Friday, September 18, 2015

Mat Sabu Bersandar Bahu Dengan 'Amoi Cina', "..macam cucu saya." Syar'ie Ke Jawapan Itu?

"SAYA ingat dia macam cucu saya. Itu juga bukan jadi amalan kita. (Ia berlaku) di tengah ratusan ribu manusia, bukannya di taman bunga dan di tepi pantai," kata Pengerusi Parti Amanah Negara (AMANAH) Mohamad Sabu.
Itulah jawapan bekas timbalan presiden PAS apabila diajukan soalan berhubung imej tersebar menunjukkan seorang gadis Cina bergambar mesra dengan bersandar di bahunya sewaktu himpunan BERSIH 4 hujung bulan lalu.
"Kejadian yang langsung tak dirancang oleh sesiapa. Orang puluhan ribu datang ambil gambar. Adalah bapa dan anak, bapa sebelah kanan (mahu) berselfie.
"(Dan) anaknya yang begitu muda (pula). Saya ingat (dia) macam budak sekolah, dianggapnya saya ini macam atuknyalah," kata yang mengundang gelak ketawa sewaktu diwawancara Malaysiakini.
Walaupun dikelilingi rakan-rakan yang mengawal pergerakannya, namun Mohamad berkata tidak dapat berbuat apa-apa dengan kehadiran ratusan ribu peserta yang mahu bergambar dengannya.
"Saya ingat budak tu macam cucu saya, (ketawa). Di tengah-tengah ramai yang hadir walau saya dikelilingi kawan-kawan yang menjaga. Nak jalan seratus meter pun kadang-kadang sampai sejam. Orang datang ambil gambar," katanya lagi.
Ditanya berhubung beliau, ketika itu melalui Gerakan Harapan Baru (GHB), gagal menarik peserta Melayu ke perhimpunan itu, pemimpin yang mesra dipanggil Mat Sabu itu menepis dakwaan tersebut.
Beliau menyifatkannya perkara itu sebagai analisis yang "tidak adil".
Demikian saringan dari laporan Malaysia Kini. 
Sila beri pandangan, syar'ie ke jawapan itu? Boleh perbincangkan. (IH)

10 comments:

Unknown said...

syarie asal xde gambo yang berunsur seks dalam blog. he he he..

Anonymous said...

PAS TAK SALAH TAPI SEGELINTIR PEMIMPINNYA KUNUN ULAMA TAPI MEMBAWA ONAR PADA LEBEL ISLAM SEPERTI
1. Pemimpin yg bermulut longkang yg membarua, mentolol dan menjebon Jemaah sendiri.

2. Mengamalkan kekarutan Baiah mencagar isteri. Kenapa tak lump sum ahli pun cagar bini masing-masing

3. Muktamar dah kata putus dgn DAP tapi masih terhegeh - hegeh pegang jawatan di Penang. Sayang elaun ke. Maruah macamana ?????

4. Dulu merepek anjing tapi kini merepek salak Babi kat bukit pulak dlm kongres

5.Sebelum muktamar bukan main nak halau mat sabu dan rakan, tapi lepas muktamar bila nak tubuh parti baru MEROYAN pula lebai lebai semua

6. Paksa yb yg keluar letak jawatan. Gila ka, kalau letak 5 tahun tak boleh bertanding pilihanraya.

7.SAYA sedih PKR curi YB Pas, ini sudah menghina, memperlekeh PAS. Tp ajak join Pakatan 2.0 tp curi MP Pas. Ini khianat jadi Pas mesti tinggalkan PKR dengan meletak jawatan exco di Selangor. Woii depa curi MP Pas tu. Tak kan nak tengok ja, Lain la kalau Amanah yg curi kurang la rasa kena KENCING nya. Mana Maruah Pas.

AKHIRNYA AKU MEMERHATI KELAKU MEREKA SEPERTI AKU MEMERHATIKAN USTAZ USTAZ SAMPUL.....selamat tinggal pas yg akan bungkus di pantai barat dan jd suam suam kuku di pantai timur kerana 3 penjuru. YG CANTEEK UMNO AKAN KEMBALI DI KELANTAN.

Oleh Bendera Pas meniru bendera Jepun dan Bagla

Anonymous said...

Cerita aib orang tu.. tak abis-abis ungkit tu syarei ke? Kalau nak jaga PAS tu jaga betul2, tumpukan perhatian jangan dok sebok hal orang lain.. hal mereka, mereka yang jaga..

Anonymous said...

Bersalaman dan Bersentuhan di Antara Lelaki Dengan Wanita Bukan Mahram adalah HARAM:


Daripada Ma’qil B. Yasar radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

لأن يطعن في رأس رجل بمخيط من حديد خير من أن يمس امرأة لا تحل له

Terjemahan: Sekiranya kepala salah seorang daripada kamu ditusuk dengan jarum besi, itu adalah lebih baik bagi kamu daripada kamu menyentuh wanita yang tidak halal bagi kamu. (Hadis Riwayat ath-Thabrani, Mu’jam al-Kabir, 20/211-212, no. 486 & 487)

Penjelasan:

Syaikh al-Albani rahimahullah berkata:

و في الحديث وعيد شديد لمن مس امرأة لا تحل له ، ففيه دليل على تحريم مصافحة النساء لأن ذلك مما يشمله المس دون شك ، و قد بلي بها كثير من المسلمين في هذا العصر و فيهم بعض أهل العلم ، و لو أنهم استنكروا ذلك بقلوبهم ، لهان الخطب بعض الشيء ، و لكنهم يستحلون ذلك ، بشتى الطرق و التأويلات

Terjemahan: Pada hadis ini terdapat ancaman yang keras (tegas) kepada sesiapa sahaja yang menyentuh wanita ajnabiyah (yang bukan mahram). Padanya juga terdapat dalil atas haramnya bersalaman (mushofahah) dengan wanita. Sebab itu, tidak diragukan bahawa bersalaman itu mengandungi unsur bersentuhan. Pada masa ini, umat Islam banyak diuji dengan situasi ini, dan di antara mereka adalah dari kalangan ahli ilmu. Sekiranya mereka mengingkari perkara tersebut dengan hati mereka, tentu ada sedikit kemudahan untuk menasihati mereka. Tetapi sayangnya, mereka menghalalkan perkara tersebut dengan pelbagai cara (jalan) dan takwilan (penafsiran). (Rujuk: al-Albani, as-Silsilah ash-Shohihah al-Kamilah, 1/225)

Hukum Berjabat Tangan Dengan Wanita Ajnabi (bukan Mahram):

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-79 yang bersidang pada 6 - 8 September 2007 telah membincangkan Hukum Berjabat Tangan Dengan Wanita Ajnabi. Muzakarah telah memutuskan bahawa pada prinsipnya hukum berjabat tangan dengan wanita ajnabi adalah haram. Walau bagaimanapun, dalam keadaan tertentu yang sukar dielakkan, ianya dibolehkan tetapi dalam keadaan terkawal supaya tidak dijadikan budaya dalam masyarakat Islam.

Anonymous said...

Lelaki normal akan terangsang nafsu syahwatnya jika seorang lelaki bersandar bahu dengan 'Amoi Cina' yang bukan mahram. Kegagalan mengawal nafsu syahwat adalah lumrah bagi majoriti manusia! Dan sentuhan ini akan menjadi pendahuluan kepada zina ! Ini bererti sentuhan antara lelaki dan perempuan bukan mahram adalah haram !

Anonymous said...

Anon 3:47PM,

Selepas membaca komen kamu, bolehlah saya buat kesimpulan bahawa kamu sangat mementingkan diri sendiri kerana kamu tidak menghormati hak rakyat memilih pemimpin-pemimpin yang layak untuk mentadbir parti Islam PAS. Mengapa sebilangan manusia boleh menjadi pembelot sebaik sahaja mereka tidak terpilih dalam pemilihan pucuk pimpinan parti Islam? Jika mereka tergila-gilakan jawatan pemimpin, PAS bukanlah tempat untuk mereka bertapak ! Ingatlah mereka bertanding dalam pilihanraya di atas tiket PAS dan diundi oleh penyokong PAS dan rakyat maka tidak wajar mereka membalas budi pengundi PAS dan rakyat dengan tahi !

Matlamat PAS adalah jelas iaitu memperjuangkan wujudnya di dalam negara Malaysia sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah serta mempertahankan kesucian Islam, juga kemerdekaan dan kedaulatan negara.

Orang-orang yang tidak ikhlas dengan matlamat PAS sudah pasti lambat-laun akan meninggalkan parti Islam PAS. Bahkan sebahagian dari mereka ini sanggup diperalatkan oleh parti kafir yang menentang hukum Allah untuk menfitnah dan memusnahkan parti Islam.

Musuh-musuh Islam mahu parti PAS dihapuskan dengan apa cara sekali pun supaya agama Islam tidak mendapat tempat di negara ini dan orang-orang Islam akan menjauhi atau meninggalkan Islam.

Anonymous said...

Kenapa jawapan nya macam sebab dia bukan dalam parti Islam PAS lagi dia telah berada dalam parti PAN***. itulah jawapanya bagi orang yang mempemainkan ajaran Islam.

Anonymous said...

Bukan buka aib orang dia sendiri lebih suka akan perkara itu telah dimuatkan seluruh akbar media maya dan sebagainya dan dijawab sendiri oleh tuan badan dan perkara itu bagaikan tidak apa-apa baginya. Fahamlam sikit wahai any 4.24 ptg lainlah kau kau sedang berak aku curi-curi ambil gambar dan siar itulah namanya buka aib faham

Anonymous said...

Takkan kau nak tolak sampai terjatuh Amoi tu dan belasah dia kerana rapat dengan orang Islam sedang kan Amoi tu mungkin kurang faham atau hormat kat Mat Sabu kerana kepimpinan nya tu.
Bersangka baik lah kat orang yg tentu dikenali kebaikan dan keperbadian,
Tapi berhati hati, bukan disuruh bersangka baik dengan Melayu yg mengaku Islam tiba tiba menyokong walaupun diri mereka masih mcm dulu

Anonymous said...

mat sabu dlm hal perempuan jngn percaya sangat sbb dia pernah buat hal dgn isteri kawannya sndiri satu masa dulu.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails