Wednesday, September 16, 2015

Rampas Kuasa (44 lawan 54 Undi).Turnbull Angkat Sumpah PM Australia.

TURNBULL mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Australia Ke-29 di Rumah Kerajaan di Canberra semalam. - AFP

CANBERRA – Jutawan Malcolm Turnbull mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Australia semalam, beberapa jam selepas beliau mendalangi rampasan kuasa yang menumbangkan pemimpin konservatif, Tony Abbott.
Turnbull ialah Perdana Menteri Australia Ke-29 dan keempat dalam tempoh lebih dua tahun. Tradisi bertukar-tukar Perdana Menteri itu dikecam oleh Abbott sebagai tidak baik untuk negara.
“Saya tidak menyangka perkembangan ini tetapi tanggungjawab ini akan saya pikul,” kata Turnbull kepada wartawan sebelum upacara angkat sumpah di Canberra.
Bekas peguam itu menjanjikan sebuah kerajaan yang mengambil kira pandangan orang lain dan tidak membuat keputusan mutlak seperti Abbott.
“Saya percaya untuk menjadi pemimpin yang berjaya pada 2015, mungkin juga setiap masa, anda perlu menghormati kebijaksanaan orang lain apabila menerangkan sesuatu kepada mereka supaya mereka boleh menerima anda,” katanya kelmarin.
Beliau menyingkirkan Abbott dalam sesi pengundian dalaman parti pemerintah yang berlangsung kelmarin.
Abbott yang berkuasa pada 2013 terpaksa mengharungi sesi pengundian Parti Liberal selepas Turnbull mendakwa kerajaan campuran pimpinannya akan kalah dalam pilihan raya akan datang tanpa perubahan kepimpinan.
Abbott tewas kepada Turnbull dengan a
Pemimpin tersebut semakin kurang popular selepas melakukan pemotongan drastik dalam perbelanjaan kesihatan dan pendidikan. – AFP
Lihat..
E-Buku IH-106: Kerja Ladang, Australia & Islam.
E-Buku IH-106: Kerja Ladang, Australia & Islam.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails