaupun hijau, kita pi kacau, korek, usaha tak ada tapi ambil saja, tapi lama-lama dia akan botak juga macam kepala saya. Habis juga. Sampai tahap tu saya kena.

Tak cukup dengan tu, dua orang paderi telah dihantar oleh DAP, supaya pergi memujuk isteri saya. Isteri saya kerja di bank. Kata orang nak jumpa, ingat customer dia pun turun ke bawahlah. Dua orang paderi datang. Niat mereka cukup baik, dia datang nak tolong family saya.

Tahu paderi tu kata apa, “Kami tahu sekarang ni your husband is not working. We are here to help you. We willing to help you and enjoy your family.” Dia serahkan satu sampul surat, penuh dengan wang, tak tahu banyak mana. “Ni gunakan untuk bulan ni. Kami sanggup bagi tiap-tiap bulan untuk you. Kalau boleh you pujuklah husband you supaya dia tarik balik laporan polis tu. Dia tarik balik cukup. Apa yang you minta kita akan sediakan.”

Janji saya tarik balik laporan polis saya itu. Tahu isteri saya kata apa, “Saya yang suruh dia pi buat laporan polis tu. Saya yang ikut dia pi buat laporan polis tu. Kalau tuan-tuan datang nak disturb meI will made report against you because your coming disturb at my working place.”

Lepas itu, mereka pergi dah. Dia cuba dengan saya tak boleh, dia cuba dengan Mat Sabu tak boleh, dia cuba dengan isteri saya tak boleh, lepas itulah mereka menggunakan kekerasan. Bermulalah ugutan bunuh terhadap diri saya ni. Macam-macam depa hantar, pelurulah, pisaulah, asidlah, yang tu la, yang nilah. Terlalu banyak. Ugutan bunuh ni terlalu banyak.

Saya ni di Pulau Pinang sebagai pelarian. Nyawa di hujung tanduk sekarang,  nothing can happen. Sampai ke tahap tu saya kena. Saya menjadi buruan DAP sekarang. Depa pula tahu sekarang saya dok keluar-keluar beri taklimat, lagilah. Sehinggakan saya ni terpaksa dikawal oleh pihak keselamatan 24 jam, sekarang ni.

Daripada hari pertama sampai sekarang dikawal, 24 jam saya dikawal. Saya, anak saya, bini saya, kami tak bebas. Nak pi supermarket pun ada timenya nak pi. Malam pun nak keluar, ada time juga. Time ni you kena baliklah.

Rumah, penuh dengan cctv di luar tu. Sampai tahap tu. Bayangkanlah tuan-tuan dan puan-puan bagaimana…bagaimana sengsaranya saya 13 bulan ni, tak bebas, nak keluar malam tak boleh. Nak pi kena teh tarik ke, nak pi tengok bola ke, tak boleh. Saya dah tak boleh.

Bini saya nak pi kerja pun pegawai ikut. Anak saya nak pi sekolah pun pegawai ikut. Tahun lalu, anak saya ambil SPM, nak pi tuisyen pun tak boleh, nak pi sekolah pun tak boleh. Pada satu ketika, kalau disebabkan dia gagal, siapa salah? Sayalah. Nasib baiklah bila keluar keputusan, dia dapat 10A+. Nasib baik dia dapat, kalau tak, punca kegagalan dia, saya. Sampai tahap tu kami kena disebabkan saya tak bagi kerjasama dengan DAP.

Mereka dok cuba, sampai sekarang mereka dok cuba juga. Baru-baru ni, lawyer datang berjumpa saya, lawyer mereka ni. Suruh saya tutup mulut, jangan cakap. Daripada maklumat, saya sekarang keluar memberitahu rahsia-rahsia DAP. Dia bagi amaran kat saya jangan cakap. Sampai tahap tu. Masa saya dok makan, dia mai, Cina, dia beri amaran kat saya. Don’t talk about DAP.

Rancangan DAP kalau dapat tawan Putrajaya?

Jadi, di sini tuan-tuan dan puan-puan, saya ingin memberitahu apakah rancangan DAP kalau dapat tawan Putrajaya ni? Banyak. Banyak rancangan. Saya ni bersengkokol dengan mereka. Banyak rancangan yang dibuat oleh pihak DAP. Seperti yang saya katakan tadi, saya tak tuduh orang lain, sayalah orang yang terlibat secara langsung. G17 nilah yang mengerakkan semua jentera-jentera DAP secara dalaman.

Tapi, benda yang pertama ni saya tahu 5 Mei (2011). Yang pertama ni saya tak terlibat. 5 Mei 2011 baru saya sedar, mereka ingin menjadikan agama rasmi Malaysia adalah agama Kristian dalam masa sepuluh tahun.

Untuk pengetahuan tuan-tuan dan puan-puan, hampir 90% kepimpinan DAP adalah beragama Kristian. Lim Guan Eng, nama penuh dia pun Joseph Lim Guan Eng. Lim Kit Siang ke, Ronnie Liu, Teresa Kok..mungkin banyak orang tahu. Ada setengah masih guna nama Cina tapi mereka adalah merupakan anutan Kristian.

Kami ingin menjadikan Malaysia sebagai sebuah Republik, macam Singapura. Sebab itulah kami cukup rapat dengan kerajaan Singapura ni. Cukup rapat. Kita ingin menjadikan Malaysia sebuah negara Republik.

DAP ini untuk pengetahuan tuan-tuan dan puan-puan, dia takkan buat semua serentak. Dia tahu bila masa dia nak buat. Sebab tu kita ada frame time, dalam masa berapa tahun kita akan buat, satu..satu..satu.

Yang Dipertua Negeri di kalangan orang Cina saja kita mahu. Kenapa Yang Dipertua Negeri untuk orang Melayu saja? Kami pun rakyat Malaysia juga, kenapa kami tidak diberi hak? Dia tanya, pasal apa kami tidak diberi hak?

Kita pastikan, kalau kita dapat tawan tempat ni, Putrajaya ni, kita akan pastikan Pulau Pinang, Melaka, Sabah dan Sarawak selepas ini, TYT adalah daripada kalangan orang Cina.

Sistem Raja Berperlembagaan..ni mungkin ramai orang dok bercerita benda ni. Kita akan hapuskan. Lim Kit Siang biasa kata dalam mesyuarat, Raja-raja yang ada di Malaysia ini adalah dari keturunan lanun, perompak dan penjudi. Is it you want role by pirate our country?, dia tanya.

Tuan-tuan masih ingat tak apa yang berlaku pada 11 April 2012 yang lalu, semasa pertabalan Yang Maha Mulia Duli Yang Dipertuan Agong. Tengok, bagaimanakah mereka menghina dan mencaci Raja. Kerana apa? Mereka yakin kalau dapat tawan Putrajaya, itulah pertabalan terakhir Agong di bumi Malaysia ni. Lepas ini tak ada dah. Kita akan lantik Presiden. Kita akan turunkan sembilan Raja. Kita akan lantik satu Presiden.

Presiden pertama, memang kita akan bagi kat orang Melayu. Yang pertama sahaja. Lepas yang kedua, seterusnya akan diberi kepada orang Cina dan India. Macam Singapuralah, yang pertama dia bagi kat orang Melayu, lepas itu mana ada dah. Tengok sejarah Singapura. Yang pertama saja bagi kat orang Melayu, semua Cina-India..Cina-India saja. Itulah perancangan DAP.

Azan kita tidak akan benarkan. You nak azan dalam masjid atau surau, bukan di luar. Ini menganggu hak asasi agama dan bangsa lain. Sekarang di Pulau Pinang, arahan kerajaan supaya azan diperlahankan. Matlamat DAP adalah supaya azan diharamkan. You azan dalam cukup, jangan azan di luar.

Ada satu perempuan Cina hantar surat kat Guan Eng. Dia kata, pagi dia tak boleh nak tidur, azan Subuh menganggu dia. Disebabkan surat itulah, Lim Guan Eng buat satu keputusan, mengarahkan Mufti supaya memberi arahan supaya azan diperlahankan. Ini cerita yang berlaku di Pulau Pinang. Ramai orang tak tahu kenapakah azan diperlahankan. Benda ni berlaku di Taman Sri Damai, Batu Lanchang. Saya habaq tempat sekali.

Pertandingan tilawah membaca al-Quran sekarang, yang baru habis peringkat kebangsaan, akan ke peringkat antarabangsa, kita akan haramkan. Ini tidak adil untuk agama lain. Kenapakah agama lain tidak diberi keistimewaan begini. Dia kata apa, Arab Saudi pun tak buat benda ni, pasal apa Malaysia yang pandai-pandai nak buat. Not fair to other religion so we won’t to listed.

Badan-badan NGO yang berteraskan perjuangan orang Melayu, dia paling benci PEKIDA dengan PERKASA. Kita akan haramkan kedua-dua pertubuhan ini. Kita akan labelkan kedua-dua pertubuhan ini sebagai pertubuhan pengganas. Macam al-Maunah ke apa, kita akan labelkan mereka sebagai pengganas. Sebab itulah, kita akan menggunakan undang-undang yang ada kat Malaysia ini supaya mengharamkan PEKIDA dengan PERKASA selepas ini.

Perkahwinan campuran akan digalakkan di bumi Malaysia ini. Cina boleh kahwin dengan Melayu, tak tukar agama tak apa. Semua agama sama, kita akan buat. Macam apa yang sedang berlaku di Indonesia dan Singapura, boleh kahwin, bebas. Dan setiap pasangan yang sanggup berkahwin campuran akan diberi wang saguhati RM5,000 kita akan bagi. Wang galakan.

Dan ada lagi satu tuan-tuan dan puan-puan, kalau kita dapat anak, walaupun mak dia Islam, bapa dia Islam, anak tak semestinya Islam. Agama anak itu hanya akan ditentukan selepas berumur 18 tahun. Ibu bapa tidak ada hak untuk menentukan agama anak dia kerana dia melanggar hak asasi anak tersebut. Bila beranak, pi JPN, surat beranak agama tiada, tunggulah sampai umur dia 18 tahun, anak tulah yang akan tentukan agama apa yang dia nak. Ibu bapa tidak mempunyai hak. Kita bagi kebebasan untuk anak dia pilih agama apa yang dia nak.

Bahasa Inggeris, kita akan jadikan bahasa kebangsaan. Bahasa Malaysia cuma sebagai bahasa perantaraan sahaja. Bahasa Inggeris bahasa utama, bahasa kedua kita akan galakkan adalah bahasa Mandarin. Bagi DAP, bahasa Malaysia is a not value language. Bahasa yang tidak mempunyai nilai kerana bagi kami bahasa Malaysia merupakan bahasa pinjaman daripada beberapa bahasa lain. Sebab itu kami tidak mahu mengiktiraf bahasa Malaysia. Kita akan mengiktiraf dua bahasa saja, bahasa Inggeris dengan bahasa Mandarin.

Mata pelajaran Pendidikan Islam akan dimansuhkan daripada sistem pendidikan Malaysia. You nak belajar agama, you belajar di surau, masjid atau madrasah. Bukan di sekolah. Di sekolah kita akan ajar akademik sahaja. Kita pisah kedua-duanya. Tak tahulah orang Melayu ni buat mogok ke, demonstrasi ke, huru-hara, nak juga mata pelajaran Pendidikan Islam diajar di sekolah, dia kata boleh. Dia kata boleh pula tapi dengan satu syarat. Syaratnya, mata pelajaran agama Kristian, Hindu dan Buddha hendaklah dibenar diajar di sekolah. Kalau setuju, barulah mata pelajaran agama Islam boleh diajar di sekolah selepas ini.

Inilah pemimpin tertinggi Parti Komunis Malaya, akan dibawa kembali ke Malaysia.

Benda ni kita bincang dalam mesyuarat Pakatan Rakyat. Kita tanya kat Anwar Ibrahim. Anwar kata, “As long saya jadi PM tak ada masalah, kita akan bagi dia masuk.”

Benda ni, DAP yang bawa usul ni, Nga Kor Ming dengan Ngeh Koo Ham. Nga dengan Ngeh merupakan Ahli Parlimen Beruas dan Taiping. Mereka merupakan anak saudara kepada Chin Peng. Banyak orang tak tahu benda ni.

Banyaklah pemimpin-pemimpin DAP yang mempunyai adik-beradik dengan Chin Peng atau beberapa bekas-bekas Komunis, terlalu banyak.

Anwar kata tak ada masalah, kita akan benarkan. Tetapi Mat Sabu lah yang telah memberi cadangan supaya Chin Peng ni diberi gelaran Tun. Dia kata, Chin Peng merupakan seorang pejuang kemerdekaan yang patut dihormati dan patut disanjungi. Tak salah kalau kita beri gelaran tertinggi kerajaan. Boleh kita letak Tun Mahathir dengan Tun Chin Peng, macam mana?

Inilah agensi pertama kita akan bubarkan selepas dua minggu kami tawan Putrajaya. MARA..bagi kami MARA merupakan satu agensi perkauman sebab dia tolong orang Melayu saja tak tolong bangsa lain. Sebab itu kita anggap ini sebagai racist agensi. Lepas dua minggu, inilah yang akan ditutup. Kita akan tubuhkan agensi lain bukan MARA. Nama MARA akan dihapuskan.

Syarikat-syarikat GLC selepas ini akan diterajui oleh orang-orang Cina atau orang-orang India. Malay is not capable to handle GLC. Selangor pun dah berlaku dah di PKNS. Di Pulau Pinang pun dah berlaku dah di PDC. Dah ada dah. Dia tahu Malays is not capable.

Tuan-tuan tahu tak dalam satu mesyuarat, Lim Kit Siang dengan Lim Guan Eng kata apa, “Bangsa yang paling bodoh dan yang paling malas dalam dunia ini adalah bangsa Melayu. The most racist are Malays.”

Dia kata, nilai seorang Melayu ni, “Nilai seorang Melayu ni RM100 sahaja. No more than that value.” Dia kata, orang Melayu Singapura pun kita boleh tipu, apa lagi orang Melayu Malaysia, nothing for us. Kita boleh beli dengan RM100. Boleh letak harga pula. Lim Kit Siang kata apa, harga orang Melayu hanya RM100, tidak lebih daripada itu. Bayangkanlah nilaian yang diletak oleh pemimpin-pemimpin DAP terhadap orang-orang Melayu di Malaysia ni.

Lagu Negaraku dengan bendera Malaysia telah pun diubahsuai. Saya dengar sekali lagu negaraku baru di Hotel Paramount Sibu, di ambang pilihan raya negeri Sarawak pada tahun lalu. Saya dengar, saya lihat bendera Malaysia yang baru sekali. Itulah kali pertama dan kali terakhir saya melihat dan mendengar. Depa buat di Hotel Paramount, secara tertutup.

Lagu Malaysia baru ni, perkataan Raja tak ada. Beberapa perkataan lain diubahsuai. Melodi dan iramanya semuanya sudah lain dah. Penulis lirik lagu Negaraku adalah orang Selangor berbangsa Cina. Orang Selangor juga dia.

Dan bendera Malaysia untuk pengetahuan tuan-tuan dan puan-puan, di tengah-tengah tu, bintang tak ada bulan tak ada, benda lain yang ada. Warna pun telah ditukar. Tuan-tuan masih ingat tahun lalu, DAP kata bendera Malaysia patut diubah suai.

DAP ni, sebelum dia buat satu-satu benda, dia akan spin dulu. Kita akan spin cerita tu, lepas itu kita akan tengok reaksi rakyat Malaysia macam mana. DAP ada tiga plan..A, B dan C. Kalau plan pertama tak boleh, dia akan gunakan plan kedua. Macam mana pun, dia akan pastikan benda tu akan jadi, cuma method saja berbeza dia akan buat.

Rejimen Askar Melayu merupakan rejimen yang paling dibenci oleh DAP. Dia kata apa, banyak orang Cina telah dibunuh pada tahun 1969 di Pulau Pinang, di Ipoh dan juga di Kuala Lumpur oleh rejimen inilah. Dia akan tukar.

Dia benci tiga benda saja. DAP paling benci tiga benda; Islam, Melayu dan Raja. Tiga ni yang paling dibenci oleh DAP. Dia akan tukar Rejimen Askar Malaysia selepas ini. Perkataan Melayu tu dia akan buang.

Begitulah juga dengan Panglima Angkatan Tentera dengan KPN. Dua-dua jawatan tertinggi khas untuk orang Cina saja. Dia tak akan bagi dekat orang Melayu. Eksklusif untuk orang Cina. Sebab dia tak percaya kalau bagi kat bangsa lain, dia takut bangsa lain mungkin boleh sabatoj atau tikam dia. Ni dua ni, khas untuk orang Cina saja akan dibagi.

Kakitangan kerajaan, tahun lalu Tony Pua dah kata dah, kita akan kurangkan kakitangan kerajaan. Pada bulan Januari (2011) tahun lalu, DAP telah menghantar 12 pakar dia pergi ke Beijing, China. Mereka berada di sana hampir tiga bulan untuk membuat kajian dan juga latihan bagaimana nak mengurangkan kakitangan kerajaan.

Sebab itu Tony Pua berani kata, kalau kita dapat tawan Putrajaya, kita akan kurangkan kakitangan kerajaan terutamanya kakitangan orang-orang Melayulah.

Kementerian pertama, jabatan pertama yang akan kita kurangkan adalah jabatan pendidikan, cikgu-cikgu dulu. Selepas itulah kita akan pergi ke jabatan-jabatan atau agensi-agensi lain. Jabatan pendidikan akan menjadi mangsa pertama untuk projek.

KEMAS, BTN dan MKN juga kita akan tutup. Bagi kami, tiga agensi ini merupakan yang menghasut rakyat supaya membenci Pakatan Rakyat. Sebab itu kita kenalpasti, kita akan tutup juga ketiga-tiga ni. Kita akan buka satu agensi baru. Kita akan buka yang baru, ketiga-tiga ni kita akan tutup terus.

Dua hari perayaan orang Kristian, Good Friday dengan Easter Day akan diumumkan cuti umum. Cuti ni cuti wajib walaupun Kelantan ke, Terengganu ke, Kedah ke, kena ambil bukan pilihan, compulsory holiday. Dua hari cuti umum perayaan orang Kristian untuk rakyat Malaysia selepas ini.

Bersambung.. Saya terima latihan dari Mossad.. 

Perhatian: 
Sudah tentu pandangan ini bukan pandangan weblog Ibnu Hasyim. Weblog ini hanya memaparkan saja untuk diteliti, dan sila beri komen...

Video: 

AGENDA DAP TAWAN PUTRAJAYA (1/2)

AGENDA DAP TAWAN PUTRAJAYA (2/2)


25 comments:

Anonymous said...

Panjang cerita encik ni bleh buat buku.Semoga Tuhan selamatkan Malaysia kita.pd sy pak kita mmg bleh berbaik dgn bangsa lain n dianjurkan dlm islam.cuma ada yg mmg licik menipu.menabur duit hingga tampa sedar kita menjadi agen mereka dlm memusuhi islam.hanya org org yg celik keimanan dpt melihat kebenaran tp org kita byk tak percaya begitu pak.mereka percaya mereka yg lebih bijak pandai hingga rasa tak akan ditipu.org yg bertaqwa adalah org yg akan diberi jln keluar dr kesempitan oleh Allah.

Anonymous said...

Mat Sabu,Anwar,Lim Tokong,Lim Sial,komunis dan china doll berpisah tiada. Mereka ini umpama penyakit kencing manis yang berkait dngan darah tinggi dan penyakit jantung seterusnya membawa kematian.

Anonymous said...

Orang PKR mana percaya semua ni, bagi mereka cerita dari mulut Anwar,Mat Sabu dan Lim anak beranak lebih berharga dan boleh dipercayai.Bagi mereka tahi boleh bertukar jadi nasi.

kampong lad said...

kalau dah jadi republik. ada lagi ka gabenor2?

Anonymous said...

dap hanya bertanding dalam 48 kawasan parliment je ....tu pun belum tentu boleh menang semua ... BOLEH DAP TAWAN PUTRAJAYA..?????? bodoh betul melayu ni..... takut dengan bayang-bayang sendiri ..... NAK MELAWAN TIDAK BERANI PULAK TU ...AJAK LE PERANG ....ni cakap je bagai anjing menyalak bukit......BERAPA LU DAPAT DARI RM2.6 BIL. NAJIB TU, BRO....???? kalau sen-sen je tak berbaloi bro ..........!!!!!!!!!

Anonymous said...

Jika semua org melayu yg kata pandai sgt tu boleh dibeli oleh dap.kira mcm dap dpt tawan putrajaya la tu.sekarang byk org melayu boleh dibeli oleh duit bro.hanya keimanan yg mampu menilai kebenaran.siapa yg lebih beriman dia lah dipihak yg benar.pihak yg iklas.itu kita akan lihat lah dgn keadaan yg seterusnya nanti.Allah akan menolong hambanya yg bertaqwa.kita berusaha dialah yg menentukan.kelak kita tengoklah siapa yg dibeli oleh siapa.ya bro jgn main redah je.

Anonymous said...

Cina bertindak mengikut undang-undang. Tidak akan melanggarnya kecuali memang ada kelonggaran di mana-mana. Orang Melayu bertindak dan bercakap ikut sentimen, bukan undang-undang. Orang kampung sukalah macam tu. Orang kampung tentu percaya dengan dakwaan orang melayu yang cakap ni. Walhal ikut fakta mana boleh cina nak tawan putrajaya kalau tidak dapat sokongan melayu, kerana bilangan mereka tidak cukup untuk dapat mejoriti kerusi parlimen. Fakta yang ni orang kampung tak tau, tu pasal orang melayu yang cakap ni berterusan memainkan fakta.

Anonymous said...

hampas

Anonymous said...

Anon 7:48 PM,

Betullah semua Cina bertindak mengikut undang-undang. Sunny Chai (M16 Gang), Botak Chin, semua ahli Triad, Gang 04, Geng 24, Gang 18, Sio Sam Ong, Wah Kee dll bertindak mengikut undang-undang sendiri ma !

Anonymous said...

APA AKAN BERLAKU JIKA ORANG KAFIR BERKUASA DI NEGARA INI?

Orang Melayu Singapura sedang ditindas dan dinafikan hak-hak mereka kerana kuasa politik dikuasai oleh orang bukan Melayu. Boleh rujuk http://www.minorityrights.org/5224/singapore/malays.html

Bayangkan nasib orang Islam di negara ini jika kuasa politik dirampas oleh orang-orang kafir !

Anonymous said...

Admin blog.. keluarkan artikel ni sebab ralat Kamaruddin Jaafar join PKR.. Kan? Nak maklumkan pada brader admin, hari ni Tuan Ibrahim Tuan Man, Takiyuddin Hassan dan Stopa Ali datang pejabat PKR. Melutut merayu nak join Pakatan 2.0!!!

Anonymous said...

13 bulan tak kerja tapi ada bodyguard, rumah keliling ada cctv...peerghhhh kaya mamat ni....macam cartun pun ya jugak..entah le..

Anonymous said...

Anda mahu aiskrim percuma ,jumpa Azmin.Anda mahu china doll,jumpa Lim Kit Sial Dan Lim Tokong. Anda ingin jumpa bapok,pergilah di penjara sungai buluh. kah..kah..kah....

Anonymous said...

Anda mahu aiskrim percuma ,jumpa Azmin.Anda mahu china doll,jumpa Lim Kit Sial Dan Lim Tokong. Anda ingin jumpa bapok,pergilah di penjara sungai buluh. kah..kah..kah....

Anonymous said...

nak masuk neraka kena jumpa ko le ya

Pui said...

Orang bodoh ,tak ada akal kan percaya cerita bangsat tu...kalau benar sgt kenapa polis tak bertindak ,kan dah buat laporan polis...Polis takut DAP kah? memalukan org melayu saja bangsat ini.

Wan Rosli said...

Yg bangsat ialah bila melayu ngaku islam taat pd pemimpin kafir lebih dari pemimpin islam..

Anonymous said...

Yang bangsat ialah pemimpin kafir yang bersifat perkauman dan memperalatkan macai dan barua Melayu untuk menipu orang Melayu. Orang Melayu sudah sedar sekarang dan mereka tidak akan sokong DAP dan macai-macai DAP dalam PRU 14! Semua orang Islam akan sokong PAS dalam PRU 14!

Anonymous said...

Yg bangsat ialah yg suka menuduh tanpa usul periksa. Tak fikir cara kritis. Main terima je dan ulang apa2 pemimpin cakap. Wala konon. Wala my ass. Lebih teruk dr burung kakak tua.

Anonymous said...

Yang bangsat ialah pemimpin politik kafir yang bersifat perkauman dan menentang hukum-hukum Allah dan menghina agama Islam dan menindas oran-orang Islam secara terbuka. Malangnya sebilangan orang Melayu sekular yang bodoh rela diperalatkan oleh pemimpin kafir untuk menipu orang Melayu dan menentang Islam. Orang Melayu sekarang sedang ditindas di Singapura kerana orang kafir berkuasa di Singapura ! Jangan pisang berbuah dua kali ! Jangan menang sorak kampung tergadai !

Orang-orang Islam perlu berfikiran kritis supaya mereka tidak boleh ditipu oleh musuh-musuh Islam! Orang Islam sebagai kumpulan majoriti 61.3% di negara ini sepatutnya menjadikan Islam sebagai cara hidup manusia dan melaksanakan hukum Allah di negara ini. Dari segi demokrasi, orang Islam yang sepatutnya menentukan hala tuju negara ini !

Anonymous said...

Tolong beri pencerahan bagaimana DAP boleh perintah sedangkan depa hanya minoriti? Tolong beri bukti org melayu jadi barua DAP. Jgn bg alasan org melayu tolak hudud. Yang faham islam tak tolak hudud. Mereka utamakan yg lebih utama. Nabi pun buat hudud laaaaast sekali. Itu pun kekadang digantung perlaksanaannya. Fikir cara kritis. Jgn terima je apa org kata. Cari bukti. Tanya tuan punya bdn yg kita tuduh tu. Razman dah kena saman sbb tuduh nizar ikut DAP. Pastu kecut. Mintak bincang dr hati ke hati. Pakai otak la.pikir sendiri. Jgn ikuuut je.

Anonymous said...

Anon 2:19 PM,

Apakah nama parti yang menolak hukum-hukum Allah secara terang-terangan seperti mana dilaporkan oleh media massa dan siapakah orang-orang yang berkhidmat dan berkempen untuk parti tersebut? Parti mana yang mendesak parti-parti lain dalam PR menolak hukum Allah dan mahu parti PAS keluar dari Pakatan Rakyat kerana parti PAS cuba melaksanakan hukum Allah untuk orang-orang Islam di Malaysia melalui parlimen?

Bukankah tindakan parti tersebut telah secara langsung atau tidak langsung menyebabkan beberapa pemimpin PAS keluar dari PAS dan membentuk parti baru supaya mereka boleh bergabung parti tersebut dan membentuk pakatan pembangkang yang baru? Adakah ini satu percubaan untuk melemahkan atau menghancurkan parti Islam dan melemahkan politik orang Islam? Apa akan berlaku terhadap kuasa politik Melayu @ Islam jika orang kafir berjaya memecah-belahkan orang Melayu @ orang Islam melalui muslihat yang licik seperti pecah dan perintah? Dan parti mana pula akan menggunakan kesempatan ini untuk berkuasa di negara ini?


Kamu berkata "Mereka utamakan yg lebih utama". Apakah yang lebih utama dari Allah, RasulNya dan agama Islam? Orang Melayu telah berabad lamanya menganut ajaran Islam berbanding dengan tempoh masa zaman Nabi Muhammad s.a.w. maka dakwaan orang Melayu belum bersedia menerima hukum Allah adalah dakwaan karut dan dongeng ! Nabi Muhammad s.a.w. sendiri terpaksa menghadapi pelbagai rintangan dan musuh Islam untuk menegakkan ajaran agama Islam dalam tempoh 23 tahun.

Jika dakwaan Mohamad Razali tidak benar, mengapa DAP tidak mendakwa atau menyaman beliau dalam mahkamah? Bukankah ada pepatah berbunyi 'berani kerana benar dan takut kerana salah'?

Ini bererti kamu tidak berfikiran kritis ! Pakai otak la.pikir sendiri. Jgn ikuuut je.

Anonymous said...

DAP tak akan setuju dgn hudud krn majoriti ahli mrk bukan Islam. PAS tahu tentang ni. Dan hadi sendiri kata hudud bukan keutamaan PAS. Tapi sendiri mungkiri kata dia. Dia tau akan ada masalah dgn DAP kalu dia teruskn hudud. Tapi laju je dia nak bentang RUU hudud di parlimen. Langsung tak bincang dan tunjuk pindaan EKJS pd rakan PR dan pimpinan PAS sendiri. Alih alih yg dia nk bentangkn bukannya hudud. Tapi PR dah pun berpecah. Sneakynya hadi. Ini yg buat G18 kecewa. Keutamaannya ialh utk PR kukuh mampu jatuhkn BN. Tapi hadi buat palat. Ikut keadaan skrg susah nk jatuhkn BN. Trma kasih kpd hadi rakyat akn terus tertipu dan tertindas dn melayu yg Islamtak akn maju selamanya. Sbb itu mrk keluar dn buat parti baru. Berbulan sblm muktamar PAS Dr MAZA beri cadangan geng progresif cari jln lain dan PAS join UMNO. Orang melayu memang org Islam tapi majoritynya bukan beriman. Keutamaannya ialah mmberi kefahaman dan kesedaran Islam pd mrk dan non muslim. Bukan terus menghukum. Sbb tu Nabi bentuk iman dulu walau kena tindas. Org Islam nk tentang Allah tegur " turunkan tanganmu dan dirikan solat dan keluar zakat". Harap saudara baca fiqh awliyat oleh syeikh yusuf qaradhawi utk faham utamakan yg utama.

Anonymous said...

Orang melayu singapura bersyukur tak jd Rakyat Malaysia yg ramai masih hidup merempat disk.lu tgk setiap hari berpuloh ribu Rakyat johor cari mkn di Singapore. Pemimpin di Malaysia ramai yg pentingkan prrut sendiri

Anonymous said...

Anda nak jubor jumpa Mak ko...sedap....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails